Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN.

Vida Beauty,
No. F5, Tingkat 1,
GreentownMall,
Jalan Hospital,
Kampung Kastam Greentown,
30450 Ipoh,
Perak.

9 NOVEMBER 2016
Tuan/Puan,
Memohon Penajaan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KPT kali ke5
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Kejohanan Sukan Tahunan IPG Kampus Pendidikan Teknik akan diadakan
pada 6 hingga 9 Mac 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kami
sedang kekurangan dana untuk melaksanakan kejohanan ini dan kami ingin
bertanya akan tajaan tuan. Kami amat berbesar hati jika syarikat tuan/puan
boleh menaja kami sama ada dalam bentuk jumlah wang tunai atau hamper.
3.
Untuk makluman pihak tuan, kejohanan ini melibatkan pelajar-pelajar dari
IPG Kampus Pendidikan Teknik dan pelajar dari institut yang lain seperti
Universiti, Kolej dan sekolah-sekolah rendah. Objektif kejohanan ini adalah
sebagai satu pengalaman bagi guru pelatih tentang cara pengendalian
kejohanan sukan. Selain itu, perlaksanaan kejohanan ini juga dapat menunaikan
dasar pendidikan dan sukan negara dimana untuk mewujudkan masyarakat yang
sihat, cergas, bersatu padu, berdisiplin serta produktif dan pada masa yang
sama melahirkan satu generasi ahli sukan yang berwibawa untuk
mengharumkan nama negara.
4.
Penajaan tuan akan diwar-warkan pada kejohanan kami dalam beberapa
cara. Sebagai penaja, nama tuan akan diletakkan pada semua bahan dan kain
rentang yang memberi publisiti acara dan juga akan yang diumumkan secara
lisan pada majlis itu sendiri.
5.
Kami berharap pihak tuan dapat memberikan maklum balas dengan
menghubungi En Zawir(012-5718104). Kami amat berharap dan berbesar hati
sekiranya pihak tuan sudi memberikan bantuan dan sokongan dalam
menjayakan kejohanan olahraga tahunan kali ini.
Jika tuan mempunyai
sebarang soalan atau kebimbangan dalam masa yang sama, sila hubungi En
Zawir(012-5718104) atau Cik Tasha (016-812 0547).

Sekian, Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,


(NORNATASHA BINTI GURAHMAN)
Setiausaha Kejohanan Olahraga Tahunan,
IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Anda mungkin juga menyukai