Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

ENCIK AHMAD DAUD BIN HAJI LUGOM


KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

SEMPENA

PERTANDINGAN FUTSAL
PENDIDIKAN KHAS TERBUKA

PADA 7 DISEMBER 2023 DI STADIUM


TERTUTUP SAMARAHAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam menjulang pendidikan negeri Sarawak.

SALUTASI

-rujuk lampiran salutasi

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kesempatan


yang diberikan pada petang yang berbahagia ini untuk bersama-
sama dalam Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Terbuka
anjuran Jabatan Pendidikan Sarawak dengan kerjasama PPKI
SMK Muara Tuang. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program ini
dengan jayanya. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua
pihak yang terlibat pastinya pertandingan ini tidak dapat
direalisasikan dengan baik.

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS TERBUKA 2023

Hadirin sekalian,

Selepas kejayaan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas


Peringkat negeri Sarawak pada bulan September yang lalu, hari
ini sekali lagi anak-anak MBPK yang datang dari seluruh negeri
Sarawak kembali berkumpul bagi menjayakan Pertandingan
Futsal Pendidikan Khas Terbuka bagi tahun 2023. Saya
difahamkan sebanyak 13 buah pasukan PPKI sekolah menengah
dan 12 buah pasukan PPKI sekolah rendah telah menyahut
cabaran untuk bertanding dalam pertandingan futsal kali ini.
Sesungguhnya aktiviti futsal seperti ini merupakan wadah
perpaduan untuk memupuk sikap kerjasama dan persaingan
sihat antara semua pasukan yang bertanding.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 25 buah pasukan


yang telah menunjukkan semangat juang berpasukan yang tinggi
untuk memastikan kemenangan adalah milik kalian. Namun begitu
, kemenangan bukanlah perkara yang utama dalam sebuah
pertandingan berpasukan. Sikap toleransi , kerjasama serta
kebijaksanaan merancang dan mematuhi arahan ketua pasukan
adalah pelajaran utama yang harus diambil kira. Hal ini kerana,
sikap-sikap inilah yang akan membentuk jati diri seorang individu
yang memiliki modal insan yang kamil dan dihormati oleh
masayarakat sekeliling.

Hadirin serta anak-anak MBPK yang saya sayangi sekalian,

Aktiviti bersukan seperti futsal dan bola sepak bukanlah sesuatu


yang asing. Dari ceruk kampung sehingga ke peringkat dunia,
permainan ini diminati dan dimainkan oleh pelbagai usia dan tidak
mengira jantina. Besar harapan saya agar sukan ini bukanlah
dimainkan hanya setahun sekali atau hanya apabila diadakan
pertandingan yang besar. Jadikan sukan futsal ini sebagai aktiviti
riadah harian atau mingguan untuk mendapatkan tubuh badan
yang sihat. Sesungguhnya akal yang sihat lahir daripada tubuh
badan yang sihat.
PENUTUP

Hadirin yang dihormati,

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, sekali lagi saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah
menyertai Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Terbuka. Tahniah kepada
pasukan yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan pada kali ini
manakala kepada pasukan yang tidak bejaya, janganlah berputus asa dan
perbaiki mutu permainan untuk masa yang akan datang.

Saya juga sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih serta tahniah kepada
penganjur pertandingan futsal pada kali ini kerana telah berjaya
melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan baik.

Dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis


penutupan Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Terbuka tahun 2023.

Sekian, terima kasih.


Hadirin yang saya hormati sekalian,
Saya harapkan agar program seperti ini dapat diteruskan dan
menjadi platform yang terbaik dalam kita mempraktikkan lagi
konsep “Juara perpaduan” di UniMAP selain dapat melahirkan
para pelajar yang aktif, kompetetif dan progresif dalam bidang
sukan.

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan


merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Futsal Piala Naib
Canselor UniMAP.

Anak Muda Berpekerti Baik,

Menjadi Tunggak Harapan

Negara,

Budaya Bersukan Amalan Yang Baik,

Melahirkan Bangsa Sihat Sejahtera.

Sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai