Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA


SMK LAKSAMANA KALI KE 65 2022
3 julai 2022 ; AHAD
PADANG ASRAMA PUSAT KOTA TINGGI
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Maju Johor
Apa Khabar Amazing Laksamana ?!

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua
kita dapat berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Perasmian
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan
Laksamana bagi tahun 2022.

2. Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih


kepada pihak sekolah yang menjemput saya untuk bersama-
sama dalam temasya sukan ini.

3. Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru , para pelajar dan


juga barisan PIBG kerana bertungkus lumus  merealisasikan
Kejohanan Olahraga pada hari ini.
4. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada
hari ini. Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan
daripada semua ibu bapa. Ini membuktikan bahawa para ibu
bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang
sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya.

Hadirin dan para pelajar yang dikasihi,

5. Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk


melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan cerdas mental.
Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada
pelbagai aspek yang merangkumi fizikal, mental dan emosi,
sukan mampu melahirkan pelajar yang cergas, patuh dengan
peraturan dan secara tidak langsung  membentuk seorang atlet
yang  berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan
mempunyai  jati diri yang kental serta mempunyai daya
kepimpinan.

6. Kejohanan olahraga ini tidak semata-mata menentukan juara dan


pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah
kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung
kepada para pelajar dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat
dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan
pengorbanan.
7. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan
ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan
semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti
adalah untuk membentuk warganegara yang berjiwa kental dan
bersemangat patriotik.

Hadirin dan para pelajar yang dikasihi,

8. Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada


benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada
terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat.

9. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet


itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang
tinggi. Kita harus  sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita
mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang
memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara
pada masa hadapan.

10. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan


pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang cerdas
mindanya.Malahan bidang sukan juga dapat menjadi kerjaya
kapada para atlet, dan seterusnya mengharumkan nama negara
di persada antarabangsa.
Hadirin dan para pelajar yang dikasihi,

11. Sememangnya, aktiviti sukan sama ada sukan permainan


atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara.
Aktiviti sukan yang melibatkan para pelajar daripada pelbagai
kaum dan agama nescaya berupaya memupuk semangat
kesukanan, sekali gus dapat memupuk perpaduan dan muhibah
dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar
berbilang bangsa dan agama.

12. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga


dikenali di peringkat antarabangsa.. Semangat kerjasama dan
bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti
sukan.

13. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil


kesempatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan
syabas dan tahniah kepada anak-anak sekalian. Syabas kepada
semua pihak kerana telah berjaya mengelolakan kejohanan
olahraga ini.

Anak-anak,
“Medal emas itu bukan dibuat daripada emas tetapi
daripada keringat, tekad dan kesungguhan.”

14. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa


mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negara Johor

dengan naungan keselamatan, keamanan, dan kemajuan.

15. DENGAN lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,


saya merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah
Laksamana kali ke 65

Amazing Laksamana !

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai