Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YANG SETIA,

TKPj TUAN HAJI DARUSSALAM BIN BUDIN,


TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN BANDUAN,
JABATAN PENJARA MALAYSIA.
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh,

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia


Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa
bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian Kejohanan
Padang dan Balapan SI Kajang kali Ke-6, 2015

Sidang hadirin yang berbahagia.


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan
murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang
konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi
minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk
seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung
membentuk seorang atlet yang
berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental
serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,


Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk
mencapai matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid
yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di
sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di
sekolah dan merapatkan silaturrahim warga sekolah dan anggota
penjara, malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah
kejayaan yang lebih cemerlang.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali
lagi SIK telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga kali yang ke - 6
dengan jayanya. Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara

dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah
kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada
murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui
usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak
ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang
berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan,
menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah
komuniti dan masyarakat yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang.

Bagi mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada


AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Padang
dan Balapan SI Kajang pada tahun ini dengan jayanya. Kepada para
atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan selepas
ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah
berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan
bahawa anda telah mencipta kerjaya

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN PADANG DAN


BALAPAN SI KAJANG KALI KE-6
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai