Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha _____________________________

Yang Dihormati ______________________________

Serta semua rakan guru Jurulatih Utama Prasekolah Negeri terengganu yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul
pada petang yang damai ini.
Rakan-rakan sekalian,
Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 2009 iaitu di SK Pasir Raja,Dungun saya
telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.
Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah
sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan,
suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang
disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau
tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah
alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar
mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang
pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat
menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Rakan-rakan Sekalian,
Sepanjang saya berkhidmat iaitu selama 13 tahun sebagai guru prasekolah dan 10 tahun sebagai JU
Prasekolah, banyak ilmu yang telah saya dapat. Saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama
& kasih sayang yang telah diberikan oleh semua rakan guru didalam tempoh tersebut.
Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan
sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman kita bersama akan sentiasa
subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.
Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada rakan-rakan yang sama-sama memberi
tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan. Tidak juga dilupakan
kepada Cik Saharawati Binti Harun kerana telah banyak membantu dalam melancarkan segala
urusan saya sepanjang menjadi JU Prasekolah.
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya
bersama kalian semua
Akhir kata dengarkan pantun dari saya.

Dian tiga lilin pun tiga


Obor tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.


Sekian, terima kasih
Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Anda mungkin juga menyukai