Bukan mudah hendak menjadi seorang pemimpin yang hebat. Setakat jadi pemimpin
yang baik mungkin lebih mudah.
Seseorang menjadi pemimpin yang hebat bukan sebab keupayaan meloloskan diri
bermain politik hingga berjaya naik tangga menjadi pemimpin.
Bukan juga disebabkan faktor ‘siapa anda kenal’. Bukan kerana anda pandai cakap dan
panda menyemarakkan semangat orang lain.
Itu semua memang memainkan peranan sedikit sebanyak. Tetapi ada faktor lain yang
lebih mendalam yang perlu diterapkan menjadi amalan dalam diri.
Menurut Universiti Conerstone, kita perlu ada lima kriteria dalam diri jika kita
berhasrat membina sifat kepimpinan yang hebat dalam diri.
1. Perbaiki diri sendiri terlebih dahulu
Sebelum kita hendak menyuruh orang lain mengikut kita, pemimpin yang hebat wajib
memikirkan penambahbaikan diri sendiri terlebih dahulu.
Ini kerana sebagai pemimpin, kita akan sentiasa berada di barisan hadapan baik dari
segi budaya kerja, integriti dan sebagainya.
Kalau kita asyik menyuruh orang lain supaya meningkatkan diri sedangkan kita sendiri
tidak mengambil masa untuk mengusahakan penambahbaikan diri, jangan harap orang
lain akan ikut secara sukarela. Kalau ikut pun, hanya kerana terpaksa.
Oleh itu, ungkapan ‘dengar apa aku cakap, bukan tengok apa aku buat’ memang tidak
bersesuaian buat seorang pemimpin yang hebat.
Kalau kita hendak orang bawah datang awal, kita sendiri perlu datang awal. Kalau
hendak orang bawah berlaku baik terhadap pelanggan, jangan pula kita mengata-ngata
buruk di belakang pelanggan. Kalau kita hendak maklum balas yang pantas, kita sendiri
perlu memberikan respons dengan pantas.
Pertimbangkan soalan-soalan berikut:
Adakah aku menyuruh orang lain membuat apa yang aku sendiri tidak mahu
buat?
Apakah aku hanya mempedulikan kepentingan diri aku atau kepentingan orang
lain juga?
Adakah aku memaparkan contoh yang baik untuk diteladani?
Adakah aku sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri?
Adakah semua orang di keliling aku bersedia memberi maklum balas yang tulus?
Bilakah kali terakhir seseorang yang rapat dengan aku memberikan aku kritikan
yang membina?
Adakah dalam kalangan mereka di keliling aku yang tidak suka dengan aku?
Adakah aku mendengar dengan tekun apabila seseorang menyatakan kritikan
terhadap aku?
Apabila sesuatu yang tidak elok berlaku, apakah aku mula menuding jari?
Adakah aku takutkan kegagalan dan adakah puncanya kerana ketidaksanggupan
aku untuk menggalas tanggungjawab dengan penuh.
Apakah langkah yang perlu aku ambil supaya terdaya menjadi lebih
bertanggungjawab?
Rumusan
Kepimpinan bukanlah perkara yang mudah; bukan setakat keupayaan memberi arahan
buat itu dan ini. Ia sebenarnya adalah penonjolan ciri-ciri dalaman keperibadian kita
yang terhasil daripada disiplin dan amalan mulia yang diterapkan sepanjang kehidupan
kita.