Anda di halaman 1dari 3

Majlis Penutup

TEKS PENGERUSI MAJLIS


LAWATAN AUDIT DALAMAN
ZON MELAKA / NEGERI SEMBILAN
5 OKT 2018

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang berusaha,

En Abdul Rahim Bin Kassim (Pengarah KVKK)


Cik Suraini binti Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Akademik),
Cik Rozilah binti Ali (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik),
Puan Habsah binti Zakaria (Ketua Jaminan Kualiti),

Yang dihormati,

Prof. Madya Dr. Erween B. Abd. Rahim

Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Program, Kaunselor-Kaunselor serta barisan pensyarah Kolej


Vokasional Kuala Klawang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini untuk sama-sama mendengar taklimat
oemantapan OBE bagi permohonan akreditasi penuh Zon Melaka/Negeri Sembilan.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Nor Hasyim Bin Ibrahim. Dipersilakan.

..........................................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Nor Hasyim Bin Ibrahim atas bacaan
doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini berjalan dengar lancar.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis Penutup

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Prof. Madya Dr. Erween B. Abd. Rahim untuk
memberikan taklimat OBE,

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya
Dr. Erween B. Abd. Rahim atas pembentangan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput En Abdul Rahim Bin Kassim, Pengarah Kolej
Vokasional Kuala Klawang untuk menyampaikan ucapan dan menutup majlis pada hari ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
..........................................................................................................................................................
Terima Kasih diucapkan kepada En Abdul Rahim Bin Kassim atas ucapan penutupan yang
diberikan

Sebagai tanda ingatan seluruh warga Kolej Vokasional Kuala Klawang kepada Auditor, pihak
majlis menjemput En Abdul Rahim Bin Kassim untuk menyampaikan cenderamata kepada
auditor dengan diiringi Cik Suraini binti Mohd Yusof.

Dipersilakan.
- Encik Rosli Bin Omar (KJK dari Kolej Vokasional Slim River)
- Puan Shamsiah Binti Ahmad (KJK dari Kolej Vokasional Kuantan)

..........................................................................................................................................................

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Abdul Rahim Bin Kassim atas kesudian
menyampaikan cenderamata tersebut.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Auditor dan semua pihak yang menjayakan audit silang terhadap
program di KV kuala klawang bagi persediaan Self Review Report permohonan akreditasi penuh
Zon Melaka/Negeri Sembilan.

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Majlis Penutup

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai