Anda di halaman 1dari 1

PIDATO : KEMERDEKAAN

Yang berusaha tuan Guru Besar, Encik Simon bin Intim, guru-guru penolong kanan, para guru
dan warga sekolah sekalian. Assalamualaikum dan salam sk st paul berabis mencipta
kecemerlangan. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Kemerdekaan”.

Para hadirin sekalian,


Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kini pada tahun 2018, negara kita telah
menyambut sambutan hari kemerdekaan bagi kali yang ke-61. Berkat dan usaha negarawan
kita yang banyak berjasa itulah yang harus kita sanjungi. Rakyat Malaysia haruslah bersama-
sama memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita mesti sanggup berbuat apa sahaja untuk
negara sehingga ke titiisan darah yang terakhir.

Selain itu, negara kita maju dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,pertanian dan
perhubungan. Ini jugalah yang menarik perhatian penjajah untuk menjajah negara kita. Kita
juga harus memupuk rrasa cinta dan bertuah kerana dapat tinggal di negara yang aman dan
berdaulat ini.

Hadirin sekalian,
Rakyat Malaysia juga mesti hidup harmoni, bersatu-padu dan memupuk semangat muhibah
di dalam diri. Kedatangan penjajah ke negara kitalah yang menyebabkan rakyatnya berpecah-
belah. Hal ini demikian yang menyebabkan negara kita dijajah oleh kuasa luar.

Sebagai rakyat yang patuh akan Rukun Negara, kita hendaklah bersama-sama berganding
bahu membangunkan negara daripada dijajah kembali. Dengan cara yang berikut jugalah
akan memupuk semangat cinta akan negara di kalangan penduduk berbilang kaum seperti
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Hadirin yang dihormati,

Kesimpulannya, negara kita akan terus makmur jika kita hidup aman harmoni. Kita hendaklah
terus menyayangi akan negara kita selari dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu
“Sayangi Malaysia”.

Anda mungkin juga menyukai