Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015

CADANGAN MODUL PROGRAM


MODUL 1
Tajuk

Potensi Diri Aku Boleh!


Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Objektif

Pada akhir aktiviti, murid-murid dapat :


1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri.
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan

Masa
Bahan
Langkah-

:
:

langkah

diri.
30 minit
Tiada
1. Murid diberi masa oleh fasilitator untuk berfikir tentang kelebihan dan kelemahan diri
sendiri.
2. Murid yang sukarela menyatakan kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
3. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk meningkatkan kebolehan
diri dan membaiki kelemahan diri.

Falsafah

4. Fasilitator membuat rumusan .


1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing.
2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan
sebagai peluang untuk membaiki diri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan yang ada.

MODUL 2

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015

Tajuk

Objektif

Kawal Diri
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Pada akhir aktiviti, Murid-murid dapat :
1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu.
2.

Masa
Bahan
Langkah-

Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi

yang menganggu emosinya.


30 minit
Tiada
1. Fasilitator membuat mimik muka gembira, marah dan sedih untuk menggambarkan

:
:
:

langkah

situasi emosi yang dialami.


2. Fasilitator bersoal jawab tentang aktiviti 1.
3. Murid menyatakan emosi yang dialami dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya

Falsafah

berada dalam situasi tersebut.


4. Fasilitator membuat rumusan.
1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.

2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya menanganinya
secara positif.

MODUL 3

Tajuk
Objektif

Kesantunan/Adab Berguru

Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental


: Pada akhir aktiviti, Murid-murid dapat :

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015


1. Mengetahui perlakuan beradab kepada guru.
2. Menerap amalan praktikal perlakuan.
Masa
Bahan
Langkahlangkah

3. Beradab kepada guru sepanjang persekolahan.


: 30 minit
: Bahan Edaran
: 1. Murid diberikan edaran untuk dibaca.
2. Memulakan perbincangan.

Falsafah

3. Fasilitator membuat rumusan.


: 1.
Pentingnya membina hubungan sihat di antara guru dan murid.
2.

Murid perlu menghormati dan mengamalkan tingkah laku beradab terhadap guru dan
warga sekolah.

3.

Hubungan sihat antara sesama manusia perlu ada batas pergaulan dan peradaban
kesantunan.

Edaran 1:
PENGERTIAN ADAB BERGURU
1. Guru ialah golongan kedua selepas ibu bapa.
2. Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berwawasan dan berakhlak mulia.
3. Panduan adab berguru ialah: berwuduk, berdoa dan menghormati guru.

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015

CARA BERADAB DENGAN GURU


Pelajar yang beradab dengan guru sentiasa mematuhi dan menghormati gurunya. Manakala pelajar yang tidak
sopan tidak akan menghormati dan mematuhi arahan guru.
AKIBAT DERHAKA KEPADA GURU
o Tidak bermoral dan rendah budi pekerti.
o Ketinggalan dalam bidang pelajaran.
o Susah memahami dan mengingati ajaran guru.
PELAJAR YANG BERADAB
1. Memberi salam apabila bertemu.
2. Bercakap dengan sopan.
3. Menolong guru dengan ikhlas.

PELAJAR YANG KURANG BERADAB


1.Tidak memberi salam apabila bertemu.
2. Bercakap dengan kasar.
3. Tidak ikhlas menolong guru.

CARA MENGENANG JASA GURU


Menghormati guru sepanjang masa.
Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru.
Mengeratkan hubungan sillaturahim walaupun telah tamat tahun 6.
HIKMAH MENGHORMATI GURU
Memperoleh ilmu yang diberkati Allah s.w.t.
Dikurniakan taufik dan hidayah.
Dihormati dan dikasihi masyarakat.

MODUL 4

Tajuk
Objektif

Pengurusan Tekanan (Pengurusan Stress)

Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental


: Pada akhir aktiviti, murid-murid akan dapat :
1. Meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara yang
membawa kepada kesedihan, kemurungan, marah dan benci

Masa

terhadap sesuatu yang mengakibatkan stress.


: 30 minit

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015


Bahan
Langkah-

:
A4, pen dan dua buah kotak
: 1. Fasilitator meminta ahli untuk menulis luahan hati yang tidak disukai dan disukai dalam masa

langkah

15 minit.
2. Kemudian fasilitator meminta ahli memasukkan kertas luahan tadi ke dalam kotak berlabel
gembira dan sedih.
3. Fasilitator secara rawak memilih satu luahan dari setiap kotak dan membaca luahan tersebut.
4. Ahli diminta memberi pandangan dan cara menangani bagi luahan yang tidak disukainya dan

Falsafah

memberikan pengukuhan terhadap perkara yang menggembirakan.


Keperluan sokongan dan perkongsian perasaan dapat membantu mengurangkan stress.

MODUL 5
Kecerdasan Emosi

Tajuk

Objektif

Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Pada akhir aktiviti, murid-murid akan dapat :

Masa
Bahan
Langkah-

:
:
:

1. Membina keyakinan diri, interpersonal dan intrapersonal.


20 minit
Bahan Edaran
1. Semua murid mengadap rakannya secara berpasangan sesama jantina dan duduk.

langkah

Setiap murid di berikan separuh kertas A4.


2. Anda tidak dibenarkan bercakap tapi boleh tersenyum simpul.
3. Lipat dua kertas A4 tersebut.

PROGRAM MENTOR MENTEE SK SEBERANG NYONYA TAHUN 2015


4. Sila bertentang mata dan lihat keseluruhan wajah rakan anda selama satu minit.
5. Pada satu bahagian kertas, catatkan apa sahaja tentang rakan anda yang anda fikirkan
betul. Contoh: mata cantik, pendiam, mudah mesra, penyayang, sukar ditafsir dan lainlain. Elakkan menulis perkara sensitif atau negatif.
6. Pada satu bahagian lagi, anda tuliskan sifat dan personaliti diri sendiri yang signifikan
pada tanggapan anda.
7. Catatan anda tentang diri anda dan rakan anda adalah sulit.
8. Jangan lupa tuliskan nama anda dan rakan anda dengan jelas di sudut kanan di atas
kedua-dua bahagian kertas.
9. Apabila tempoh masa selesai, secara rawak fasilitator meminta murid secara sukarela
bangun dan bercerita tentang tulisan tafsirannya terhadap rakan pasangannya. Rakan
yang diceritakan pula, bangun membacakan tulisannya tentang diri sendiri.
10. Mentor memproses aktiviti dengan memberi ruang kepada semua murid melahirkan
Falsafah

pendapat mereka terhadap aktiviti


1. Hidup bahagia jika mengamalkan nilai berkasih sayang
2. Manusia yang paling kuat adalah mereka yang mampu mengawal emosi negatif dirinya.

Anda mungkin juga menyukai