Anda di halaman 1dari 36

PELAJARAN 27

TAZKIYAH AL-NAFS MENDEKATKAN


DIRI KEPADA ALLAH
27.1-TAZKIYAH AL-NAFS

DARI SEGI BAHASA


Berasal daripada 2 perkataan:
1)tazkiyah
2)al-nafs
-TAZKIYAH: membersihkan,menyucikan dan
menjadikan sesuatu bertambah baik.
-AL-NAFS: roh,nyawa dan jiwa.
DARI SEGI ISTILAH

TAZKIYAH AL-NAFS= usaha manusia untuk


menyucikan jiwa sehingga mempunyai sifat terpuji
pada dirinya didunia dan akhirat untuk mendapat
keredhaan allah.
Menurut abu hamid muhammad al-ghazali,tazkiyah al-
nafs merupakan satu proses untuk menyucikan hati, jiwa
dan diri manusia daripada sifat2 mazmumah melalui
proses mujahadah al-nafs,kemudian menghiasinya dgn
sifat2 mahmudah melalui proses riadah al-nafs yang
memerlukan kesabaran,usaha yang gigih serta
mengambil masa yang lama.
27.2-DALIL NAKLI

1-FIRMAN ALLAH(surah as-syams 91:7-10)


 ERTINYA:demi diri manusia dan yang
menyempurnakan kejadiannya 7serta
mengilhamkan jalan yang membawanya kepada
kejahatan dan ketakwaan 8 sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia
bersih bertambah-tambah bersih 9
dan
sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya susut dan terbenam kebersihannya 10
2-FIRMAN ALLAH(surah al-lail 92:17-18)

ERTINYA:dan(sebaliknya) akan dijauhkan


(azab neraka) itu daripada orang yang
sungguh bertakwa 17 yang
mendermakan hartanya dengan tujuan
membersihkan diri dan harta bendanya 18
3-SABDA RASULULLAH:

ERTINYA:daripada zaid bin arqam berkata:


tidak aku katakan kepada kamu melainkan apa
yang rasulullah sabdakan,baginda bersabda:
….ya allah kurniakan kepada jiwaku
ketaqwaan,sucikannya.Engkaulah sebaik-baik
penyucinya,engkaulah pemelihara dan
tuannya…
(riwayat muslim)
4-SABDA RASULULLAH:

ERTINYA:…ketahuilah,sesungguhnya dalam
jasad terdapat segumpal daging,apabila dia
baik maka jasad tersebut menjadi baik dan
sebaliknya apabila dia rosak maka seluruh
jasad tersebut akan menjadi
rosak.Ketahuilah ia adalah hati.
(riwayat bukhari)
27.3-JENIS2
PENYAKIT HATI DAN CARA2 UNTUK
MENGUBATINYA

Berdasarkan dalil2 tersebut,jelas menunjukkan


bahawa pentingnya proses tazkiyah al-nafs

Khususnya hati untuk mencapai ketaqwaan

Jikahati dan jiwa terpelihara,sudah tentu


iamembawa kepada pembentukan zahir dan batin
yang lebih sempurna
Terdapat pelbagai penyakit hati.Antaranya:

1)NIFAQ
-Nifaq adalah menzahirkan keimanan pada luaran
tetapi menyembunyikan kekufuran dalam hati.
-Nifaq sangat besar mudaratnya sehingga mampu
mendorong pelakuan seperti melakukan dosa2 yang
lain.
-seperti bercakap bohong,mungkir janji,khianat,suka
menghasut,mengadu domba dan menyebarkan
fitnah.
-Allah menjadikan orang2 yang munafik itu
cukup rendah kedudukannya.

(surah at-taubah 9:67)


ERTINYA:Orang munafik lelaki dan
perempuan,sesetengahnya adalah sama dengan
sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh dengan
perbuatan jahat,dan melarang daripada perbuatan
baik,dan mereka pula menggenggam tangannya(bakhil
kedekut).Mereka melupakan allah dan allah juga
melupakn mereka.Sesungguhnya orang munafik itu
merekalah orang yang fasik(sesat).
2)HASAD
-Hasad ialah dengki atau iri hati.
-Ia bermaksud berasa sakit hati atas
kesenangan atau kemuliaan orang lain
serta ingin nikmat tersebut hilang daripada
pemilikan dan mengharapkan nikmat
tersebut beralih kepadanya.
-firman allah:
(surah an-nisa 4:32)
ERTINYA:Dan janganlah kamu mengharapkan limpah
kurnia yang allah telah berikan kepada sebahagian
daripada kamu melebihi sebahagian yang lain.Bagi
lelaki ada bahagiannya daripada apa2 yang mereka
usahakan.Bagi perempuan pula ada bahagian daripada
apa2 yang mereka usahakan,dan pohonlah kepada
allah akan limpah kurnianya.Sesungguhnya allah
sentiasa mengetahui akan tiap2 sesuatu.
3)BERGANTUNG KEPADA SELAIN
ALLAH
-Ia bermaksud melakukan sesuatu perkara
atau amalan tetapi hati cenderung kepada
selain allah dari segi pengharapan.Ini
mengakibatkan semua tujuannya akan
sia2.
-Contohnya seorang murid yang
bersungguh2 belajar menghadapi
peperiksaan,apabila diuji dengan
kegagalan dia akan menyalahkan diri
sendiri manakala sekiranya berjaya dia
akan merasakan itu hanyalah berpunca
dari usahanya.Dia terlupa bahawa
kejayaan atau kegagalan itu hanyalah
ujian daripada allah pada hambanya.
-firman allah:

(surah al-baqarah 2:165)


ERTINYA:(Walaupun demikian) ada antara manusia yang
mengambil sekutu2 selain daripada allah,mereka
mencintai sebagaimana mereka mencintai allah,sedangkan
orang yang beriman itu lebih cinta kepada allah.Dan
kalaulah orang yang melakukan kezaliman(syirik)itu
mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat
kelak,bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu
semuanya milik allah dan bahawa sesungguhnya allah
amat dahsyat azabnya(nescaya mereka tidak melakukan
kezaliman).
4)CINTAKAN DUNIA MELUPAKAN
AKHIRAT
-Ia bermaksud berlebih-lebihan dalam perkara
keduniaan sehingga mengabaikan akhirat.
-Orang yang mencintai dunia akan menuruti
hawa nafsunya sehingga terjerumus kepada
perkara2 negatif seperti
tamak,sombong,takbur,bakhil atau kedekut
dan seumpamanya.
-firman allah:

(surah hud 11:15-16)


ERTINYA: Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan
dunia dan perhiasannya,maka kami penuhi usaha
mereka di dunia,dan mereka tidak dikurangkan
daripadanya.Mereka tidak beroleh diakhirat kelak
selain daripada neraka,dan gugurlah apa yang mereka
lakukan didunia dan betullah apa yang mereka telah
kerjakan.
5)MELAKUKAN MAKSIAT
-Ia bermaksud sering melakukan
dosa,sama ada kecil ataupun besar.Setiap
satu dosa yang dilakukan menghasilkan
satu titik hitam pada hati.
-Semakin banyak dosa dilakukan semakin
gelaplah hati seseorang sehingga benci
untuk mendengar mahupun melakukan
kebaikan.
-Antara perkara maksiat tersebut ialah
berjudi,minum arak,berzina,mencuri dan
seumpamanya.Allah secara jelas telah
memberikan ancaman terhadap perlakuan
maksiat ini.
-firman allah:
(surah al-nahl 16:112)
ERTINYA:(dan berkenaan kaum yang
kufur)allah memberikan satu
perumpamaan,sebuah negeri yang
aman damai dan tenteram,yang
didatangi rezekinya yang mewah dari
setiap tempat,kemudian penduduknya
kufur akan nikmat2 allah itu,maka allah
merasakannya kelaparan dan ketakutan
yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah
lakukan.
CARA2 MERAWAT PENYAKIT HATI

-Setiap penyakit ada ubatnya.

-Begitu juga dengan hati,ia boleh dirawat


menerusi kaedah atau cara2 tertentu.
-Antaranya ialah:
1)MUHASABAH DIRI
-muhasabah diri ialah perbuatan menilai
diri(fikiran,pendirian dan sebagainya)untuk
memperbaiki diri sendiri.
-Ia boleh dilakukan oleh diri sendiri
ataupun kawan yang dipercayai.Firman
allah:
ERTINYA:wahai orang2 yang
beriman,bertaqwalah kepada allah,dan
hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan
apa yang ia telah sediakan untuk hari esok.Dan
bertaqwalah kepada allah,sesungguhnya allah
amat meliputi pengetahuannya akan segala
yang kamu kerjakan.(surah al-hasr 59:18)
-Kita boleh muhasabah diri,pada waktu malam
sebelum tidur untuk merenung kemali apakah
yang telah kita lakukan sepanjang hari.
-Adakah kebaikan mengatasi dosa atau
sebaliknya?

-Perbaikilah diri sementara masa masih


ada.
2)MENGINSAFI DIRI
-Iaitu segera sedarkan kesilapan diri serta
mengingati allah dan bersegera
membaikinya.
-Selagi tiada keinsafan,seseorang itu akan
hanyut dengan perbuatan dosanya.
-Sesungguhnya keinsafan itulah pangkal
kesembuhan.
-Contohnya, seorang murid mempunyai sifat
dengki,apabila dia sedarkan kewujudan sifat
tersebut dalam hatinya serta bahayanya,maka dia
akan mengusir sifat tersebut dengan penuh
keinsafan.
-firman allah:
ERTINYA:Sesungguhnya orang yang
bertaqwa,apabila mereka disentuh oleh sesuatu
imbasan hasutan daripada syaitan,mereka ingat
kepada ajaran allah maka dengan itu mereka tidak
henti2 melakukannya.(surah al-akraf 7:201)
3)TAUBAT DAN ISTIGHFAR
-Menurut imam al-ghazali,taubat adalah
pembersihan dan penyucian hati daripada
dosa.
-Istighfar bermaksud memohon keampunan
atau memohon penghapusan
dosa,menghilangkan kesannya dan
berlindung daripada kejahatan.
-firman allah:
ERTINYA:Dan hendaklah kamu beristighfar kepada
tuhan kamu daripada perbuatan syirik kemudian
hendaklah kamu bertaubat kepadanya.(surah hud
11:3)

-Cara2 bertaubat adalah meninggalkan terus dosa


tersebut,menyesalinya,berazam untuk tidak
mengulanginya lagi serta memohon maaf sekiranya
kesalahan tersebut melibatkan individu lain.
4)BERDOA
-Manusia merupakan makhluk yang lemah
dan sentiasa bergantung kepada allah.

-Manusia lemah sehingga tidak mampu


mengalahkan hawa nafsu dan gangguan
syaitan tanpa bantuan daripada allah.
-firman allah:
ERTINYA:Dan jika kamu dihasut oleh
hasutan daripada syaitan,maka
berlindunglah kepada allah.Sesungguhnya
dialah yang maha mendengar,lagi maha
mengetahui.(surah fussilat 41:36)
5)SOLAT DAN ZIKIR
-Solat dan zikir merupakan senjata yang
empuh bagi mencegah kemungkaran.
-Orang yang memelihara solatnya akan dapat
mencegah dirinya daripada melakukan
perkara2 keji dan mungkar.
-Begitu juga dengan zikir seperti membaca
alquran,bertasbih,bertahmid,bertakbir,
berselawat dan seumpamanya mampu
melembutkan hati dan jiwa.
-firman allah:
ERTINYA:Bacalah serta ikutlah(wahai nabi
muhammad)akan apa yang diwahyukan
kepadamu daripada alquran,dan dirikanlah solat
dengan tekun.Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah daripada perbuatan yang keji dan
mungkar.Dan sesungguhnya mengingati allah
adalah lebih besar faedahnya dan kesannya dan
ingatlah allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan. (surah al-ankabut 29:45)
27.4-KEPENTINGAN TAZKIAH AL-NAFS
DALAM KEHIDUPAN
2-Mewujudkan
individu yang
1-Melahirkan
sentiasa
insan yang
menginsafi
benar2 bertaqwa
kesalahan diri

3-Membentuk
4-Meninggikan
masyarakat yang
imej negara
berlumba-lumba
islam dimata
melakukan
dunia
kebaikan
27.5-AMALAN YANG MEMENUHI TUNTUTAN
TAZKIYAH AL-NAFS

-INDIVIDU-
1)Sering menghadiri majlis ilmu
2)Menambah amalan sunat seperti solat dan puasa sunat
3)Menjaga amalan wajib seperti solat fardu dan
istiqamah dalam melakukan solat secara berjemaah
4)Sentiasa berzikir kepada allah dengan
memperbanyakkan istighfar,selawat dan sentiasa
bermuhasabah diri.
-MASYARAKAT-
1)Mengadakan program keagamaan seperti ceramah
agama
2)Mewujudkan jawatankuasa di peringkat komuniti
untuk program kerohanian
3)Menyuburkan amalan membaca alquran dalam
kalangan masyarakat seperti program ‘QURAN
HOUR’.
4)Mengadakan karnival belia islamik yang antara
pengisiannya adalah pertandingan memanah,forum
perdana,berkuda dan seumpamanya.
-NEGARA-
1)Memperbanyakkan program yang
mendidik rakyat dikaca televisyen
2)Mengurangkan program hiburan
melampau dalam kalangan masyarakat
3)Memperbanyakkan program kerohanian
untuk belia diperingkat negeri atau nasional
4)Meningkatkan kawalan dan sekatan
capaian ke laman sesawang berunsur negatif

Anda mungkin juga menyukai