Anda di halaman 1dari 21

DISEDIAKAN OLEH

USTAZAH SALMAH BINTI MOHD


SAM TENGKU AMPUAN JEMAAH
SUNGAI BESAR, SELANGOR
‫معيار‬
‫التعليم‬
TAKRIF
SOLAT KHAUF

Solat yang didirikan


ketika situasi
PERANG atau
MENAKUTKAN
DALIL PENSYARIATAN SOLAT KEADAAN TAKUT
102. Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu
hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan
dari mereka berdiri (shalat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian
apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat),
maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan
hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu
bersembahyanglah mereka denganmu], dan hendaklah mereka bersiap siaga dan
menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap
senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus.
Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat
sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap
siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan
bagi orang-orang kafir itu. ANNISA:102
Mujahid meriwayatkan
daripada Ibnu Abbas, telah
bersabda Rasullullah SAW.
Allah telah memfardukan
solat melalui lidah nabimu
pada waktu biasa 4 rakaat ,
pada waktu musafir 2
rakaat dan pada waktu
ketakutan 1 rakaat.
(Riwayat Muslim)

Dan yang dimaksudkan


daripada hadis
bahawasanya makmum
menunaikan solat mengikut
imam 1 rakaat manakala 1
rakaat lagi disempurnakan
secara sendiri.
HUKUM SOLAT
KHAUF

Solat dalam
ketakutan
hukumnya HARUS
dalam semua
situasi peperangan
yang harus.
SEBAB SOLAT
KHAUF
1. Musuh datang.
2. Takut yang
bersangatan seperti
diserang orang,
perompak atau haiwan
buas.
3. Bencana alam atau
malapetaka seperti
kebakaran tanah runtuh,
karam,gempa bumi dan
letusan gunung berapi
MAKLUMAT
TAMBAHAN

Nabi saw pernah


mendirikan solat khauf
pada 3 tempat: di Batni
Nakhli, Usfan, dan Zatil
Riqa’, maka diharuskan
bagi tentera Islam
menunaikan solat khauf
secara bersendirian dan
lebih afdal secara
berjamaah.
SYARAT SOLAT
KHAUF

1. PEPERANGAN
YANG DIHARUSKAN
seperti memerangi
orang kafir harbi,
pelampau yang
memerangi Islam yang
mereka ini semua
berniat menumpahkan
darah dan mencabul
kehormatan.
2. TENTERA MUSUH
TELAH SAMPAI ATAU
ADA SEBAB DARIPADA
SEBAB-SEBAB
TERLALU TAKUT

a) Pertempuran sedang
berlaku dalam peperangan.

b) Datang haiwan-haiwan.
buas seperti singa dan ular.

c) Berlaku bencana alam


atau malapetaka seperti
kebakaran ,karam, tsunami
dan gempa bumi
CARA SOLAT
KHAUF
1. Imam menbahagikan ahli
Jemaah kepada 2 kumpulan,
kumpulan pertama berdiri
menghadap musuh untuk
mengawasi, kumpulan kedua
solat bersama imam.

2. Imam mendirikan solat


yang sempurna dua kali yang
pertama solat fardu yang
kedua solat sunat.
3.Imam mendirikan solat yang sempurna Bersama kumpulan ke2
hingga tamat, mereka pergi mengawasi barisan hadapan musuh,
seterusnya datang pula kumpulan pertama yang awalnya berkawal,
untuk solat Bersama imam. Imam berniat solat sunat manakala
makmum berniat solat fardu, para ulama’ sepakat akan
keharusannya.
CARA SOLAT KEADAAN
TAKUT

1. Dalam keadaan takut yang


bersangatan dan tidak mampu
berjamaah, mereka diharuskan solat
berdiri atau menunggang di tempat
peperangan mereka secara memberi
isyarat kepala mereka untuk rukuk
dan sujud kemana-mana arah yang
mereka mampu.

2. Mereka memulakan solat mereka


dengan takbiratulihram menghadap
kiblat ketika mampu atau mana-mana
arah jika keadaan mereka tidak
memungkinkan kerana terdesak.
238. Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk
Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu’.

239. Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka shalatlah sambil berjalan atau
berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (shalatlah),
sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui
CARA MENUNAIKAN SOLAT SEWAKTU BERTEMPUR DI MEDAN PERANG

@Diharuskan menunaikan solat secara isyaratsewaktu sedang bertempur di medan perang. Tidak terdapat cara
khususbagi keadaan ini.
@Setiap mereka boleh solat mengikut kemampuanmasing-masing sama ada berjalan atau menunggang, bergerak atau
berhenti, mengadap kiblat atau tidak.
@Maka rukuk dan sujud menggunakan isyaratataupun isyarat kepalayang mana isyarat sujudnya perlu lebih rendah
berbanding isyarat rukuk.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT KHAUF

Solat Khauf terbatal sepertimana terbatalnya solat


fardu yang lain dengan beberapa penambahan berikut:

KEADAAN MENJADI AMAN

BERCAKAP DAN MENJERIT BUKAN PADA SITUASI MELAKUKAN PERBUATAN DAN PERGERAKAN
YANG TERDESAK YANG TIADA KAITAN DENGAN PEPERANGAN
TEMPAT-TEMPAT DIDIRIKAN
SOLAT KHAUF PADA ZAMAN NABI
HIKMAH SOLAT KHAUF

DIGALAKKAN MEMELIHARA MEMUDAHKAN ISLAM


HUBUNGAN BERPASUKAN ANTARA UMAT ISLAM MENGANJURKAN
UMAT ISLAM AGAR IKATAN YANG SOLAT BERJAMAAH
UTUH DAN KUKUH INI KEKAL
MELAKSANAKAN
BERPANJANGAN KEWAJIPAN

Anda mungkin juga menyukai