Anda di halaman 1dari 2

SOLAT KHAUF

Pertama : Musuh Berada Di Arah Kiblat Rasulullah saw pernah mengerjakan solat khauf ketika di 'Usfan yang mana musuh berada di arah kiblat dan pada ketika itu ramai tentera Islam bersama Rasulullah saw. Tidak ada suatu punyang memisahkan di antara tentera Islam dan musuh yang berada di hadapan mereka. Rasulullah saw mengimamkan solat dengan menghadap ke arah kiblat dan membahagikan makmum kepada dua saf.

Semaasa imam rukuk, hanya saf yang pertama sahaja turut rukuk bersama imamnya, manakala saf yang kedua berdiri tegak memerhati. Apabila imam dan makmum saf pertama bangun daripada rukuk, barulah makmum saf yang ke dua rukuk. Sehingga apabila saf yang kedua bangun daripada rukuk barulah imam dan makmum saf pertama sujud manakala makmum saf yang kedua masih tegak berdiri untuk memerhati.

Apabila imam dan makmum saf pertama bangun berdiri ke rakaat yang berikutnya selepas dua kali sujud, barulah makmum di saf kedua turun melakukan dua kali sujud. Saf pertama pula yang mengawal keadaan, sehinggalah makmum saf kedua bangun menyertai imamnya pada rakaat keduanya.

Begitulah keadaan apabila saf pertama turun sujud, saf yang kedua mengawal keadaan, dan apabila saf kedua turun sujud, makmum saf pertama pula yang mengawal keadaan. Akhirnya mereka akan bersama-sama imam ketika tasyahud dan memberi salam berserta dengan imamnya.

Kedua : Musuh Bukan Dari Arah Kiblat Rasulullah saw pernah mengerjakan solat khauf di suatu tempat yang bernama Batn alNakhl di mana terdapat musuh bukan dari arah kiblat. Rasulullah saw (membahagikan tentera Islam kepada dua kumpulan) dan mengerjakan dua kali solat. Solat pertama dikerjakan bersama kumpulan yang pertama manakala kumpulan kedua berdiri menghadap ke pihak musuh untuk memerhati dan mengawal keadaan. Apabila selesai solat bersama kumpulan pertama, mereka

segera beredar mengambil tempat kumpulan kedua yang sedang mengawal. Kumpulan ke dua pula bersolat bersama Rasulullah saw. Ini bererti Rasulullah saw mengerjakan solat dua kali solat.

Solat pertama yang dilakukan bersama kumpulan yang pertama itu dianggap sebagai solat fardu manakala solat kali yang keduanya bersama kumpulan yang kedua adalah dikira sebagai solat sunat sahaja.

Ketiga : Ketika Peperangan Rasulullah saw pernah mengerjakan solat ketika dalam peperangan dan keadaan amat kritikal yang mana musuh akan menyerang pada bila-bila masa ketika tentera Islam lalai dan alapa, sedang solat mesti dikerjakan pada waktunya dan tidak boleh ditangguhkan. (Maka pada ketika itu solat boleh dikerjakan) sama ada ketika berkenderaan mahupun ketika bergerak dan berjalan, dan jika berkehendak dan terpaksa menaiki kenderaan atau turun daripada kenderaan ketika sedang bersolat sekalipun boleh dilakukan. Dalam keadaan sedemikian dikecualikan daripada menghadap ke arah kiblat (dan gerakan yang banyak) kerana darurat.

Cuma memadai (sekiranya ia mampu) hanya kepalanya sahaja diisyaratkan menghadap ke arah kiblat ketika rukuk dan sujud.

Dalam suasana demikian, solat berjemaah masih dikira lebih afdal daripada solat secara bersendirian dan mereka boleh bersolat dengan cara berlainan arah kiblat walaupun arah hadap mereka tidak sama sepertimana umat Islam bersolat di sekeliling Kaabah kerana darurat.

Diharuskan pergerakan yang banyak seperti menikam dan memukul walaupun secara berturu-turut, berjalan dan berlari. Diharuskan juga memegang senjata yang terkena najis yang tidak dimaafkan. Tetapi tidak dibolehkan berteriak dan menempek. Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan solat dalam keadaan sedemikian wajib diqada dan ada pula pendapat lain mengatakan tidak perlu diqada.

Anda mungkin juga menyukai