Anda di halaman 1dari 50

3

FATWA BERKAITAN
AHBASH

©2017, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Kedua 2019

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau selainnya sebelum mendapat izin bertulis
daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

ISBN 978-967-13496-7-0

Atur Huruf & Rekabentuk :


PGF PRINT
No 102, Persiaran Wawasan,
Batu Hampar, Seriab,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 012-588 9421 / 012-474 3077
Email : pgfprint.my@gmail.com

Diterbitkan oleh:
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-9794428, Fax : 04-9763844
KEPUTUSAN FATWA
::: KANDUNGAN
1. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 05
2. Pendahuluan 06
3. Pengikut utama Abdullah Harari 07
4. Pemikiran dan keyakinan 09
Akidah dan Mazhab 09
Keyakinan Terhadap al-Quran 09
Persoalan Iman 09
Persoalan al-Qadr 10
Ahbash Dan Kubur 10
Ahbash Dan Hadis Palsu 11
Ahbash Mencela Para Sahabat Nabi SAW 11
Asbash Mengkafirkan Para Ulama 11
Fatwa Ganjil Ahbash 12
Ahbash Memecah-Belahkan Masyarakat Islam 12
Ciri-Ciri Golongan Ahbash 12
Kitab-Kitab Ahbash 13
Kitab Jawapan Ulama Islam 14
5. Fatwa para ulama tentang Ahbash: 15
Ringkasan Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi
(Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2000): 15

Fatwa Dr. Wahbah al-Zuhaili RH


(Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2008): 21

Fatwa DR. Syed Ramadhan al-Buthi RH: 22

Majlis Fatwa Arab Saudi 23

Majlis Fatwa Mesir – Darul Iftaa’ al-Misriyyah – 25

Dr. Fikri Ismail,


Kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah: 28

Kenyataan Rasmi Dari Universiti al-Azhar, Mesir: 30


Majlis Fuqaha' al-Syariah Amerika 32

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz RH


(Mantan Mufti Arab Saudi) 34

Fatwa Samahah al-Syeikh Faisol Maulawi


(Timbalan Presiden Majlis Kajian dan Fatwa Eropah) 35

Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net 35

Fatwa Dr. Munir Jumaah:


Anggota Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam 36

Dr Safar al-Hawali: 37

Al-Syeikh Hamid bin Abdullah al-‘Aliy


(Pensyarah Peradaban Islam
di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.) 39

Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris


(Anggota Tetap al-Majma’ al-Fiqhi India) 44

Dr. Ahmad Syalabi


(Pensyarah al-Tarikh al-Islami di Uni. al-Azhar al-Syarif.) 45
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS
KALI KE-20 & 21/2016
18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H

Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia
dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang
dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di
atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan
perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka
maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perlis merumuskan seperti berikut:

Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi


yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini
adalah sesat dan melampau (ghulu) dalam menghukum pihak lain.
Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang,
tetapi kerana sifat melampau (ghulu) dalam mengkafir dan menyesatkan
pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk,
mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka.
Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn
Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-
Qaradhawi, al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-
Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya.

Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa


seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab
Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr
Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan itu,
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash
adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan
menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat
merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan bahawa
aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan.
PENDAHULUAN

Al-Ahbash adalah kumpulan sesat dinisbahkan kepada


Abdullah Al-Habasyi. Kumpulan ini muncul di Lubnan ketika
berlakunya huru-hara disebabkan perang saudara. Ketika itu,
masyarakatnya berada dalam kejahilan dan kefakiran.
Kumpulan Ahbash ini mengambil peluang menghidupkan
metodologi Ahli Kalam, Kesufian dan Kebatinan bertujuan
merosakkan akidah dan memecahbelahkan umat Islam.
Mereka juga bertujuan memalingkan umat Islam dari perkara-
perkara asas yang lebih penting.

Abdullah Al-Harari ah-Habashi, nama penuhnya ialah


Abdullah bin Muhammad al-Syaibi al-„Abdari. Dia dinamakan
sebagai al-Harari kerana dinisbahkan kepada kampungnya
Harar di Habashah (Ethiopia). Bermula keganjilan dan
penyelewengan Abdullah al-Harari apabila dia berbaiah
dengan tarikat al-Tijaniyyah dan tarikat al-Rifa‟iyyah.

Pada tahun 1948M bersamaan 1367H „Abdullah al-


Harari membantu Hakim Indraji di Habashah “Sahr Hilasilasi”
menentang persatuan-persatuan Islam Tahfiz al-Quran di
Bandar Harar. Kejadian ini dikenali sebagai “Fitnah Bilad
Kulub” yang membawa hukuman penjara dikenakan ke atas
Mudir Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun dan dibuang
negeri.

8 Kerjasama antara Abdullah Harari dengan Sahr


Hilasilasi dalam melakukan penentangan terhadap persatuan-
persatuan Islam, menjadikan para pendakwah dan guru agama
melarikan diri ke Mesir dan Saudi. Mereka menggelarkan
Abdullah al-Harari sebagai al-Fattan (orang yang banyak
membawa fitnah) atau Syeikh al-Fitnah.

Demikianlah keadaannya Abdullah al-Harari, apabila


dia berada di Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah
sama seperti yang dilakukannya di tempat asalnya Habashah
dan menyebarkan akidahnya yang rosak, termasuk syirik,
menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang
sifat Allah, menyebarkan fahaman Murjiah, Jabariah,
Tasawwuf Batiniyyah dan Syiah Rafidhah, mencela para
sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin „Aisyah
melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah SWT.

Kumpulan Ahbash ini membawa fahaman


menyeleweng dari mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Antaranya mereka berfahaman Jahmiyyah iaitu kumpulan yang
menafikan sifat ALLAH SWT, membawa fahaman Murjiah,
Jabariah dan Rafidhah atau Syiah. Mereka mencela sahabat
Nabi SAW dan menuduh Aisyah RA bermaksiat kepada
ALLAH di samping fatwa-fatwa mereka yang pelik.

Akhirnya Abdullah Al-Harari berjaya mengumpulkan


pengikut yang taksub, mereka tidak mengiktiraf keislaman
seseorang kecuali sesiapa yang mengakui akidah yang dibawa
oleh Abdullah Al-Harari. Sedangkan akidah yang dibawa oleh
Abdullah Al-Harari ini jauh menyeleweng daripada akidah Ahl
al-Sunnah wa al-Jamaah. Pengikut yang taksub ini memaksa
orang ramai mempelajari akidah Al-Habasyiah. Mereka pergi
ke rumah orang ramai, mengetuk pintu-pintu rumah mereka
dan menyebarkan buku-buku Abdullah al-Harari secara
percuma.

9
PENGIKUT UTAMA ABDULLAH HARARI

Selain al-Harari, terdapat juga tokoh-tokoh lain yang


dikenali dari kumpulan Ahbash ini, antaranya Nizar Al-Halabi
digelar sebagai Samahatu Al-Syeikh, satu gelaran yang diberi
kepada seorang mufti. Pengikut al-Harari atau ajaran Ahbash
ini tidak sukakan mufti Lubnan ketika itu, iaitulah Samahah al-
Syeikh Hassan Khalid. Golongan Ahbash mahukan mufti dari
golongan mereka sendiri iaitulah Nizar al-Halabi ini. Lalu
golongan Ahbash menconteng dinding-dinding di bandar-
bandar dengan slogan "Katakan tidak kepada Hassan Khalid
(Mufti Lubnan) yang kafir, dan katakan ya kepada mufti Nizar
Al-Halabi". Mufti Hassan Khalid ini dibunuh kemudiannya.

Selain itu terdapat juga individu-individu penting yang


bersama dengan mereka seperti Timbalan Parlimen Lubnan,
„Adnan al-Tarabulusi dan seorang calon parlimen dari mereka
iaitulah Toha Naji yang kemudiannya telah berjaya
memperolehi undian suara sebanyak 1700 dalam pemilihan,
yang kebanyakannya adalah dari kalangan orang-orang
Kristian. Namun dia tidak memperolehi kejayaan.

Terdapat juga nama-nama seperti Hussam Qirqira,


Timbalan Pengerusi Jam‟iyyah al-Masyari‟ al-Islamiyyah,
Kamal al-Huth, „Imad al-Din Haidar dan „Abdullah al-Barudi.
Kesemua mereka menyeliakan kumpulan penyelidikan yang
telah mula mentahkik kitab-kitab turath berdasarkan fahaman
Jahmiyyah. Mereka menggunakan gelaran-gelaran yang
mengelirukan sebagai contoh mereka menyebut: “Berkata al-
Hafidz al-„Abdari di dalam (kitab) Dalilnya.” Melalui statement
seperti ini mereka mengelirukan orang ramai sehingga
menyangka al-Hafidz al-„Abdari ini adalah dari kalangan tokoh
ulama umat Islam semasyhur al-Hafidz Ibn Hajar atau al-
Nawawi. Sebaliknya orang tersebut hakikatnya adalah syeikh
mereka sendiri iaitulah al-Harari yang dinukilkan kenyataanya
dari kiitab al-Dalil al-Qawim.
10
PEMIKIRAN DAN KEYAKINAN

Akidah dan Mazhab

Ahbash mendakwa bermazhab dengan Mazhab Al-


Syafi‟e dalam fikah dan akidah, hakikatnya mazhab mereka
jauh dari mazhab Al-Syafi‟e. Mereka mentakwilkan sifat ALLAH
tanpa method yang betul, seperti yang dilakukan oleh mazhab
Muktazilah dan Jahmiyyah.

Keyakinan Terhadap al-Quran

Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran adalah lafaz


Jibrail, bukan Kalamullah sepertimana akidah Ahl al-Sunnah
wa al-Jamaah (ASWJ). Ini boleh dilihat dalam kitab tulisan Al-
Harari, Izharul Aqidati Al-Sunniyyah: halaman 591.

Persoalan Iman

Ahbash dalam masalah berkaitan dengan iman sama


seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan antara iman
dan amal. Seseorang dikira beriman walaupun meninggalkan
solat dan juga rukun Islam lainnya. Ini bercanggah dengan
akidah ASWJ yang menyatakan Islam itu ialah iman dan amal.
Lihat buku Al-Harari Al-Dalil Al-Qawim halaman 7 dan kitabnya
Bughyah Al-Tolib halaman 51.

Al-Harari berkata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan 11


syariat ALLAH dalam dirinya, tidak melaksanakan kefarduan
ditetapkan ALLAH, tidak menjauhkan diri dari kemaksiatan,
tetapi seumur hidupnya dia pernah mengucapkan La ilaha
illallah walaupun sekali, dia seorang muslim lagi beriman. Juga
disebutkan sebagai orang beriman yang berdosa”. Rujuk Al-
Dalil Al-Qawim halaman 9-10 dan Bughyah al-Tolib halaman
51.
Persoalan al-Qadr

Ahbash dalam masalah Al-Qadr sama seperti


Jabariyyah yang menyeleweng. Mereka mendakwa ALLAH
telah menolong seorang kafir atas kekufurannya, kalau tidak
kerana ALLAH, tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat
kitabnya Al-Nahju Al-Salim halaman 71.

Abdullah al-Harari berkeyakinan bahawa Allah


menciptakan alam ini tidak memiliki hikmah. Allah
mengutuskan rasul juga tidak memiliki sebarang hikmah. Dia
mendakwa sesiapa yang mengaitkan salah satu perbuatan
Allah dengan hikmah maka orang itu adalah seorang musyrik.

Ahbash Dan Kubur

Ahbash menggalakkan pergi ke kubur bagi tujuan


memohon pertolongan dan meminta diperkenankan hajat-hajat
dari ahli kubur. Mereka mendakwa, ahli kubur keluar dari kubur
menunaikan hajat pemohon kemudian kembali ke kubur
semula.

Begitu juga mereka membenarkan memohon


perlindungan dari selain ALLAH dan mengambil berkat dari
batu-batu. Lihat Al-Dalil Al-Qawim halaman 173, Bughyah Al-
12 Tolib muka surat 8 dan Sorih Al-Bayan muka surat 57 dan 62.
Ahbash Dan Hadis Palsu

Ahbash berpegang kepada hadis lemah dan palsu


yang menyokong mazhab mereka dan sebaliknya melemahkan
banyak hadis yang sahih kerana tidak menyokong mazhab
mereka. Boleh dilihat dengan jelas dalam kitabnya Al-Maulid
Al-Nabawi.

Ahbash Mencela Para Sahabat Nabi SAW

Al-Harari banyak mencela sahabat terutamanya


Muawiyyah bin Abi Sufian RA, Aisyah RA, mengutuk Khalid bin
Al-Walid dan sahabat lainnya. Dia juga berkata sesiapa yang
tidak bersama pemerintahan Ali, mati dalam keadaan jahiliah.

Ahbash Mengkafirkan Para Ulama

Abdullah al-Harari mengkafirkan beberapa ulama, dia


menghukum Ibnu Taimiyyah sebagai kafir dan menjadikan
kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufuran
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH. Begitu juga Imam al-Zahabi
di sisi al-Harari adalah seorang yang keji. Abdullah al-Harari
juga mengkafirkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab,
Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Sayyid Sabiq 13
penulis kitab Fiqh al-Sunnah yang masyhur, dan menganggap
beliau sebagai seorang Majusi Kafir, Sayyid Qutub, Syeikh Al-
Qaradhawi, Syeikh Said Ramadhan Al-Buti dan ulama yang
lainnya. Manakala kepada Ibn Arabi, seorang yang membawa
fahaman Wahdatul Wujud dan Hulul yang telah sepakat ulama
mengatakan kufurnya, Al-Harari mengatakannya sebagai
Syeikhul Islam.
Fatwa Ganjil Ahbash

Antara fatwa Abdullah al-Harari al-Habasyi dalam fikah


yang pelik dan ganjil ialah seperti bolehnya melihat wanita
ajnabiah (tidak menundukkan pandangan), boleh ihktilat
(percampuran lelaki dan wanita), boleh bersalam-salaman
antara wanita ajnabiah, wanita boleh keluar rumah dalam
keadaan tabarruj dan memakai wangian walaupun tanpa
keizinan dan keredaan suami. Boleh berjual-beli anak yang
merdeka, tidak perlu membayar zakat wang, boleh makan riba
dan bersolat dengan pakaian bernajis. Lihat Bughyatu Al-Tolib
halaman 99.

Ahbash Memecah-Belahkan Masyarakat Islam

Di Amerika dan Kanada, kumpulan Ahbash ini telah


menimbulkan fitnah mengubah arah kiblat, mereka memiliki
masjid tersendiri dan kiblat yang berbeza dari kiblat sebenar
sebanyak 90⁰. Hal ini menjadikan masjid mereka tidak
menghadap ke kiblat umat Islam. Di Lubnan mereka
menunaikan solat berasingan setelah selesai solat para
Jemaah masjid. Mereka juga memukul dan bertindak zalim ke
atas para imam masjid. Mereka menyampaikan kuliah-kuliah
agama dengan paksaan dan menimbulkan pertelingkahan di
masjid-masjid. Semua ini dengan bantuan dan sokongan dari
14 musuh-musuh Islam.

Ciri-Ciri Golongan Ahbash

Dari apa yang disebutkan, maka ciri-ciri kumpulan


Ahbash ini boleh disimpulkan:
i. Bermazhab Murjiah dan Jahmiyyah dalam masalah
iman, berpegang dengan tarekat kesufian yang
menyeleweng seperti Tarekat Al-Rifa'ie,
Naqsyabandiah dan juga akidah golongan Al-
Batiniyyah.
ii. Mengkafirkan ulama dan umat Islam umumnya yang
tidak sehaluan dengan mereka.
iii. Mengaburi masyarakat dengan gelaran ulama hadis
dan sebagainya yang mereka berikan kepada Al-Harari
seperti Al-Allamah Al-Muhaddis.

Kitab-Kitab Ahbash

Antara kitab yang ditulis oleh Abdullah Al-Harari dan


sebahagiannya disebarkan di Malaysia termasuk di
perpustakaan universiti tempatan seperti:

- Al-Maqalaat al-Sunniyyah Fi Kasyf Dholalaat Ibn


Taimiyyah.
- Sorih Al-Bayan.
- Al-Ta‟qib al-Hathith.
- Kitab Al-Maulid Al-Nabawiy.
- Al-Dalil Al-Qawim 'Ala Sirat Al-Mustaqim.
- Bughyatu Al-Tolib fi Makrifati Ilmi Al-Din Al-Wajib.
- Al-Nahj al-Sawiy Fi al-Radd „Ala Sayyid Qutb Wa Tabi‟ih
Faisal Maulawi. 15
- Izhar al-Akidah al-Sunniyyah Syarh al-Akidah al-
Tohawiyyah.
- Al-Rasail al-Subkiyyah FI al-Radd „Ala Ibn Taimiyyah.
- Al-Taufiq al-Rabbaniy Fi al-Radd „Ala Ibn Taimiyyah al-
Harraniy.
- Bahjah al-Nazr.
- Majallah Manar al-Huda (bersiri)
Kitab Jawapan Ulama Islam

Tulisan Ulama Lain Yang Menjawab Abdullah al-Harari:

- Al-Radd „Ala al-Syeikh al-Habashi oleh al-Syeikh Uthman


al-Safi.
- Istiwaa‟ Allah „Ala al-„Arsyh oleh Usamah al-Qassas.
- Al-Istiwaa‟ Bain al-Tanzih wa al-Tasywih oleh al-Ustaz
„Iwadh Mansur.
- Risalah al-Radd „Ala al-Habashi Fi Maudhu‟ I‟anah al-
Kafirin „Ala Kufrihim oleh „Adnan Yasin al-Naqsyabandi.
- Abdullah al-Habashi: „Aqa‟iduh wa Syuzuzuh oleh Abdul
Rahman Dimasyqiyyah.
- Bain Ahla al-Sunnah wa Ahl al-Fitnah oleh Abdul Rahman
Dimasyqiyyah.
- Syubhat Ahl al-Fitnah wa Ajwibah Ahl al-Sunnah Abdul
Rahman Dimasyqiyyah.
- Al-Adhwaa‟ al-Sati‟ah „Ala Ma Fi Kitab al-Dalil al-Qawim
„Ala Sirat al-Mustaqim oleh al-Syeikh „Uthman bin „Abdul
Qadir al-Safi.
- Majallah al-Furqan al-Kuwaitiyyah. Bilangan 23, Rejab
1413 H. terbitan Jam‟iyyah Ihyaa‟ al-Turath al-Islamiy
Kuwait.
- Majallah al-Mujtama‟, bilangan 1029, 20 Jamadil Akhir
1413H. terbitan Jam‟iyyah al-Islah al-Istima‟iy Kuwait.
- Majallah al-Majallah, bilangan 679: 10/2/1993M.
- Majallah al-Syiraa‟ Lubnan dalam dialog bersama „Adnan
al-Torabilsi, Timbalan Parlimen, bilangan 574, 639:
16 1/8/1993M.
- Jaridah al-Muslimun, bilangan 407 tarikh: 20/1/1992M,
Bilangan 410 bertarikh: 11/121992M.
- Al-Syarq al-Awsath bilangan 5117 tarikh: 1/12/1992M.
- Al-Radd „Ala al-Ahbash oleh al-Syeikh Muhammad Nasir
al-Din al-Albani rakaman kaset.

(Sumber: al-Mausu‟ah al-Muyassarah Fi al-Adyan wa al-


Mazahib wa al-Ahzab al-Mu‟asirah Jilid:1/427-432)
FATWA PARA ULAMA TENTANG AHBASH:

1) Ringkasan Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Tokoh Maal


Hijrah Malaysia 2000):

Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-


Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di
Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di
Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan
menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya
dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka
menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki
simpanan wang yang banyak dari matawang kertas yang
digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang
tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang
kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan
Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang
atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat
Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki
dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka


mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari
kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka 17
mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-
Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang
tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka
mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-
Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan
selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-
ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf)
bahawa terjatuh ke dalam lembah menghukum kafir adalah
tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan
melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini


mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan
al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di
dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam
berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari
manhaj para imam ini kesemuanya samada dalam pemikiran,
adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan


sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan
pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari
Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini
adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah
memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan
mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam
dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan
agama ini.

Aku ingin memohon maaf dari saudara-saudara kita ahli


Habashah yang lain dan kepada penghulu ahli Habashah
Sayyidina Bilal r.a. Mereka (golongan Ahbash) telah
18 merosakkan nama Habashah dan al-Ahbash yang sebenarnya.
Mereka (golongan Ahbash) bukanlah dari ahli Habashah yang
baik sedikit pun, mereka ahli Habashah berlepas diri dari
kesalahan-kesalahan golongan Ahbash - yang telah membawa
nama mereka secara salah - seperti berlepas dirinya serigala
(dalam kisah saudara-saudara Nabi Yusuf) dari darah anak
Nabi Ya'kub. Mereka (golongan Ahbash) sejauh-jauh manusia
dari adab dan akhlak Bilal r.a.
Sesungguhnya, pada awalnya aku tawaqquf dari menyebut
tentang mereka, dan aku tidak membenarkan setiap perkara
yang aku dengar tentang mereka, aku juga menahan lidah dan
pena-ku dari menyebut tentang mereka, aku tidak menyentuh
mereka walau dalam satu kalimat. Sehinggalah jelas kepadaku
kebenaran dan (seperti) jelasnya subuh bagi orang yang
memiliki dua mata, dan tuduhan-tuduhan terhadap mereka
diketahui dimerata tempat, maka tidak wajar aku senyap. Lalu
aku sentuh tentang mereka dalam beberapa kitabku yang
kemudian dengan cara yang lembut dan aku kritik mereka
dengan kritikan yang ringan. Aku juga menjawab dalam
beberapa seminar kepada orang yang bertanya tentang
sebahagian pendapat-pendapat mereka yang ganjil seperti
pendapat mereka dalam keharusan merokok secara mutlak,
keharusan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa
ikatan dan selainnya, sebagai menjelaskan kesalahan mereka
dalam ijtihad-ijtihad mereka seperti ini, tanpa aku melontarkan
tuduhan kafir dan fasiq kepada mereka, kerana cara itu
bukanlah jalanku.

Akan tetapi, kritikan yang lembut dan ringan ini, seperti


membunuh bagi mereka, menghentam dan menggilakan
mereka, mereka datang kesemuanya dan mereka kerahkan
pasukan-pasukan berkuda dan berjalan kaki (kiasan mereka
kerahkan semua kekuatan mereka) yang berada dalam
19
kelalaian, mereka hendak mengganggu program al-Syari'ah wa
al-Hayah di siaran al-Jazirah di Qatar. Mereka juga
menghalakan anak-anak panah mereka dari setiap arah.
Apabila mereka tidak berjaya, mereka menghantar surat
kepada Pengarah al-Jazirah, meminta diadakan perdebatan
dengan aku (al-Qaradhawi). Kalaulah aku menerima cara ini,
sudah tentu aku akan izinkan sebahagian anak murid kepada
anak muridku untuk berdebat dengan mereka. Akan tetapi
mereka (golongan Ahbash) terlaku kecil dan terlalu rendah
untuk berdebat dengan mereka, mereka tidak memiliki nilai
ilmu untuk mengizinkan mereka memasuki nilai perdebatan,
walaupun untuk berdebat dengan murid yang paling rendah.

Sebahagian saudara-saudaraku dari kalangan ahli ilmu telah


membaca surat yang mereka (Ahbash) hantarkan kepada al-
Jazirah untuk memohon diadakan perdebatan tersebut, lalu
mereka ceritakan setiap perkara (isi kandungan surat tersebut)
termasuk penghinaan mereka, termasuk tuduhan mereka yang
mengatakan bahawasanya aku (al-Qaradhawi) telah terkeluar
dari agama yang hanif ini, aku berlindung dengan Allah (dari
tuduhan tersebut). Lalu saudara-saudaraku mengharapkan aku
menjawab tuduhan-tuduhan tersebut yang mereka himpunkan
di dalam surat tersebut yang berupa perkara-perkara utama
kepada tuduhan dan kecaman mereka. Disebabkan harapan
daripada saudara-saudara ku, aku menerima untuk menulis
jawapan ini untuk mengendurkan kesamaran, menyatakan
kebenaran dan melenyapkan kebatilan walaupun orang-orang
yang berdosa tidak menyukainya.

Yang mengejutkan, mereka ini (Ahbash) menyibukkan diri


untuk mengganggu rancangan-rancangan ku di television
dengan kecaman-kecaman dan pembohongan-pembohongan,
sepertimana yang berlaku dalam program al-Syari'ah wa al-
20 Hayah di siaran al-Jazirah dan program Syu'bu al-Imam di
siaran satelit Qatar. Aku menghadapi adab buruk mereka
dengan kelembutan, tidak mahu menjawab dan berpaling dari
mereka seperti yang di firmankan oleh Allah swt: "(dan (orang-
orang beriman itu) apabila mereka mendengar perkataan yang
tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka
berkata: "Bagi kami amalan-amalan kami dan bagimu amalan-
amalanmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin
bergaul dengan orang-orang yang jahil." (al-Qasas: 55)

Akan tetapi perbuatan mereka itu melampau dan berterusan,


mereka bertambah agresif dan mereka menyangkakan
kelembutan itu adalah kelemahan, dan demi Allah ianya
bukanlah kelemahan, akan tetapi aku tidak mahu
menyempitkan/mensia-siakan waktu dan tumpuanku untuk
menyemarakkan api perselisihan diantara umat Islam. Sedang
mereka (Ahbash) paling fakir dari mahukan kesatuan dan
keharmonian. Akan tetapi disebabkan mereka melampaui
batas dan berterusan dan menyerang dengan cara yang batil,
ia membuatkan aku menjawab tuduhan-tuduhan mereka,
sedang perkara ini seperti aku nyatakan ianya tidak aku sukai,
akan tetapi sepertimana firman Allah: "Telah difardhukan ke
atas kamu semua peperangan sedangkan ianya tidak disukai
olehmu, barangkali kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan
ianya baik untukmu dan barangkali kamu sukakan sesuatu
sedangkan ianya tidak baik untukmu, dan Allah mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini


mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam
Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada
Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka
berdua, mereka menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini 21
menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang
sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan
beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan
lain-lain bandar di Saudi. Aku bukanlah hamba kepada
seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak
mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan
aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan
tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa
mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.

Golongan Ahbash ini bersikap angkuh, mereka meminta aku


berdebat dengan mereka, dan mereka mendesak dengan
permintaan ini. Akan tetapi aku balingkan permintaan mereka
ini ke dinding, dan bukanlah setiap permintaan itu ada nilainya
- walau tanpa dengan kebenaran - aku menjawab: Aku tidak
akan bersetuju untuk berdebat secara lisan yang mereka
inginkan itu kerana beberapa sebab:

1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas


namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang
kepada mereka. Bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah
kamu dengan kemarahanmu itu."

2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan


mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."

3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan


ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di
dalam buku-bukuku. Perkara ini tidak perlu kepada
perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan
buku yang seumpamanya jika mereka mampu.

4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding,


22 sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding
dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil
ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka
kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil
mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling
kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada Allah
- untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan
sahaja.
5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku
tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan
golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka
alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak
berganjak juga dengan pendirian mereka.

6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash)


dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan,
kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan
bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan
pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti
perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk
pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik
bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada
Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali.

Sumber: Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam,


Jld 3, ms: 685-686.

2) Fatwa Dr. Wahbah al-Zuhaili RH (Tokoh Maal Hijrah


Malaysia 2008):

Soalan:

Seorang pemuda meminang adik perempuan saya. Selepas 23


peminangan, pemuda ini berkata kepada adik saya bahawa dia
dari golongan al-Ahbasy. Apakah i'tiqad-i'tiqad mereka yang
penting. Apabila adik saya berkahwin dengan pemuda ini,
apakah hukum perkahwinannya?
Jawapan Dr. Wahbah al-Zuhailiy:

"Kita mengatakan, bahawa muslimin apabila sabit benar


agamanya maka mereka adalah dari kalangan muslimin. Boleh
berkahwin dengan mereka. Namun, saya menasihati anda
agar tidak bersetuju atas perkahwinan ini (dengan pemuda al-
Ahbasy). Kerana mereka (al-Ahbasy) mempunyai pandangan
dan pendapat yang tidak menepati apa yang telah ditetapkan
oleh jumhur umat Islam. Di sana barangkali akan berlaku
masalah dan pertelagahan disebabkan pendapat-pendapat
ganjil (syaz) yang mereka pegang dan i'tiqadkan. Ini hanyalah
merupakan nasihat sahaja."

3) Fatwa DR. Syed Ramadhan al-Buthi RH:

Soalan:

Al-AHBASH iaitu mereka yang mempunyai Imam (pemimpin


ikutan) di Beirut Abdullah al-Harari, mereka berkata di masjid
mereka, solat di belakang Wahabi Haram dan sesungguhnya
Imam Ibn Taimiyyah KAFIR.

Jawapan Dr. al-Buthi:

24 "Solat dibelakang Wahabi tidak HARAM dan mereka yang


mengikutnya dalam solat adalah sah. Dan tidak boleh
seseorang mengkafirkan muslim yang mana kita tidak
mengetahui ketika matinya adakah ia mati Kafir. Dan tidak
seorang pun yang tahu Adakah Imam Ibn Taimiyyah ketika
matinya telah murtad dan mati Kafir.

Berkenaan kumpulan yang ditanya kepada saya ini (AHBASH),


mereka ini mengkafirkan ramai orang Islam. Mereka
mengkafirkan Mutawalli Sya'rawi dan al-Qaradhawi juga,
mengkafirkan aku sendiri (al-Bouti)".

Soalan:

Saya mendengar AHBASH telah mengkafirkan anda, adakah


anda telah menjawabnya? Mereka ini mendakwa beraqidah al-
Asya‟erah, berfiqh Syafie, dan bertariqat Rifaie. Bagaimanakah
Ahli Sunnah menjawab kumpulan mereka ini. Mereka
menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar mengkafirkan orang
Islam.

Jawapan Dr. al-Bouti:

Mereka ini tidak hanya mengkafirkan aku, bahkan yang aku


tahu mereka mengkafirkan orang yang jauh lebih baik dariku,
seperti Mutawwali Sya'rawi, Ibn Taimiyyah, dan Syeikh al
Qaradhawi, dan ramai lagi..."

Sumber: Laman rasmi al-Bauti:


http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3
889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459

4) Majlis Fatwa Arab Saudi


25
Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-
Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya
merumuskan seperti berikut:

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi. Rujukan fatwa


no: 19606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah Fatwa


Tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang
individu yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah
tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran
yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat
yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:-

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah


sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli
Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada
kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin
di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan
I‟tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan
berkekalan.

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh


Jemaah ini. Kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat
yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan
sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang
tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar‟ei. Kesemua
ini mengundang ketidakpercayaan kepada fatwa-fatwa mereka
seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat Islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat


berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya
berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak
terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa
26 yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para
pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan
aqidah mereka.

Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh
Anggota: Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid.
5) Majlis Fatwa Mesir – Darul Iftaa’ al-Misriyyah –

Soalan:

Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah -


kami memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah
di dua buah dewan yang diberi oleh pihak Universiti untuk
kegunaan penganut agama yang berbagai, termasuk pelajar
muslimin, alhamdulillah.

Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari


Jumaat, maka kami semenjak beberapa tahun telah
mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa orang dari
kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan
menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang
lalu, kami bertemu secara mingguan untuk belajar tajwid dan
memahami ayat-ayat dalam surah al-Baqarah, belajar fikh dan
sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian dari Allah -
memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan
dan tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan
saling nasihat menasihati.

Kami mendapat tahu ada di kalangan kami orang yang


meragui Pusat Islam di bandar Lausanne dari kalangan
pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad bin
Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya
27
dinamakan sebagai al-Ahbash. Kami mendapat maklumat dan
membaca tentang pandangan dan pemikiran mereka, kami
dapati mereka memiliki penyelewengan-penyelewengan yang
bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang
agama kami yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami,


mereka lakukan solat Jumaat berasingan dengan solat yang
kami lakukan semenjak lebih 9 tahun yang lalu. Mereka juga
tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu juga dari
sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah
di musim haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram)
dan mereka tidak menunaikan solat melainkan di belakang
imam dari kalangan mereka sahaja.

Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan


para pelajar dan selainnya. Apabila mereka memperkenalkan
orang kepada Islam mereka perkenalkan kepada kumpulan
dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka mendakwa
bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan
Universiti al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor
Universiti al-Azhar yang lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan
adanya sebarang hubungan dengan golongan Ahbash dan
beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya
pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya
dan mendakwa statement itu palsu. Mereka sentiasa
mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa Switzerland,
mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh
sambil mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan
bantuan kepada kerja-kerja mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-


Ifta' al-Misriyah) memberi fatwa kepada kami tentang jemaah
28 ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan


membaca kitab-kitab syeikh mereka atau sepatutnya
memboikot jamaah ini dan menasihati ahli-ahlinya untuk keluar
darinya.

Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan


dalam perkara ini, sehingga kami memberanikan diri untuk
menulis soalan ini kepada pihak anda disebabkan berita yang
kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan
maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima
jawapan dari pihak tuan dalam masa terdekat dan kami
mengalu-alukan keluarnya satu statement rasmi tentang
mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta'
atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di Internet, agar
golongan Ahbash tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang
menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement


Fadhilah Dr. 'Umar Hasyim dan naskah statement dengan
bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh Markaz (pusat) Ahbash
di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun lepas,
yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada
hubungan dengan Universiti al-Azhar.

Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan


dengan Ahbash

Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan


seperti apa yang dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan,
maka mereka adalah satu jemaah yang sesat yang telah
melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib
menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang hubungan
dengan mereka. 29

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini


(Ahbash) dengan al-Azhar al-Syarif, dan tidak pernah keluar
dari kami sebarang urusan dengan kumpulan Ahbash ini. Tidak
ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada juga dari
pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak
Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian
Wakaf Mesir.
Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk
memberi gambaran yang meragukan, adalah perkara yang
merobek (mencacatkan) maruah diri yang sepatutnya dijauhi
oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. Wallahu swt
a'lam.

(Sumber: Lamanweb rasmi Dar al-Iftaa‟ al-Misriyyah)

6) Dr. Fikri Ismail, Kementerian Wakaf Mesir bahagian


Dakwah:

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian


Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam Ahli Sunnah wal


Jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak
pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari
ulamak yang dikenali ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu
dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam
atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik


dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang
diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahli
30 Sunnah wal Jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah
takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga
pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan, lalu anak-anak
mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya
persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-
anak. Dan pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke
atas ulamak besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan
berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan
hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.
Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti
Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub,
Muhammad Mutawalli al-Sya‟rawi, Muhammad al-Ghazali dan
Sayyid Sabiq. Di antara ulamak Lubnan yang mereka kafirkan
Hassan Khalid, Subhi Soleh, Faisal Maulawi dan banyak lagi
terdiri dari kalangan ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi
persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar dii‟tiraf
keilmuan mereka di sepanjang sejarah Ahli Sunnah wal
Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati, hasad dengki dan suka untuk menonjolkan


diri dengan menganggap diri sendiri sebagai ulamak besar.
Maka al-Habasyi dari satu sudut adalah seorang ta‟asub
kepada bangsa, lalu membenci orang arab. Dari sudut yang
lain pula dia menaruh hasad dengki dengan ahli sunnah.
Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini
memerlukan kepada dalil atau bukti. Dan tidak ada maklumat
yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalik
kedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang
yang jahil di sekelilingnya.

31
7) Kenyataan Rasmi Dari Universiti al-Azhar, Mesir:

32

Surat tersebut daripada Dr. Ahmad 'Omar Hashim Reaktor


Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-'Alam al-Islami,
berupa pengistiharan bahawa Universiti al-Azhar berlepas diri
dari sebarang hubungan dengan kumpulan Ahbash.
Kandungan Surat:

"Dr. Abdul Halim 'Uwais telah memberitahu saya tentang


kebimbangan pihak tuan (Rabitah al-'Alam al-Islami) akan
wujudnya kerjasama antara al-Azhar dengan kumpulan yang
dinamakan al-Ahbash di Lubnan. Saya tidak ada menziarahi
Lubnan melainkan dua tahun yang lalu, dan ketika itu saya
berhadapan dengan usaha melobi dari beberapa pihak,
dimana diajukan kepada saya surat memorandum kerjasama
untuk saya tandatangani. Setelah saya dikenalkan oleh Duta
Mesir dan lain-lainnya tentang tidak selamatnya kumpulan ini,
tidak boleh dipercayai dan bahaya pemikiran-pemikiran
mereka, kami segera memutuskan semua hubungan dengan
mereka dan membatalkan setiap permintaan mereka dan tidak
ada diantara kami dan mereka sebarang hubungan. Tidak ada
juga antara Universiti al-Azhar dengan mereka sebarang
bentuk pengiktirafan atau kerjasama. (Jika ada) sebarang surat
yang menunjukkan sebaliknya, ia tidak ada asas sama sekali
dan palsu. Kami (pihak al-Azhar) menolak sebarang percubaan
menggunakan nama Universiti al-Azhar dari mana-mana
badan atau kumpulan yang tidak berpegang teguh dengan
sempurna dan jelas kepada al-Quran dan al-Sunnah Nabi yang
Mulia." (Surat ini telah difakskan kepada pejabat Mudir (ketua)
Rabitah al-'Alam al-Islami bertarikh 9 Jamadilakhir 1422H
33
bersamaan 28 Ogos 2001)
8) Majlis Fuqaha' al-Syariah Amerika

Majlis Fuqaha' al-Syariah Amerika telah menerima satu


permintaan fatwa tentang kumpulan Ahbash berikutan
timbulnya fitnah disebahagian bandar di Amerika. Sebagai
jawapan kepada permintaan tersebut, dan selepas melakukan
penyelidikan, maka kesimpulannya seperti berikut:

- Kumpulan Ahbash dinisbahkan kepada Abdullah al-Harari al-


Habashi berasal dari bandar Harara di Habashah. Dia
dilahirkan di sana dari kabilah Tanhadar dari asal-usul Arab. Di
Habashah, dia telah menimbulkan fitnah dengan mengadakan
pakatan bersama rejim pemerintah pada 1940M melawan
persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran yang membawa
kepada terpenjaranya mudir mereka selama 23 tahun.
Kemudian Abdullah al-Harari berhijrah ke Lubnan dan dia terus
menetap di sana dan mempunyai beberapa pengikut.

- Mereka yang dikenali sebagai Ahbash terkenal dengan


penyimpangan-penyimpangan dalam perkara-perkara akidah
dan keganjilan-keganjilan dalam perkara fiqh, sama juga
kemelampauan mereka dan permusuhan mereka terhadap
umat Islam dan para ulama samada yang masih hidup
mahupun yang telah mati.

- Antara akidah-akidah mereka yang rosak itu:


34
1. Mengharuskan meminta tolong, memohon perlindungan dan
berdoa kepada orang-orang yang telah mati (Sila lihat kitab
tulisan Abdullah al-Habasyi: Bughyah al-Tolib li ma'rifah al-'Ilm
al-Dini al-Wajib, m.s. 8)

2. Pendapat mereka yang mengatakan al-Quran itu bukan


Kalam Allah. (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Izhar
al-'Aqidah al-Sunniyyah, m.s. 58)
3. Mereka mencela sebahagian para sahabat Nabi saw. (Sila
lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Sorih al-Bayan, m.s. 86-
116)

- Antara keganjilan-keganjilan mereka dalam persoalan Fiqh:

1. Perkataan mereka yang mengharuskan perjudian dengan


orang-orang kafir untuk merampas harta mereka. (Lihat
Bughyah al-Tolib, m.s. 224)

2. Perkataan mereka yang mengharuskan melihat badan


wanita ajnabi (bukan mahram), dan mengharuskannya
walaupun melihat dengan syahwat jika dilihat dari kaca
television atau cermin. (Ibid, 288-351)

3. Di Amerika mereka solat menghadap qiblat yang lain (Bukan


ke arah Kaabah).

-Antara kemelampauan mereka terhadap umat Islam dan para


ulama ialah mengkafirkan dan menfasikkan ramai para ulama
dan para pendakwah seperti Ibn Taimiyyah, al-Zahabi,
Nasiruddin al-Albani, Abi al-A'la al-Maududi, Syed Qutb, al-
Qaradhawi, Faisal al-Maulawi dan ramai yang lain lagi.

- Banyak fatwa dan jawapan telah dikeluarkan dari badan-


badan ilmu dan ulama yang telah menyesatkan mereka dan
menjelaskan penyelewengan manhaj mereka, antaranya 35
badan-badan tersebut:

1. Tulisan tentang keadaan mereka daripada Dr. Ahmad 'Umar


Hasyim, Reaktor Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-
'Alam al-Islami bertarikh 24/8/2001.

2. Fatwa dari Lujnah al-Daimah Saudiah bilangan 19606


3. Jawapan kepada kumpulan mereka dari Dr. Yusuf al-
Qaradhawi di dalam kitabnya Fatawa al-Muasarah (3/685)
dengan tajuk "Jidal bila 'Ilmin wa Tatowul bila Adab".

- Kami - Majlis Fuqaha' Syariah Amerika - menasihati umat


Islam supaya menjauhi kumpulan ini (Ahbash). Kami
berdoakan kepada Allah untuk mereka dan untuk semua yang
telah terpesong dari jalan kebenaran dari kalangan ahli kiblah
agar Allah mengembalikan mereka kepada Ahli al-Sunnah wal
Jamaah dengan cara yang baik. Walhamdulillahi rabb al-
'Alamin.

Sumber: http://www.amjaonline.com/arabic/headline.asp?Head
id=119

9) Samahah al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz RH


(Mantan Mufti Arab Saudi)

Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua


mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan
dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari
aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada
masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta
36 menerima apa yang mereka katakan.

Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 Hijrah.


10) Fatwa Samahah al-Syeikh Faisol Maulawi (Timbalan
Presiden Majlis Kajian dan Fatwa Eropah)

Maksudnya: "al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-


Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-
Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri
dalam perkara akidah yang menjadikan mereka akan
mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana
sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka
memiliki jalan tersendiri dalam perkara fiqh (fikah) yang
berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini.
Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah,
kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-
pandangan syiekh mereka (Abdullah al-Harari). Jika kamu
(orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka
(golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak
berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah, akan tetapi kita
masih menganggap mereka sebahagian dari kaum muslimin,
dan sah solat di belakang mereka, sekalipun mereka
menganggap orang yang bukan dari golongan mereka sebagai
kafir dan mereka tidak membenarkan solat di belakang orang
yang berbeza dengan mereka."

11) Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net 37

al-Harariyyah adalah firqah (kumpulan) yang dinisbahkan


kepada Abdullah al-Harari al-Habashi, berhati-hatilah dengan
pemikiran-pemikiran mereka. Asas akidah mereka secara
ringkasnya ialah:

1. Bermazhab al-Asy'ariy yang kemudian dalam masalah sifat,


yang hampir dengan manhaj al-Jahmiyyah.
2. al-Murjiah dan al-Jahmiyyah dalam permasalahan iman.

3. Tarikat sufiah yang menyeleweng seperti al-Rifa'iyyah dan


al-Naqsabandiyyah.

Ramai para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah masa kini


yang telah menjelaskan tentang kumpulan Ahbash ini seperti
al-Muhaddith al-Syeikh al-Albani dan selainnya, demikian juga
Samahah al-Syeikh Abdul 'Aziz bin Baz telah memfatwakan
kumpulan Ahbash ini sebagai sesat dan ketua mereka
Abdullah al-Harari dikenali dengan penyelewengan dan
kesesatan. Maka wajib memulau mereka dan mengingkari
akidah mereka yang batil dan memberi peringatan kepada
orang ramai daripada mendekati dan mendengar dari mereka.
Sesiapa yang hendak mengetahui lebih banyak tentang
kumpulan ini sila rujuk al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-Adyan
wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asarah.

Sumber: http://islamweb.net

12) Fatwa Dr. Munir Jumaah: Anggota Kesatuan


Antarabangsa Ulama Islam

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Ahbash, hakikatnya adalah


38 satu kumpulan sesat, beberapa pembesar ulama Islam telah
menfatwakan kesesatannya, diketuai oleh Fadhilah al-'Allamah
Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang pernah melakukan dialog dan
perbincangan bersama mereka yang ditulis di dalam bukunya
Fatawa al-Mu'asirah, silalah rujuk fatwa tersebut. Barangkali
unsur utama kesesatan mereka disebabkan mereka
mengkafirkan kebanyakan ulama umat Islam seperti Ibn
Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Albani, Ibn Baz, Ibn al-'Uthaimin,
al-Qaradhawi, al-Buthi dan ulama yang lain lagi. Perbezaan
pendapat tidak sepatutnya membawa kepada perbuatan
menghukum kafir sama-sekali, melainkan perkara ini dilakukan
oleh ahli kesesatan. Selain itu ada banyak lagi perkara-perkara
lain (yang menyebabkan kesesatan Ahbash) antaranya:
Penakwilan yang rosak yang tidak dipersetujui oleh ulama
Islam lainnya dan lain-lain sebab lagi..." (sumber: islam-
online.net)

13) Dr Safar al-Hawali:

Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah al-Syeikh Dr.


Safar al-Hawali telah ditanya tentang kumpulan Ahbash
adakah mereka ini di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah
seperti mana yang didakwa oleh mereka: beliau menjawab:

Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang


sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki
dan iri hati terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah.

Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua


kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini
semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat
ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang
bid‟ah dan kesesatan yang banyak.

Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah


Jahmiyyah yang buruk yang berselindung di sebalik
Asy‟ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu 39
al-Hassan al-Asy‟ari yang telah kembali kepada Aqidah Ahli
Sunnah wal Jamaah dari Aqidah Jahmiyyah yang mereka
ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan
sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah, mereka mengubah
Kalamullah Azza wajalla, mereka menyatakan iman itu hanya
di dalam hati, (fahaman murjiah), dan di dalam masalah
Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah,
Kumpulan Jahmiyyah ini yang berada di Lubnan di kepalai oleh
seorang lelaki dari Habasyah. Lihatlah bagaimana Allah
menguji bumi Lubnan dengan sekian banyaknya ujian dan
cubaan. Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan
yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-
Asy‟ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula
masyarakat di Beirut Aqidah ini. Sehingga tersebar ajarannya
dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara
militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut
Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang
diterima oleh Allah dan kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.

Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut.


Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash.
Mereka inilah yang berada di atas Aqidah yang sesat lagi
menyesatkan. Wal‟iyazubillah.

Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan


pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam
masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis
sebuah kitab yang bertajuk “Istbat „Uluwwillah Ta‟ala „ala
Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke
atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah,
Rahimahullahu Ta‟ala.

40 Aqidah yang seperti mereka katakan, Allah itu tidak di atas,


tidak di bawah, tidak di dalam alam, tidak di luar alam
merupakan Aqidah yang bathil. Maha suci Allah dari apa yang
mereka katakan. Aqidah ini berasal dari falsafah Yunani,
Wathaniyyah yang dibawa oleh mereka kemudian di namakan
sebagai ilmu kalam. Akhirnya mereka mendakwa inilah dia
aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Tetapi kumpulan Ahbash ini mengajarkan aqidah yang bathil
ini. Fallahul musta‟an. Alhamdulillah Habasyi ini telah pun ada
sebahagian dari kalangan ahli sunnah yang mengkritik dan
menjawabnya, begitu juga sudah ada kitab-kitab yang
menjawab mereka. Tulisan-tulisannya (Habasyi)
sangat menunjukkan kedangkalannya, mana-mana
sahaja penuntut ilmu yang membacanya mampu untuk
menjawabnya dengan mudah. (Jawapan ketika sesi soal jawab
perjumpaan mingguan, kaset yang ke 40)

14) Al-Syeikh Hamid bin Abdullah al-‘Aliy (Pensyarah


Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.)

Di dalam lamanweb rasmi al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy


(http://www.h-alali.net/), terdapat soalan yang bertanyakan
tentang kumpulan Ahbash bertarikh 13/12/2006. Teks soalan
tersebut seperti dibawah:

Maksudnya: "Saya memohon maklumat terperinci daripada


tuan tentang kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa
tentang kumpulan ini? Apakah mereka itu kumpulan yang
sesat ataupun tidak?"

Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy (Pensyarah 41


Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait).

Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala nabiyyina Muhammad


wa 'ala alihi wa sahbihi wa ba'du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan


kepada Abdillah al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka
mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kefakiran yang
berlaku di Lubnan kesan dari peperangan yang berlaku di sana
untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-manhaj
Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan
memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-


Harari al-Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah)
dan telah mengadakan bai'ah (janji taat setia) dengan tarikat
al-Tijaniyyah. Dia juga berbai'ah dengan Tarikah al-Rifa'iyyah,
kemudian dia berhijrah ke Syiria dan Lubnan. Ketika di
Habashah, Abdullah al-Harari pernah bekerjasama dengan
pemerintah Indraji di Habashah "Sahr Hilasilasi"
menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di
bandar Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan
buang negeri ke atas Pengetua Sekolah, Ibrahim Hasan
selama 23 tahun. Semua ini menyebabkan para pendakwah
dan para syeikh yang berada di Harara melarikan diri ke Saudi
dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari (pengasas kumpulan
Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan (pembawa
fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di


Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti
yang dilakukannya di tempat asalnya dan menyebarkan
kepercayaannya yang rosak, termasuk syirik, menyebarkan
42 fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah,
menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah
dan syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan
menuduh Ummu al-Mukminin 'Aisyah melakukan maksiat
dengan melanggar perintah Allah swt dengan fatwa-fatwa yang
ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi ( ‫)نزار الحلبي‬, beberapa


orang public figure seperti timbalan parlimen 'Adnan al-
Tarabalasi ( ‫ )عدنان الطرابلسي‬dan calon mereka yang lain seperti
Toha Naji ( ‫ )طه ناجي‬yang menerima suara sokongan
kebanyakan dari penganut kristian, kerana janji mereka
menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan tetapi dia
tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan
Qarqira timbalan presiden Jam'iyyah al-Masyari' al-
Islamiyyah, Kamal al-Huth, 'Imaduddin Haidar, Abdullah al-
Barudiy dan individu-individu yang menyeliakan team
penyelidikan dan manuskrip seperti al-Muassasah al-
Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-
Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan
mentahkik kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah.
Mereka juga melakukan muslihat dengan menggunakan nama
ganjil yang tidak dikenali walaupun dikalangan para penuntut
ilmu seperti mereka menulis: "Telah berkata al-Hafidz al-
'Abdari di dalam dua dalilnya ( ‫)قال الحافظ العبدري في دليليه‬." Mereka
menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang ramai
akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari
kalangan ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar
ataupun al-Nawawi, sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh
mereka sendiri al-Harari, mereka nukilkan dari kitabnya al-Dalil
al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam 43


fiqh dan i'tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari
mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman


buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah. Al-
Habasyi (Abdullah al-Harari) berkata: "Sesiapa yang tidak
berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya dan tidak
melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi
perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan
walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang
muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang
berdosa." (al-Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang


sesat.

3. Al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk


memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan
memohon ditunaikan hajar dari kubur. Ini kerana kumpulan
Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan
keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang
memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang
yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka.
Sama juga mereka mengharuskan memohon perlindungan
kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari
beberapa batu.(Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan


hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab
mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang
sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka.
Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa


44
orang ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia
menjadikan perkara pertama yang wajib ke atas setiap
mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia
benar-benar memberi peringatan supaya menjauhkan kitab Ibn
Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabiy yang di sisinya
(al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap
al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang penjenayah,
pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh
al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h.
Mengkafirkan al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed
sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir, dia juga
mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang disebut oleh al-
Harari di dalam kitabnyaal-Nahju al-Sawiy fi al-Radd 'ala Syed
Qutb wa Tabi'ihi Faisol Maulawi.

6. Al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan


Rifaiyyah

7. Al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang


berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan
berpendapat melihat, bercampur dan bersalaman dengan
perempuan yang ajnabi itu tidak mengapa, bahkan dia
mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-
wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.

8. Al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang


merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan
bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang
kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang wajib dengan emas
dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba,
mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis.
(Bughyah al-Tolib: 99)

9. Al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan


45
Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki
masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah,
dan menjadikan mereka menghadap kiblat yang berlawanan
dengan kiblat umat Islam. Mereka juga berkeyakinan bumi
bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya
bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah
oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan
kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah
menunaikan solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan


fatwa yang berbunyi: "Sesungguhnya kumpulan al-Ahbash
merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi
terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka
wajib memboikot dan mengingkari aqidahnya yang batil. Dan
memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya
dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka
katakan." (nukilan daripada al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-
Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asarah 1/430, dengan
sedikit olahan)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash)


adalah satu kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan
wajib berhati-hati daripadanya.

15) Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris (Anggota Tetap al-


Majma’ al-Fiqhi India)

Soalan:

Maksud soalan: "Saya mengharapkan pandangan dari yang


46 berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan
sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama
akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah
kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan
masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka
mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang
tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka.
Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum
sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan
Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn
al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi
mereka mendatangkan mudharat kepada umat Islam sehingga
ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang
Islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada
media dan menuduh setiap muassasah (institusi) Islam
sebagai terroris, dan mereka menjauhkan (menimbulkan
masalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini, apakah
yang patut kami lakukan terhadap mereka?

Jawapan oleh Ustaz Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris

Maksudnya: "Jika demikian seperti yang anda sebutkan, maka


menghampiri (berbaik) dengan mereka itu adalah haram dan
menyekat perkembangan, menghalang tersebarnya pemikiran-
pemikiran mereka adalah wajib, keadaan mereka sama seperti
Qadyani dan Bahai dan seumpamanya. Dan Allah menguji
hamba-hambanya disetiap masa dengan orang yang
membawa kesesatan, sesiapa yang terselamat daripadanya,
dia telah berjaya, dan Allah telah melindungi dia, dan Allah
mewujudkan ujian untuk memberi balasan kepada orang yang
berjaya dengan balasan orang-orang yang sabar dan yang
diuji. Wallahu a'lam. (sumber: islam-online.net)

16) Dr. Ahmad Syalabi(Pensyarah al-Tarikh al-Islami di Uni.


al-Azhar al-Syarif.) 47

Dr. Ahmad Shalabi ditanya oleh majalah “al-Majallah” tentang


pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata:

"Ahbash merupakan sebuah kumpulan sesat yang


menyeleweng fikrahnya. Mereka tidak mempunyai kefahaman
yang lengkap tentang Islam ini kerana ketuanya Abdullah al-
Habasyi berasal di Habsyah di mana ketika itu maklumat dan
ilmu-ilmu Islam yang pelbagai tidak tersebar di sana
menyebabkan pemikiran-pemikirannya pelik. Bahayanya
kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain
mereka dan menyangka bahawa hanya kumpulan mereka
sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah
Islam Ahli Sunnah wal Jamaah kerana mereka mengatakan
pegangannya salah".

17) Laporan Akhbar al-Watan Ketika Kematian Abdullah al-


Harari

Terjemahan berita:

"Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harariy, Pengasas dan


Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal
dunia di Lubnan ketika umurnya 98 tahun. Kematian al-Harari
48 tidak menghentikan perdebatan tentang keperibadiannya dan
tentang kemunculan gerakan al-Ahbash ini yang dinamakan
sebagai Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah al-Islamiah. Al-Harari
(Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M,
seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab
sebelum menetap di Lubnan pada tahun 1950M, beliau sering
mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan:
Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil.
2896 tahun kelapan)

Anda mungkin juga menyukai