Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Ahamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan
syaitan.

Seperti yang kita semua tahu, munakahat merupakan suatu ilmu yang
membincangkan tentang hal-hal perkahwinan dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya.
Perkahwinan merupakan instrumen primer kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan
tunjang sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga sebagai langkah permulaan bagi
pembentukan sebuah keluarga. Secara tradisinya setiap pasangan individu yang ingin
memulakan dan membina sebuah keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.

Oleh itu, perkahwinan adalah suatu ikatan yang terbentuk antara lelaki dan perempuan
yang berlandaskan syariat Islam dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam
Islam. Ia juga merupakan suatu ikatan yang teguh dan terjalin di antara lelaki dan perempuan
melalui lafaz akad nikah yang sah bagi menjalani sebuah bahtera kehidupan sebagai suami
isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam adalah bertujuan untuk melahirkan dan
mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai satu penyambung keturunan
dan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak. Ia juga bertepatan
dengan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Perbincangan dalam ilmu fiqh munakahat begitu luas untuk memberi kefahaman
kepada masyarakat tentang hukam-hakam syarak yang bertepatan dengan syariah Islam.
Contoh tajuk perbincangannya seperti konsep perkahwinan, nafkah, talak, penjagaan anak-
anak dan sebagainya.

Di dalam kerja kursus ini, kumpulan kami akan membincangkan tajuk berkenaan
kadar mahar tertinggi menurut empat mazhab dan syiah. Iaitu dari segi definisinya, dalil
berkaitan mahar, pandangan ulama tentang mahar, klasifikasi mahar, kadar mahar dan
hikmah disyariatkan mahar.

Semoga kajian yang kami buat tentang mas kahwin ini dapat menambah ilmu
pengetahuan pembaca serta dapatlah pembaca menggunakannya ketika ingin melangsungkan
perkahwinan kelak. Dan kami berharap apa yang telah dikongsi bersama ini, dapat memberi
manfaat kepada kita semua.
2.0 Definisi Mas Kahwin

2.1 Bahasa dan Istilah

Mustafa & Asy-Syarbaji (2005) mas kahwin atau mahar adalah berasal daripada
perkataan bahasa Arab iaitu al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Manakala menurut istilah syarak, mas kahwin atau mahar ialah merupakan satu pemberian
wajib diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dengan sebab pernikahan.

Mahar juga adalah hak atau harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk
meghalalkan pernikahan antara kedua-duanya sama ada disebut ketika akad atau tidak
disebut. Sebab dinamakan mas kahwin atau mahar ialah sebagai lambang kebenaran
keinginan untuk berkahwin.

Menurut Akta Tafsiran Undang-Undang Wilayah Persekutuan (1984) menjelaskan


bahawa mas kahwin ialah suatu pembayaran yang wajib di bawah hukum syarak oleh suami
kepada isteri sewaktu akad perkahwinan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar
atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa sebarang cagaran, atau berupa sesuatu yang
bernilai menurut hukum syarak (http://www.islam.gov.my/portal ).

Syeikh Ghazali Abd.Rahman (1997) mas kahwin juga merupakan pemberian wang
tunai atau barang yang bernilai dan berfaedah yang wajib diberikan oleh bakal suami kepada
bakal isteri dengan sebab akad nikah.

Shihabuddin (2005) mas kahwin adalah merupakan suatu hadiah yang ikhlas oleh
bakal suami kepada bakal isteri yang bertujuan untuk menyenangkan perasaannya. Ia juga
adalah hak milik mutlak seseorang isteri. Namun demikian, dalam masa yang sama isteri
boleh membebaskan seluruh mas kahwin atau sebahagian daripadanya kepada suaminya.

Pengertian tentang mas kahwin turut dijelaskan seperti mana yang terdapat dalam
karya penulisan oleh Abd. Rahman (2003) iaitu secara etimologi mahar membawa maksud
mas kahwin. Manakala menurut terminologi pula, beliau menyatakan bahawa mahar
merupakan suatu pemberian wajib dari seorang calon suami kepada calon isterinya.
Pemberian mahar yang ditunaikan adalah sebagai lambang ketulusan hati dan cinta kasih
suami kepada isterinya. Selain itu, mas kahwin atau mahar boleh dalam bentuk benda atau
jasa.
2.2 Pentakrifan Ulama Tentang Istilah

Tiap-tiap ulama punya definisi tersendiri yang berbeza antara satu sama lain tentang
definisi mahar.

Mazhab al-Hanafiyah mendefinisikan mahar sebagai:

‫الو ْط ِء‬ ِ ِ ‫املرأَةُ بِ َع ْق ِد النِّ َك‬


َ ‫اح أَو‬
ِ
ْ ُ‫َما تَ ْستَحقُّه‬
Harta yang menjadi hak seorang wanita kerana dinikahkan atau
hubungan seksual.

Mazhab al-Malikiyah mendefinisikan mahar sebagai:

ِ َ‫َما جَيْ َع ُل لِ َّلز ْو َج ِة يِف نَ ِظ ِري ااِل ْستِ ْمت‬


‫اع هِبَا‬

Harta yang diserahkan kepada isteri sebagai imbalan atas kehalalan


menyetubuhinya.

Mazhab al-Syafi’iyah mendefinisikan mahar sebagai:

‫ض ٍح َق ْهًرا‬ ِ ‫اح أَو و ْط ٍء أَو َت ْف ِو‬


ْ ُ‫يت ب‬ ِِ ‫ما وج‬
ْ َ ْ ٍ ‫ب بن َك‬ َ ََ َ
Harta yang wajib diserahkan kerana sebab nikah, hubungan seksual
atau hilangnya keperawanan.

Mazhab al-Hanabilah mendefinisikan mahar sebagai:

ِ ‫ض يِف النِّ َك‬


‫اح‬ ِ
ُ ‫الع َو‬

Imbalan atas pernikahan.


3.0 Dalil-Dalil Yang Berkaitan Dengan Mas Kahwin

3.1 Al-Quran

2ُ‫ ه‬2‫ ْن‬2‫ ِم‬2‫ ٍء‬2‫ ْي‬2‫ َش‬2‫ ْن‬2‫ َع‬2‫ ْم‬2‫ ُك‬2َ‫ ل‬2َ ‫ نْب‬2‫ ِط‬2‫ ْن‬2‫ِإ‬2َ‫ ۚ ف‬2ً‫ة‬2َ‫ ل‬2ْ ‫ حِن‬2‫ َّن‬2ِ‫هِت‬2‫ا‬2َ‫ ق‬2‫ ُد‬2‫ص‬
َ 2َ‫ء‬2‫ ا‬2‫ َس‬2 ِّ‫ن‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ا‬2‫و‬2ُ‫ت‬2‫ آ‬2‫َو‬
2‫ا‬2ً‫ئ‬2‫ ي‬2‫ ِر‬2‫ َم‬2‫ا‬2ً‫ئ‬2‫ي‬2ِ‫ ن‬2‫ َه‬2ُ‫ه‬2‫و‬2ُ‫ ل‬2‫ ُك‬2َ‫ ف‬2‫ ا‬2‫ ًس‬2‫ ْف‬2َ‫ن‬

Maksudnya: “Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang


kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian
jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kawin itu
dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu
(sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. (Surah An-Nisa’
4:4)

Ibn Kathir 2004 menyatakan kandungan perbicaraan di dalam ayat ini


adalah mengenai kewajipan seorang lelaki menyerahkan mahar dalam keadaan
yang penuh kerelaan hati dan majoriti ahli tafsir menyatakan bahwa perkataan
niḥlah di dalam ayat ini adalah bermaksud pemberian yang baik iaitu mahar.

2ِ‫ه‬2 َّ‫ل‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ب‬ 2ْ 2‫ َك‬2َ‫ ل‬2‫ َم‬2‫ ا‬2‫اَّل َم‬2ِ‫ إ‬2‫ ِء‬2‫ ا‬2‫ َس‬2 ِّ‫ن‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ َن‬2‫ ِم‬2‫ت‬
2َ 2‫ا‬2َ‫ ت‬2ِ‫ ۖ ك‬2‫ ْم‬2‫ ُك‬2ُ‫ن‬2‫ ا‬2َ‫مْي‬2َ‫ أ‬2‫ت‬ 2ُ 2‫ا‬2َ‫ ن‬2‫ص‬
َ 2‫ ْح‬2‫ ُم‬2ْ‫ل‬2‫ ا‬2‫و‬2َ
2‫ ْم‬2‫ ُك‬2ِ‫ل‬2‫ ا‬2‫ َو‬2‫ ْم‬2َ‫أ‬2ِ‫ ب‬2‫ا‬2‫و‬2ُ‫ غ‬2‫ت‬2َ 2‫ ْب‬2‫ َت‬2‫ ْن‬2َ‫ أ‬2‫ ْم‬2‫ ُك‬2ِ‫ ل‬2‫ َٰذ‬2َ‫ء‬2‫ ا‬2‫ َر‬2‫و‬2َ 2‫ ا‬2‫ َم‬2‫ ْم‬2‫ ُك‬2َ‫ ل‬2‫ َّل‬2‫ح‬2ِ 2ُ‫ أ‬2‫و‬2َ ۚ 2‫ ْم‬2‫ ُك‬2‫ ْي‬2َ‫ ل‬2‫َع‬

2َ 2‫ح‬2ِ 2ِ‫ف‬2‫ ا‬2‫ َس‬2‫ ُم‬2‫ر‬2َ ‫ي‬22ْ 2‫ َغ‬2 ‫ني‬


2‫ َّن‬2‫ ُه‬2‫و‬2ُ‫ت‬2‫آ‬2َ‫ ف‬2‫ َّن‬2‫ن ُه‬2ْ 2‫ ِم‬2‫ ِه‬2ِ‫ ب‬2‫ ْم‬2ُ‫ ت‬2‫ت ْع‬2َ 2‫ ْم‬2َ‫ ت‬2‫ ْس‬2‫ ا‬2‫ ا‬2‫ َم‬2َ‫ ۚ ف‬2 ‫ني‬ 2َ 2ِ‫ ن‬2‫ص‬
ِ 2ْ‫حُم‬

2ِ‫ د‬2‫ ْع‬2‫ َب‬2‫ ْن‬2‫ ِم‬2‫ ِه‬2ِ‫ ب‬2‫ ْم‬2ُ‫ ت‬2‫ ْي‬2‫ض‬ ِ
َ 2‫ ي‬2‫ ِر‬2َ‫ ف‬2‫ َّن‬2‫ ُه‬2‫ر‬2َ 2‫ و‬2‫ ُج‬2ُ‫أ‬
َ 2‫ ا‬2‫ َر‬2‫ َت‬2‫ ا‬2‫ َم‬2‫ي‬2‫ ف‬2‫ ْم‬2‫ ُك‬2‫ ْي‬2َ‫ ل‬2‫ َع‬2‫ َح‬2‫ا‬2َ‫ ن‬2‫ اَل ُج‬2‫و‬2َ ۚ 2ً‫ ة‬2‫ض‬
2‫ ا‬2‫ ًم‬2‫ ي‬2‫ ِك‬2‫ َح‬2‫ ا‬2‫ ًم‬2‫ي‬2ِ‫ ل‬2‫ َع‬2‫ َن‬2‫ ا‬2‫ َك‬2َ‫ه‬2 َّ‫ل‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ َّن‬2ِ‫ ۚ إ‬2‫ ِة‬2‫ض‬
َ 2‫ ي‬2‫ ِر‬2‫ َف‬2ْ‫ل‬2‫ا‬

Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) wanita


yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah
menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan
dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-
isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka
isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka,
berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai
suatu kewajiban dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu
yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar
itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

(Surah An-Nisa’ 4:24)

3.2 Hadis

‫هل‬22‫ار عن س‬22‫ازم بن دين‬22‫فيان عن أيب ح‬22‫ع عن س‬22‫دثنا وكي‬22‫دثنا حيىي ح‬22‫ح‬

‫و خبامت من‬22‫ال جتوع ول‬22‫ال لرج‬22‫لم ق‬22‫ه وس‬22‫لى اهلل علي‬22‫يب ص‬22‫(أن الن‬-‫عد‬22‫بن س‬

)‫حديد‬.

Maksudnya: “Telah berkata Yahya, telah berkata Waqi’ dari Sufyan


dari Abi Hazim bin Dinar dari Sahal bin Sa’idi bahawa nabi berkata:
hendaklah seseorang menikah meskipun (hanya dengan mahar)
sebuah cincin yang dibuat dari besi”.

(Riwayat Bukhari)

‫ مبا معك من القران‬2‫ فقد ملكتكها‬,‫اذهب‬

Maksudnya: “Pergilah dan aku akan menikahmu dengan apa yang


ada padamu dari al-Quran”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

‫إن من مين املرأة تيسري صداقها ؤتيسري رمحها‬

Maksudnya: “Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan


maharnya dan memudahkan rahimnya”.

(Riwayat
Ahmad)
Setelah melihat dan meneliti setiap dalil yang dikemukan sama ada
daripada al-Quran dan as-Sunnah, maka jelaslah di sini mahar atau mas kahwin
adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu
akad perkahwinan. mas kahwin dibolehkan sekalipun sekalipun pemberiannya
hanyalah sebentuk cincin dari besi atau dengan mengajar al-Quran.

3.3

Anda mungkin juga menyukai