Anda di halaman 1dari 10

PSIKOLOGI BILAZIM

KSL 6233
KUMPULAN 2

BIPOLAR DISORDERS
Filem : 3

NAMA PENSYARAH :
PUAN AZWA AMIRA BINTI HUSSAIN

NAMA PELAJAR:

SUGI FIRDANIS BT MOHD FIRDAUS I17101890

NURSYAFIQA BT MOHAMMAD I17101886

NOR NABILLAH HASANAH BINTI ABDUL HANIM I15200728

NURUL JAMILAH BINTI MOHD ALI I17101901

UMI UMAIRAH BT AHMAD SALLEH HUDIN I16101075

1.0 PENGENALAN

1
Setiap individu mempunyai pelbagai perubahan emosi, jika masih mampu bekerja dengan
baik, menjalinkan hubungan baik dengan pasangan, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan
masyarakat maka seseorang itu berada pada tahap kesihatan mental yang baik. Namun
berbeza untuk seseorang yang mengalami bipolar disorder. Bipolar adalah sejenis penyakit
mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara. Penyakit bipolar disorder adalah
gangguan psikologis yang membuatkan seseorang tidak memiliki kemampuan untuk
mengatur emosi. Ada beberapa faktor yang dapat membuat seseorang mengalami bipolar,
salah satunya adalah faktor genetik atau keturunan. Apabila seseorang menderita bipolar, ada
kecenderungan 50-75% keturunannya mengalami hal yang sama. Faktor lain adalah trauma
dengan sesuatu perkara. Remaja juga berisiko mengalami bipolar.

2.0 DEFINISI KECELARUAN BIPOLAR

Penyakit Bipolar ataupun Bipolar disorder adalah salah satu masalah mental yang mempunyai
karakter mood yang sentiasa bertukar diantara kemurungan dan mania. Ia juga dikenali
dengan nama lain iaitu Manic-Depression Disorder. Mania adalah lawan kepada rasa murung.
Seseorang yang mempunyai mania dikatakan akan mempunyai kegembiraan yang berlebihan,
hyperaktif, kurang rasa untuk tidur, pemikiran yang bertukar-tukar dengan terlalu laju yang
menyebabkan ia bercakap dengan banyak. Seseorang yanag mengalami kemurungan pula
akan mempunyai rasa sedih yang terlampau, tidak aktif, asyik nak tidur, tidak rasa seronok
melakukan perkara yang dia minat dan rasa tiada harapan.

Oleh itu, Bipolar adalah penyakit dimana seseorang itu mempunyai mood yang
bertukar-tukar diantara mania dan kemurungan Sebab itu penyakit ini diberi nama Bipolar.
Polar bermaksud kutub. Bipolar bermaksud mempunyai dua kutub. 2 Kutub dalam penyakit
ini dimaksudkan perasaan mania dan juga kemurungan. Kitaran mood bipolar boleh menjadi
laju. Dimana dalam satu minggu yang sama, mood pesakit bipolar boleh bertukar diantara
murung dan mania. Tetapi kebanyakan daripada pesakit bipolar adalah jenis yang lambat
kitarannya. Bermaksud pesakit tersebut akan mengalami keadaan mania yang berminggu
ataupun berbulan lamanya sebelum bertukar kepada keadaan murung ataupun sebaliknya.

Jenis-Jenis Penyakit Bipolar ialah Bipolar jenis 1 dan Bipolar jenis 2. Untuk penyakit
Bipolar jenis 1, pesakit akan mengalami episod mania yang penuh dan juga kemurungan.

2
Selalunya episode mania tersebut akan berterusan setiap hari lebih daripada seminggu.
Bipolar Jenis 2 pula ialah pesakit akan mengalami simptom hipomania jika nak dibandingkan
dengan mania. Hipo bermaksud sedikit. Hipomania bermaksud mempunyai sedikit simptom
mania. Pesakit akan mempunyai simptom-simptom seperti kegembiraan, kurang tidur, asyik
nak bercakap, karakter yang tidak penyabar, suka pergi bershopping dan sebagainya. Tetapi ia
hanya berlaku lebih kurang 4 hari berbanding bipolar jenis 1 yang lebih daripada seminggu.
Dalam keadaan ini, selalunya ahli keluarga merasakan pesakit tersebut masih normal kerana
keadaan ‘mania’nya tidak seteruk bipolar jenis 1.

3.0 KAJIAN KES : FILEM 3

Filem ini menggambarkan kisah cinta Ram(Dhanush) dan Janani (Shruti Hassan) yang belajar
Gred 12 dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Mereka masih mengekalkan
hubungan mereka sehingga ke alam dewasa. Walaupun pada mulanya mendapat tentangan
daripada ibu bapa,akhirnya mereka berkahwin. Sebagaimana pasangan-pasangan lain yang
baru sahaja berkahwin dan mendirikan rumah tangga,mereka juga menghadapi salah faham
dan gelora rumah tangga. Namun, masalah hubungan suami isteri dan rumahtangga mereka
menjadi lebih rumit setelah Ram mengalami masalah Bipolar Disorder. Lebih merumitkan
lagi keadaan apabila Ram cuba menyembunyikan penyakitnya daripada isterinya,Janani.
Lebih parah apabila akhirnya Ram yang mengalami Bipolar Disorder mula cuba membunuh
diri.

3
Ram cuba menangani dan mengawal bipolar disordernya dengan mendapatkan
rawatan daripada farmakologi. Ram dinasihatkan oleh saudaranya untuk berjumpa pakar
psikiatri agar penyakitnya itu mampu dirawat. Ram menerima cadangan saudaranya
itu,namun setelah beberapa kali berjumpa dengan pakar psikiatrinya, Ram disaran
pengambilan ubat iaitu penstabil mood ,seperti lithium (Lithobid),antidepresi-antipsikotik,
seperti fluoxetine-olanzapine(Symbyax).Ram juga menjalani rawatan pskoterapi yang
disyorkan iaitu

Terapi tingkah laku kognitif: Ram dan ahli terapi berbincang tentang cara untuk
menguruskan gangguan bipolar. Ahli atau pakar terapi akan membantu memahami corak
pemikiran dan melukis strategi untuk mengatasi masalah secara positif .Bagi pesakit
gangguan bipolar seperti Ram, ahli terapi mengubah corak pemikiran yang diterima oleh Ram
daripada ahli keluarganya memandangkan masalah gangguan bipolar Ram adalah daripada
keluarganya yang suka mengkritik dan menghukum setiap tindak-tanduk Ram.

Filem ini memaparkan kisah tragis cinta yang berakhir dengan Ram yang menghidap
Bipolar Disorder mengalami kecelaruan minda/mental disorder yang mengganggu
pemikirannya ketika bekerja dan juga ahli keluarganya yang sering salah anggap terhadapnya.
Ram yang mengalami Bipolar Disorder akhirnya membunuh diri . Ram mula menelan pil
untuk membunuh diri tetapi gagal,namun akhirnya cuba mengelar lehernya sendiri
menggunakan pisau. Kejayaan watak Ram dan Janani membawa watak dan peranan
penghidap penyakit Bipolar Disorder dan isteri kepada penghidap penyakit tersebut mendapat
pujian pihak peminat filem Tamil kerana membawa mesej yang besar terhadap penonton.

4.0 SIMPTOM – SIMPTOM KECELARUAN BIPOLAR

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenal pasti apabila fasa mania dan fasa kemurungan
bagi penyakit Bipolar.

Manic Episode Hypomanic Episode Major Depressive Episode


Tiga atau lebih dari symptom Tiga atau lebih dari symptom Lima atau lebih dari symptom
berlaku dalam masa dalam berlaku dalam masa dalam berlaku dalam masa dalam
tenapoh 1 minggu tenapoh 2 minggu tempoh 2 minggu

4
SIMPTOM-SIMPTOM
1. Kekurangan tidur : 1. Kekurungan tidur : 1. Merasa tertekan atau
tidur hanya 3 jam tidur hanya 3 jam kemurungan sepanjang
sahaja sahaja hari : sedih
berpanjangan, rasa
2. Terlalu banyak 2. Terlalu banyak kekosongan dan
bercakap atau bercakap atau kurang keyakinan diri.
memaksa untuk terus memaksa untuk terus
bercakap bercakap 2. Hilang minat terhadap
perkara yang disukai.
3. Idea yang terlalu 3. Idea yang terlalu
banyak dan laju banyak dan laju 3. Berat badan yang tidak
teratur : penambahan
4. Keyakinan diri yang 4. Penglibatan diri secara atau penurunan berat
terlalu tinggi. berlebihan dalam badan.
aktiviti yang boleh
5. Mudah terganggu atau mengundang kepada 4. Insomnia hampir
fokus sering berubah- kecederaan dan setiap hari
ubah kemudaratan diri
5. Kehilangan tenaga
6. Penglibatan diri secara 5. Keyakinan diri yang dalam membuat
berlebihan dalam terlalu tinggi. sesuatu perkara
aktiviti yang boleh
mengundang kepada 6. Bersungguh dalam 6. Hilang fokus dalam
kecederaan dan mencapai apa yang membuat dan
kemudaratan diri tetapkan menyusun rutin harian.

7. Bersungguh dalam 7. Mudah terganggu atau 7. Keinginan untuk


mencapai apa yang fokus sering berubah- membunuh diri tinggi
tetapkan ubah

5
5.0 FAKTOR-FAKTOR KECELARUAN BIPOLAR

Bipolar dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kecelaruan bipolar I (episod manik),
kecelaruan bipolar II (episod kemurungan) dan cyclothymia (manik dan murung). Terdapat
beberapa faktor yang boleh menyebabkan ketiga-tiga jenis kecelaruan bipolar ini.

Antara faktor yang dijelaskan di dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental
Disorder Edisi Kelima (DSM-V) adalah faktor persekitaran. Kecelaruan bipolar ini
kebiasaannya berlaku dalam negara golongan berpendapatan tinggi berbanding berpendapatan
rendah (1.4% vs 0.7%). selain itu, individu yang berkemungkinan menghadapi kecelaruan
bipolar ini juga adalah individu yang dipisahkan, bercerai ataupun balu berbanding individu
yang telah berkahwin atau tidak berkahwin. Di dalam filem 3 ini, faktor ini boleh dilihat
apabila Ram mula hidup dalam tekanan dan menjadikannya tidak teratur. Namun, dia dilihat
terus kuat dan cuba menghadapi masalahnya itu disebabkan oleh sokongan sahabat baiknya
Senthil iaitu orang pertama yang dapat mengesan perubahan tingkah laku serta moodnya yang
tidak teratur. Secara ringkasnya, faktor persekitaran boleh dikira juga sebagai faktor
lingkungan sosial yang mana individu yang hidup di dalam tekanan yang tinggi, stres yang
melampau atau trauma mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengalami gangguan
bipolar ini. Namun ia dapat diatasi atau dikurangkan sekiranya individu tersebut memperoleh
sokongan oleh orang sekelilingnya.

Faktor seterusnya adalah faktor genetik. Individu yang keluarganya mempunyai sejarah
gangguan bipolar lebih cenderung dan berisiko tinggi untuk memgalami kecelaruan yang
sama. Menurut DSM-V, peningkatan risiko slebih kurang berpurata 10 kali ganda dalam
kalangan orang dewasa mengalami gangguan bipolar I dan bipolar II. Peningkatan magnitud
ini adalah disebabkan oleh hubungan kekeluargaan. Namun di dalam filem 3 tidak ada
sebarang scene yang menunjukkan keadaannya mengalami bipolar adalah disebabkan faktor
genetik. Hal ini bermaksud, sekiranya dalam keluarga individu itu mempunyai gangguan
bipolar, hal ini bermaksud individu tersebut berisiko untuk mengalami gangguan yang sama.

Faktor lain adalah keadaan atau struktur otak. Struktur otak ini dipengaruhi oleh bahan
kimia yang dikenali sebagai sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik. Kegagalan
fungsi neurotransmitter ini boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit mental kecelaruan
bipolar, kemurungan melampau, kecelaruan personaliti dan sebagainya. Hal ini kerana
neurotransmitter merupakan zat-zat otak yang mempengaruhi mood individu hasil interaksi
antara sistem serotonin dan norepinephrine. Ini dapat dijelaskan melalui filem 3 yang mana

6
doktor tersebut ada menerangkan bagaimana berlakunya kecelaruan ini dan keadaan moodnya
yang akan berubah dari satu masa ke masa yang lain. Menurutnya, Ram mempunyai ketiga-
tiga jenis kecelaruan bipolar iaitu episod manik dan episod kemurungan sehinggakan yang
menjadi lebih teruk adalah apabila Ram mengalami kedua-dua episod dalam satu masa.
Secara ringkasnya, neurotransmitter ini berfungsi sebagai pembawa maklumat dari satu sel ke
satu sel yang lain. Ketidakfungsiannya boleh menyebabkan gangguan mental termasuklah
kecelaruan bipolar.

Keseluruhannya, kecelaruan bipolar ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor utama
seperti faktor persekitaran, faktor genetik dan faktor struktur otak.

6.0 RAWATAN GANGGUAN BIPOLAR

Penyakit bipolar boleh dirawat dengan pelbagai cara mengikut tahap kronik pesakit tersebut.
Rawatan boleh dibahagikan kepada farokologi dan bukan farmokologi seperti rawatan
psikoterapi, terapi keluarga dan terapi elektrovulsif.

1. Farmokologi

Pesakit bipolar akan didiagnos terlebih dahulu dan akan diberikan ubat untuk mengawal
kesihatan mental individu daripada menjadi lebih teruk juga menganggu aktiviti harian
mereka. Antara ubat yang disyorkan adalah penstabil mood seperti Carbamazepine
(Carbatrol, Epitol, Equetro, Tegretol), Divalproex sodium (Depakote),
Lamotrigine (Lamictal), Lithium dan Valproic acid (Depakene). Kegunaan penstabil
mood adalah untuk mengubah mood maniak yang menggangu rutin harian individu yang
mana ubat ini juga mampu memberi kesan kepada setiap episod maniak juga selama
beberapa hari atau minggu mengikut dos.

Selain itu, individu juga kan dibekalkan dengan antipsikotik seperti Fluoxetine
digabungkan dengan olanzapine (Symbyax), Quetiapine fumarate (Seroquel) dan
Lurasidone (Latuda). Kegunaan antipsikotik adalah untuk digunakan untuk mengurangkan
gejala maniak boleh memberikan kesan secara menyeluruh. Sesetengah individu, tindak
balas ubat ini boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Benzodiazepine juga
digunakan untuk merawat pesakit bipolar untuk memudahkan tidur tepat pada waktu

7
kerana individu yang mempunyai bipolar akan mengalami insomnia. Tambahan itu, ubat
ini juga membantu individu mengatasi serangan panik yang akan berlaku pada bila-bila
masa. Selain itu, ubat ini membantu dalam masalah kemurungan dan juga sawan.

Namun begitu, ubat-ubatan moden mampu merawat pesakit bipolar tetapi tidak lupa
juga kepada kesan sampingan daripada ubat-ubatan ini adalah seperti muntah, keguguran
rambut, berat badan naik secara mendadak, kegagalan buah pinggang, kerosakan hati,
iritasi pada kulit, cirit-birit dan banyak lagi.

2. Rawatan Psikoterapi

Pesakit juga boleh memilih rawatan bukan farmokologi seperti rawatan psikoterapi untuk
digunakan untuk merawat kecelaruan bipolar. Ahli terapi boleh menggunakan terapi
tingkah laku kognitif untuk pesakit bipolar. Terapi ini adalah untuk membincangkan cara
untuk menguruskan gangguan bipolar. Ahli terapi perlu mahir menggunakan terapi untuk
membantu pesakit memahami corak pemikiran individu yang mempunyai gangguan
bipolar seperti melukis strategi untuk mengatasi masalahnya secara positif.

Selain itu, terapi keluarga atau penggunaan ‘psychoeducation’ adalah untuk membantu
pesakit bipolar juga keluarga atau rakan yang terdekat untuk memahami keadaan pesakit
yang mempunyai kecelaruan bipolar. Rawatan ini bertujuan untuk mengajar orang
sekeliling untuk menguruskan individu yang mengalami kecelaruan bipolar dan akan
dikendalikan oleh kaunselor atau ahli terapi.

Rawatan psikoterapi terapi interpersonal ini berbentuk jangka pendek, mengambil


masa antara 12 hingga 16 minggu dan diguna pakai terutamanya bagi rawatan
kemurungan yang bukan bipolar atau psikotik. Penekanan diberikan kepada hubungan
interpersonal semasa dan juga strategi-strategi bagi menambah baik kehidupan
interpersonal pesakit. Pakar terapi bertindak aktif dalam membantu merumuskan masalah
utama pesakit yang kemudiannya akan menjadi fokus rawatan. Manakala terapi irama
sosial memberi tumpuan kepada pesakit untuk mengawal tabiat harian, seperti tidur,
makan, dan bersenam.

8
Tambahan itu, perubahan gaya hidup juga dapat mengawal gangguan bipolar tanpa
memrlukan ubat atau psikoterapi. Antara langkah-langkah yang disyorkan seperti menjaga
rutin harian supaya menjadi lebih teratur. Contohnya, waktu tidur dan waktu makan.
Kemudian, individu juga boleh cuba belajar cara untuk mengenali perubahan mood
suapay dapat mengawal mood yang terlampau juga meminta keluarga atau rakan untuk
menyokong pelan rawatan yang sedang dijalankan kerana sokongan mental daripada
keluarga sangat penting untuk memberikan kekuatan kepada individu yang mempunyai
gangguan bipolar.

Rawatan terakhir yang boleh digunakan adalah terapi elektrovulsif yang mana individu
akan dikenakan genjatan elektrik atau lebih mudah dikenali sebagai kejutan elektrik.
Kaedah ini merupakan rawatn yang terakhir selepas menggunakan rawatan farmokologi
dan bukan farmologi bagi merawat kecelaruan. Kesan terapi eletrovulsif ini akan
menyebabakan kekejanan kerana penggunaan rasangan elektrik dengan elektrod yang
biasanya diltakkan pada kedua-dua belah kulit kepala.

Menurut Dr Firdaus Ghani (2019), dalam berita web Astro Awani, beliau mengatakan
gangguan bipolar biasanya berlaku pada usia muda iaitu pada purata 18 tahun bagi bipolar
I dan 20 tahun bagi bipolar II. Daripada kajian yang dijalankan oleh World Mental Health
Survey Initiative yang melibatkan 11 negara, kadar statitik sepanjang hayat untuk
penyakit bipolar I adalah 0.6 peratus berbanding 0.4 peratus untuk bipolar II.

Kadar penyakit ini adalah berbeza mengikut negara. Amerika Syarikat (AS)
mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding Jepun dan didapati bahawa wanita lebih
ramai mengalami penyakit ini dalam kadar prevalens 1.1 peratus untuk bipolar I dan 1.3
peratus untuk bipolar II berbanding lelaki dalam kadar prevalens 0.8 peratus untuk bipolar
I dan 0.9 peratus untuk bipolar II.

7.0 RUMUSAN

Ramai di kalangan masyarakat yang selalu menafikan ahli keluarga mereka mengalami
masalah ini jika mereka mempunyai simptom seperti yang dikatakan. Pada mulanya perangai
pesakit dapat dikawal sehinggalah satu pesakit menjadi punca masalah kepada keluarga
barulah mereka dirujuk ke hospital. Ahli keluarga mempunyai hak untuk mendapat rawatan

9
perubatan yang baik. Jauhkan stigma dan kerisauan apabila orang lain pandang ahli keluarga
kita mengalami masalah mental. Biarkan apa orang lain cakap asalkan ahli keluarga kita dapat
rawatan yang sepatutnya

Pesakit Bipolar Disorder perlu di rawat kerana apabila seseorang itu diserang penyakit
ini fungsi diri mereka akan terjejas seperti tidak dapat mengawal diri, pekerjaan merosot,
hubungan dengan orang lain juga terganggu. Perubahan emosi yang keterlaluan semasa
episod manik boleh menyebabkan keburukan.

10

Anda mungkin juga menyukai