Anda di halaman 1dari 25

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

ULASAN ARTIKEL KEFAHAMAN GURU TENTANG NILAI MATEMATIK WAN ZAH WAN ALI, SHARIFAH KARTINI SAID HUSAIN, HABSAH ISMAIL, RAMLAH HAMZAH, MAT ROFA ISMAIL, MOHD. MAJID KONTING & ROHANI AHMAD TARMIZI Jurnal Teknologi, 43(E) Dis.2005 : 45 62 Universiti Teknologi Malaysia

1.0 BIDANG PENYELIDIKAN DAN SOALAN KAJIAN

Artikel ini adalah sebuah kajian penulis Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting dan Rohani Ahmad Tarmizi yang terdiri daripada 18 muka surat. Artikel ini adalah berkaitan dengan hasil kajian, implikasi serta cadangan yang telah dijalankan ke atas empat orang guru di Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tujuan untuk mengkaji kefahaman mereka tentang nilai Matematik.

Matematik adalah mata pelajaran penting dan diajar di semua peringkat pendidikan namun ianya dianggap amat sukar dan membosankan. Menurut penyelidik masa kini ( Chien Chin dan Fou lai Lin, 2001 ; Seligman, Olson dan Zanna, 1996 ; Taplin, 2002 ) aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik bagi membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik.

Pengajaran yang menekankan pengetahuan kandungan dan prosedur akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat. Nilai matematik adalah kualiti afektif yang mendalam dan komponen penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan serta berkait rapat dengan kualiti disiplin dan dengan budaya sesuatu masyarakat. Matematik ialah satu bidang yang berteraskan nilai dan kelahiran Matematik sangat dipengaruhi oleh orientasi budaya sesuatu kelompok.
1

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Berdasarkan kajian lepas ( Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, 2002 ), pengkaji menyimpulkan guru masih tidak faham erti nilai disamping nilai dilihat kurang penting berbanding penguasaan konsep dan kemahiran matematik. Guru juga didapati masih sukar mengaitkan nilai dalam pengajaran matematik. Beliau berpandangan adalah penting untuk memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan nilai matematik terutama dalam konteks acuan dan falsafah matematik di negara ini. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti; Apakah yang ditanggapi oleh guru tentang nilai matematik? Apakah cara yang digunakan oleh mereka untuk menerapkan nilai matematik? Apakah masalah yang dihadapi dalam usaha menerapkan nilai ini?

Pengkaji telah meninjau definisi nilai matematik yang telah sedia ada dan mendapati nilai matematik itu ditunjangi oleh ilmu matematik itu sendiri dan budaya masyarakat di mana matematik itu diajar dan diperkembangkan. Nilai yang terbit daripada ilmu matematik adalah merujuk kepada tabii dan mazhab pemikiran sementara aspek budaya dilihat dari sudut nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat negara ini. Pengkaji menerangkan sifat tabii ilmu matematik dapat dilihat dari segi istilah matematik itu sendiri iaitu bersifat pasti, yakin, jitu dan diperolehi melalui kaedah deduksi(Abdul Latif Samian, 1997) serta dianggap satu ilmu yang abstrak dan dapat mencergaskan akal .

Menurut pengkaji lagi, nilai matematik dapat dicungkil daripada mazhab pemikiran dalam matematik yang terdiri daripada empat fahaman iaitu logikisme, formalisme, intuisisme dan juga kuhnisme. Menurut fahaman logikisme, kebenaran dapat diperolehi melalui prinsipprinsip logik. Fahaman ini memberi penekanan terhadap konsep teori set sebagai asas matematik. Seseorang pelajar haruslah menguasai sesuatu tajuk itu (tajuk asas) sebelum menguasai sesuatu tajuk yang lain. Fahaman formalisme pula melihat matematik sebagai suatu disiplin formal yang simbolik dan diwakili oleh simbol-simbol tanpa berpandukan kepada pelbagai pengertian. Tujuan asasnya adalah tertumpu kepada penyelesaian matematik dalam bentuk rangkaian simbol sahaja. Ini bermakna seseorang guru itu haruslah memulakan sesuatu tajuk pengajaran itu dengan menjelaskan istilah matematik yang berkaitan sebelum mengaitkan makna perkataan dengan kepentingannya dalam kehidupan.

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Bagi fahaman Intuisisme pula, semua ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah hasil daripada aktiviti berfikir dan bergantung kepada pengalaman pemikiran dalaman seseorang. Fahaman yang keempat adalah fahaman Kuhnisme. Fahaman ini sebenarnya menumpukan paradigmanya dalam sains tetapi paradigmanya turut diterima secara meluas di dalam bidang lain termasuklah matematik. Ianya mengaitkan elemen kehidupan seharian ke dalam pengajaran matematik seperti menggunakan nama bagi mewakili simbol x dan y yang sering diguna dalam matematik. Walaupun mazhab pemikiran terdiri daripada empat fahaman tetapi dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji dapati hanya dua mazhab pemikiran matematik yang digunakan oleh guru-guru yang telah ditemubual iaitu fahaman logikisme dan fahaman formalisme.

2.0

METODOLOGI

Berdasarkan artikel ini, kajian dijalankan dengan melibatkan dua fasa namun begitu artikel ini hanya memberi fokus kepada kajian fasa pertama sahaja. Fasa yang pertama adalah meneroka tanggapan dan kepercayaan guru sekolah menengah terhadap nilai matematik serta kaedah dan masalah yang dihadapi dalam menerapkan nilai ini . Kajian yang dijalankan dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif dan data yang dikumpul adalah melalui temubual dengan empat orang guru matematik sebagai sampel kajian di sekolah yang telah dipilih. Temubual dijalankan di sekolah oleh pengkaji sendiri dan ianya telah dilakukan beberapa kali sehingga data yang diperolehi mencukupi.

Rakaman temubual turut dilakukan oleh pengkaji dan semua maklumat yang diperolehi dianalisis mengikut prosedur yang betul. Pengkaji telah menjalankan kajian di dua buah sekolah yang berbeza iaitu sekolah bestari dan juga sekolah harian. Dua jenis sekolah ini dipilih kerana pengkaji berandaian budaya pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua sekolah ini adalah berlainan dan kumpulan responden akan mempunyai lebih banyak sifat-sifat ketidaksamaan. Menurut pengkaji, perkara yang difokuskan dalam temu bual yang dibuat adalah berkaitan dengan pencapaian objektif utama penyelidikan ini iaitu mengenal pasti kefahaman guru tentang nilai matematik.

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

3.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bills dan Husbands (2005), Bishop (2002), Bishop, Seah, dan Chin (2003), FitzSimons, Bishop, Seah, dan Clarkson (2001), dan Seah (2005), kebanyakan guru matematik bersetuju tentang kepentingan pengembangan nilai dalam pendidikan matematik, tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas tersebut. Malah, terdapat guru yang tidak menganggap mereka mengajar sebarang nilai

apabila mereka mengajar matematik. Kenyataan ini adalah selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji di mana didapati kebanyakan responden tidak menyatakan secara langsung tentang makna nilai matematik tetapi mereka lebih menjurus kepada nilai-nilai yang cuba mereka terapkan dalam pengajaran matematik. Hasil daripada kajian data yang telah dianalisis oleh pengkaji adalah didapati bahawa kesemua responden menyatakan mereka menerapkan sesuatu nilai dalam pengajaran mereka namun ianya lebih menjurus kepada penerapan 16 nilai-nilai murni yang ada.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji (2005) didapati bahawa nilai matematik itu boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu sebagai nilai murni, nilai matematik sebagai nilai intrinsik dan nilai matematik sebagai nilai yang berguna dalam kehidupan. Menurut Daia M (1993), Nilai murni dapat didefinisikan sebagai suatu perkara yang dihajati serta merupakan satu kriteria yang baik, mulia dan tetap. Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menerapkan 16 nilai-nilai murni yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pada diri pelajar. Penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah tidak dipandang remeh oleh guru dan ia bukan hanya sekadar ditulis di dalam buku rancangan mengajar tetapi seharusnya benar-benar diterapkan semasa proses pembelajaran dijalankan supaya pelajar-pelajar boleh cemerlang dalam akademik dan juga seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Nilai intrinsik adalah merupakan nilai yang melibatkan kemahiran berfikir secara logik, membuat pengiraan dengan tepat dan jelas serta berfikir secara analitikal dan dapat menyelesaikan masalah secara sistematik. Menurut salah seorang daripada responden yang terlibat dalam kajian yang dilakukan oleh Wan pengkaji, nilai matematik yang boleh diterapkan oleh guru melalui matematik adalah seperti melatih seseorang individu itu bekerja
4

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

secara teliti dan juga bersistematik. Sistematik disini bermaksud melaksanakan sesuatu perkara itu langkah demi langkah secara kemas dan juga teratur.

Selain daripada itu, nilai matematik juga boleh dikategorikan kepada nilai yang berguna dalam kehidupan. Ini adalah disebabkan nilai-nilai yang kita pelajari menerusi matematik boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita semua. Melalui matematik seseorang boleh menerokai pelbagai bidang kerjaya pada masa depan dan menyelesaikan masalah seharian. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat responden yang berpendapat bahawa kematangan seseorang pelajar boleh dinilai dengan matematik.

Sebelum sesuatu nilai matematik boleh berjaya diterapkan dalam diri pelajar, nilai pengajaran guru yang positif amatlah penting dan perlu ada pada diri seseorang guru. Nilai pengajaran guru boleh dilihat daripada pertuturan guru dan perlakuan guru dalam bilik darjah. Contohnya sentiasa memberi galakan dan pujian kepada pelajar dan tidak pilih kasih. Selain itu nilai-nilai yang wujud boleh diterapkan secara tersurat ataupun tersirat.

Nilai tersurat adalah merupakan sebuah nilai yang dinyatakan oleh guru dalam bentuk tulisan dan pertuturan ketika merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. Contohnya, guru menulis dalam buku rancangan pengajaran harian bahawa para pelajar perlulah saling bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Secara tidak langsung, nilai bekerjasama telah diterapkan secara tersurat pada diri pelajar. Nilai tersirat pula bermaksud nilai-nilai yang diterapkan secara tidak langsung oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contohnya nilai keberanian dan keyakinan telah diterapkan secara tersirat dalam diri pelajar semasa guru menyuruh beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan dan menyelesaikan soalan yang diberikan di papan tulis.

Dalam artikel ini, pengkaji berpendapat bagi seseorang guru itu, nilai matematik adalah berkisar kepada kefahaman dan realiti yang terkandung di dalam disiplin pengajaran matematik sendiri dan terpisah daripada pengaruh masyarakat. Ini bermaksud pengajaran ilmu matematik yang dikatakan amat membosankan itu masih belum dapat diatasi. Perkara seperti ini adalah tidak baik untuk perkembangan pendidikan matematik di negara kita.

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Menurut pengkaji, kesan atau hasil daripada kajian yang telah dibuat adalah didapati terdapat perkara yang masih perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman guru tentang nilai matematik. Contohnya seperti menerapkan saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar proses pendidikan diasaskan kepada pencipta sebagai autoriti yang mutlak. Ini bermaksud matematik dalam konteks ini dijadikan alat untuk menerokai hakikat kewujudan alam semesta dan mencari kebenaran Pencipta. Selain itu penggabungjalinan aspek budaya, seni dan kepercayaan masyarakat perlulah diterapkan dalam pengajaran matematik. Dengan cara ini matematik dijangka tidak terpisah daripada masyarakat malah akan lebih berkembang bersama masyarakat tersebut.

Menurut kajian Ernest(2005), pada masa dahulu matematik berpegang kepada fahaman foundasionalis dan ianya tidak boleh diusik oleh apa sahaja yang berkaitan dengan sosial tetapi pada hari ini ia telah diterima sebagai satu bidang berasaskan sosial dan sebarang dakwaan tentang ketentuan, kesejagatan dan ketepatan mutlak dibatasi oleh budaya tersebut dan seterusnya menjadi asas perkembangan dan pembentukan kualiti personal. Ini bermaksud nilai-nilai yang dipupuk melalui pendidikan itu berkesan atau tidak dapat diukur dengan meneliti perkembangan kualiti personal. Nilai-nilai seperti kasih sayang, sabar, jujur dan keazaman untuk berjaya perlu dihayati dengan baik dan dijadikan sebagai garis panduan dalam membaiki diri seseorang. Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid (2001), pelajar yang mengamalkan nilai-nilai yang baik dan progresif mempamerkan kualiti personal dan sosial yang baik.

Menurut pengkaji, perubahan paradigma falsafah matematik akan memberi impak kepada pendidikan matematik khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah nilai matematik itu sendiri. Oleh itu, sebagai seorang guru, nilai matematik itu adalah penting untuk diajarkan dalam menentukan hala tuju pendidikan matematik pada masa kini. Menurut Lim Cap Sam dan Fatimah Salleh(2002), mereka mendapati perbezaan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar, guru dan ibu bapa menyebabkan perbezaan dalam budaya pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah dan sekaligus mewujudkan perbezaan kepercayaan dan nilai terhadap pendidikan matematik.

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

10

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

11

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

12

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

13

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

14

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

15

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

16

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

17

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

18

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

19

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

20

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

21

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

22

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

23

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

24

TQ40303 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

25

Anda mungkin juga menyukai