Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI AIR


PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TAHUN 2015

Anjuran:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG
Dengan Kerjasama:
GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN (IPDA)
Hari & Tarikh:
27 Julai 2016
9.00 pagi-1.00 petang
Tempat:
Kolam Renang DGCC, Jitra

1.0

PENGENALAN
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu

seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia
bertujuan untuk membantu murid-murid berkeperluan khas dalam mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Program ini adalah
selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Pendidikan Khas) 1997
bahagian II 3 (2) yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau
teknik pengajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
Program Terapi Renang ini diadakan demi memberi peluang dan ruang
kepada murid Pendidikan Khas SK Gunong untuk membantu meningkatkan
kecergasan fizikal dan mental serta peningkatan self-esteem dalam diri mereka
sendiri. Program ini juga memberi pengetahuan secara khusus kepada guru
Pendidikan Khas tentang terapi renang dan langkah-langkah pelaksanaannya.
2.0

MATLAMAT

Adalah diharapkan Program Asas Akuatik ini dapat memberi kesan yang positif
kepada murid-murid khas dan juga guru-guru yang terlibat kerana selain P&P di
dalam bilik darjah, pendidikan luar adalah merupakan cara terbaik dalam
menyampaikan dan menimba pengetahuan serta pengalaman.
3.0

OBJEKTIF

Adalah diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, murid-murid khas bermasalah


pembelajaran dapat:
3.1. Membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.
3.2. Membina keyakinan dan pengurusan diri sendiri.
3.3. Membina sikap berdikari diri sendiri dan kerjasama dalam kumpulan.
3.4. Pendedahan tentang kehidupan bermasyarakat.
3.5. Menambah pengetahuan berkaitan mata pelajaran Pengurusan Diri,
Sains dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

4.0

KUMPULAN SASARAN
4.1

Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Gunong


rujuk lampiran

Guru Pengiring:
Di dalam aktiviti ini seramai 4 orang guru, 2 orang PPM dan 2 orang guru pelatih
IPDA akan mengiringi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran SK Gunong Kedah.

5.0

TARIKH
Aktiviti terapi renang ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh :

27 Julai 2016

Hari

Rabu

Masa :

6.0

8.00 pagi hingga 1.00 petang

JURULATIH
i. Pn. Noorashikin bt Ismail (Jabatan GERKO IPDA)

7.0

TEMPAT
i. Darulaman Golf Country Club

8.0

TENTATIF PROGRAM
MASA

AKTIVITI

7.45 pagi

Murid dan guru pengiring bertolak dari


SK Gunong

8.00 pagi

Taklimat ringkat diberikan oleh guru


pengiring

8.15 pagi

Sarapan pagi

8.30 pagi

Aktiviti renang dijalankan

12.00 tengah hari

Makan tengah hari

1.00 petang

Berangkat pulang ke SK Gunong

9.0

AJK PROGRAM

AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM


PENGERUSI

: PUAN MAHRANI BT ISMAIL

SETIAUSAHA

: PUAN NAFISAH BINTI MAT DAUD

NAIB SETIAUSAHA

: ENCIK NOORAFI SAIFUL BIN MOHD NOOR ( IPDA )

BENDAHARI

: ENCIK SUFFIAN BIN ABD SAMAD

MAKANAN

: PUAN ROZANA BT HADZIAR

DOKUMENTASI

: ENCIK MOHD HAPIPI AZHAR BIN SAPILING (IPDA)

KAWALAN MURID

: ENCIK MOHD NAZARI BIN MOHD SAID


: PUAN NORMAIZAINI BT AHMAD

PENGANGKUTAN

10.0

BI

: GURU PENDIDIKAN KHAS SK GUNONG

BAJET PROGRAM

PERKARA

KUANTITI

HARGA

L
1

Makan

18x RM 5

RM 90

Pengangkutan

5x RM 50

RM 250

Aktiviti renang

18x RM 10

RM 180

JUMLAH

RM 420

11.0 PENGANGKUTAN
Kereta guru
12.0 PENUTUP
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi
daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga melalui
program ini ianya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai
objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat merangsang murid untuk bergerak
balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan
hubungan di antara murid, guru dan masyarakat luar.

Disediakan oleh ,

(NOORAFI SAIFUL BIN MOHD NOOR)


Naib Pengerusi

Disemak oleh,
......................................................
(PUAN MAHRANI BINTI ISMAIL)

Penyelaras PPKI SK Gunong

Disahkan oleh,

(TUAN MOHD ZAHIR BIN HASHIM)


Guru Besar
SK Gunong

Anda mungkin juga menyukai