Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI KUDA PPKI

SK BANDAR SUNGAI BUAYA,


48010 RAWANG,
SELANGOR
TARIKH & HARI
AKAN DITENTUKAN BERDASARKAN TAKWIM SEKOLAH SEPANJANG
TAHUN (BERKALA)

TEMPAT
TERATAK NALYS ECO RESORT & EQUESTRIAN
LOT 169, JLN ULU TAMU,
KG ORANG ASLI 44300, BATANG KALI, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM TERAPI KUDA PPKI
SK BANDAR SUNGAI BUAYA, 48010 RAWANG, SELANGOR
1

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari pihak
pentadbir untuk mengadakan Terapi Haiwan PPKI bagi memenuhi keperluan murid
Pendidikan Khas yang memerlukan terapi.
.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa
ketidak upayaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Ketidak upayaan mereka merupakan
limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalakan pembelajaran
seperti mana murid perdana.
Oleh

yang

demikian,

kurikulum

pendidikan

khas

adalah

fleksibel

yang

membolehkan guru guru pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan aktviti


penngajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengubahsuain ini perlu bagi
memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid PPKI.
Program Terapi ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid
murid PPKI yang mana murid murid khas ini didedahkan dengan dunia luar dan
pengalaman menunggang kuda. Dengan itu, murid murid PPKI lebih memahami
pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah. Tambahan pula, terapi berkuda
dapat

membantu

menambahbaik

pergerakkan

motor

kasar,

motor

halus

dan

perkembangan kecergasan fizikal bagi membantu menambah kemahiran kehidupan


seharian. Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan


pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami
sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Manakala, definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep
terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah
2

dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,


sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam
terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih
tinggi. Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding
Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda): "Menunggang kuda
adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak
yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah
satu cara penyembuhan.
3.0 MISI
Melahirkan murid Pendidikan Khas yang mampu berdikari dan mempunyai keupayaan
fizikal yang optimum bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian.
4.0 MATLAMAT
Program terapi kuda PPKI yang dirancang adalah untuk :_

Membantu dalam merawat penyakit arteri koronari (Friedmann, Katcher, Lynch &

Thomas, 1980; Jennings, Reid, Christy, Anderson, Dart, 1998.


Dapat meningkatkan pergaulan sosial, rasa tanggungjawab, tahap kepekaan
mental dan tumpuan terhadap alam sekitar (Proulx, 1998; Bernstein, Friedmann &

Malaspina, 1995).
Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi,. Membina

konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.


Menjaga keperluan haiwan dipercayai boleh mewujudkan rasa tanggungjawab,
kelakuan yang aktif dan pergaulan sosial yang sesuai (Mallon, 1994; Karcher &

Wilkens, 1994; Melson, 1989; Netting, 1897).


Haiwan memberi kelebihan terhadap fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak

(Mallon, 1994).
Terapi menunggang kuda memperbaiki postur badan dan memberi keseimbangan
dalam badan pesakit yang mengalami masalah pergerakan (Weber Pfotenhauer
Davi Layerer Rimpau Conversation, 1995)
3

5.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini memberi peluang kepada

murid murid Kelas

Pendidikan Khas Integrasi ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat
secara lansung haiwan kuda dan melakukan aktiviti terapi berkuda. Sehubungan dengan
itu, ia dapat membantu dalam menimbulkan minat belajar sekaligus mampu mewujudkan
pembelajaran berkesan dan bermakna dikalangan murid murid PPKI.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid murid
khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan
murid murid PPKI dan juga pihak SK Bandar Sungai Buaya amnya membantu
perkembangan fizikal dan sosial murid dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6.0 OBJEKTIF
Program Terapi berkuda mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:

7.0

Menanam sifat yakin diri dan keberanian. Disiplin dan membentuk imej.
Pendedahan kepada kehidupan luar. Boleh berinteraksi dengan masyarakat luar.
Tanam sikap tanggungjawab dan menghormati.
Membantu membentuk pergerakkan dan kekuatan anggota.
ANJURAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor

8.0 TARIKH DAN MASA


Program ini dicadangkan akan diadakan pada :
Nama Program

: Program Terapi kuda PPKI

Tarikh

: Mengikut Takwim Sekolah

Masa

: 7.30pagi 12.00 tengahari

Tempat Program

: Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian


4

Lot 169, Jln Ulu Tamu, Kg Orang Asli


44300, Batang Kali, Selangor.

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat
En Hasim bin Saleh (GURU BESAR)
Naib Penasihat
Pn Sabariah binti Salleh (GPK PENT & KURIKULUM)
Pn Noor Azni binti Abd Aziz (GPK HEM)
Pn Dina binti Takuan (GPK KOKURIKULUM)
Penyelaras
En Mohd Fadli bin Mohamad Johari
Setiausaha
Pn Yusmahani Bt Jamaluddin
Bendahari
Pn Norazma Bt Abu Hassan
AJK Peralatan dan persiapan tempat:
Semua guru dan PPM
AJK Dokumentasi:
Pn Yusmahani Bt Jamaluddin

10.0 TEMPAT PROGRAM


Teratak Nalyst Eco Resort & Equestrian
Lot 169, Jln Ulu Tamu,
Kg Orang Asli 44300, Batang Kali, Selangor.
6

11.0 KUMPULAN SASARAN


20 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi berserta guru pengiring
SK Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
12.0 TENTATIF PROGRAM
7.20 Pagi

: Berkumpul
: Sarapan

8.00 Pagi

: Bertolak ke Batang Kali,

9.30 Pagi

: Taklimat bersama Instructor Terapi Kuda

10.00 Pagi

: Sesi Terapi Kuda bersama Murid PPKI SKBSB

11.00 Tghhari

: Penyampaian Cenderahati

11.30 Tghhari

: Bertolak pulang ke SKBSB

12.00 Tghhari

: Bersurai

13. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
1

PERKARA
SARAPAN
NASI GORENG
ROTI
AIR MINERAL
CENDERAHATI/SIJIL
PENGHARGAAN

KUANTITI
RM4 x 20 Orang x 20
sesi

RM
RM1600.00

RM5 x 20 orang

RM100.00

YURAN TERAPI

RM 10 X 20 Orang x
20 sesi

RM4000.00

PENGANGKUTAN SEBUAH BAS

RM400 X 20 Sesi

RM8000.00

JUMLAH PERBELANJAAN
KESELURUHAN

RM13,700.00

14.0 PENUTUP
7

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi
faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SKBP dan mampu mencapai objektifobjektif yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga segala usaha dan bakti ikhlas
yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik
di sisi Allah SWT. Insya-Allah.
Kami berharap program ini mendapat pertimbangan serta kerjasama yang
sewajarnya dari pihak tuan khususnya. Semoga program ini akan dapat dijalankan
dengan lancar bagi memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas merasai sesi
pembelajaran yang lebih santai.Dengan ini juga diharapkan isi pelajaran yang akan
diterapkanakan tercapai dengan jayanya. InsyaAllah.
Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

........

(YUSMAHANI BT JAMALUDDIN)

(MOHD FADLI BIN MOHAMAD JOHARI)

Setiausaha,

Penyelaras,

Program Terapi Kuda,

Program Pendidikan Khas Integrasi

SK Bandar Sungai Buaya,

SK Bandar Sungai Buaya,

Rawang, Hulu Selangor.

Rawang, Hulu Selangor.

Anda mungkin juga menyukai