Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI) SMK PENGKALAN, TAMAN PINJI MEWAH, 31500 LAHAT, PERAK.

KERTAS KERJA : PROGRAM WANG SAKU

1.0 LATAR BELAKANG Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan merupakan program untuk murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai masalah seperti sindrom down, Terencat akal, Hiperaktif, Aitisme, Lembam, Masalah pertuturan, spastik ringan, masalah pendengaran dan lewat perkembangan. Murid yang terlibat dalam program ini ialah murid yang mempunyai minat, bakat dan yang boleh dididik. 2.0 MATLAMAT Program ini bertujuan untuk membina perkembangan jasmani, emosi, rohani, mental dan sosialisai murid-murid khas dengan penglibatan secara aktif berdasarkan keupayaan diri. Pengetahuan yang di ajar juga membantu murid-murid meningkatkan keyakinan, disiplin, semangat kerjasama, berdikari dan amalan keselamatan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan murid-murid khas kepada dunia luar dan persekitaran yang semakin mencabar. 3.0 OBJEKTIF a. Mematuhi peraturan dan arahan sesuai dengan aktiviti luar b. Menjaga disiplin diri dan tatasusila serta budaya di tempat awam c. Menyertai dan melakukan sebarang aktiviti luar bersesuaian dengan murid d. Meningkatkan keyakinan diri e. Menyemai nilai kepimpinan dan kerjasama serta semangat kekitaan f. Membantu proses sosialisasi g. Menyemai sikap berdikari di kalangan murid sewaktu berada di luar h. Mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang ada i. Meningkatkan pengetahuan tentang kosa kata dan kemahiran matematik j. Menyemai sikap berniaga dan keusahawanan di kalangan murid

4.0 RASIONAL Program ini amat bersesuaian dengan program pendidikan khas integrasi kerana ia selaras dengan falsafah pendidikan Negara yang amat menitikberatkan pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang bertujuan untuk melihat potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kurikulum kebangsaan secara amnya tidak dapt memenuhi keperluan murid pendidikan khas kerana tahap pencapaian murid-murid pendidikan khas amat rendah, perlahan dan minimum. Oleh itu program yang dijalankan adalah selaras dengan matlamat pendidikan khas yang berkehendakan proses normalisasi kearah mencapai pendidikan secara optimum.

5.0 SASARAN
a. Murid-murid yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang layak

ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Pengkalan,Taman Pinji Mewah, 31500 Lahat, Perak. b. Murid-murid tersebut dikelaskan kepada tiga tahap iaitu: Tahap baik (A) Tahap sederhana (B) Tahap Lemah (C)

c. Mereka terdiri daripada 4 buah kelas iaitu PK1, PK2, PK3 dan PK4.

d. Kategori ketidakupayaan adalah seperti berikut: Down Sindrom Lembam Autisme Hiperaktif Spastik Ringan Lewat pertumbuhan Terencat akal

Masalah pertuturan Masalah pendengaran

6.0 MASA DAN ANGGARAN PERBELANJAAN Tarikh : 31 Oktober 2012 Hari : Rabu Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : MYDIN MERU RAYA JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI AKTIVITI WANG SAKU

PENDAPATAN (RM) Kutipan daripada murid RM 10 seorang RM 10 x 25 = RM250 .00

PERBELANJAAN (RM) Bayaran Bas RM 200 x 1= RM200

Kutipan daripada guru dan PPM RM 10 Makan dan minum murid, guru dan PPM seorang RM 3 x 31 = RM93.00 RM 10 x 6 = RM60 .00 Peruntukan Sekolah ( Bayaran bas ) RM 200 x 1 = RM 200 Aktiviti murid RM 7 x 25 = RM175.00 Hadiah Jumlah RM 510.00 Jumlah RM 5.25 x 8 = RM42.00 RM 510.00

7.0 JAWATANKUASA KECIL PENASIHAT PENGERUSI : Pn Hjh Azizah bt Abdullah : Pn Hjh Hasliza bt Ab kadir

PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI

: Cik Anis Diana bt Supraai : Cik Rosni bt Ibrahim : Pn Norhayati bt Nuruddin

NAMA KELAS PK1 PK2 PK3 PK4

NAMA GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID Guru : Pn Norhayati bt Nuruddin PPM : Cik Rosni bt Ibrahim Guru : Cik Anis Diana bt Supraai PPM : Pn Hasliza bt Hasan Guru : Pn Hjh Hasliza bt Ab Kadir PPM : Pn Hasliza bt Hasan Guru : Cik Ihzan Morni bt Abd Ghani PPM : Cik Rosni bt Ibrahim

INSTRUMEN PENILAIAN Refleksi selepas aktiviti Senarai semak

PENUTUP Perlaksaan program ini diharapkan akan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri yang mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan boleh menyumbang kepada bangsa dan Negara. Akhir sekali, diharapkan segala aktiviti yang telah diracang dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh,

Disahkan Oleh,

-------------------------------------ANIS DIANA BT SUPRAAI Setiausaha Program

--------------------------------------HJH HASLIZA BT AB KADIR Penyelaras Pendidikan Khas

Diluluskan oleh

-------------------------------------PN HJH AZIZAH BT ABDULLAH Pengetua, SMK Pengkalan, Taman Pinji Mewah

Anda mungkin juga menyukai