Anda di halaman 1dari 31

PPK 102

PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN INSAN

MENGESAN PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN


KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MELALUI
AKTIVITI BERMAIN

DISEDIAKAN OLEH :

1.MUHAMAD AMIRUL SAUFI BIN ABD RAHIM (122073)

2.MUHAMAD FARID BIN SAPIAN (122069)


3.CHOY JEN CHERNG (122060)

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. ASWATI BINTI HAMZAH

1
ISI KANDUNGAN

M/S

1.0 PENGHARGAAN 3
2.0 PENGENALAN 4
3.0 TUJUAN KAJIAN 5
4.0 OBJEKTIF 6
5.0 LIMITASI KAJIAN 7
6.0 KAEDAH MENGUMPUL,MAKLUMAT 8
7.0 JENIS KETIDAKUPAYAAN 9
8.0 KAJIAN KES 10
9.0 FOKUS PEMERHATIAN. 14
10.0 TEMU BUAL 22

11.0 REFLEKSI 23

12.0 KESIMPULAN 27

13.0 RUJUKAN 28

14.0 LAMIRAN 29

2
1.0 PENGHARGAAN

Subjek PPK 102 ini kami ambil pada semester 1 Sidang akademik tahun 2013/2014. Kerja
kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan.Tugasan yang kami terima adalah untuk
mengadakan lawatan ke sebuah institusi latihan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas dan
melakukan satu aktiviti untuk mengesan aspek perkembangan dan pembelajaran yang
merangkumi aspek kognitif, bahasa,sosio-emosi dan fizikal.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua pensyarah kuliah selaku
pensyarah tutorial sebjek PPK 102 :Perkambangan dan Pembelajaran Insan iaitu Dr Aswati
Hamzah dan Prof Madya Dr Hairul Nizam Ismail kerana telah banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan laporan tugasan individu ini.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kerana Dr Aswati dan Dr Hairul
kerana sudi mendengar, melihat dan memberi komen terhadap laporan kami ini. Segala
komen yang diberikan akan kami jadikan iktibar dan akan melakukan yang terbaik pada masa
akan datang. Semua komen dan dorongan yang diberikan, amat kami hargai.

Selain itu, ucapan terima kasih ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
iaitu Mohamad Farid Bin Sapian, Muhamad Amirul Saufi Bin Abd Rahim, dan Choy Jeng
Cherng yang telah banyak membantu dan memberi komitmen yang baik dalam membatu
bekerjasama berkongsi ilmu dan tenaga bagi menyiapkan tugasan yang di berikan ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan sekelas yang juga sudi berkongsi ilmu bagi
menyiapkan tugasan ini.

3
2.0 PENGENALAN

Semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut


keupayaan masing-masing bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. Oleh itu,
pendidikan khas telah diwujudkan bagi kanak-kanak kelainan upaya untuk mengikuti proses
pembelajaran seperti pelajar normal.

Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas sahaja,
tetapi ia perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Tanpa pengetahuan tentang
perndidikan khas, ia akan menyukarkan individu untuk memahami dan menghayati dunia
pendidikan khas.

Dengan adanya kesedaran, kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan


kanak-kanak keperluan khas, kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping
itu, penyertaan oleh badan-badan sukarelawan dalam memajukan pendidikan kanak-kanak
khas hendaklah terus digalakkan (KementerianPelajaranMalaysia, 2006).

Terdapat tiga kategori umum orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu
kurang upaya pendengaran seperti pekak dan bisu, kurang upaya penglihatan seperti rabun
dan buta dan masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran terdapat banyak jenis, antaranya
ialah celebral palsy,sindrom down, autisme, ADHD, terencat . disleksia, dispraksia,
diskakulia, dan lain-lain.

Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya,


ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud mereka bodoh, lembab, malas, atau
mempunyai tahap kecerdasan yang rendah. Ia juga bukanlah berlaku akibat daripada
perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran.
Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud terdapat masalah khusus di dalam otak kanak-
kanak ini, yang menjejaskan cara mereka memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu
maklumat.

4
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengesan perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak berpendidikan khas melalui aktiviti bermain.. Kajian yang kami lakukan ini
kami lebih memfokuskan kepada 4 domain utama iaitu perkembangan kognitif, bahasa
(komunikasi), sosio-ekonomi dan fizikal sama ada motor kasar dan motor halus kanak-kanak
tersebut.

Kajian ini juga dilakukan untuk memprolehi data berkenaan dengan cabaran
pentadbiran dan guru serta masalah-masalah yang dihadapi dalam mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas sekolah ini. Kajian ini juga akan membantu kami untuk memahami selok-
belok menjadi guru pendidikan khas. Mengajar kami untuk sabar dalam setiap perkara.

Lawatan ini dilakukan di salah sebuah sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu
Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTITI). Kami memilih dua orang pelajar untuk dikaji
mengikut kemahuan rancangan pembelajaran.

5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kami telah lokasi kajian di SK Titi Teras bagi menjalankan kajian dan kami telah memilih
dua orang pelajar berkeperluan khas iaitu yang mengalami masalah ADHD dan Autisme.
Semasa menjalakan kajian ini kami mempunyai beberapa objektif, iaitu :

1) Melihat perkembangan 4 domain utama pelajar yang dikaji melalui aktiviti-aktiviti


permainan. Perkembangan yang diperhatikan adalah dari segi kognitif, sosio emosi,
fizikal dan lain-lain.
2) Melihat tingkahlaku pelajar ketika bermain dan belajar sama ada mudah dikawal oleh
guru ataupun sukar.
3) Dapat menyelami profession perguruan. Kajian ini dapat membawa kami ke dunia
realiti alam perguruan pendidikan khas. Hal ini kerana, kami dikehendaki mengajar
kanak-kanak ini bermain dan belajar.
4) Mengenal pasti gangguan dihadapi pelajar semasa belajar.
Melalui kajian yang dilakukan, kita juga dapat mengenal pasti gangguan yang dihadapi oleh

sasaran kajian dalam aspek interaksi sosial, perkembangan bahasa, tingkah laku dan

pencapaian akademik. Dengan makumat yang dapat, langkah-langkah yang sewajarnya

seperti terapi dapat diambil untuk memperbaikan keadaannya.

5) Menilai sejauh kebenaran teori yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi

6
5.0 LIMITASI KAJIAN
Kajian telah dijalankan selama 1 hari pada 4 November 2013 di SKTITI. Tempoh kajian kami

adalah amat singkat. Ini disebabkan dikhuatiri lawatan yang dijalankan akan mengganggu

perjalanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Lawatan kami dimulakan dengan pertemuan

dengan Guru Besar SK Titi Teras iaitu Pn.Hajjah Zaharah bt Jaafardan kedatangan kami telah

disambut baik. Beliau telah memudahkan kerja kami dengan memperkenalkan kami kepada Guru

Penolong kanan pendidikan khas(GPKPI) yang bernama Puan Sarina Mohd Rejab.

Selepas berjumpa dengan GPKPI, Guru tersebut telah menjelaskan secara ringkas tentang

penubuhan dan struktur pendidikan khas di SKTITI. Kami telah diperkenalkan kepada semua guru

dan kakitangan pendidikan khas untuk memudahkan kajian.

Soalan kaji selidik telah ditujukan kepada guru-guru yang bertanggungjawab untuk mengisi

data-data dan maklumat yang berkaitan dengan Pelajar Autisme iaitu Pelajar A dan pelajar ADHD

iaitu Pelajar B. Puan Sarina telah memberikan profil Subjek kepada kami supaya dapat mengumpul

data yang lebih lanjut. Beliau juga telah mengaturkan temu bual antara kami dengan Ibu Subjek A

iaitu Puan Noor Hayati 46 tahun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai sasaran

kajian.

Kami telah diberi pendedahan tentang proses pengajaran dan pembelajaran rutin sasaran

kajian. Subjek telah melibatkan diri dalam kelas bahasa, pengurusan diri dan agama. Kami telah

bersama-sama Subjek dan telah menjalankan pemerhatian terhadapnya dan cuba untuk berinteraksi

dengannya.

7
6.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek permainan
puzzles bersama murid berkeperluan khas ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan
maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan
kumpulan, pemerhatian, temubual, menyediakan borang soal selidik, fotografi .

6.1 PERBINCANGAN KUMPULAN

Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini
kerana, kami membincangkan perjalanan proses kajian kami iaitu sebelum, semasa dan
selepas kajian. Semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi
dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain daripada
itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat diketahui. Perbincangan ini adalah asas
daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini.Dengan mengadakan perbincangan, kata
sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih jenis permainan serta lokasi kajian.

6.2 PEMERHATIAN

Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan.Kaedah ini jelas sekali
digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian dan subjek kajian.Kaedah ini digunakan adalah
untuk memastikan kawasan dan subjek yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh
kami. Kami juga melakukan pemerhatian terhadap subjek kajian kami.

6.3 TEMUBUAL

Kaedah temubual kami adalah berjalan dalam keadaan tidak formal. Kami melakukan
temubual dengan ibu atau bapa subjek kajian kami. Tujuan utama kami melakukan temubual
ini adalah untuk mengetahui sejauh mana perkembangan kanak-kanak ini dirumah.

6.4 SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan respon dengan lebih
tepat dan betul berkaitan subjuk kajian.Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan
untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Kami telah mereka bentuk borang
soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji.

8
7.0 JENIS KETIDAKUPAYAAN : AUTISME DAN ADHD

7.1 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak


biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan komunikasi,tingkah laku
sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.

Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada masalah pembelajaran,masalah penglihatan,


masalah pendengaran, masalah komunikasi dan masalah fizikal. Namun, dalam aspek masalah
pembelajaran terdapatpelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan iaitu disleksia
Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD), bermasalah emosi dan tingkah laku,
lembam, sindrom down ,autism, pintar cerdas ,serebrum palsi.

7.2 Definisi Autisme

Apakah yang dimaksudkan dengan autisme? Autisme merujuk kepada kecacatan


perkembangan yang melibatkan fungsi otak. Ianya dianggap sebagai kecacatan saraf pada
otak. Autism berasal daripada perkataan autos yang bermaksud ‘diri sendiri’ sementara ‘ime’
yang bererti aliran. Autisme merupakan gangguan berfikir, berkomunikasi, perhubungan
interpersonal dan tingkah laku (Smith 1998). Autisme juga merupakan gangguan tumbesaran
seseorang yang memberi impak dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.
Selain perkataan autisme, terdapat juga istilah lain yang berkaitan autisme seperti autistic
disorder, childhood autism, infantile autism dan Kanner’s syndrome.

Menurut laman sesawanghttp://www.psychiatry-malaysia.orgdianggarkan satu daripada


500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-
kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima
orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan
keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Masalah pembelajaran ini adalah amat membimbangkan kerana autisme merupakan satu
gangguan perkembangan yang berlangsung seumur hidup. Setakat hari ini , pakar-pakar masih
tidak dapat mengesan faktor yang menyebabkan autisme secara tepat. Autisme merupakan
satu gangguan yang tidak boleh diubati dan disembuhkan.

9
Masalah Komunikasi Murid Autisme

Menurut Mohd Zuri dan Aznan Che Ahmad(2011:146) Murid-murid autisme tidak
menunjukan perkembangan bahasa dalam komunikasi seperti murid-murid lain.
Perkembangan bahasa mereka adalah lambat atau tidak langsung berbanding murid-murid
normal. Mereka jarang menggunakan bahasa yang sesuai untuk bertutur dan kadang-kandang
menutur sesuatu dalam tempoh yang seketika. Tahap kefahaman bahasanya adalah lemah dan
tahap penggunaan bahasa terbantut.

Definisi ADHD

Menurut Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders (DSM-IV), ADD


ditakrifkan sebagai gabungan sifat kelakuan masalah perhatian atau dikenali sebagai attention
deficit disorder yang merujuk kepada syarat attention deficit / hyperactive disorders. ADD
merupakan subkategori kepada ADHD. Biasanya kanak-kanak dalam golongan ini mudah
mengalami gangguan dan kurang penumpuan yang menggabungkan unsur kurang daya
perhatian, cepat terpengaruh, membisu, agak lemah atau lambat dalam pelajaran, tidak
berminat belajar tetapi boleh dikatakan baik kerana lebih suka berdiam diri dan tidak banyak
cakap.

Ciri yang paling penting untuk masalah ADHD atau attenction deficit / hyperactivity
disorder adalah sifat kekurangan tumpuan perhatian dan / atau beserta hiperaktiviti-
impulsiviti yang berterusan dan berulang-ulang jika dibandingkan dengan individu yang biasa
pada aras perkembangan bandingan. ( APA, 1994). ADHD lebih mudah untuk dikesan
secara awal berbanding ADD kerana kanak-kanak ADHD lebih menonjol tahap keagresifan
mereka.

10
8.0 KAJIAN KES

8.1 LATARBELAKANG INSTITUSI

Institusi yang dipilih ialah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Teras, Balik

Pulau. Kg. Titi Teras, kod sekolah PBA 3012 . Sejarahnya sudah bertapak pada tarikh 1

Januari 2000 . Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTT) merupakan sekolah yang menjadi

tumpuan penduduk Kg Titi Teras dalam mendapatkan pendidikan primer atau peringkat

sekolah rendah. Hal ini sudah semestinya kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kg Titi

Teras.Sekolah ini terdiri daripada darjah 1 hingga 6, terdapat juga pra sekolah dan pendidikan

khas. Bilangan guru pendidikan khas seramai 8 orang iaitu 3 lelaki dan 5 permpuan. Sekolah

ini juga mempunyai 4 bilik darjah untuk pendidikan khas, seramai 18 orang pelajar

pendidikan khas di sekolah ini, iaitu 7 lelaki dan 11 perempuan.Sekolah ini ditadbir oleh Pn.

Hj. Zahrah Bt Hj Jaafar selaku guru besar SKTITI.

Visi

Menjadikan sekolah ini berjaya dan cemerlang dalam bidang SAHSIAH, KURIKULUM dan
KOKURIKULUM menjelang tahun 2015

Misi

 Membina sahsiah yang baik dan bermoral tinggi.


 Membantu murid kearah pencapaian akademik yang cemerlang.
 Meningkatkan kecemerlangan dalam Ko-Kurikulum
 Memberikan komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan

11
8.2 BIODATA PELAJAR

LATAR BELAKANG PELAJAR 1

NAMA : SUBJEK A ( IDENTITI PELAJAR DIMINTA


DIRAHSIAKAN 0OOOO OLEH KELUARGA)

JANTINA : PEREMPUAN

BANGSA : MELAYU

TARIKH LAHIR : 10 FEBUARI 2001

UMUR : 12 TAHUN

BILANGAN
ADIK-BERADIK : 5 ORANG

KEDUDUKAN DALAM
KELUARGA : ANAK KE 3 DARI 5 ORANG
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS, BALIK PULAU.
PENYAKIT
YANG DIHADAPI : AUTISME
NAMA IBU : NOOR HAYATI BT MOHD YUSOPE
UMUR : 46 TAHUN
PEKERJAAN : SURI RUMAH
.

LATAR BELAKANG PELAJAR 2

NAMA : SUBJEK B

JANTINA : LELAKI

UMUR : 10 TAHUN

JENIS KEPERLUAN KHAS : ADHD

HOBI : MENONTON TELEVISYEN, SUKA BERSUKAN

12
8.3 LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN SECARA
RINGKAS.

Temu bual telah dijalankan oleh kami terhadap guru yang mengajar subjek A dan B. Guru
tersebut memaklumkan bahawa subjek A mengalami Autisme tahap sederhana (moderate
Autisme) manakalah subjek B mengalami masalah ADHD.

Daripada segi kognitif subjek A, didapati subjek A mempunyai tahap kognitif yang sangat
baik, subjek mampu untuk menyelesaikan puzzle dengan masa yang begitu singkat. Hal ini
menunjukan tahap imaginasi subjek A sangat tinggi. Subjek B pula mempunyai kognitif yang
lemah, didapati subjek B mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan puzzle.

Bagi sudut sosioemosi pula, Subjek A kelihatan pasif, subjek A hanya senyum dan ketawa
secara tiba-tiba. Subjek B pula kelihatan terlebih aktif, didapati subjek terlampau peramah dan
suka diajak berbual.

Dari sudut bahasa pula, subjek A lihat mempunyai penguasaan bahasa baik, subjek mahir
dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa Arab.Tetapi pelajar ini masih
belum mencapai tahap penggunaan kesesuaian bahasa yang betul.

Namun begitu,dari sudut fizikal pula,subjek A dan B tidak mempunyai sebarang masalah
otot. Menurut pemerhatian kedua-dua subjek menggunakan motor dengan baik sama ada
semasa bermain mahupun semasa belajar.

13
9.0 FOKUS PEMERHATIAN.

9.1 JENIS PERMAINAN / NAMA PERMAINAN

PENGENALAN PUZZLE

Menurut Patmonodewo (Misbach, Muzamil, 2010) definisi puzzle berasal dari bahasa
Inggeris yang bermaksud teka-teki , media puzzle merupakan media sederhana yang
dimainkan dengan selongkar pasang. Puzzle terdiri dari pelbagai gambar-gambar yang
menarik dan bentuk untuk diselesaikan dengan mencantumkannya di tempat-tempat yang
betul.Untuk menyelesaikan permainan ini perlulah menggunakan kemahiran kognitif
terutamanya kemahiran imaginasi yang tinggi.

TUJUAN PEMILIHAN PERMAINAN PUZZLE

Permainan puzzle ini dipilih kerana ia merupakan permainan yang membolehkan kami untuk
menilai responden dari aspek kognitif , bahasa, fizikal, dan sosioemosinya. Daripada sudut
kognitifnya, kami ingin memerhatikan bagaimana kognitif responden bertindak dalam
menyelesaikan puzzle serta membandingkan keupayaan kognitif kanak-kanak autisme dan
ADHD. Hal ini dapat dilihat dengan membandingkan tempoh masa yang diperlukan untuk
kedua-dua subjek menyelesaikan puzzle yang sama dan mereka dikehendaki berlumba dalam
menyelesaikan puzzle yang diberi.

Kedua-dua subjek juga diarahkan untuk menyelesaikan puzzle secara kerjasama, dengan cara
ini kami dapat melihat komunikasi di antara mereka serta semangat kerjasama antara mereka.
Kami juga dapat memerhati bagaimana kanak-kanak autisme dan ADHD melakukan kerja
secara bersama.

Juga tidak ketinggalan, kami akan turut memerhati sosioemosi responden sama ada responden
gembira,sedih,tidak menunjukkan minat atau teruja semasa bermain.

14
PERMAINAN/ AKTIVITI TAMBAHAN(BAKE-UP PLAN ACTIVITY)

Permainan aktiviti tambahan yang kami sediakan ialah permainan “ Lego”. Lego adalah
sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya di kalangan
anak-anak atau remaja sama ada lelaki ataupun perempuan. Bongkah-bongkah ini serta
kepingan lain kebiasaannya disusun menjadi model lain seperti., kereta api, bangunan, kota,
patung, kapal, kapal terbang, pesawat serta robot dan lain-lain.

Tetapi alat permainan ini tidak digunakan semasa pemainan dijalankan, hal ini kerana
sebelum permainan dijalankan, subjek diberi peluang untuk memilih sama ada ingin bermain
puzzle atau lego. Permainan puzzle telah menjadi pilihan mereka dan mereka tidak berminat
untuk bermain lego. Permainan lego juga dapat membantu kanak-kanak ini menguasai motor
halus mereka.

15
9.2 ASPEK PERKEMBANGAN

9.2.1 KOGNITIF

9.2.1.1 Subjek A

Menurut pemerhatian melalui aspek ini, subjek A mempunyai kemahiran kognitif yang
tinggi. Hal ini kerana, subjek A mampu menyiapkan puzzle selama 2 minit berbanding
subjek B 30 minit. Hal ini menunjukkan subjek A mempunyai keupayaan imaginasi dan
visual yang tinggi sehingga mampu menyelesaikan puzzle dengan begitu cepat.

Selain itu, subjek A mempunyai Stimulus overselectivity iaitu tumpuan yang singkat, apa
yang dapat diperhatikan ialah subjek A mempunyai tumpuan yang singkat dalam perkara
yang tidak diminati, dan tumpuan yang penuh terhadap perkara yang diminati. Subjek adalah
lebih cenderung dan berminat untuk bermain puzzle. Apabila subjek telah memperoleh
perkara yang dimntati seperti puzzle, segala perkara disekitarnya tidak diendahkan lagi oleh
subjek. Contohnya, ketika subjek sedang bermain puzzle

Subjek B

Melalui pemerhatian yang dibuat semasa bermain, subjek mempunyai kognitif yang sangat
rendah. Hal ini kerana, subjek didapati perlu mengambil masa yang sangat lama untuk
menyelsaikan puzzle yang diberikan, tempoh masa yang diambil oleh subjek untuk
menyelesaikan puzzle adalah 30 minit berbanding dengan kanak-kanak autisme yang hanya
menyelesaikan puzzle hanya dalam tempoh 2 minit.Hal ini menunjukkan subjek mempunyai
daya tumpuan dan tahap imaginasi yang rendah.

Semasa subjek bermain puzzle, subjek memerlukan bantuan dari kami yang lebih dikenali di
dalam teori vigotsky iaitu scaffolding (rencah) untuk membantunya dalam menyelesaikan
puzzle. Hal ini berbeza dengan subjek A yang tidak perlu bantuan untuk bermain puzzle, ini
menunjukkan terdapat perbezaan perkembangan kognitif yang ketara terhadap subjek A dan
subjek B

16
9.2.2 BAHASA

Subjek A

Dari segi aspek bahasa pulak, subjek mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi. Subjek
mampu bertutur dengan 3 jenis bahasa , iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Apabila
kami memberi arahan kepada subjek, subjek lebih memahami arahan daripada kami apabila
kami member arahan dalam bahasa Inggeris.

Melalui pemerhatian yang kami buat, subjek tidak bercakap dengan sesiapa melainkan
bercakap seorang diri dalam bahasa Inggeris, subjek seolah-olah bercakap dengan sesuatu di
hadapannya yang kami tidak dapat lihat dengan mata kami.

Subjek juga mampu menuturkan beberapa perkataan dengan jelas, namun penggunaan bahasa
dan maknanya tidak sesuai dengan situasi yang sedang berlaku.Hal ini mungkin disebabkan
sikap antisosial subjek terhadap orang di sekelilingnya. Apabila perkara ini berlaku, ini
mungkin menyebabkan kemahiran penggunaan bahasa yang betul dan sesuai dengan situasi
tidak dapat diperkembangkan walaupun subjek mampu memahami pelbagai jenis bahasa.

Dalam aspek ini juga, subjek tidak mampu menutur dan mengungkap ayat dengan panjang, ini
adalah disebabkan faktor kurangnya kemahiran penggunaan bahasa pada dirinya. Subjek juga
mengalami echolalia iaitu jenis “delayed echolalia”. Sebagai contoh kami sedang memberikan
arahan untuk bermain puzzle, subjek tidak akan menumpukan perhatian sebaliknya akan
bermain dan melalukan aktiviti yang disukainya iaitu membetulkan lengan bajunya. Kanak-
kanak ini juga tidak akan menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya,namun,
subjek akan mendengar arahan apabila guru memberi arahan dalam bahasa inggeris dengan
nada yang keras.

Subjek B

Bagi subjek B dalam aspek ini pula, subjek menunjukkan kemahiran bahasa yang sangat baik.
Subjek sangat mahir dalam penggunaan bahasa dan peramah apabila bergaul dengan orang
disekitarnya. Penggunaan bahasa dan ungkapan ayat oleh subjek sangat baik. Namun subjek
hanya mampu bertutur dalam bahasa Melayu sahaja, melalui pemerhatian kami semasa subjek
sedang menjalani proses pembelajaran, subjek sangat lemah dalam penguasaan bahasa

17
inggris, menurut cikgunya, subjek mempelajari satu perkataan warna seperti “red” iaitu
merah selama 2minggu untuk subjek memahami dan menghafal perkataan tersebut.

9.2.2 FIZIKAL

Subjek A

Dari aspek fizikal, subjek A tidak mempunyai sebarang masalah fizikal. Keadaan motor halus
dan motor kasar subjek adalah dalam keadaan normal. Ketika subjek bermain puzzle, subjek
memegang dan mencantumkan puzzle dengan baik,ini menunjukkan subjek menggunakan
motor halusnya dengan baik.

Selain itu, apa yang dapat kami perhatikan ialah, pergerakan fizikal subjek dalam melakukan
sesuatu perkara seperti berjalan, dan menggerakkan motor kasarnya adalah perlahan. Hal ini
kerana subjek berbadan besar dan tidak aktif pergerakan hariannya. Namun, pergerakan
motor halus subjek tahap normal, ini dapat dibuktikan dengan kemahiran subjek menyusun
puzzle dengan munggunakan jari jemarinya.

Subjek B

Dari sudut fizikal, subjek B sama seperti subjek A mempunyai fizikal yang baik. Penggunaan
motor kasar dan halus subjek sangat tinggi dan baik. Pergerakaan subjek seperti berjalan
adalah sangat baik berbanding subjek A. Ketika subjek bermain puzzle pula, subjek
menggunakan pergerakan jari-jemarinya dengan baik. Walaupun penggunaan motor dan
pergerakan subjek berada dalam keadaan lebih baik berbanding subjek A, namun subjek ini
tidak dapat menyelesaikan puzzle dengan cepat berbanding subjek A. Hal ini kerana,
permainan puzzle lebih banyak menggunakan kemahiran kognitif berbanding dengan
kemahiran fizikal, dalam hal ini, subjek A lebih mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi
berbanding subjek A.

18
9.2.4 SOSIO EMOSI

Subjek A

Sebelum subjek A bermain, kelihatan subjek menunjukan respon yang positif apabila kami
menunjukkan permainan puzzle. Hal ini kerana, menurut gurunya, subjek sememangnya
minat dalam permainan puzzle sama ada ketika di sekolah mahupun di rumah.

Semasa bermain puzzle, subjek menunjukkan kesungguhan dan tekun dalam menyelesaikan
puzzle, subjek bermain puzzle dalam keadaan senyap dan menuturkan sebrang perkataan.
Namun, subjek sentiasa tersenyum ketika menyelesaikan puzzle.

Ketika subjek bermain puzzle dengan rakannya juga, subjek menunjukan emosi yang baik,
subjek sentiasa tenang dalam menyelesaikan puzzle. Setelah puzzle berjaya diselesaikan
subjek menunjukkan puzzle kepada kami sambil tersenyum. Apabila kami bertanyakan sama
ada ingin bermain lagi, subjek terebut tersenyum sambil mengangguk menunjukkan setuju.
Hal ini menunjukan sosioemosi subjek ketika bermain atau melakukan perkara yang diminati
adalah baik. Subjek A juga gembira kerana kami memberi hadiah kepadanya.

Subjek B

Mengikut pemerhatian yang kami lakukan terhadap subjek B pula, keadaan sosio emosi pada
peringkat permulaan adalah stabil dan baik. Hal ini kerana, ketika kami menunjukkan
permainan puzzle kepada subjek dan menyuruh subjek bermain , subjek kelihatan gembira
dan bersemangat untuk bermain.

Seterusnya, pada peringkat pertengahan atau semasa permainan dijalankan pula, keadaan
sosio emosi subjek mula ke arah negatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan subjek sentiasa
merungut ketika bermain puzzle. Subjek juga sentiasa marah terhadap rakannya yang cuba
membantu subjek bermain. Keadaan emosi subjek berlaku sebegini kerana subjek terasa
tercabar dengan subjek A yang mampu menyelesaikan puzzle dengan sangat pantas, dan kami
sengaja sentiasa memuji subjek A kerana menyiapkan puzzle dengan cepat. Sehinggakan
subjek B ingin menangis kerana tidak berjaya menyelesaikan puzzle yang dieberikan.

19
Pada akhirnya, sosio emosi subjek B dalam keadaan baik dan stabil. Hali ini disebabkan,
kami memberikan pertolongan kepada subjek untuk menyelesaikan puzzle, dan setelah selesai
kami memberikan hadiah di atas kejayaan subjek menyelesaikan puzzle.

9.3 ASPEK PEMBELAJARAN

Kanak-kanak Autisme dan ADHD sememangnya mempunyai masalah dalam aspek


pembelajaran. Bagi kanak-kanak Autisme, menurut Leo Kanner kanak-kanak ini mempunyai
masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ini kerana mereka ini sering
berada dalam dunia mereka sendiri. Daripada apa yang kami lihat pada subjek A, dia
sememangnya mempunyai masalah jika belajar dalam kelompok yang ramai. Ini kerana
subjek A tidak dapat menumpukan perhatian. Hal ini sememangnya menyokong teori yang
dikemukakan oleh Leo Kanner bahawa kana-kanak Autisme suka mengasingkan diri. Namun
kami mendapati subjek A lebih fokus untuk belajar sekiranya guru itu menumpukan perhatian
dan hanya mengajar subjek A seorang sahaja. Bagi kanak-kanak ADHD pula, menurut
Hornsby(1995) kanak-kanak ini lebih suak bersendirian. Namun menurut pendapat Dr. Mohd
Zuri Ghani dalam bukunya iaitu Pengantar Pendidikan Khas (2012), beliau mengutarakan
kanak-kanak ADHD sebagai kanak-kanak hyperaktif. Kami mendapati pendapat yang
diutarakan oleh Dr. Mohd Zuri dalam bukunya sememangnya tepat kerana subjek B
sememangya begitu aktif. Namun subjek B mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran
iaitu sukar untuk memahami sesuatu pembelajaran dengan cepat berbanding rakan-rakannya
yang lain. Subjek B juga kerap menganggurakan-rakannya yang lain semasa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung. Ini secara tidak langsung akan menganggu rakan-rakannya
yang lain untuk mengikuti kelas.

20
9.4 TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Terdapat beberapa teori telah dikemukakan oleh pakar mengenai kanak-kanak Autisme dan
kanak-kanak ADHD mengenai tingkah laku kanak-kanak keperluan khas Autisme dan
ADHD. Menurut Jamila K.A.Mohamed (2005), dalam bukunya iaitu Buku Pendidikan Khas
untuk Kanak-kanak Istimewa, beliau telah menggabungkan kesemua ciri-ciri kanak-kanak
Autisme kepada enam bidang termasuklah masalah tingkah laku kanak-kanak ini. Menurut
Jamila, kanak-kanak Autisme ini tidak suka pada perubahan dan dapat duduk di satu tempat
dalam satu tempoh yang lama tanpa memberikan sebarang reaksi. Perkara ini jugalah dapat
kami perhatikan pada subjek A. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap subjek A sepanjang
kami menjalankan kajian, subjek A tidak banyak bergerak dan kelihatan subjek A berada
dalam dunianya sendiri kerana selalu senyum dengan tiba-tiba. Bagi subjek B pula, banyak
pendapat mengatakan bahawa kanak-kanak ADHD ini adalah kanak-kanak hyperaktif. Kami
menyokong pendapat ini kerana subjek B sememangnya seorang kanak-kanak hyperaktif.
Subjek B sering sahaja membuat bising serta mengganggu pembelajaran rakan-rakannya yang
lain. Subjek B juga dilihat banyak bercakap berbanding orang lain namun sering sahaja tidak
faham apa yang diajar oleh gurunya.

21
10.0 TEMU BUAL
Temu bual yang kami jalankan adalah terhadap Puan Noor Hayati iaitu ibu kepada subjek A.
Kami banyak bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap dan perkembangan
subjek semasa subjek A berada dirumah serta berkaitan dengan latar belakang keluarga.

Disini kami akan menyenaraikan soalan-soalan beserta jawapan yang telah diberi oleh Puan
Noor Hayati :

1. Apakah nama penuh puan?


‘’Nama saya Puan Noor Hayati’’

2. Apakah pekerjaan puan?


‘’Saya hanya seorang suri rumah ’’

3. Apakah pekerjaan suami puan?


‘’Suami saya hanya bekerja sebagai pembawa lori hantar barang’’

4. Sebelum subjek A, adakah anak yang lain pernah menghadapi masalah yang
sama?
‘’Ada..Abang kepada subjek A yang kini berumur 14 tahun’’

5. Apakah cabaran yang dihadapi oleh puan dalam membesarkan subjek A?


‘’Ibu mana yang tidak mempunyai kesabaran dalam membesarkan anak-anak. Makcik
menghadapi masalah pada awalnya, namun dengan sokongan daripada suami masalah
yang dihadapi dapat diatasi dengan baik ’’

6. Apakah harapan puan terhadap subjek A?


‘’Saya berharap agar dia menjadi seorang kanak-kanak yang lain.’’

22
11.0 REFLEKSI

11.0 REFLEKSI

11.1 REFLEKSI AHLI 1 : MUHAMAD AMIRUL SAUFI BIN ABD


RAHIM

Kajian yang saya lakukan ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya. Kajian
ini telah mengajar saya erti profesion perguruan khususnya guru pendidikan khas. Sebelum
saya melakukan kajian ini, hanya satu perkara yang bermain difikiran saya, iaitu kanak-kanak
pendidikan khas menakutkan saya . Namun, setelah kajian ini dijalankan segala persepsi
tersebut telah berubah. Apa yang saya dapati semasa menjalankan kajian, mengajar kanak-
kanak pendidikan khas sangat menghiburkan hati dan sangat memerlukan kasih sayang
seorang guru yang lahir daripada lubuk hati.

Disamping itu, sebelum kajian ini dijalankan, saya bercita-cita tidak mahu ingin menjadi guru
pendidikan khas, tetapi ingin menjadi guru sejarah kerana minatnya saya secara mendalam
terhadap subjek sejarah secara mendalam sejak kecil. Tetapi setelah melakukan kajian ini, ia
telah mengubah cita-cita saya dan telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi
seorang guru pendidikan khas pada satu hari nanti. Hal ini kerana, guru pendidikan khas
adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan sangat menarik bagi saya, setelah belajar
subjek dalam pendidikan khas, saya merasakan yang sayang ingin lagi mengkaji setiap
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pendidikan khas, saya juga ingin
mendalami ilmu-ilmu pendidikan khas ini dengan lebih mendalam.

Seterusnya, setelah menjalankan kajian ini, saya merasa sangat bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh ilmu pendidikan khas ini. Hal ini kerana, saya telah berazam untuk
menjadi seorang pakar dalam ilmu ini dan menjadi sumber rujukan bagi mereka yang
mempunyai anak-anak dalam berkeperluan khas ini. Saya juga bercita-cita untuk berkhidmat
dan berbakti kepada orang kelainan upaya dengan mencipta satu kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang mampu memudahkan lagi proses pembelajaran mereka, supaya mereka
mampu bersaing dengan pelajar-pelajar normal dan mereka tidak ketinggalan disebabkan
kekurangan yang mereka hadapi.
Rentetan itu, Dengan melakukan kajian ini, saya telah mendapat pengalaman baru
yang sangat bermakna bagi saya untuk menjadi seorang guru pada suatu hari nanti dan

23
pengalaman ini amat berguna untuk saya gunakan dalam menilai tahap kemampuan dan
kebolehan saya dalam menangani kanak-kanak bekeperluan khas ini. Pengalaman yang saya
perolehi ini menjadikan saya tidak kekok untuk berhadapan dengan mereka semua dan
mungkin juga kanak- kanak yang mempunyai masalah yang lebih teruk lagi daripada masa
akan datang.

Sememangnya, memilih untuk diceburkan diri dalam bidang ini adalah niat dan
kehendak saya dan merasakan diri saya sesuai untuk berada dalam bidang ini. Apapun
pandangan dan cemuhan orang, saya tetap akan terus berbakti kepada kanak-kanak
bekeperluan khas ini kerana tidak semua orang akan memahami diri mereka kecuali orang-
orang yang terpilih sahaja.

Apapun yang saya lakukan, akan saya lakukan dengan seikhlas mungkin dan saya
sama sekali tidak akan melukakan dan mengecewakan keluarga saya yang selama ini telah
banyak membantu saya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang ini kerana menjadi
seorang guru adalah merupakan satu pekerjaan yang mulia disisi Allah s.w.t dan juga
masyarakat.

Untuk menceburkan diri dalam bidang ini, kita sememangnya perlu mempunyai tahap
kesabaran yang tinggi dan kita perlu sentiasa bersabar dalam menangani kerenah kanak-kanak
khas ini kerana mereka telah dilahirkan dengan serba kekurangan dan kita sebagai orang yang
diberi akal fikiran yang sempurna perlu membantu mereka supaya mereka dapat hidup seperti
kanak-kanak normal yang lain.

Dalam tempoh sehari saya berada di sekolah tersebut, saya dapat perhatikan bahawa
mereka seronok kerana dapat bersosial dan hidup bersama tanpa memikirkan kekurangan
yang ada pada diri mereka masing-masing. Inilah antara tujuan kita mengkehendaki mereka
supaya dihantar ke sekolah agar mereka dapat hidup di dalam dunia yang nyata dan dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sebenar.

Walaupun mereka dilahirkan dengan serba kekurangan, kita di pihak sekolah perlu
membantu mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri kanak-kanak ini agar bakat yang
ada itu dapat membantu menyerlah diri mereka pada pandangan masyarakat. Tidak mustahil
bakat yang ada pada diri mereka adalah lebih baik berbanding yang dapat dilakukan oleh
kanak-kanak normal. Oleh itu, kita perlu sentiasa memberi mereka peluang agar mereka dapat
merasakan diri mereka diterima dan dihargai oleh semua golongan dan masyarakat.

24
11.2 REFLEKSI AHLI 2 : CHOY JEN CHERNG (122060)
Saya CHOY JEN CHERNG bersama-sama ahli kumpulan saya telah mengadakan satu
lawatan ke Sekolah Kebangsan Titi Teras.Tujuan kami mengadakan lawatan ini ialah untuk
menkaji dan mengesan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas
melalui aktiviti bermain. Kami menfokuskan beberapa aspek perkembangan dan
pembelajaran merangkumi domain kognitif , bahasa, sosioemosi, fizikal dan komunikasi.
Kumpalan kami telah disambut dengan meriah oleh guru-guru aliran pendidikan Khas
Sekolah Kebangsan Titi Teras . Kami telah menjalankan kajian terhadap dua orang pelajar
iaitu pelajar A dan pelajar B. Pelajar A mempunyai masalah keperluan khas Moderata Autism
manakala pelajar B pula mempunyai masalah keperluan khas ADHD (Attention Deficit
Hyperaktif Disoder).

Setelah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsan Titi Teras , saya mempunyai


beberapa pendapat dan perasaan yang hendak dikongsi. Pelajar A dan pelajar B masing-
masing mengidapi masalah penyakit Autism dan ADHD ini, mereka berdua dianggap
berlainan dengan kanak-kanak biasa yang lain setelah mempunyai masalah penyakit tersebut.
Mereka menghadapi beberapa kesukaran ,halangan dan cabaran dalam menjalani kehidupan
seharian mereka.

Daripada apa yang telah diperhatikan oleh kami ,pelajar A mempunyai kesukaran
untuk berkomunikasi dengan cara yang betul dan tahap yang baik dengan orang
disekelilingnya termasuk guru kelasnya. Manakala pelajar B pula sentiasa bersikap impulsif
dan dia selalu mengganggu pelajar lain semasa proses (P&P) berlangsung di dalam kelas.
Saya berasa sedih dan duka-cita apabila melihat kedua-dua pelajar masing-masing
menghadapi kesukaran dalam melakukan sesetengah perkara dalam proses (P&P)ataupun
semasa mereka berada di rumah.

Walau bagaimanpun, saya turut terharu dan gembira apabila saya melihat guru-guru
aliran pendidikan khas di Sekolah Kebangsan Titi Teras ini menunjukkan sikap dan teknik
pengajaran yang bagus dan baik semasa proses (P&P) berlangsung dalam kelas.Ini dapat
membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah ini dapat berlajar dalam suasana serta
keadaan yang sesuai dan baik.

Selepas itu, kami juga mengadakan satu sesi temubual bersama-sama ibu pelajarA,
kami amat terharu selepas mendengar segala titis hidup dan proses yang terpakasa diharungi
oleh ibu pelajar A dan ahli keluarganya dalam menjaga dan mendidik pelajarA. Ibu pelajar A
tersebut sememangnya merupakan seorang ibu yang mulia dan baik,dia tidak pernah berasa

25
jemu dalam menjaga dan mendidik pelajar A walaupun pelajar A berbeza dengan kanak-
kanak lain.

Akhir sekali, setelah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsan Titi Teras, saya
berasa bahawa kerajaan harus melakasanakan lebih banyak program dan strategi pengajaran
lagi bagi meningkatkan dan membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas tersebut untuk
belajar seperti kanak-kanak biasa dan bukannya dipinggirkan dengan begitu sahaja.

11.3 REFLEKSI AHLI 3 :MOHAMMAD FARID BIN SAPAIN (122069)

3.3 REFLEKSI AHLI 3 :MOHAMMAD FARID BIN SAPAIN (122069)

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ketika kali pertama saya diwajibkan
melakukan kajian adalah bagi memenuhi objektif pelajaran saya. Itu adalah perkara pertama
yang terlintas dalam fikiran saya. Namun semuanya berubah setelah saya membaca teori
mengenai kanak-kanak keperluan khas yang akan dikaji oleh saya, saya mula rasa tersentuh
dan menilai sejauh mana sempurnanya atau sekerdil mana saya di dunia ini. Semakin saya
memahami teori dan ciri-ciri kanak-kanak ini, saya belajar erti bersyukur. Kali pertama kaki
saya menjejakkan kaki ke sekolah Kebangsaan Titi Teras, saya cuba memberanikan diri saya
untuk menghadapi kanak-kanak keperluan khas ini. Bagi sesetengah masyarakat kita hari ini,
banyak menganggap kanak-kanak istimewa ini membawa pelbagai masalah. Namun saya
tinggalkan semua itu dibelakang dan tekad serta pasang niat yang betul apabila saya
berhadapan dengan kanak-kanak keperluan khas ini. Orang pertama yang saya jumpa semasa
menjejakkan kaki ke kelas pendidikan khas di sekolah ini ialah Puan Sarina yang merupakan
guru penolong kanan kelas pendidikan khas. Seterusnya saya berjumpa dengan kanak-kanak
yang akan dikaji oleh saya iaitu subjek A dan subjek B. Saya memberanikan diri untuk
berhadapan dengan kanak-kanak ini. Bagi saya terdapat beberapa teori yang perlu
diperbetulkan semula oleh pakar-pakar terutamanya kanak-kanak autisme kerana saya
mendapati tidak semua ciri-ciri kanak-kanak autisme yang dikemukakan oleh pakar ada pada
subjek A. Selain itu, saya melihat kepada perkembangan 4 domain utama iaitu bahasa,
kognitif, sosioemosi dan fizikal yang terdapat pada subjek A dan subjek B. Pertama saya
melihat kepada perkembangan bahasa. Bagi subjek A agak sukar untuk saya melihat
perkembangan bahasa subjek A kerana subjek A agak sukar untuk diajak berkomunikasi.
Namun perkara yang mengejutkan saya ialah subjek A begitu fasih untuk berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris. Menurut gurunya, beliau banyak memberikan arahan kepada subjek A
dalam bahasa Inggeris. Saya juga melihat subjek A agak senyap ketika di dalam kelas.
Semasa melakukan aktiviti bersama saya, saya memberikan arahan dalam bahasa Inggeris

26
kepada subjek A untuk dia bermain. Bagi subjek B pula, perkembangan bahasa subjek B
sememangnya baik. Subjek B dapat berkomunikasi dengan baik apabila kami memberikan
arahan kepadanya. Subjek B dapat memeahami arahan yang diberikan oleh kami dalam masa
yang cepat. Seterusnya saya melihat kepada perkembangan kognitif subjek. Apa yang dapat
saya perhatikan ialah perkembangan kognitif subjek A adalah lebih tinggi berbanding dengan
subjek B. Hal ini kerana, semasa saya melakukan kajian melalui aktiviti bermain puzzles,
saya dapat perhatikan subjek A mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan
puzzles. Kami hanya memberikan arahan pada permulaan sahaja dan selepas itu subjek A
dapat menyelesaikan sendiri tanpa bantuan kami. Berbeza pula dengan subjek B. Subjek B
dilihat menghadapi masalah untuk menyiapkan permainan puzzles ini. Subjek b memerlukan
bantuan daripada saya dan rakan-rakan untuk menyelesaikan puzzles tersebut. Saya juga
melihat kepada perkembangan sosioemosi subjek sebelum dan semasa bermain subjek. Bagi
subjek A, apa yang dapat saya perhatikan sebelum subjek bermain subjek A kelihatan murung
dan tidak banyak melakukan akiviti yang disuruh oleh guru-gurunya. Namun subjek A
menjadi sedikit aktif dan gembira semasa bermain puzzles. Menurut pakar, kanak-kanak
autisme akan suka apabila dapat bermain sesuatu permainan yang diminati olehnya. Mungkin
permainan puzzles ini merupakan permainan yang digemari oleh subjek A dan subjek A
kelihatan selesa dapat bermain puzzles. Bagi subjek B pula sememangnya seorang yang aktif
dan sentiasa gembira. Sebelum bermain subjek B kelihatan begitu gembira dapat berjumpa
dengan kami. Namun subjek B menjadi sedikit pasif apabila bermain puzzles. Subjek B
menjadi sedikit marah apabila rakan-rakannya cuba membantunya menyelesaikan permainan
puzzles. Namun gembira apabila berjaya menyelesaikan permainan. Keadaan fizikal subjek
juga diperhatikan oleh saya. Bagi subjek A, keadaan fizikal subjek A adalah normal seperti
kanak-kanak yang lain. Perkembangan motor halus dan motor kasar subjek A adalah keadaan
baik. Begitu juga dengan keadaan fizikal subjek B. Perkembangan motor halus dan motor
kasar subjek B berkembang dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Pada hari
kajian juga saya berasa sangat kerdil dan tersentuh hati kerana saya berhadapan sendiri
dengan seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan dua orang anak yang
mempunyai masalah kanak-kanak khas autisme. Ibu subjek A bernama Puan Noor Hayati.
Saya sangat tersentuh hati dengan keadaan Puan Noor Hayati yang begitu bersederhana.
Daripada raut wajahnya saya dapat meneka bahawa dia seorang yang sabar dalam
membesarkan anak-anaknya. Saya hampir menangis selepas melihat keadaan ibu kepada
subjek A. Daripada air mukanya saya dapat membaca betapa sedih Puan Noor Hayati dan
saya mengongsi kesedihan saya dalam laporan kami. Perkara yang amat menyentuh hati dan

27
perasaan saya ialah mengenai pekerjaan suami Puan Noor Hayati. Suaminya bekerja sebagai
pembawa lori. Perkara ini menyentuh saya kerana bagaimana Puan Noor Hayati akan menjadi
ayah dan ibu dalam waktu yang sama sekiranya suaminya bekerja di luar dan bagaimanakah
subjek A akan mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ayahnya. Perkara terakhir
dari saya, kita sebagai insan yang dilahirkan sempurna janganlah berasa bangga dengan apa
yang kita ada. Jangan sesekali kita meminggirkan kanak-kanak keperluan khas ini kerana
mereka layak untuk mendapat perkara yang sama seperti kita. Saya harap jika sesiapa yang
membaca refleksi saya ini, sama-samalah kita sedar bahawa tidak semua kita dilahirkan dalam
keadaan sempurna. Saya kongsikan kesedihan saya dalam laporan kami.

28
12.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya daripada kajian kami ini ialah kita mestilah sedar bahawa kanak-kanak
keperluan khas juga mempunyai hak mereka dalam masyarakat. Kita janganlah memandang
rendah dengan keupayaan kanak-kanak keperluan khas. Janganlah kita menghina mereka.
Bagi saya subjek A dan subjek B layak diberikan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran
mereka. Subjek A dan Subjek B mempunyai kelebihan mereka terutamanya subjek A. Subjek
A mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar walaupun tidak diajar
oleh sesiapa. Kelebihan yang ada pada subjek A haruslah dikembangkan lagi bakat yang ada
padanya. Janganlah bakatnya disekat begitu sahaja tanpa kita mengetahui sejauh mana bakat
yang ada padanya. Kami juga mendapati ada beberapa teori yang bercanggah dengan hasil
kajian kami. Ada teori yang mengatakan bahawa kanak-kanak autisme begitu sukar untuk
berkomunikasi. Namun kami mendapati keadaan sebaliknya yang berlaku. Kanak-kanak
autisme iaitu subjek A amat senang untuk diajak berkomunikasi terutamanya dalam bahasa
Inggeris. Kata-kata terakhir dari kami, kami berharap kerajaan meyediakan lebih banyak
kemudahan bagi mereka yang kurang upaya. Mereka ini juga berhak mendapat layanan yang
sama seperti orang biasa. Kami juga berharap kita sebagai insan yang dilahirkan sempurna
haruslah membimbing kanak-kanak keperluan khas ini dan janganlah hanya mengharapkan
guru seperti kami untuk mendidik kanak-kanak keperluan khas.

29
13.0 RUJUKAN

1. http://notapendidikankhasku.blogspot.com/

2. Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010).


(Masalah Pembelajaran). Putera Jaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Cerebral_palsy

4. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Sistem pendidikan. Retrieved


from http://www.moe.gov.my

5. http://eprints.utm.my/10793/1/Prestasi_Kemahiran_Motor_Halus_Dan_Motor_Kasar_
Kanak.pdf

6. Washington (DC): American Psychiatric Association; 1994 [cited 2010 Mar 8].

7. Patmonodewo Muzamil Misbach: Malang, East Java, Indonesia :


http://kuliah.itb.ac.id/course/info.php?id=435

30
16.0 LAMPIRAN

31

Anda mungkin juga menyukai