Anda di halaman 1dari 20

Setiap individu menpunyai cara belajar yang tersendiri.

Bagi sesetangah pelajar yang mempunyai kecerdasan pengetahuan yang tinggi, mereka akan bersaing untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak kira dalam apa jua bidang, mereka akn cuba yang terbaik demi mencapai keputusan tertinggi. Itu mungkin satu kepuasan pada mereka. Kondisi ini jika dilihat di sekolah-sekolah berasrama penuh, kita mungkin terpempan melihat gelagat dan gaya mereka belajar. Bagi individu yang serba boleh, mereka boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai versi gaya belajar. Ada yang suka belajar berkumpulan, dan menggunakan pelbagai medium untuk mencari kepuasan belajar. Namun tidak terkecuali ada sesetengah individu yang suka belajar bersendirian samada menggunalankana alat pemain audio atau berjaga sampai. Ada sesetengah pelajar yang suka belajar di saat akhir manakala sebilangnnnya hanya memberi fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Masalah yang timbul iaitu apabila wujud jurang pengetahuan antara setiap individu pelajar terbabit. Maka sukar bagi guru-guru mengajar dan memaksimumkan tahap pencapaian objektif yang digarap. Jika ianya tidak diatasi maka indeks pencapaian Gred Purata Sekolah akan menjadi tidak seimbang sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Jika dibiarkan, pelajar-pelajar yang lemah akan terus tersisih manakala pelajar yang cemerlang akan terus menempa kejayaan dengan mudah kerana kurangnya persaingan yang berlaku. Justeru, para pendidik dan ibu bapa perlu memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar supaya mereka dapat mengenal pasti kecenderungan seseorang itu belajar. Keunikan setiap individu itu harus diperhalusi oleh setiap guru supaya warga pendidik menghormati konsep perbezaan setiap pelajar. Keterbezaan ini sekiranya diambil perhatian serius, nescaya kita bukan sahaja mampu mengukir kejayaan malah mampu melahirkan produl modal insal glokal yang menepati ciri-ciri pemimpin masa depan. Maka seharusnya warga pendididk perlu menyediakan suasana pembelajaran yang selari dengan kehendak sesuatu gaya pembelajaran pelajar itu. Tambahan lagi, pendidik atau ibu bapa perlu menyediakan inventori atau profil gaya pembelajaran setiap ahli keluarga untuk memahami dengan lebih jelas gaya pembelajaran anakanak mereka sama ada di rumah ataupun di sekolah. Menurut Shahabuddin Hashim & Dr.Rohizani Yaakub (2003) Gaya pembelajaran merujuk pada proses seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Gaya pembelajaran tersebut bergantung kepada beberapa faktor iaitu taraf sosioekonomi, kognitif dan alam sekitar(hlm 52). Sebagai contoh gaya pembelajaran yang bergantung dengan alam sekitar ialah sesetengah pelajar suka belajar dalam sesuatu situasi yang digemari oleh diri sendiri. Ada pelajar
1

yang suka belajar berseorangan dan ada yang suka belajar secara berkumpulan. Selain itu, ada pelajar yang suka belajar dengan kehadiran muzik atau radio yang terpasang, manakala ada pelajar lain hanya dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dalam keadaan yang sunyi senyap. Hal ini kerana, gaya pembelajaran merujuk kepada cara individu bertindak terhadap persekitarannya semasa memperoleh pembelajaran, iaitu cara memproses infomasi. Menurut Lee Shok Mee (1996) Biasanya seseorang dan perbezaan individu amat mempengaruhi gaya pembelajaranya. Akan tetapi perbezaan itu bukan berkaitan dengan kecerdasan(hlm 151). Sebagai contoh, murid introvert biasanya tidak menggemari kerja secara berkumpulan tetapi lebih suka belajar secara berseorangan. Sebaliknya, individu ekstrovet suka belajar secara berdamping dengan kawan-kawan dan belajar secara berkumpulan seperti perbincangan dan pembelajaran koperasi. Dalam rujukan Lee Shok Mee (1996) menyatakan dalam Teori Gaya Pembelajaran ialah individu yang berlainan mempunyai cara yang berbezabeza untuk menghadapi sesuatu tugasan dan memproses informasi dalam proses pembelajaran perbezaan ini tidak mencerminkan tahap kecerdasan atau kebolehan istimewa. (hlm 151). Sesunguhnya gaya pembelajaran ini merupakan cara berlainan yang gemar digunakan oleh pelbagai individu untuk memproses dan menyusun informasi serta bertindak terhadap rangsangan daripada persekitaran. Terdapat pelbagai definisi gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi. Antaranya ialah Fisher dan Fisher ( dipetik dalam Shahabudin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub) (1979) menyatakan gaya pembelajaran bermaksud cirri-ciri kualiti individu yang tetap walaupun suasana sekelilingnya telah berubah(hlm 52). Menurut Pask( dipetik dalam Shahabudin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub) (1976) Gaya belajar adalah strategi yang digunakan oleh seseorang individu untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah yang timbul. Strategi yang diaplikasikan dipengaruhi faktor personaliti dan gaya kognitif (hlm 52). Para pendidik dan ibu bapa perlu memahami dengan mendalam gaya pembelajaran anak atau pelajar mereka kerana maklumat yang diperoleh tersebut dapat disalurkan bagi mendapatkan khidmat kaunselor. Kaunselor dapat menolong pelajar yang mengalami masalah pembelajaran berpandukan maklumat yang berkaitan dengan gaya pembelajaran yang disalurkan oleh guru atau ibu bapa seseorang pelajar. Kaunselor menggunakan maklumat yang disampaikan
2

dan merujuk kembali kepada model-model gaya pembelajaran yang dipilih. Model gaya pembelajaran yang dipilih menjadi panduan kepada usaha menolong pelajar-pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tersebut.

Pengenalan Definisi perkembangan (development) mengikut kamus dewan edisi keempat (2005: 730) ialah menjadi maju atau tersebar, membiak dan meluas. Manakala dari sudut psikologi ianya merujuk kepada bagaimana manusia berkembang, berlaku penyesuaian dan perubahan dalam hidup manusia melalui perkembangan fizikal, personaliti, sosio emosi, kognitif dan juga bahasa (Robert E. Slavin, 2006 dalam Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2004).

Vygotsky menumpukan teori perkembangan manusia terhadap perkembangan kognitif. Pendapat Vygotsky berasaskan kepada dua idea utama : A. Beliau mencadangkan bahawa perkembangan intelektual hanya boleh difahami dari segi konteks sejarah dan budaya yang dilalui oleh kanak-kanak B. Beliau percaya bahawa perkembangan bergantung kepada sistem simbol yang individu hidup dengannya iaitu simbol-simbol yang telah diciptakan oleh budaya untuk menolong manusia berfikir, berkomunikasi, dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh budaya bahasa, sistem tulisan dan sistem pengiraan.

Maksud Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain di dunia. Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal. Menurut kamus elektronik Besta kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan Justeru ianya bermakna perkembangan kognitif merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku dari. perkembangan kognitif sebenarnya melambangkan proses mental. Semakin berkembang mental individu semakin berkembang . Jelaslah di sini bahawa kemahiran minda mengikut kadar umur bagi kanak-kanak
3

normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal kognitif mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza pada zaman kanak-kanak.

Berbeza dari Piaget, Vygotsky mencadangkan bahawa perkembangan otak adalah bergantung kuat kepada apa yang diambil (input) dari orang lain.Bagi Piaget perkembangan kognitif adalah bersifat individu dimana individu atau kanak-kanak itu meneroka, membentuk idea dan menguji secara persendirian. Ini berbeza dengan Vygotsky kerana Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kognitif individu ditekankan oleh peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Kebanyakan perkembangan minda kanak-kanak adalah daripada interaksi persekitaran. Sistem kematangan biologi kanak-kanak yang mentah membataskan perkembangan kognitif kanak-kanak, tetapi sosiobudaya dan persekitaran kanak-kanak membantu perkembangan kognitif. Bagi vygotsky secara amnya perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dan kemahiran bahasa .

Perkembangan mengikut Teori Vygotsky Perkembangan kognitif individu berlaku dalam 2 peringkat iaitu tahap sosial dan individu (peribadi).

Tahap sosial maklumat atau ilmu diperoleh melalui interaksi dengan ibu bapa, guru, keluarga, dan rakan sebaya. Melalui mereka individu belajar ilmu pengetahuan dan cara untuk mencapai tugas perkembangan.Contohnya- seorang kanak-kanak belajar berbicara melalui interaksi dengan orang-orang di sekelilingnya, terutama orang yang lebih dewasa dari padanya.

Tahap individu (peribadi) kebolehan kanak-kanak menukar pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Contohnya Anak mengetahui berbohong adalah perkara yang tidak baik jadi Anak akan sentiasa tidak berbohong kerana takut diri akan menjadi lebih jahat.

Cara perkembangan berlaku Teori Vygotsky mencadangkan bahawa pembelajaran mendahului perkembangan. Bagi vygotsky, pembelajaran melibatkan perolehan simbol iaitu arahan dan juga informasi dari orang lain. Perkembangan melibatkan penyerapan simbol-simbol ini oleh kanak-kanak, jadi mereka boleh berfikir dan menyelesaikan masalah tanpa pertolongan dari orang lain. Keupayaan ini dinamakan pengurusan-kendiri (self-regulation). Langkah-langkah dalam perkembangan pengurusan-kendiri (self-regulation) dan berfikir sendiri: 1. Pembelajaran bahawa perbuatan dan bunyi mempunyai satu makna. Sebagai contoh, seorang bayi belajar bahawa proses untuk mengampaikan sesuatu objek ditafsirkan oleh orang lain sebagai isyarat bahawa dia menginginkan objek itu. Dalam kes perolehan bahasa pula, kanak-kanak belajar untuk mengaitkan sesuatu bunyi dengan makna tertentu. 2. Membentuk struktur dalaman dan pengurusan-kendiri (self-regulation) adalah melibatkan latihan. Kanak-kanak akan selalu melakukan sesuatu yang boleh mendapatkan perhatian dan juga mereka akan berbual dengan orang lain untuk menguasai bahasa. 3. Penggunaan simbol-simbol untuk berfikir dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan dari orang lain. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengatur sendiri dan sistem simbol ini telah diserap.

ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZONE OF PROXIMAL DEVELOPMENT, ZPD)

1) Menurut Vygotsky, ZPD jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yang di capai melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran.

Gambar rajah Zon Perkembangan Proximal (ZPD) .

Pengetahuan dikuasai oleh Pelajar sendiri.

Boleh baca crush dan shrink sendiri.

Pengetahuan dikuasai dengan Bimbingan guru atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Boleh baca raid dan boot dengan bantuan

ZPD Boleh baca pat dan net

Pengetahuan sedia ada.

2) Borich (1996) - zon ini juga dikenali sebagai Zon Peluang Gerak Balas maksimum (zone of maximum response opportunity).
3) Zon perkembangan proximal mempunyai zon bawah, zon perkembangan proximal dan

zon atas. Zon perkembangan proximal dapat digambarkan seperti di bawah: i. Zon Atas
6

Kemahiran bantuanguru

yang

dicapai

dengan

bantuan

individu

yang

berkemahiran.

Contoh: Kanak-kanak mengelaskan haiwan vertebrata mengikut kumpulan sama dengan ii. Zon Perkembangan Proximal Kemahiran dikuasai dengan bimbingan. Contoh: Kanak-kanak mengetahui jenis kumpulan haiwan vertebrate dan ciri-cirinya dengan bimbingan.

iii. Zon Bawah Kemahiran yang sedia ada diperoleh dan kemahiran ini mahir dalam diri individu. Kanak-kanak sedia mengetahui ciri-ciri haiwan vertebrata.

4) Kesimpulan zon ini di satu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan yang boleh

dikuasai individu sendiri dan di satu pihak lagi ialah kemahiran yang perlu di kuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir. SCAFFOLDING 1) Makna asas kerangka besi dan kayu yang menyokong bangunan. Oleh itu, Scaffolding ialah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran/ilmu. 2) Bantuan akan diberi lebih banyak di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung kerana kanak-kanak telah boleh buat sendiri. Contoh - ibu bapa menggunakan scaffolding apabila ingin mengajarkan kepada anak mereka cara untuk bermain satu permainan yang baru ataupun mengajarkan kepada mereka cara untuk mengikat tali kasut.

BAHASA DAN PEMIKIRAN 1. Wilhelm Von Humboldt (berbangsa Jerman) mendefinisikan bahasa sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh bentuk luaran atau fikiran yang dibentuk dan bentuk dalaman. 2. Vygotsky - fikiran dan bahasa pada tahap permulaan berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi namun kemudian kedua-duanya bersatu, beliau juga menekankan bahawa semua fungsi mental berada di luar ataupun berasal dari faktor sosial.
3. Beliau menyarankan bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak

berumur hampir dua tahun. Ini kerana kanak-kanak satu dan dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria motor ( pendapat piaget), mula memperoleh kemahiran berbahasa. 4. Semasa berumur dua tahun, fikiran dan bahasa mula berhubung kait. Mereka mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan menggunakan bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan. 5. Kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan menggunakan satu perkataan, kemudian menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam pertuturannya dan akhirnya mereka akan dapat bertutur dengan jelas. 6. Kanak-kanak akan menggunakan ayat-ayat yang mudah dan beransur-ansur kepada penggunaan ayat kompleks. Ini bermakna mereka bertutur dari satu bahagian (perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap). 7. Daripada aspek semantik (kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata), kanak-kanak bermula daripada keseluruhan daripada makna sepenuh yang kompleks, kemudian menguasai unit-unit semantik yang berasingan, seperti makna perkataan dan pemikiran menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantik dan pertuturan luaran berkembang mengikut arah yang berlawanan.

8. Penggunaan dialog sebagai salah satu alat bagi scaffolding adalah salah satu contoh kepentingan bahasa di dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut Vygotsky, kanakkanak bercakap bukan hanya untuk komunikasi sosial tetapi juga untuk membantu menyelesaikan tugas mereka. 9. Vygotsky juga percaya kanak-kanak menggunakan bahasa untuk merancang, membimbing dan mengawal sikap mereka. Penggunaan bahasa untuk pengurusan kendiri inilah dikenali sebagai percakapan sendiri (private speech).

PERCAKAPAN SENDIRI ( PRIVATE SPEECH) 1. Beliau bersetuju dengan teori yang dinyatakan oleh piaget tentang pemikiran awal kanakkanak pra linguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan, walau bagaimanapun beliau tidak bersetuju tentang apa yang dinyatakan oleh piaget tentang pemikiran dan bahasa cantuman dan kebanyakan non sosial yang disifatkan sebagai egosentrik (bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja tanpa mengendahkan keperluan orang lain). 2. Tapi, menurut vygotsky, ia menggambarkan perubahan pra linguistik kepada lisan. 3. Private Speech adalah satu mekanisme yang ditekankan oleh Vygotsky untuk menukarkan pengetahuan yang dikongsi kepada pengetahuan sendiri. 4. Vygosky, penting. 5. Private Speech mudah dilihat dalam kanak-kanak kecil yang selalunya bercakap kepada diri mereka terutamanya apabila mereka berhadapan dengan tugas yang susah.
6. Kajian telah mendapati kanak-kanak yang selalu menggunakan Private Speech

kanak-kanak bercakap sendiri pada zaman sekolah berlaku kerap dalam

menyelesaikan masalah mahupun mendapatkan sesuatu matlamat yang difikirkan

mempelajari tugas yang kompleks dengan lebih efektif berbanding dengan kanak-kanak lain (Robert E. Slavin, 2006).

7. Berdasarkan kajian vygotsky

(pemerhatian persamaan antara pertuturan egosentrik

kanak-kanak pra sekolah yang lebih tua dengan pertuturan dalaman orang dewasa) pertuturan egosentrik adalah satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. 8. Beliau menyangkal tafsiran piaget tentang pertuturan egosentrik. Vygotsky menyatakan bahawa persamaan dengan percakapan peribadi dalam tiga golongan subjek kajiannya menyokong andaian bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang daripada pandangan, ai tidak lenyap begitu sahaja tetapi bertukar menjadi percakapan dalaman (inner speech). 9. Kesimpulannya, percakapan peribadi berlawanan dengan percakapan egosentrik (yang dikemukakan oleh piaget) tetapi ia merupakan salah satu cara untuk komunikasi atau cara untuk kanak-kanak merancang tindakan untuk selesaikan masalah (bantu kanakkanak kecil merancang tingkah laku bagi mencapai matlamat). 10. Percakapan sendiri akan berterusan seiring dengan peningkatan usia. Ia menjadi semakin ringkas dan pendek. 11. Walau bagaimanapun, percakapan peribadi bertukar kepada percakapan dalaman

dilakukan secara senyap. Percakapan dalam diri yang tidak diketahui dan didengari oleh orang lain ( sistem kognitif kawalan diri cognitive self-Guidance System). Pembelajaran Koperatif Vygotsky
1. Teori kognitif dan sosiobudaya vygotsky adalah salah satu teori belajar sosial

sehingga sangat sesuai dengan model pembelajaran koperatif kerana dalam model pembelajaran kooperatif terjadi interaktif sosial yaitu interaksi antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru dalam usaha menemukan konsep konsep dan pemecahan masalah. 2. Pembelajaran koperatif menekankan kerjasama antara rakan sepasukan secara berpasangan untuk mencapai objektif yang ditentukan dan rakan saling membantu berbincang dan berhujah bersama pasangannya ketika menyelesaikan permasalahan

10

3. Ianya merupakan sokongan pembelajaran secara luaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mencapai ke satu tahap pemikiran yang lebih tinggi daripada tahap keupayaan semasa yang dimiliki oleh seseorang. 4. Ahli kumpulan koperatif (merupakan pembelajaran dalam satu kumpulan pelajar yang heterogeneous-terdiri daripada pelbagai jenis/kemahiran) dalam membantu pelajar yang lemah atau masih belum menguasai kemahiran tertentu.
5. Idea penting lain dari Vygotsky adalah scaffolding. Scaffolding adalah pemberian se-

jumlah kemampuan oleh guru kepada anak pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian menguranginya dan memberi kesempatan kepada anak untuk mengambil alih tanggung jawab saat mereka mampu (Slavin, 1994).
6. Kemampuan: yang diberikan dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan,

menguraikan masalah pada langkah-langkah pemecahan, memberi contoh, ataupun hal-hal lain yang memungkinkan siswa tumbuh sendiri (Slavin,1994). Jelas bahwa scaffolding merupakan bahagian dari kegiatan pembelajaran koperatif. 7. Scaffolding berlaku apabila pelajar dalam kumpulan koperatif saling berbincang untuk merungkaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan bantuan dan usaha sendiri sehingga mendapat persetujuan terhadap jawapan yang dicapai. 8. Proses perbincangan, sokongan, pengajaran dan bimbingan rakan serta saling berhujah merupakan proses scaffolding yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan masing-masing berbanding tahap pengetahuan sebelumnya 9. Scaffolding rakan merupakan elemen penting membantu ke arah keberkesanan dan kejayaan pembelajaran secara koperatif kerana ianya menjana perkembangan intelek di kalangan pelajar melalui interaksi sesama rakan untuk memahami kemahirankemahiran baru, memudahkan mereka menguasai kefahaman konsep, bersikap positif dan mencetuskan perubahan sikap di samping membina kecekapan kognitif melalui proses perancahan (scaffolding) ini (Vygotsky, 1978). 10. Kaedah Pembelajaran Inkuiri Koperatif Berbantukan Multimedia Collins dan Stevens (1983) mendefinisikan kaedah inkuiri sebagai kaedah pembelajaran secara penemuan kendiri meliputi proses mencari maklumat, menyoal, menyiasat, membentuk dan menguji hipotesis, membuat ramalan, mempertimbangkan andaian alternatif,

11

mempertimbangkan antara perkara wajib atau perkara sekadar mencukupi serta proses membuat rumusan. 11. Pengajaran dengan bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir sangat efektif dalam zon perkembangan proximal.
12. Sumbangan teori Vigotsky adalah penekanan pada bakat sosio budaya dalam

pembelajaran. Menurutnya, pembelajaran terjadi ketika pelajar bekerja dalam zon perkembangan proksima (zone of proximal development). Zon perkembangan proksima adalah tingkat perkembangan sedikit di atas tingkat perkembangan seseorang pada ketika pembelajaran berlaku.
13. Astuty (2000) secara terperinci, mengemukakan bahawa yang dimaksudkan dengan

zon perkembangan proksima adalah jarak antara tingkat perkembangan sesungguhnya dengan tingkat perkembangan potensi.

Teori Konstruktivisme Vygotsky


1) Konstruktivisme menurut pandangan Vygotsky menekankan pada pengaruh budaya.

Vygotsky berpendapat fungsi mental yang lebih tinggi bergerak antara inter-psikologi (interpsychological) melalui interaksi sosial dan intra-psikologi (intrapsychological) dalam fikirannya.
2) Vygotsky menekankan pentingnya memanfaatkan lingkungan dalam pembelajaran.

Lingkungan sekitar pelajar meliputi orang-orang, kebudayaan, termasuk pengalaman dalam lingkungan tersebut.
3) Vygotsky mengemukakan 2 idea:

Pertama - perkembangan intelektual pelajar dapat dipahami hanya dalam konteks budaya dan sejarah pengalaman pelajar (van der Veer dan Valsiner dalam Slavin, 2000). Kedua - Vygotsky mempercayai bahwa perkembangan intelektual bergantung pada sistem tanda (sign system) setiap individu selalu berkembang (Ratner dalam Slavin, 2000: 43). Sistem tanda adalah simbol-simbol yang secara budaya diciptakan untuk

12

membantu seseorang berpikir, berkomunikasi, dan memecahkan masalah, misalnya budaya bahasa, sistem tulisan, dan sistem perhitungan.
4) Pembentukan pengetahuan menurut konstruktivisme memandang pelajar yang aktif

menciptakan struktur-struktur kognitif dalam interaksinya dengan lingkungan.


5) Dalam teori konstruktivisme adalah dalam proses pembelajaran, pelajar yang harus aktif

mengembangkan pengetahuan mereka, bukan pengajar atau orang lain. Mereka yang harus bertanggung jawab terhadap hasil belajar.
6) Dalam pembelajaran Konstruktivisme, Vygotsky mengemukakan bahawa pelajar belajar

melalui interaksi dengan orang dewasa dan teman sebaya yang lebih mampu, ini bermakna individu membina pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran manakala dalam koperatif, pelajar dihadapkan dengan proses berfikir bersama teman sebaya mereka.

Aspek-Aspek Pembelajaran Konstruktivisme


1) Tingkat pengetahuan oleh Vygotsky disebutnya sebagai scaffolding. Scaffolding, bererti

memberikan kepada seorang individu sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada individu tersebut mengambil alih tanggungjawab yang semakin besar segera setelah mampu mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberikan pengajar adalah berupa petunjuk, peringatan, dorongan, menguraikan masalah ke dalam bentuk lain yang memungkinkan pelajar dapat berfikir sendiri.
2) Vigotsky mengemukakan tiga kategori pencapaian pelajar dalam upayanya memecahkan

permasalahan, iaitu:
i. ii. iii.

pelajar mencapai keberhasilan dengan baik pelajar mencapai keberhasilan dengan bantuan pelajar gagal meraih keberhasilan.

13

3) Tharp & Gallimore (1988 dalam Woolfolk, 1998) menekankan penggunaan Scaffolding

dalam kaedah pengajaran yang dikenali sebagai Assisted discovery di mana pelajar dikehendaki menggunakan percakapan peribadi secara eksplisit untuk bercakap kepada diri sendiri sepanjang masa menyelesaikan masalah. 4) Pembelajaran juga boleh diaplikasikan dalam Situated learning(Slavin, 1997: 271) iaitu pelajar diberi tugasan yang kompleks, susah dan realistik dalam sesuatu situasi sebenar dan pelajar tersebut diberi bimbingan dan bantuan oleh orang dewasa dalam mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Ini bermakna Prinsip Scaffolding diaplikasikan.
5) Terdapat dua prinsip penting yang diturunkan dari teori Vygotsky adalah: i.

Mengenai fungsi dan pentingnya bahasa dalam komunikasi sosial yang dimulai proses pancaindera terhadap tanda (sign) sampai kepada tukar menukar informasi dan pengetahuan.

ii.

Zone of Proximal Development (ZPD) pengajar memiliki peranan mendorong dan membimbing pelajar dalam usaha membangunnya pengetahuan mereka.

6) Dalam interaksi sosial dikelas, adalah ketika berlaku pertukaran pendapat antara pelajar

dalam memecahkan suatu masalah, pelajar yang lebih pandai memberi bantuan kepada pelajar yang mengalami kesulitan berupa petunjuk bagaimana cara memecahkan masalah tersebut, maka terjadi scaffolding, pelajar yang mengalami kesulitan tersebut dibantu oleh teman yang lebih pandai. Ketika guru membantu secukupnya kepada pelajar yang mengalami kesulitan dalam belajarnya, maka terjadi scaffolding.
7) Konsep ZPD Vigotsky berdasarkan pada idea bahawa perkembangan pengetahuan pelajar

ditentukan oleh keduanya iaitu apa yang dapat dilakukan oleh pelajar sendiri dan apa yang dilakukan oleh pelajar ketika mendapat bantuan orang yang lebih dewasa atau teman sebaya yang berkemahiran (Daniels dan Wertsch dalam Slavin 2000: 47).

APLIKASI TEORI VYGOTSKY Aplikasi Teori Vygotsky dalam Pengajaran


14

Teori pendidikan Vygotsky mempunyai dua implikasi besar: Pertama iaitu menyediakan penyusunan pembelajaran secara kerjasama di antara kumpulan pelajar dengan tahap kemampuan yang berbeza. Pengajaran oleh rakan sebaya yang lebih mahir boleh menjadi efektif dengan mempromosikan perkembangan di ZPD. Vygotsky juga yakin bahwa pembelajaran terjadi saat individu/pelajar bekerja menangani tugas tugas yang belum dipelajari namun tugas- tugas itu berada dalam zone of proximal development mereka. Manakala yang kedua iala pendekatan kepada arahan yang menggunakan kaedah scaffolding, di mana pelajar akan mengambil tanggungjawab yang lebih untuk pembelajaran mereka. Scaffolding adalah memberikan kepada kanak-kanak sejumlah besar bantuan selama tahap tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak tersebut mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar segera setelah ia mampu mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberikan guru dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan menguraikan masalah ke dalam bentuk lain yang memungkinkan kanak-kanak dapat mandiri. Pengaplikasian Teori Sosio-Budaya Vygotsky Dalam Pembelajaran Di Bilik Darjah 1) 2) 3) Membiasakan pelajar-pelajar dalam aktiviti pembincangan di dalam kumpulan. Membawa pelajar-pelajar tersebut mengadakan aktiviti pembelajaran di luar kelas. Teknik tulisan/ pembacaan juga boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh di sini pelajar-pelajar diminta mencari maklumat-maklumat tertentu di dalam internet. 4) Terdapat empat teori utama Vygotsky yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah iaitu : I. Guru perlu memainkan peranan umpama sebagai seorang pelakon di atas pentas di dalam usaha memperlengkapkan kanak-kanak dengan panduanpanduan yang cukup bagi membantu mereka memajukan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, guru perlu memberitahu kanak-kanak satu persatu cara untuk dia menyelesaikan masalahnya. Guru perlu menimbulkan satu permasalahan dan meminta kanak-kanak berfikir untuk menyelesaikannya. Guru juga perlu
15

memberi gambaran kepada pelajar-pelajar bagaimana caranya untuk mereka menyelesaikan masalah. II. Guru perlu memberikan arahan kepada kanak-kanak bersesuaian dengan tahap mereka. Ini bererti, guru perlu mengajar kanak-kanak berdasarkan zon perkembangan proximal. Jika bahan yang dipersembahkan kepada kanakkanak itu tidak setaraf dengan tahap mereka, maka kanak-kanak ini tidak dapat berkembang dengan baik dan mereka akan mula berasa bosan terhadap penyampaian yang diberikan. Jika penyampaian guru tidak mencapai kepada tahap zon ini, pemikiran kanak-kanak tidak akan berkembang. Pada waktu inilah kanak-kanak akan mula berasa kecewa dan keliru.
III.

Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran, arahan perlulah dikembangkan dalam tiga peringkat perkembangan. Peringkat perkembangan yang pertama, guru perlu memberi contoh terhadap sesuatu kemahiran. Guru juga perlu memberikan ulasan atau komentar secara lisan terhadap apa yang kanak-kanak lakukan dan sentiasa menimbulkan persoalan mengapa mereka melakukan sedemikian. Peringkat perkembangan yang kedua pula, pelajar-pelajar perlu mengikut apa yang telah guru sarankan dalam komentar nya. Pada peringkat permulaannya, kanak-kanak tidak dapat melaksanakan arahan dan saranan guru dengan baik. Jadi, guru perlu sentiasa memberi respond an memperbetulkan kesilapan kanak-kanak ini. Pada peringkat perkembangan yang ketiga pula, guru perlu bangkit dari kelesuan dalam tingkah laku nya supaya tindakan guru dapat dicontohi dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar serta mereka dapat menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang telah ditonjolkan. Palincsar dan Brown (1984) telah menggunakan teknik ini untuk mengajar kanak-kanak empat tahun membaca dan ia telah menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan. Mereka telah menamakan pendekatan yang dibuat ini sebagai pembelajaran timbal balik. Untuk memantapkan lagi pendekatan yang telah dibuat oleh Vygotsky ini, mereka telah menambahkan beberapa elemen untuk guru dan pelajar supaya mereka sentiasa memainkan peranan. Setiap orang perlu jadi guru (ambil peranan seperti seorang guru) sehingga setiap orang mencapai
16

kemahiran yang sepenuhnya. Dengan cara ini, pelajar-pelajar dapat berlatih untuk menggunakan kemahiran mereka dan mereka akan dapat mencontohi guru sebagai seorang yang mahir dan dapat menyesuaikan sikap mereka dalam semua keadaan. IV. Kanak-kanak perlu sentiasa mengulangi penggunaan konsep saintifik supaya mereka dapat mencetuskan konsep spontan mereka sendiri dan menjadikan ia tepat serta dapat diterima umum. Menurut Vygotsky, semua subjek seperti Matematik, Sains, Pengajian Sosial, Seni dan sebagainya mempunyai konsep saintifik. Sesungguhnya konsep ini bukan hanya dapat digunakan untuk subjek Sains sahaja tetapi ia boleh diguna pakai untuk semua subjek.

Dalam teori Vygotsky dijelaskan bahwa ada hubungan secara langsung antara domain kognitif dengan sosio budaya. Kualiti berfikir pelajar dibina dan aktiviti sosial pelajar di dalam bilik darjah, dikembangkan dalam bentuk kerjasama antara pelajar dengan pelajar lainnya yang lebih mampu di bawah bimbingan orang dewasa dan guru.Wujud komunikasi dua hala semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Komunikasi boleh dijalankan dengan rangsangan daripada alat bantu mengajar. Guru hendaklah mendengar segala idea yang disampaikan melalui komunikasi dan membetulkannya jika salah. Untuk menggalakkan lagi komunikasi dalam P&P bentuk pengajaran boleh dilaksanakan dalam kumpulan agar muridmurid dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya untuk menjana idea.

Melalui cara ini, pelajar mendapat bantuan yang penuh dapat diperoleh daripada guru ketika mengajar kemahirankemahiran baru yang belum pernah dipelajari dalam P&P.Pelajar akan selalu diberi sedikit latihan untuk menguji daya kefahaman pelajar dan sekiranya pelajar faham, guru bolehlah mengurangkan bantuan dan menggalakkan pelajar berfikir. Sebelum mengajar guru harus menentukan had perkembangan proximal pelajar dan menyediakan cara mengajar yang pelbagai dalam menjayakan P&P. - Contoh:- Dalam mata pelajaran bahasa misalnya, untuk mengajar pelajar membaca perkataan
17

KV+KVK (Contoh perkataan ma+sak) guru harus memastikan pelajar boleh dan mahir menyebut perkataan KV+KV (Contoh perkataan ma+sa) ini bermakna pelajar telah menguasai had bawah. Setelah itu dengan bantuan guru pelajar diajar menyebut pelbagai perkataan berpola KV+KVK. Tahap ini dikatakan zon perkembangan proximal. Pada had atas pula pelajar boleh membaca perkataan berpola KV+KVK dengan sendiri. Pelajar memperoleh kesempatan yang luas untuk mengembangkan zon perkembangan proximal nya atau potensinya melalui belajar dan berkembang dengan lebih lancar. Pembelajaran perlu lebih dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensinya daripada tingkat perkembangan aktual ( sebenarnya). pelajar diberi kesempatan yang luas untuk mengintegrasikan pengetahuan declarative yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapat dilakukan untuk tugas-tugas atau pemecahan masalah.

Selain itu, guru perlu memberikan arahan kepada pelajar bersesuaian dengan tahap mereka. Ini bererti, guru perlu mengajar pelajar berdasarkan zon perkembangan proximal. Jika bahan yang dipersembahkan kepada kanak-kanak itu tidak setaraf dengan tahap mereka, maka pelajar ini tidak dapat berkembang dengan baik dan mereka akan mula berasa bosan terhadap penyampaian yang diberikan.

18

Kesimpulan Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-guru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004).

Rujukan Utama
19

Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2004) Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Tg Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rujukan Buku Lee Shok Mee (1996) Psikologi pendidikan 2 (Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam P&P) Md. Fiah bin Md Jamin. (2005). Kepimpinan Berinspirasi dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 6 24. Psikologi Pembelajaran dan Personaliti (2003) Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub. Rujukan Internert http://riefqie-yupss.blogspot.com/.../konsep-vygotsky-tentang-perkembangan.html (9.45pm, 4 April 2011) http://xpresiriau.com/artikel-tulisan-pendidikan/teori-pembelajaran-vygotsky-dalam-cooperativelearning/ (10.30 pm, 4 April 2011) http://ipotes.wordpress.com/2008/05/11/teori-kognitif/ (12.15pm, 31 march 2011) http://lifeoffuturedon.blogspot.com/2009/05/teori-kognitif.html (4.15pm, 3 April 2011) http://massofa.wordpress.com/2008/09/12/677 (3.00pm, 3 April 2011) http://ipotes.wordpress.com/2008/05/11/teori-kognitif/ (12.15pm, 31 march 2011) http://downloads.ziddu.com/downloadfile/2578155/TEORIVYGOTSKY.pdf.html http://meetabied.wordpress.com/2010/03/20/teori-belajar-konstruktivisme-vygotsky-dalampembelajaran-matematika/

20

Anda mungkin juga menyukai