Anda di halaman 1dari 6

Peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja dalam aspek

perkembangan fizikal, kognitif, moral dan sosio emosi terhadap


implikasi pengajaran dan pembelajaran

Pendahuluan

Banyak tokoh yang menyatakan pendapat mereka mengenai pengertian


perkembangan manusia. Menurut Atan Long (1980), beliau berpendapat
perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan
ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal. Pendapat kedua pula, dikemukakan oleh Doherty & Brennan (2008) iaitu,
perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses
perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil
interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran.

Pengetahuan mengenai teori perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak akan


memberi banyak faedah terutamanya kepada ibu bapa dan guru untuk membuat
keputusan mengenai pembelajaran yang perlu ditegaskan.

Teori perkembangan dan pertumbuhan memberi banyak implikasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya sensitif dengan perbezaan individu
yang wujud dalam kalangan murid-murid. Secara umumnya, guru akan menyediakan
objektif, isi pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan dan
pertumbuhan murid-mirid bagi tujuan menarik minat mereka di samping persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru boleh merancang aktiviti
berkumpulan untuk membantu perkembangan murid. Aktiviti pembelajaran koperatif
dan kolaboratif dapat mambantu tumbesaran dan perkembangan yang berlaianan.

Selain itu, penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai dapat
membentuk konsep yang tepat serta dapat menarik minat murid-murid. Ini dapat
menjana perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid.

1
Mengetahui seseorang murid mengalami sesuatu peringkat tugasan pada zamannya,
guru akan memahami kelakuan murid dan membantu membina persekitaran
pembelajaran yang akan menolong murid tersebut menguasai ciri-ciri perkembangan
dalam peringkat tugasan itu. Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami. Guru akan
menyediakan pelajaran bermula daripada senang kepada yang lebih susah, umum
kepada khusus dan konkrit kepada abstrak serta memberikan tugasan yang sesuai
dengan tahap pencapaian murid.

2
IMPLIKASI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang


sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah
kesan-kesan disebaliknya.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan atau fizikal. Perubahan-
perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar
pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan
perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan


dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.
Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh
golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus
membolehkankan para pendidik memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku
sedemikian.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.
Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu
bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu
dengan sendiri.

Implikasi pada sudut perkembangan fizikal membolehkan guru menguruskan


pengajaran dan permainan serta kerja amali mengikut perkembangan fizikal murid-
murid. Guru akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan kematangan murid-murid.
Contohnya, guru menyediakan aktiviti senaman yang sesuai, bermakna dan lebih
menyeronokkan.

3
PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini
penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk
mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama
perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-
prinsip teori perkembangan kognitif akan mendapati proses pembelajaran yang sangat
aktif. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan
mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif. Mengikut Vygotsky, guru
perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk memberi bimbingan kepada
rakan-rakan yang kurang pandai.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih
banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid
membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung
akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi
diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber
ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh
seseorang murid itu.

4
PERKEMBANGAN MORAL

Lawrence Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu


tahap prekonvensional, tahap konvensional, dan tahap postkonvensional (Slavin,
2006:54). Menurut pandangan Kohlberg dari tiga tingkatan tersebut, anak harus
melewati enam tahap dalam dirinya iaitu: Tahap 1 Moral Prakonvensional: Awal
Kanak-kanak, Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak, Tahap 2: Moral
Prakonvensional: Masa Kanak-kanak.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan moral dijelaskan bahawa seseorang guru harus memperkaya ilmu


demi anak didik. Salah satunya adalah dengan menanamkan nilai-nilai moral dan
perkembangan moral agar anak bergerak ke arah yang baik. Sebagai guru, kita perlu
mendalami teori humanistik dalam mengendalikan kerenah murid-murid. Guru perlu
memberi sokongan dan mengambil berat terhadap potensi murid yang berbagai-bagai.
Contohnya, murid yang suka menyanyi haruslah diberi sokongan agar mereka
membina potensi diri dalam bidang nyanyian.

Sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai strategi P&P dalam membina tingkah
laku yang positif. Contohnya , aktiviti lawatan di stesyen pembelajaran seperti Rumah
Orang Tua, Rumah Kebajikan Masyarakat, Rumah Orang Kurang Upaya, Pusat
Pemulihan Dadah, Rumah Tunas Puteri dan sebagainya. Lawatan tersebut akan
memberi impak kepada perkembangan moral.

Perkembangan moral ini merangkumi aspek penaakulan, emosi dan tingkah laku
kanak-kanak dalam memberikan pertimbangan dalam mecorakkan kehidupan mereka
pada masa akan datang.

5
PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan


emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci,
takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan
biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui pembelajaran perkembangan sosio emosi, guru dapat membantu pelajar


menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Perbincangan secara
terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka seperti perasaan
cemburu terhadap adik-beradik dan rakan,ejekan, prejudis, pilih kasih, terpinggir dan
lain-lain. Guru juga dapat membantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang
lain. Murid diminta terangkan perasaan atau perspektif orang lain terhadap sesuatu
isu dan situasi. Buat simulasi atau main peranan. Murid membawa peranan yang lain
dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai orang lain.

Selain itu, guru boleh membantu murid membuat hubung kait antara nilai yang
dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat. Beri kesedaran kepada murid tentang
ketidakseragaman antara tingkah laku mereka dengan nilai yang mereka sebut.
Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling mendengar antara
satu sama lain. Dalam aktiviti kumpulan atau semasa pembentangan, pastikan
murid-murid lain mendengar jawapan dan hujah rakan yang membentang. Guru juga
perlu memberi peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ilmu psikologi perkembangan sosio emosi membolehkan para


guru lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikain, membantu pelajar
memahami diri mereka sendiri, membantu guru-guru merancang objektif dan matlamat
pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan merumuskan langkah-langkah supaya
pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai