Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Menurut (Santrock, 2014 ), setiap manusia akan mengalami perubahan mengikut


pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi
semenjak lahir sehingglah memasuki alam kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia
tua. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma sudah sedia
terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu (Berk,
2003; Charlesworth, 2011).

Justeru, sebagai seorang guru yang komited terhadap murid-muridnya,


amatlah perlu memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
kerana pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap proses
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan menjadikan guru lebih prihatin
terhadap tugas, memahami setiap perubahan yang dialami oleh murid-murid dan
dapat membantu guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan (Wong Kiet Wah et al. 2013).

Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan seseorang murid, aspek


perkembangan kognitif merupakan satu elemen yang amat perlu dititikberatkan
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang baik serta lancar.
Menurut (Mariani & Mohd Ibrani, 2008), perkembangan kognitif merupakan
perkembangan mental yang melibatkan kematangan aktiviti mental. Sebagai
contoh, keupayaan intelektual dan pemprosesan matlumat serta perkembangan
pertututran dan perolehan bahasa (Martorell et al., 2014). Oleh itu, berdasarkan
penyataan ini, peranan guru sangat penting dalam proses meningkatkan prestasi
kognitif murid-murid khususnya di sekolah.

2.0 Implikasi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Guru Dalam Bilik

Kemahiran kognitif merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang,


konsep nombor, proses sains dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Penyelesaian masalah adalah kedudukan yang paling tinggi dalam kemahiran
kognitif. Semua ini bergantung pada keputusan berasaskan naluri dan sebab yang
dapat diterima dan menilai keputusan yang seharusnya diambil. Oleh kerana
kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan, penguasaan kemahiran
kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi sebenar dengan
menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati di sekeliling mereka
serta mampu memahami dan menimba pengalaman dalam pembelajaran.

2.1 Menggunakan Pemikiran Logik dan Operasi

Mengikut teori perkembangan (Piaget, 1978), pada peringkat prasekolah kanak-


kanak memahami atau menilai situasi berasaskan sifat objek yang diperhatikan di
sekelilingnya. Hal ini kerana, pada umur 0-2 tahun, kanak-kanak menghadapi
peringkat sensorimotor. Pada peringkat ini, pihak ibu bapa digalakkan untuk
menyediakan aktiviti main yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan
kemahiran peniruan. Sebagai contoh, kemahiran peniuan seperti aksi-aksi fizikal
dan interaksi sosial dengan ahli keluarga serta kenalan keluarga. Kemahiran-
kemahiran ini biasanya diperoleh secara spontan melalui pengalaman seharian.

Seterusnya, pada usia kana-kanak di antara 2-7 tahun. Pda usia ini kanak-
kanak mengalami peringkat paroperasi di mana pada peringkat ini ibu bapa,
pengasuh dan guru prasekolah perlu memberi peluang kepada kanak-kanak
menerokai alam fizikal melalui aktiviti main dan aktiviti penyelesaian masalah.
Perkara ini sedemikian kerana, melalui aktiviti ini, konsep atau prakonsep sedia ada
dicabar, diubah dan juga konsep baharu dapat dibentuk. Sehubungan dengan itu,
arahan yang diberi haruslah mudah dan singkat. Misalnya, guru mendemostrasikan
perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan verbal.

Selain itu, pada peringkat ini juga kanak-kanak memerlukan banyak


pengalaman hands on yang melibatkan kepelbagaian bahan dan penggunaan varia
deria. Sebagai contoh, guru mengalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti minds on
yang melibatkan banding beza dan susunan mengikut urutan seperti ketinggian,
berat atau panjang. Di samping itu, guru juga boleh mengendalikan aktiviti dalam
menerangkan mengenai percambahan biji benih secara langsung dan meminta
pelajar turut sama melakukan perkara yang sama seperti meletak biji benih dalam
tanah dan menyiramnya, kemudian meminta melakukan pemerhatian bersama. Hal
ini demikian kerana, melalui aktiviti bersama ini murid-murid dapat memahami
sesuatu perkara dalam masa yang sama memberi peluang kepada kanak-kanak
menerokai alam fizikal sekali gus meningkatkan keupayaan memori dalam jangka
masa yang lebih lama berbanding jika guru hanya memberi penyataan berdasarkan
buku teks sahaja. Penyataan ini dibuktikan oleh (Mariani et al., 2008), di mana
beliau menyatakan pada tahap ini, kanak-kanak berkeupayaan untuk berfikir
tentang sesuatu objek atau peristiwa dengan logik melalui penaakulan dan
bukanlah persepsi semata-mata.

Oleh sebab ciri egosentrisme yang terdapat dalam diri kanak-kanak, guru
perlu memberi bantuan dan penjelasan supaya dapat membawa kanak-kanak
memahami dunia di sekitarnya dari sudut yang berbeza.

2.2 Memberikan Pendapat dan Berfikir Secara Kritis

Seterusnya, implikasi kepada perkembangan kognitif dalam proses pengajaran dan


pembelajaran guru perlulah menekankan dari aspek membentuk konsep,
menganalisis, memberikan pendapat dan berfikir secara kreatif serta kritis di
samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Perkara ini
dinyatakan sedemikian kerana, pada tahap ini pengetahuan dan pengalaman yang
telah dilalui oleh kanak-kanak telah menyumbang kepada pembinaan skema dalam
memori mereka (Sigelman & Rider, 2012). Justeru, bagi memastikan keupayaan
memori jangka panjang murid-murid sentiasa berkembang mengikut peringkat
perkembangan kognitif, peranan guru amat penting dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Sebagai contoh, meminta murid-murid mengutarakan pendapat mereka


ketika dalam sesi P&P seperti melaksanakan kuiz dalam bentuk kumpulan dan
memberi soalan mengenai aplikasi kepada sesuatu subjek agar proses P&P tidak
terikat kepada fakta semata-mata. Sehubungan dengan itu, kanak—kanak pada
peringkat operasi konkrit masih belum dapat berfikir secara abstrak. Oleh sebab itu,
guru perlu menyediakan bahan-bahan konkrit untuk menguji idea kanak-kanak
melalui penglibatan yang aktif sperti mencabar pemikiran secara logik tentang
permasalahan yang mereka hadapi.
Perkara ini bukan sahaja dapat mengalakkan proses pemikiran murid-murid
tetapi dalam masa yang sama dapat mencapai ekuilibiasi kognitif yang dihasratkan.
Selain itu, sesuatu pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung
yang dialami oleh murid-murid juga dapat meningkatkan perkembangan kognitif
mereka. Hal ini sejajar dengan penyataan (Sigelman, 2012), dimana beliau
menyatakan pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui oleh kanak-kanak
telah menyumbang kepada pembinaan skema dalam memori mereka.

2.3 Menjalankan Latihan dan Peneguhan

Sementara itu, bagi meningkatkan lagi prestasi kognitif kanak-kanak di usia ini,
latihan dan peneguhan seperti proses mengingat dan memproses matlumat adalah
antara usaha yang oleh dibantu oleh pihak guru. Sebagai contoh, antara strategi
yang boleh digunakan untuk meningkatkan memori jangka panjang kanak-kanak
ialah penyusunan (organizing), penghuraian (elaboration), dan gambaran (imagery)
(Cook & Cook, 2009). Situasi ini boleh dikaitkan dengan guru menjalankan proses
P&P dengan menjalankan beberapa peringkat yang boleh dilihat oleh murid-murid.
Misalnya, dalam subjek yang berteraskan penaakulan, guru memberi tunjuk ajar
dimulai dengan pengenalan nombor, kemudian penyusunan nombor mengikut
urutan menurun atau menaik dan seterusnya memberi gambaran yang lebih
kompleks seperti melakukan penyelesaian masalah berasaskan nombor tersebut.

Di samping itu, perkembangan dalam dimensi kognitif juga turut membawa


kepada perkembangan dalam keupayaan kanak-kanak bertutur. Menurut
(Chomsky, 1957) dalam (Santrock, 2014), menjelaskan bahawa keupayaan kanak-
kanak bertutur adalah bersifat semula jadi, iaitu sebaik sahaja otot-otot artikulasi
seperti trakia, anak tekak, pita suara, pipi serta organ-organ lain yang terlibat dalam
proses pertuturan matang (perkembangan fizikal, maka kanak-kanak dengan
sendirinya boleh bercakap. Oleh sebab itu, dalam proses P&P di bilik darjah, guru
haruslah peka terhadap murid-murid yang kelihatan kurang lancar pertuturannya.
Ini bagi memastikan pihak guru dapat menyeimbangkan perhatian dengan semua
jenis lapisan murid. Sebagai contoh, guru memberikan kelas bimbingan khas di luar
bilik darjah bagi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. Penyataan ini
kerana, berkemungkinan murid tersebut masih belum mencapai tahap
perkembangan kognitifnya yang maksima. Oleh itu, peranan guru sangat penting
dalam membantu mengembangkan prestasi kognitif mereka.

2.4 Menjana Kecerdasan dan Pemikiran Mental

Seterusnya, perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan tahap perkembangan


intelektual dalam kalangan kanak-kanak. Bahkan, menurut (Mariani et al., 2008),
kecerdasan intelektual ini bukan sahaja diukur berdasarkan kemampuan mereka
dalam bidang akademik semata. Oleh demikian, guru haruslah bijak dalam
menguruskan murid-murid yang mempunyai perbezaan dari segi kepintaran
mentalnya. Guru tidak sewajarnya bersikap pilih kasih dalam menyampaikan ilmu
kepada anak didik. Oleh itu, antara usaha yang boleh dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah ialah melakukan sesuatu aktiviti
yang di luar skop buku teks namun dalam masa yang sama masih memberi satu
pendidikan secara tidak langsung kepada mereka. Sebagai contoh, guru
menyediakan soalan yang berbentuk mencari perbezaan dan mencirikan kepada
murid-murid. Perkara ini bagi menjana pemikiran dan kecerdasan mental murid-
murid.

Dalam pada itu, (Gardner,1993), menjelaskan bahawa kecerdasan kanak-


kanak bukan sahaja terhad kepada kepintaran mental sahaja tetapi merangkumi
pintar bahasa, pintar logik-matematik, pintar bunyi, pintar ruang, pintar kinestetik,
pintar alam dan pintar nilai. Tidak semua kanak-kanak dilahirkan cerdik dalam
akademiknya dan ada kanak-kanak yang hanya akan terserlah pencapaian
akademiknya pada peringkat yang lewat sedikit. Namun demikian, ransangan
kognitif daripada ibu bapa sejak kecil sehingga ke peranan guru di sekolah akan
menggalakkan perkembangan intelek yang subur dalam diri kanak-kanak.
3.0 Rumusan

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
namun jelas berubah melalui peredaran masa. Tingkah laku seseorang juga akan
berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkat-peringkat kematangan dan
mengikut keadaan di persekitarannya. Baka dan persekitaran merupakan antara
faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum. Corak perkembangan berbeza-beza di mana
semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang
sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Oleh itu, pertumbuhan perkembangan kognitif kanak- kanak sememangnya


harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada peringkat ini mudah
menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Piaget telah
menyatakan bahawa tahap-tahap kognitif kanak-kanak termasuklah sensori motor,
tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan formal. Justeru, ibu bapa dan guru
merupakan orang yang paling dekat dengan kanak-kanak dan seharusnya
membimbing mereka untuk membantu mereka meningkatkan lagi perkembangan
kognitif dan pemikiran mereka. Proses kognitif juga adalah termasuk persepsi,
perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses
pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Teori perkembangan
intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana
memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.
Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi
kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan terhasil.

Anda mungkin juga menyukai