Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Dalam teks ucapan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin
Haji Mohd Yassin, tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina
Generasi Baharu”. Tema tersebut mengutamakan kepentingan peranan guru dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan bagi membina generasi baharu yang dapat memberi
sumbangan kepada negara kita. Namun, bukan sahaja ilmu pengetahuan,
perkembangan fizikal kanak-kanak juga amat penting dalam program pembinaan
generasi baharu. Hal ini demikian kerana generasi baharu hendaklah memenuhi syarat
‘insan yang sempurna’ dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Tidak boleh dinafikan bahawa, perkembangan fizikal kanak-kanak berhubung rapat
dengan aspek jasmani.

Salah satu usaha yang perlu diambil oleh guru untuk membantu dalam
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah menjalankan pelbagai aktiviti kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti kreatif yang dilaksanakan
oleh guru perlulah boleh berlatih kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

2.0 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

GAMBAR 1: Robert Havighurst

Robert Havighurst, seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori
perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat bahawa persekitaran
merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Bukan itu
sahaja, beliau juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan.

Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-
satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Dengan kata lain, tugas-tugas
perkembangan merupakan kemahiran atau kebolehan yang sepatutnya dikuasai oleh

1
individu pada peringkat umur yang tertentu. Tujuan menguasai kemahiran tersebut
adalah untuk menambahkan penguasaan terhadap persekitaran.

Tambahan pula, Robert Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-


kanak dan remaja kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6
tahun), peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) serta peringkat awal remaja
dan remaja (12-18 tahun). Peringkat yang diutamakan dalam penulisan akademik
tersebut ialah peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) sahaja. Kanak-kanak
pada usia 6 hingga 12 tahun akan bermula melibatkan diri dalam permainan yang
mudah. Hal ini demikian kerana fizikal kanak-kanak seperti tulang dan otot badan mula
berkembang.

Di samping itu, mereka juga dapat mencapai tugas perkembangan 3M iaitu


membaca, menulis dan mengira. Kemahiran 3M tersebut bukan sahaja dapat
membantu dalam perkembangan kognitif dan bahasa tetapi juga dapat melatih
kemahiran motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor halus merupakan salah satu
komponen yang penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

3.0 Kemahiran Motor Halus dan Motor Kasar

Kemahiran motor (motor skills) merupakan aktiviti yang melibatkan pengerakan otot
dalam badan. Terdapat dua jenis kemahiran motor iaitu kemahiran motor halus dan
kemahiran motor kasar.

Kemahiran motor halus (fine motor skills) merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan
otot kecil seperti keupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan dan kaki, bibir
dan lidah. Contoh aktiviti yang menggunakan kemahiran motor halus adalah
melambaikan tangan, membaling bola, melepaskan gengaman dan lain-lain.

Kemahiran motor kasar (gross motor skills) pula merujuk kepada aktiviti fizikal yang
melibatkan otot besar seperti tangan, kaki dan anggota badan lain yang bersaiz besar.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar adalah berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat menggalakkan pembinaan
kekuatan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh badan kanak-kanak.

4.0 Aktiviti-aktiviti kreatif bagi Meningkatkan Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-


kanak

Menurut Smith (2013), perkembangan fizikal merujuk kepada perkembangan anggota


tubuh badan kanak-kanak ada apa yang boleh dilakukan atau keupayaan anggota

2
fizikal dalam melakukan sesuatu kerja. Namun, setiap kanak mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza. Oleh sebab itu, guru perlulah bijak dalam memilih aktiviti
yang sesuai dan kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
dilaksanakan dengan lancar sekali gus menarik minat pelajar. Bukan itu sahaja, aktiviti
yang dipilih oleh guru hendaklah boleh mengembangkan kemahiran motor halus dan
motor kasar kanak-kanak. Justeru, cadangan aktiviti kreatif bagi kanak-kanak yang
berumur antara 6 hingga 12 tahun ditunjuk dalam RAJAH 1.

Projek
Seni
Kreatif

Aktiviti-
aktiviti
Kreatif

Baling
Cari
Dadu dan Harta
Buat
Karun
Gaya

RAJAH 1: Aktiviti Kreatif bagi Kanak-kanak

4.1 Projek Seni Kreatif

Guru boleh merancangkan projek seni kreatif kepada pelajar supaya mereka tidak
lagi hanya melukis dan berwarna semasa kelas Pendidikan Seni. Antara aktiviti
kreatif yang boleh dijalankan oleh guru seni dalam proses PdP termasuklah
membentuk objek dengan menggunakan plastisin, membuat topeng, menghasilkan
kraf tangan dan sebgainya.

Sebagai contohnya, tatacara untuk menjalankan aktiviti membentuk objek


dengan menggunakan plastisin ialah guru hendaklah menyediakan bahan-bahan
yang akan digunakan dalam proses PdP dan memastikan bahan tersebut adalah
selamat dan sesuai untuk pelajar. Guru juga boleh mencari video dari laman web
yang berkaitan dengan cara untuk membentuk binatang, bunga atau objek lain
dengan menggunakan plastisin. Selain itu, guru juga boleh mendemonstrasi cara
mencubit ,menguli dan memicit plastisin supaya pelajar dapat membentuk objek
yang ingin dihasil dengan baik.

3
GAMBAR 2: Membentuk Objek dengan GAMBAR 3: Pelajar Menunjuk Hasil
Plastisin Topeng

Aktiviti yang menggunakan plastisin dapat memlibatkan otot kecil kanak-


kanak iaitu jari dan pergelangan tangan mereka. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kreatif
tersebut dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak dengan meningkatkan
kemahiran motor halus mereka. Bukan itu sahaja, aktiviti membuat topeng juga
dapat melatih kemahiran menggunakan peralatan kerana aktiviti tersebut akan
menggunakan gunting dan pisau cukur tetapi guru hendaklah sentiasa memberi
perhatian kepada pelajar kerana gunting dan pisau merupakan peralatan yang
amat bahaya.

4.2 Baling Dadu dan Buat Gaya

Aktiviti kreatif yang seterusnya ialah ‘baling dadu dan buat gaya’. Contoh gaya yang
boleh dibuat adalah meniru gerakan ataupun mengeluarkan suara haiwan seperti
arnab, kucing, ular dan sebagainya.

Aktiviti tersebut sesuai untuk dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani.


Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut memerlukan pelajar untuk melompat, berlari
atau merangkak. Oleh sebab itu, padang sekolah merupakan tempat aktiviti yang
sesuai untuk aktiviti tersebut kerana kawasannya besar dan tidak mudah cedera.
Sebelum aktiviti dijalankan, guru jasmani hendaklah menyediakan satu dadu besar
ataupun memberi bahan kepada pelajar untuk menghasilkan dadu dengan kreativiti
mereka.

Setiap muka dadu perlulah dilabelkan satu gaya, contohnya nombor 1 dilabel
‘gerakan arnab’. Jika selepas guru membaling dadu dan muka berhadap atas ialah
1, pelajar dikehendaki meniru gerakan arnab. Guru boleh membahagikan pelajar
kepada beberapa kumpulan dan setiap kali guru membaling dadu, setiap kumpulan
hendaklah mempunyai satu pelajar untuk mewakili kumpulan mereka.

4
Aktiviti baling dadu dan buat gaya tersebut adalah sangat sesuai dan boleh
menjadi salah satu rancangan PdP. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut dapat
menarik minat pelajar serta mengembangkan penggunaan motor kasar kanak-
kanak dengan pergerakan anggota badan. Justeru, aktiviti tesebut dapat
meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak dengan efektif.

4.3 Mencari Harta Karun

Aktiviti mencari harta karun juga merupakan salah satu cadangan aktiviti kreatif
yang boleh dilaksanakan dalam proses PdP. Aktiviti tersebut sangat sesuai untuk
mata pelajaran Sejarah kerana kaedah untuk mendapatkan artifak sejarah adalah
melalui cari gali. Aktiviti mencari harta karun adalah lebih kurang sama dengan
kaedah mencari artifak sejarah tersebut. Oleh sebab itu, guru sejarah boleh
memberi peluang untuk pelajar belajar melalui pengalaman dan tidak lagi
menggunakan kaedah ‘chalk dan talk’.

Guru sejarah hendaklah menyediakan pelbagai barang untuk menjadi harta


karun dan menyembunyikan harta karun tersebut. Selain itu, guru juga hendaklah
menyediakan peta yang sudah melabelkan tempat yang menyembunyikan harta
karun supaya pelajar tidak berselerak, guru boleh menjaga mereka semasa
pelaksanaan aktiviti. Pelbagai peralatan juga perlu disediakan seperti cangkul kecil
dan penyodok untuk membantu pelajar menggali harta karun. Guru hendaklah
mengingati pelajar supaya berwaspada semasa menggunakan peralatan.

Aktiviti tersebut dapat meningkat tahap perkembangan fizikal kanak-kanak


dengan mengembangkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.
Contohnya, penggunaan peralatan untuk menggali harta karun akan melibatkan
otot kecil kanak-kanak manakala pelajar bergerak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain memerlukan otot seluruh badan sekali gus membantu dalam
perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak.

5.0 Penutup

Sebenarnya, pada peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun), perkembangan


fizikal adalah sangat perlahan sekirannya berbanding dengan perkembangan kognitif
dan sosioemosi. Oleh sebab itu, untuk mencapai perkembangan yang optimum, ibu
bapa dan guru hendaklah menggalakkan kanak-kanak supaya sentiasa melakukan
aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal juga merupakan aspek penting dalam mengekalkan

5
kesihatan yang terbaik untuk kanak-kanak. Bukan sahaja membantu dalam segi
pertumbuhan badan malah boleh meningkatkan kecergasan dan stamina mereka.

Selain itu, pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan untuk membentuk


kemahiran fizikal kanak-kanak seperti padang permainan dan peralatan sukan yang
lengkap agar pelajar dapat mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh
Robert Havighurst. Tambahan pula, pemakanan merupakan salah satu faktor yang
boleh memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Justeru, ibu bapa
perlulah memastikan anak sendiri mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang
supaya boleh mendapat nutrient yang diperlukan untuk pembangunan fizikal yang sihat.

Akhir kata, perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu elemen yang sangat
releven dengan membina generasi baharu. Oleh sebab itu, semua pihak hendaklah
berganding bahu dalam usaha perkembangan kanak-kanak kerana mereka merupakan
aset negara yang berharga.

(1298 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai