Anda di halaman 1dari 4

BAB 3: Membina Hubungan yang Positif di dalam Bilik Darjah

● Kepentingan membina hubungan yang positif


● Faktor-faktor mempengaruhi hubungan yang positif antara guru dan murid
● Strategi membina hubungan positif guru-murid
● Dinamika bilik darjah

3.1 Kepentingan membina hubungan yang positif

(a) Kebaikan kepada Guru

- Menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar.

- Lebih senang untuk mengawal murid.

- Meningkatkan kerjasama dengan murid.

- Menaikkan imej guru.

(b) Kebaikan kepada Murid

- Minat murid untuk belajar meningkat.

- Murid lebih memberi kerjasama kepada guru.

- Pencapaian akademik murid meningkat.

- Murid lebih bermotivasi untuk belajar.

3.2 Faktor-faktor mempengaruhi hubungan yang positif antara guru dan murid

(a) Penampilan dan Bahasa Badan Guru

- Murid menilai guru melalui penampilan.

- Penampilan yang profesional, berimej guru dan berwibawa akan memberi


persepsi yang baik kepada murid-murid.

(b) Tingkah Laku Guru

- Mencerminkan perwatakan guru.


- Penggunaan bahasa yang baik menyebabkan murid-murid menghormati guru.

(c) Contoh Teladan yang Baik

- Tunjukkan kelakuan yang baik kerana murid akan mencontohi perlakuan guru.

- Contoh: Guru perlu menunjukkan minat terhadap apa yang diajar agar murid
juga akan berminat dengan ilmu tersebut.

(d) Persekitaran Pembelajaran dalam Bilik Darjah

- Suasana bilik darjah yang teratur, bersih dan nyaman dapat menarik minat
murid-murid untuk menghadiri ke sekolah.

- Hubungan guru-murid bersifat demokratik dan mesra menjadikan murid berasa


tenang dan selamat ketika dalam bilik darjah.

3.3 Strategi membina hubungan positif guru-murid

(a) Ingat nama murid & panggil dengan nama panggilan masing-masing

- Murid akan berasa bangga apabila guru mengingat nama mereka.

(b) Menyemai semangat cinta terhadap kelas/ bilik darjah

- Menjadikan kelas sebagai tempat yang seronok untuk menimba ilmu dengan
menggunakan strategi tertentu.

- Menanamkan sifat kepunyaan melalui aktiviti yang dilakukan secara bersama-


sama.

- Contohnya, guru membuat perbincangan bersama murid untuk menetapkan


cogan kata kelas.

(c) Agihan tanggungjawab bersama

- Melibatkan murid dalam membuat keputusan

- Memberi peluang kepada murid untuk bersama-sama memikul tanggungjawab


bagi memastikan kesejahteraan kelas.

- Contoh: guru dan murid bersama-sama membuat peraturan bilik darjah.


(d) Tetapkan jangkaan yang realistik

- Membuat jangkaan awal tentang keperluan pembelajaran murid-murid

- Jangkaan perlu secara realistik dan menepati kebolehan murid.

- Contoh: guru sains perlu peka akan pengetahuan sedia ada murid dan
kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai.

(e) Tunjukkan keprihatinan

- Guru prihatin akan menguatkan hubungan dengan murid.

- Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan.

- Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid.

(f) Masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

- Untuk mengurangkan tekanan dan menenangkan keadaan murid dalam PdP

- Guru dan murid yang bergelak tawa dalam suasana yang santai akan lebih rapat
dengan murid.

- Contoh: menggunakan karakter kartun, teka-teki dan bahan jenaka.

- Pendekatan humor ini akan menghasilkan suasana pembelajaran yang relaks


dan menyeronokkan.

3.4 Dinamika bilik darjah

(a) Menurut Kamus Oxford (2007),

Dinamika: Kuasa yang menyebabkan pengerakan

Kumpulan: Kelompok individu dalam sesuatu unit sosial

Dinamika Kumpulan: Kuasa yang terdapat dalam kumpulan yang boleh mendorong
ahli-ahli kumpulannya untuk melakukan sesuatu perubahan.

(b) Dinamika Bilik Darjah


- Berupaya mendorong ahli-ahli kumpulan untuk mengubah dan menjayakan
sesuatu berdasarkan kepercayaan dan matlamat kumpulan.

- Boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri:

1. Siapakah kawan baik anda dalam kelas?

2. Siapakah anda tidak sukai dalam kelas?

(c) Pola Kumpulan dalam Bilik Darjah

Bintang- Gelaran untuk murid yang popular

Dyad- Bentuk persahabatan, 2 orang murid saling bersahabat

Klik- 2 orang keatas menjalin persahatan antara satu sama lain

Rantai- Pola berantai, A pilih B sebagai kawan yang disukai, B pilih C sebagai
kawan yang disukai.

Pencilan- Murid ini tidak pilih sesiapa sebagai kawan disukai, orang lain juga
tidak pilih dia.

Singkiran- A memilih B sebagai kawan yang disukai manakala Murid B memilih A


sebagai murid tidak disukai.

(d) Faktor-faktor yang membentuk dinamika kumpulan

- Jantina

- Agama/bangsa

- Status sosioekonomi

- Pencapaian akademik

- Gaya pembelajaran/ personaliti

Anda mungkin juga menyukai