Anda di halaman 1dari 6

Konsep budi bahasa dan kesantunan berbahasa merupakan dua

konsep yang amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malaysia sangat
mementingkan kedua-dua konsep tersebut kerana masyarakat dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai. Bukan itu sahaja, kedua-dua konsep tersebut juga
boleh menjamin kemakmuran dan keharmonian negara. Slogan “Berbudi Bahasa,
Budaya Kita” digunakan untuk menggalakkan semua rakyat supaya mengamalkan
nilai berbudi bahasa.

GAMBAR 1: Logo Budi Bahasa Budaya Kita

Secara umunnya, perkataan budi membawa maksud ketertiban dan


kesantunan seseorang. Perkataan bahasa pula dikenali sebagai bunyi percakapan
atau pertuturan manusia atau berbentuk penulisan. Dengan mengabungkan kedua-
dua perkataan tersebut akan mendapat perkataan budi bahasa yang bermaksud
tutur kata seseorang secara tertib dan bersopan semasa berkomunikasi. Nilai budi
dan bahasa mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Malaysia. Berdasarkan
RAJAH 1, terdapat 7 amalan budi bahasa yang haruslah diamalkan oleh semua
warganegara Malaysia semasa berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian
kerana amalan-amalan tersebut dapat melahirkan individu yang beretika dan
bersopan santun. Di samping itu, jika semua individu mengamalkan amalan budi
bahasa, akan membentukan masyarakat yang bertamadun dan peradaban. Dari
persepektif negara, masyarakat yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej
negara dengan menunjukkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.

1
Tidak
berpaling
muka
Jangan Mengelakkan
berharap mencelah
balasan percakapan

Amalan
Budi
Mengelakkan Bahasa Sentiasa
bercakap hal memberikan
lain nasihat

Guna
Tertib
semasa bahasa
yang
bertutur
mudah

RAJAH 1: Amalan Budi Bahasa

Namun, bagaimanakah kita dapat mengetahui seseorang yang berbudi


bahasa? Sebenarnya, seseorang yang berbudi bahasa mempunyai beberapa ciri
iaitu bertimbang rasa, bertolak ansur, bersopan santun, ramah mesra, toleransi dan
tidak mementingkan diri. (Faridah Nazir et al., 2015).

Tidak Bertimbang
Rasa Bertolak
Mementingkan Ansur
Diri

Ciri-ciri Budi
Bahasa

Bersopan
Toleransi Ramah Santun
Mesra

RAJAH 2: Ciri-ciri Budi Bahasa

2
Selain konsep budi bahasa, konsep kesantunan berbahasa juga
memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Malaysia. Menurut Kamus
Dewan (1984), perkataan “kesantunan’’ bermaksud halus budi bahasa atau budi
pekerti, beradab atau sopan. Sekiranya seseorang itu berbahasa dengan santun,
mereka akan mengunakan bahasa dengan halus, nilai rasa yang baik, penuh
kesopanan dan berusaha mengelakkan konflik antara penutur dengan pendengar
dalam proses berkomunikasi secara lisan atau tulisan.

Terdapat banyak tokoh tempatan dan luar negara telah memberi


pandangan mereka tentang kesantunan. Ahli-ahli akademik tempatan telah
membincangkan dan mentaktif kesantunan dalam konteks masyarakat Malaysia
mempunyai 4 unsur utama. RAJAH 3 menunjukkan 4 elemen penting tersebut.

kesantunan Kesantunan
Kesantunan kesantunan berkaitan sebagai alat
sebagai adalah adab dengan air untuk
peraturan dan tertib muka mengeratkan
seseorang hubungan
RAJAH 3: Unsur utama kesantunan

Menurut Asmah Haji Omar (2002), kesantunan itu sebagai peraturan.


Peraturan berbahasa merupakan penggunaan bahasa yang mengikut peraturan
yang tertentu. Pada umunnya, peraturan terbahagi kepada 3 jenis iaitu peraturan
linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Jika seseorang
mematuhi peraturan-peraturan tersebut, menunjukkan bahawa penggunaan
bahasanya bercirikan kesantunan berbahasa.

Di samping itu, kesantunan sebagai adab dan tertib merujuk


kesantunan berbahasa yang melalui lisan atau tulisan dengan mengandungi elemen
adab tertib, kesopanan, kehalusan dan nilai hormat yang tinggi semasa
berkomunikasi dengan orang lain. (Amat Juhari Moain,1992)

Tambahan pula, menurut Abdull Sukor Shaari et al. (2003),


kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang
dengan penuh sopan, tidak biadab dan tidak kurang ajar. Pandangan beliau
mempunyai persamaan dengan tokoh Amat Juhari Moain. Beliau juga berkaitkan
kesantunan dengan pemilihan kata ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya
yang digunakan apabila berkomunikasi.

3
Seterusnya, kesantunan bahasa ditakrifkan sebagai penggunaan
bahasa yang beradab, sopan dan baik (Awang Sariyan, 2007). Hal ini demikian
kerana penggunaan bahasa yang beradab dapat menonjolkan peribadi mulia
seseorang dan menunjukkan penghormatan kepada individu yang menjadi teman
berbicara.

Selain itu, Noriati A. Rashid (2005) menyatakan bahawa kesantunan


boleh dikaitkan dengan air muka seseorang. Menurut beliau, kesantunan terbina
semasa manusia menjaga air mukanya sebagai suatu strategi untuk mengekalkan
hubungannya dengan Tuhan.

Bukan itu sahaja, kesantunan juga berfungsi sebagai medium untuk


mengeratkan atau merapatka hubungan silaturahim dengan orang lain. Kesantunan
juga ditakrifkan sebagai satu fenomena manusia yang memainkan peranan untuk
mengekalkan hubungan harmoni antara ahli masyarakat. (Radiah Yusoff, 2005)

Asmah Haji Omar Abdull Sukor Shaari Awang Sariyan

GAMBAR 2: Gambar tokoh-tokoh tempatan

Amalan kesantunan bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat


Malaysia, tetapi juga merentasi keseluruh dunia. Oleh sebab itu, selain daripada
tokoh tempatan, tokoh-tokoh luar negara juga memberi pendapat mereka tentang
kesantunan berbahasa.

Kesantunan bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang, tetapi


merujuk pada adab dan ketinggian ilmu (Profesor Hamka, 2002). Beliau juga
berpendapat bahawa kesantunan meliputi kata-kata lemah serta beradab agar
melembutkan hati seseorang. Kita dapat mengetahui kesantunan seseorang dengan
melihat penggunaan bahasanya ketika berkomunikasi.

Selain itu, menurut Lakoff (1975) menginterprestasikan kesantunan


sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam interaksi.
Kesantunan dapat membantu proses interaksi antara dua orang supaya interaksi
tersebut menjadi berefektif dan mesra. Beliau juga memperkenalkan Model

4
Kesantunan Lakoff (1978) yang berfokus kepada kepentingan pendegar dan bersifat
egosentrik.

Bukan setakat itu sahaja, Fraser dan Nolan (1981) berpendapat


bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan yang digunakan oleh penutur
dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni.

Tambah lagi, kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan


pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau juga berpendapat bahawa
kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja tetapi yang pentingnya adalah
menjalankan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan
kuasa. (Leech, 1983)

Akhirnya, menurut dua tokoh yang terkenal iaitu Brown dan Levinson
(1987), mereka mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM). Pada pandangan mereka, setiap individu
mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua iaitu muka positif dan muka
negatif. Sehubung itu, semasa kita berkomunikasi, penutur haruslah mengurangkan
ancaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan.

Geoffrey Neil Leech Profesor Hamka George Lakoff

GAMBAR 3: Gambar tokoh-tokoh luar negara

Selepas saya membaca dan memahami pandangan para tokoh


tentang konsep kesantunan, saya berpendapat bahawa kesantunan merupakan satu
tingkah laku yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi. Tambah lagi,
kesantunan berbahsa ialah penggunaan bahasa yang halus dan bersopan semasa
berinteraksi dengan orang supaya tidak menimbulkan konflik antara satu sama lain.
Bak kata pepatah: “ orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.”
Oleh sebab itu, konsep budi bahasa dan konsep kesantunan berbahasa haruslah
disebar kepada semua orang supay melahirkan insan yang mempunyai sifat-sifat
positif seperti berbudi bahasa dan bersopan santun.

5
Terdapat banyak manfaat yang dapat diperolehi sekiranya kita
mengamalkan amalan budi bahasa dan kesantunan berbahasa. Salah satu kebaikan
ialah kesantunan dapat membantu menwujudkan perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum. Sekiranya semua rakyat mempunyai sikap-sikap seperti
bertoleransi, bertolak ansur dan hormat-menghormati akan membentukan
masyarakat yang aman dan harmoni.

Manfaat yang dapat diperoleh oleh negara ialah hubungan diplomatik


antara negara kita dengan negara lain di dunia dapat dijalin dengan mudah. Hal ini
dikatakan kerana masyarakat yang berbahsa dapat meningkatkan nama baik negara
kita menyebabkan negara lain berminat berhubungan rapat dengan negara kita.
Secara tidak langsung, ekonomi negara kita dapat dimajukan kerana lebih banyak
pelancong asing makan angin di negara kita.

Kesimpulannya, jelasnya bahawa konsep budi bahasa dan kesantunan


berbahasa adalah sangat penting dalam masyarakat Malaysia kerana
mendatangkan banyak faedah. Oleh sebab itu, semua pihak haruslah bekerjasaan
dan berusaha mempromosikan kedua-dua konsep tersebut supaya melahirkan
masyarakat yang bertamadun sekali gus membangunkan negara kita ke arah
negara maju.

Anda mungkin juga menyukai