Anda di halaman 1dari 6

PERANAN AL QURAN DAN

SUNNAH DALAM BIDANG


PENDIDIKAN
Kandungannya sangat sempurna dan tidak bertentangan dengan mana-mana kajian
manusia

Huraian

-Perkara yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis adalah sama dengan kajian yang dilakukan oleh
manusia.

-Contohnya hasil kajian manusia yang menyatakan bahawa air masin dan air tawar tidak akan bercampur
walaupun bertemu.

-Sedangkan Al-Quran telah lama menyatakan perkara tersebut.


Kandungannya mengandungi nilai-nilai yang boleh mendorong manusia untuk
mengembangkan ilmu pendidikan

Huraian

-Hampir dua pertiga ayat Al-Quran memberitahu manusia tentang kewujudan perkara-perkara lain di
muka bumi.

-Contohnya terdapat 283 ayat yang menerangkan berkaitan biologi, 271 ayat berkaitan perubatan dan
banyak lagi.

-Sifat manusia yang suka mengambil tahu akan mendorong mereka untuk mengkaji perkara ini.
Kandungannya membolehkan orang bukan islam tertarik untuk memeluk Islam
berdasarkan kajian mereka.

Huraian

-Isi kandungan Al-Quran adalah sangat relevan sehinggga sekarang.

-Para sarjana Barat yang mengkaji Al-Quran kebanyakannya akan kagum akan ketepatan
ayat Al-Quran tentang banyak perkara seperti dalam bidang sains dan alam semesta.

- Dan ramai di antara mereka yang memeluk Islam kerana percaya bahawa Allah itu maha
besar.
Kandungannya berjaya mewujudkan bidang-bidang Islam dalam pendidikan

Huraian

-Al-Quran merupakan sumber pendidikan dalam Islam yang paling utama.

-Ini kerana cabang-cabang Pendidikan Islam seperti fiqh, usuluddin dan tauhid mestilah
dirujuk di dalam Al-Quran.

-Pelajar mestilah mendalami ilmu-ilmu agama kerana ianya dapat membimbing kita ke
jalan yang benar

Anda mungkin juga menyukai