Anda di halaman 1dari 9

PENGARUH BAHASA

SANSKRIT DALAM
BAHASA MELAYU
-AININ SOFEA DAN AINA QISTINA
Pengenalan
◦ Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain akibat daripada pertembungan
dengan masyarakat luar. Antara bahasa lain yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu
ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajah Barat seperti bahasa
Inggeris, Belanda dan Portugis. Pengaruh ini adalah disebabkan oleh perdagangan,
penjajahan, penyebaran agama dan penyelidikan.
◦ Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula sejak zaman awal kedatangan manusia
Melayu dari Yunan pada 2500 hingga 1500 tahun Sebelum Masihi sehinggalah bahasa
Melayu diletakkan sebagai bahasa kebangsaan apabila negeri-negeri di Alam Melayu
mencapai kemerdekaan. Tahap pertama bermula sejak zaman kedatangan orang Melayu
dari Yunan ke Alam Melayu hinggalah membawa kepada zaman meresapnya pengaruh
bahasa Sanskrit.
Contoh Bahasa sanskrit
Bilangan Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu

1. bHAsika dialek, bahasa

2. cittaja & -janman cinta

3. supati suami
4. KArpAsa kapas

5. karanka Kepala/rangka

6. adoSa Tidak berdosa

7. doSavat Salah/dosa

8. argha harga
Faktor Pengaruh Bahasa Sanskrit
◦ Orang Melayu dikatakan berasal dari Yunan dan dikenali sebagai Melayu Deutro. Bahasa
yang digunakan dinamakan bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh
bahasa Sanskrit.
◦ Bahasa Sanskrit dapat meresap ke dalam bahasa Melayu melalui para pedagang dari India
yang berulang-alik atau singgah di Kepulauan Melayu yang ketika itu menjadi pusat
perdagangan. Kedatangan para pedagang India dan penyebar agama Hindu
menyebabkan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa golongan kelas
atasan digunakan dengan meluas.
◦ Para pedagang yang menetap di rantau mengamalkan agama Hindu dan Buddha serta
mengamalkan adat-istiadat negara asal mereka. Masyarakat asal Kepulauan Melayu yang
bergiat dalam perdagangan juga turut membawa bahasa Sanskrit ke rantau ini.
◦ Kemasukan pengaruh Sanskrit ini membawa kesan yang positif terhadap perkembangan
bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dapat diangkat daripada menjadi bahasa yang
rendah tarafnya menjadi bahasa yang bertaraf tinggi.
◦ Pada zaman itu, bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu purba.
Selain itu banyak istilah yang baru dimasukkan yang meliputi seluruh aspek kehidupan,
iaitu daripada nama-nama bahagian tubuh, nama binatang, soal keagamaan, pelayaran,
tumbuhan dan pernyataan fikiran. Ini menjadikan bahasa itu lengkap dan boleh
digunakan untuk menyatakan sebarang maksud dan menyampaikan idea-idea baharu yang
tinggi.
◦ Pengaruh Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung dan pengaruh tidak
langsung.
◦ Pengaruh langsung iaitu apabila istilah daripada bahasa Sanskrit diterima terus ke dalam
kosa kata bahasa Melayu. Ini kerana istilah itu memang tiada langsung dalam bahasa
Melayu atau istilah sedia ada tetapi digantikan dengan bahasa Sanskrit kerana lebih elok
disebut atau lebih tinggi tarafnya atau istilah yang ada dalam bahasa Melayu tidak lengkap
maksudnya.
◦ Pengaruh tidak langsung ialah penyesuaian yang dibuat daripada proses pinjaman itu.
◦ Pengaruh utama adalah dari segi kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Banyak perkataan
baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui
menggunakan bahasa Sanskrit kerana tidak cukup kata dalam bahasa Melayu kuno untuk
menyatakan pengertian-pengertian asing serta kesediaan di kalangan tertentu untuk
menggunakan bahasa asing yang dianggap lebih standard, lebih tinggi tarafnya dan
kemuliaannya.
Contoh Bahasa Sanskrit yang telah masuk
dalam Bahasa Melayu
◦ budaya ,budi , bukti , bulu roma , bumiputera ,
◦ cara , catur , cedera , cendekia , cendekiawan , cengkerama ,
◦ dahaga , dendam , denda , dasawarsa , derita
◦ maharaja , mahardika , mahkota , malapetaka, mercapada , mangsa
Penutup
Akibat daripada penjajahan, kemasukan unsur-unsur Barat dalam bidang morfologi
dan sintaksis serta gaya dan cara pengungkapan bahasa Melayu telah dipengaruhi
oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu telah banyak menerima perkataan dan unsur
bahasa lain yang banyak sama ada dari Barat ataupun Timur. Proses ini masih
berterusan dan dianggap positif sebagai sumber yang mengembangkan bahasa
Melayu sehingga kini. Walaupun bahasa Sanskrit dianggap sudah mati, namun
sumbangan perkataan-perkataan Sanskrit telah banyak membantu membina dan
meninggikan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap serta mencakupi
semua bidang dalam arus globalisasi ini.

Anda mungkin juga menyukai