Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM

Nama : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI


Angka Giliran : 2022182310011
No. K/P : 041209020127
Unit : BAHASA MELAYU 1
Kod & Nama : GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM
Kursus
Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI
Nama Pensyarah : USTAZ ZAKIR BIN MAJID
Tarikh Hantar : 21 SEPTEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: AMMAR Tarikh: 21 September 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1.0) Penghargaan 1
2.0) Pengenalan 2
3.0) Hukum pemerdagangan manusia 2
4.0) Punca pemerdagangan manusia 3
5.0) Kesan pemerdagangan manusia 4
6.0) Cara mengatasi jenayah ini 4
7.0) Konklusi 5
8.0) Rujukan 6
1.0) Penghargaan

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan esei bagi kursus penulisan akademik ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Zakir bin Majid yang telah banyak
membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa
sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan penulisan
esei ini.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih
kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam
melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana
dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada
mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan
sebagainya. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh mereka telah banyak
memotivasikan diri saya untuk terus gigih melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung

1
Isu pemerdagangan wanita di Malaysia

Oleh: Muhammad Ammar bin Rosidi

2.0) Pengenalan

Isu berkaitan pemerdagangan manusia merupakan satu isu jenayah global yang telah
melanda banyak negara termasuklah negara kita Malaysia. Namun kebelakangan ini, isu ini
sering menjadi buah mulut masyarakat di negara kita. Baru-baru ini, tujuh wanita yang
dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan di Klang.
Perkara ini menjadi bukti bahawa jenayah pemerdagangan wanita ini masih bergiat aktif
sehingga kini. Jika kita bicarakan tentang pemerdagangan wanita, pemerdagangan wanita
merujuk kepada suatu jenayah perdagangan, jual beli atau pemindahan wanita secara
haram dan tidak sah. Golongan wanita yang sepatutnya dilindungi kini telah menjadi
mangsa utama dalam sindiket pemerdagangan manusia ini. Antara bentuk pemerdagangan
wanita yang sering terjadi ialah golongan wanita dijadikan sebagai hamba abdi dan dikaitkan
dengan aktiviti pelacuran. Di Malaysia, aktiviti pelacuran bukanlah satu jenayah yang asing
lagi dalam negara kita, malah Malaysia seakan-akan menjadi negara transit bagi negara-
negara lain dalam melakukan proses pemerdagangan wanita. Jenayah ini bukan sahaja
salah dari sisi undang-undang, malah ia juga merupakan suatu perbuatan yang salah dari
sisi agama.

3.0) Hukum pemerdagangan manusia

Dari aspek agama Islam, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
dalam firman Allah hadis qudsi yang membawa maksud:

“Tiga golongan Aku musuhi mereka di hari kiamat dan siapa yang Aku musuhinya nescaya
Aku kalahkannya. Lelaki yang memberi bai’ah dengan-Ku kemudian dia memungkirinya.
Lelaki yang menjual orang yang merdeka kemudian dia makan harganya dan lelaki yang
mengupah seseorang sedangkan orang itu melaksanakan tugasnya kemudian dia tidak
membayar upahnya.”

(Riwayat Bukhari (2227))

Selain itu, Al-Mahallab pernah berkata:

“Sesungguhnya besarnya dosa bagi sesiapa yang menjual orang yang merdeka. Ini kerana
semua orang Islam sama saja dari sudut zimmah dan kehormatannya. Siapa yang menjual
orang yang bebas dan merdeka sebenarnya dia telah melakukan perbuatan yang Allah tidak
izinkan dan akan membawa kepada kehinaan. Ini termasuk dosa besar.”
2

Disamping itu, Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat yang ke-70, maksudnya:

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling
mulia. Oleh itu, perbuatan pemerdagangan manusia merupakan salah satu perbuatan
merendahkan martabat seorang manusia. Jelaslah disini bahawa hukum pemerdagangan
manusia dalam pelbagai bentuk adalah diharamkan di sisi Islam dan merupakan salah satu
perbuatan yang berdosa besar. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengetahui dengan lebih
lanjut berkaitan faktor awal berlakunya pemerdagangan wanita ini.

4.0) Punca pemerdagangan wanita

Pada realitinya, kemiskinan atau masalah kewangan menjadi salah satu punca utama
berlakunya pemerdagangan wanita. Hal ini dikatakan kerana mangsa-mangsa
pemerdagangan wanita ini berkemungkinan terpaksa berhijrah ke negara lain disebabkan
faktor kemiskinan yang mereka alami di negara mereka. Pada zaman kini, manusia sanggup
melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sumber wang dalam meneruskan kehidupan.
Mangsa yang beranggapan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan di negara orang
sebaliknya telah ditipu dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak dan seterusnya dipaksa
untuk menjadi hamba abdi, pelacur dan sebagainya.

Selain itu, individu juga menjadi salah satu faktor dalaman dalam pemerdagangan wanita
ini. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat akan memilih jalan yang
pintas seperti menjadi ejen dalam jenayah pemerdagangan wanita ini untuk mengaut
keuntungan yang lumayan. Ejen-ejen yang diupah oleh sindiket pemerdagangan wanita
inilah yang menyebabkan kes ini semakin meningkat. Mereka seakan-akan sanggup
melakukan apa sahaja termasuklah jenayah ini bagi mendapatkan sumber wang.
Contohnya, mereka telah menipu, memanipulasi, mendera dan memaksa mangsa untuk
melakukan aktiviti pelacuran.

Bukan itu sahaja, jenayah pemerdagangan wanita ini juga berjaya masuk ke negara kita
disebabkan oleh sikap segelintir pihak berkuasa yang menerima rasuah. Apabila ejen-ejen
sindiket ini berjaya memberikan rasuah kepada pihak berkuasa, mereka dengan mudahnya
dapat terus memperkembangkan sindiket mereka dan membawa masuknya ke dalam
negara kita. Walaupun pahit untuk diucap, namun mereka dilihat lebih rela menggadaikan
maruah agama, negara dan bangsa demi mendapatkan wang dari sumber yang haram.
3

5.0) Kesan pemerdagangan wanita

Seterunya, jenayah pemerdagangan wanita juga memberikan kesan yang negatif kepada
semua pihak terutamanya wanita. Antaranya ialah wanita yang menjadi mangsa bagi
sindiket ini akan hilang maruah dan kehormatan diri mereka. Walaupun mereka melakukan
kegiatan pelacuran secara paksa dan bukan secara suka rela, namun mereka masih akan
dipandang hina oleh golongan masyarakat. Dalam aspek agama Islam, kehormatan dan
maruah wanita amat tinggi darjatnya. Namun apakan daya, disebabkan oleh jenayah
pemerdagangan ini, wanita-wanita ini telah hilang kehormatan diri mereka.

Disamping itu, sindiket pemerdagangan wanita ini juga secara tidak langsung dapat
mencemarkan imej negara di mata dunia. Malaysia sering disebut sebagai negara destinasi
atau suatu transit ekoran negara kita yang mempunyai banyak kes berkaitan
pemerdagangan wanita ini. Hal ini sedikit sebanyak juga telah mencemarkan imej agama
Islam kerana majoriti penduduk di negara kita beragama Islam.

Seterusnya, jenayah pemerdagangan wanita ini juga mampu menjejaskan hubungan


diplomatik antara negara. Sekiranya terdapat sebarang kes yang melibatkan mangsa warga
asing, ia akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati antara negara kita dengan negara lain.

6.0) Cara mengatasi isu pemerdagangan wanita

Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan
menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat. Pihak berkuasa perlulah
mengetatkan undang-undang bagi menangani isu pemerdagangan wanita ini. Sebagai
contoh, pihak berkuasa perlulah memberikan hukuman yang lebih berat seperti hukuman
penjara selama 5 tahun atau lebih dan mengenakan denda dengan sejumlah amaun yang
tinggi kepada pesalah. Selain itu, sekiranya terdapat mana-mana pegawai kerajaan yang
menerima rasuah atau bersubahat dalam sindiket ini, anggota kerajaan tersebut perlulah
dilucutkan jawatannya serta merta. Kerajaan juga perlu mengarahkan semua premis kelab
malam yang menyediakan khidmat pelacur agar ditutup dengan kadar segara

Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan didikan
agama kepada anak-anak. Sebagai seorang yang beragama Islam, agama sangatlah
penting dalam kehidupan kita. Kita perlulah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan
berpegang teguh dengan al-Quran bagi mengelakkan diri kita terjerumus ke dalam lembah
kehinaan.
4

7.0) Konklusi

Secara kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing bagi


memerangi jenayah pemerdagangan wanita ini. Walaupun isu ini dilihat semakin hari
semakin meningkat, namun tidak mustahil jika isu ini dapat diatasi pada suatu hari nanti
sekiranya semua pihak bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai seorang yang
beragama Islam, kita perlulah menjaga kehormatan diri kita terutamanya golongan wanita
kerana maruah yang ada pada diri kita tiada nilai gantinya. Walaupun kita berada dalam
keadaan kesempitan hidup, janganlah sesekali kita memilih jalan pintas seperti jenayah
pemerdagangn manusia ini. Akhir sekali, kita perlulah berpegang teguh dengan apa yang
ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu al-Quran dan al-Sunnah agar hidup kita
diredhai oleh Allah dan terhindar perbuatan terkutuk.
5

8.0) Rujukan
Aktiviti Pemerdagangan Manusia ( Kesan Negatif Kepada Negara dan Usaha Untuk
Mengekang Masalah Ini). (2015, Jun 14). Retrieved from Tingkatan Enam:
https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/aktiviti-pemerdagangan-manusia-
kesan_14.html
BAYAN LINNAS SIRI KE-25 : PEMERDAGANGAN MANUSIA: HUKUM DAN
PENYELESAIANNYA. (2015, Jun 6). Retrieved from Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1805-
pemerdagangan-manusia-hukum-dan-penyelesaiannya
Dr. Mustafa al-Bugha, M. M. (2021). Kehormatan Muslim. Rawang: PUSTAKA SALAM SDN.
BHD.
JIM selamatkan 9 wanita mangsa pemerdagangan manusia tawar kerja di Timur Tengah.
(2021, July 11). Retrieved from Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729261/jim-selamatkan-9-wanita-
mangsa-pemerdagangan-manusia-tawar-kerja-di-timur
Khalid, K. A. (2015). Pemerdagangan Manusia: Hak, Hambatan dan Inisiati. Bangi: Penerbit
UKM.
Noh, N. C. (2022, Ogos 21). Tujuh wanita mangsa pemerdagangan orang diselematkan.
Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/990883/tujuh-wanita-mangsa-
pemerdagangan-orang-diselamatkan
Pemerdagangan manusia: Malaysia kekal di tahap 3 dua tahun berturut-turut. (2022, July
20). Retrieved from Astro Awani:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerdagangan-manusia-malaysia-
kekal-di-tahap-3-dua-tahun-berturutturut-371973
Rosly, E. (2013, November 19). Esei Pemerdagangan Manusia. Retrieved from Nelya Rosly:
http://nelyarsly21.blogspot.com/2013/11/esei-pemerdagangan-manusia.html
Siti Hanna Aisya Noorazman, S. N. (2017). Pemerdagangan Seks Di Malaysia: Satu
Jenayah Globalisasi. Jurnal Wacana Sarjana, 1-19.
Veenthan, E. (2020). Golongan Wanita Mangsa Sebagai Perdagangan. ResearchGate, 1-
14.

Anda mungkin juga menyukai