Anda di halaman 1dari 1

Konsep Kebajikan Di Dalam Islam

Islam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang
sebenar dan sempurna berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep
tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu
sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia
dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain
daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”

(Riwayat at-Tabarani)
Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang hidup mewah
dan berada akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat manusia yang hidupnya
ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu kehidupan yang serba
kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu, syara’ telah menuntut golongan yang
dilabelkan dengan status kehidupan yang serba mewah ini bagi membela dan
memberikan pertolongan kepada golongan yang miskin dan lemah. Paparan melalui
media massa saban hari menengahkan isu berkenaan kisah penderitaan masyarakat
yang dilanda pelbagai musibah dan bencana yang menimpa mereka. Siapakah yang
berperanan untuk membantu golongan tersebut?

Firman Allah S.W.T:

Ertinya:“ Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah
menjaga kehidupan manusia semuanya.”

(Surah al-Maidah ayat ke 32)

Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak


mereka merupakan salah satu daripada cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan
tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan Rasul.

Firman Allah S.W.T:

Ertinya : “Kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
Akhirat).” (surah al-Hajj ayat ke 77)

Kesimpulannya, Islam itu menjaga kebajikan bersama dan sesungguhnya manusia itu
tidak boleh hidup bersendirian.Oleh itu,kehidupan bermasyarakat tidak lari daripada
saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai