Anda di halaman 1dari 17

<ABSH2103>

<PENGAJIAN ISLAM>

<2018>

<ABSH2103>

<ULUM AL-HADIS>

NO. MATRIKULASI : <960202065637001>


NO. KAD PENGNEALAN : <960202-06-5637>
NO. TELEFON : <019-9432769>
E-MEL : <shaifulsyazwan@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM TEMERLOH>

0
<ABSH2103>
Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

1. Isi Kandungan ............................................................................................................ 1

2. Pendahuluan ............................................................................................................... 2

3. Kepentingan Ilmu Rijal Al-Hadis .............................................................................. 3-5

4. Karya Rujukan Rijal Al-Hadis ................................................................................... 6-9

5. Keterangan Isi Kandungan Kitab .............................................................................. 10-13

6. Penutup........................................................................................................................ 14

7. Rujukan ....................................................................................................................... 15

1
<ABSH2103>
Pendahuluan

Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang mana manusia perlu menggunakan
agama sebagai landasan dalam menentukan jalan hidup yang benar. Kedudukan hadis begitu
tinggi selepas Al-quran. Para ulama` dan orang-orang yang memiliki keutamaan, baik
dikalangan salaf mahupun khalaf, dengan sepakat menyatakan bahawa hadis adalah tafsiran
bagi mentafsir Al-quran, sebagai pembatas bagi ayat-ayatnya yang mutlak (pasti),
pengkhususan bagi ayat-ayatnya yang umum, penjelasan bagi ayat-ayatnya yang mubham
(samar-samar maksudnya) dan perincian bagi ayat-ayatnya yang bersifat mujmal (umum).
Para muhaddisin telah mengumpul hadis-hadis baginda dengan berlandaskan sanad-sanad
yang diyakini. Mereka telah mengkaji dan meneliti periwayatan hadis dengan pelbagai
kaedah untuk mendapatkan berbezaan hadis yang sohih mahupun yang cacat dan hadis yang
lemah ataupun kuat untuk dijadikan hujah mahupun untuk dijadikan sebagai panduan hidup
yang dianjurkan oleh baginda. Dengan ini, terdapat pelbagai agama yang menunjukkan
fahaman yang berbeza dalam menunjukkan jalan kehidupan penganut yang menganuti agama
itu. Kedatangan Islam dengan Al-quran dan Hadis telah membuka lembaran baru dalam
sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu seperti Usul Al-fiqh, Usul Tafsir
dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan
ilmu seperti itu tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk menghuraikan dan
menjelaskan maksud Al-quran dan Hadis. Ilmu lain yang muncul selepas itu adalah seperti
ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu yang berkait dengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis-
hadis Rasulullah. Ilmu ini sangat meluas dan mengetahuinya adalah mengetahui satu
bahagian yang besar dalam ilmu Islam. Imam Ali bin al-Madani pernah berkata: ”kefahaman
yang mendalam tentang makna-makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenai para perawi
adalah separuh ilmu”. (Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80). Kata-kata ini adalah jelas
menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu Rijal Hadis yang sebaris dengan ilmu
memahami hadis. Oleh kerana itu, ulama` menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung
banyaknya tentang keadaan para perawi hadis.

2
<ABSH2103>
Kepentingan ilmu Rijal al-Hadis

Secara umumnya, ilmu ini membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir dan
tarikh lahir, kematian, guru-guru, aliran mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dikunjungi
dan didiami seta lainnya. Ilmu sangat berkaitan dengan sejarah perawi hadis, mazhab yang
mereka anuti atau berpegang dengannyaserta cara mereka menerima hadis. Semua itu penting
untuk menerima hadis atau menolak riwayat mereka. Ilmu ini diguna secara meluas untuk
mengetahui kelangan perawi yang dapat merasai 60 tahun di zaman Jahiliyah dan 60 tahun di
zaman Islam iaitu Hakim bin Hizam dan Hasan bin Thabit. Selain itu, ia juga berguna untuk
mengetahui kaedah mereka menerima dan meriwayatkan hadis dari guru mereka dan
siapakah murid-murid mereka untuk menentukan kesahihan kesinambungan sanad. Pengajian
sanad tanpa Ilmu rijal ini adalah tidak sempurna akal. Ianya adalah sumber utama untuk
mengetahui kedudukan sesebuah hadis. Sanad juga merupakan suatu kaedah untuk
menetapkan hukum dalam perundangan.

Kepentingan ilmu Rijal al-Hadis ini secara asasnya untuk mengenal para perawi. Sudah
menjadi kebiasaanya para perawi hadis dikenali dengan nama asal tetapi ada kalanya lebih
dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan) maka itu dikatakan
kuniyah. Kuniyah merupakan panggilan yang biasa digunakan dalam sistem panggilan
masyarakat arab yang menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Begitu juga
apabila perawi itu dikaitkan dengan suatu bangsa, tempat dan kedudukan maka itu dipanggil
sebagai nasbah. Selain itu, ada juga perawi yang diberikan laqab dan gelaran yang
melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz, Syaikh al-Islam
dan lain-lain. Ulama` yang menyusun perawi itu akan memperkenalkan perawi itu dengan
namanya, kunyahnya, gelarannya kemudian nisbah kepada negeri. Akan tetapi, seandainya
kunyah atau gelarannya itu lebih terkenal maka itulah yang akan didahulukan. Pengenalan
seorang perawi itu akan lebih jelas lagi dengan dinyatakan bapanya, datuknya dan juga
moyangnya.

Kepentingan menyatakan tarikh dalam ilmu Rijal al-Hadis ialah untuk menentukan tabaqah
(lapisan) atau generasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambung-
sambung dalam sanad atau tidak. Ini kerana bersambung-sambung itu syarat bagi kesahihan
hadis sementara terputus pula sebab kepada kecaman pada hadis. Selain itu, pendustaan
sesetengah perawi dapat dikesan dengan menghintung tahun kewafatan perawi yang didakwa

3
<ABSH2103>
sebagai punca hadis dan tahun perawi yang mendakwa. Diriwayatkan daripada Ismail bin
Iyash al-Himsi, katanya ”satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadis datang kepada
saya”. Mereka berkata bahawa di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan hadis daripada
Khalid bin Ma’dan. Lalu saya bertanya kepada mereka tahun berapa anda mencatat hadis
daripada Khalid. Maka dia menjawab ”pada tahun 113H”. Lalu saya berkata,” sesungguhnya
anda mendakwa bahawa anda telah mendengar daripada Khalid adalah tujuh tahun setelah
kematian beliau. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157). Perhatian Ulama` terhadap tahun
kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi
dinamakan dengan al-Tawarikh sebagaimana yang dapat dilihat para al-Tarikh al-Kabir yang
ditulis oleh Imam al-Bukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Ma’in. Terdapat
juga Ulama` yang menyusun nama-nama perawi mereka menggunakan tahun kewafatan dan
kaedah ini dikenali dengan al-Wafayat. Contohnya, Kitab al-Tarikh oleh Abi Bisyr Harun bin
Hatim al-Tamimi, al-Tarikh karangan Abu Musa Muhammad bin al-Muthanna al-`Anazi.

Selain itu, kepentingan ilmu Rijal al-Hadis adalah nama guru dan muridnya. Ini sudah
menjadi kebiasaan para ulama` dalam menyusun kitab-kitab untuk menyenaraikan guru-guru
atau murid-murid bagi perawi atau hanya menyebut mereka yang terkenal dalam
mariwayatkan hadis sahaja. Di samping itu, disebut juga siapakah yang mengambil riwayat
dalam meriwayatkan hadis secara terus dan juda melalui perantaraan. Semua ini dapat
membantu para pengkaji Rijal al-Hadis untuk mengetahui terdapat pertemuan antara seorang
Syaikh dengan perawi tersebut. Pengarang kitab-kitab Rijal al-Hadis akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid yang berkaitan. Ini menjadi bukti
kukuh dalam menetapkan bahawa hadis itu sohih tanpa wujud keraguan yang disebabkan
oleh kecacatan para Rijal al-Hadis. Sebagai contohnya, di bawah biografi Imam Ahmad, al-
Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus tiga puluh orang guru Imam Ahmad dan lebih
kurang lapan puluh orang murid. (Tahzib al-Kamal, jul. 1 437).

Seterusnya, kepentingan ilmu Rijal al-Hadis ini juga terdapat dalam pengembaraan ilmu.
Pengembaraan ilmu atau disebut sebagai rihlah sebenarnya memainkan peranan penting
dalam sejarah ilmu hadis sama ada dari segi pengumpulan hadis mahupun mengenalpasti
kedudukan para perawi. Sejarah telah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah membeli
seekor tunggangan dan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk mendapatkan kepastian
daripada `Uqbah bin `Amir adakah beliau mendengar sebuah hadis tentang melindungi orang
mukmin. Selepas itu, beliau terus pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. (Abu Lubabah,

4
<ABSH2103>
al-Jarh wa al-Ta `dil, hal. 24). Apabila berlaku gejala pemalsuan hadis, para ulama`
mengembara ke setiap pelusuk negeri untuk mengkaji punca-punca hadis maudu` seterusnya
mereka dapat mengetahui siapa yang terlibat dalam gejala ini. Dengan ini, pengembaraan
ilmu para perawi hadis ini telah menjadikan para muhaddisin lebih mahir dan dapat mengkaji
sejauhmana kesohihan sesebuah hadis untuk diamalkan serta disebarkan kepada mukmin
yang lain. Faedah dalam mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ilmu itu ialah
menentukan bersambung-sambung sanad perawi itu dengan ulama` hadis di negeri itu.
Contohnya sekira perawi itu tidak pernah sampai ke Mesir dan tidak didapati bahawa terdapat
ulama` Mesir yang bertemu dengannya, lalu perawi itu meriwayatkan satu hadis dari ulama`
Mesir maka para ulama` hadis akan berhati-hati dengannya. Ini kerana sudah ada keraguan
dalam riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadis itu tidak bersambung-sambung
di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu dituduh berdusta, tidak
tepat atau lalai.

Oleh itu, kepentingan ilmu Rijal al-Hadis ini terletak kepada perawi itu sendiri. Memeriksa
kedudukan perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan riwayat hadis. Ia dapat
membantu para pengkaji hadis dalam berhadapan dengan pereka-pereka hadis. kataSufyan al-
Thauri:”apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan
sejarah untuk melawan mereka”. (al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119). Pada pandangan ulama`
sanad ialah jalan yang menyampaikan kepada matan bagi hadis. Sanad merupakan ciri khusus
umat Islam. Sebelum kedatangan Islam, sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam
menukilkan berita-berita malah kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat
dibuktikan kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Dengan itu, ilmu Rijal al-Hadis ini telah
menjadikan perintis kepada pengkaji sejarah untuk mengkaji sejarah menggunakan kaedah
Islam.

5
<ABSH2103>
Karya rujukan Rijal al-Hadis

1. Kumpulan hadis yang disepakati 4 Imam

Buku ini ditapis oleh Perpustakaan Nasional RI: Katalog Dalam Terbitan (KDT). Ditulis oleh
As-Suyuthi, Muhammad Bin Kamal Khalid yang telah diterjemah oleh Marsuni Sasaky dan
diselaraskan oleh Ahmad Taufiq Abdurrahman. Diterbitkan di Pustaka Azzam pada tahun
2006 di Jakarta Indonesia. Tajuk asal ialah Ar-Riyadh Al Murba’ah Fima Ittafaq Alaih Al
Arba’ ah (Abu Daud, Tarmizi, Nasa`i dan Ibnu Majah / Muhammad bin Kamal Khalid As-
Sayuthi.

2.Ringkasan Shahih Al-Bukhari

Buku ini telah disusun oleh Imam Az-Zabidi. Cetakan pertama pada tahun 2004. Hak cipta
Mizan Pustaka Bandung. Diterbitkan oleh CRESCENT NEWS (KL) SDN BHD beralamat
19, Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves Selangor, Malaysia. Dicetak oleh
PERCETAKAN ZAFAR SDN BHD.

6
<ABSH2103>
3.Himpunan Hadis Modal Insan

Buku ini telah disusun oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Diterbitkan oleh Telaga Biru
pada Mac 2007 beralamat 79-1B, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Dicetak oleh
Digitpress Sdn Bhd beralamat 7 Jalan BK 1/11, Bandar Kinrara 47100 Puchong, Selangor
Darul Ehsan.

4.Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan

Buku ini merupakan sebuah terbitan dari Telaga Biru beralamat 28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industri Park, 52200 Kuala Lumpur pada 2008. Buku ini disusun oleh Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Dicetak oleh Digitpress Sdn Bhd beralamat 7 Jalan BK 1/11, Bandar
Kinrara 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Buku ini merupakan sambungan daripada
Himpunan Hadis Modal Insan.

7
<ABSH2103>
5.Terjemah Hadis mengenai Pribadi dan Budi Pekerti Rasulullah

Diterjemah oleh Dr. M. Tarsyi Hawi. Merupakan cetakan yang ke 4. Telah diterbitkan oleh
Diponegoro Bandung Indonesia. Kitab asal ditulis oleh At-Tarmizi (Abu Isa Muhammad bin
Isa bin Saurah). Nama asal kitab ini ialah ‫ الشاءل المحمدية‬.

6.Al-Wafi
Buku ini merupakan syarah kepada kitab Arba’in An-Nawawiyah (hadis 40). Disusun oleh
Dr. Musthafa Died Al-Bugha Muhyiddin Mistu. Diterbitkan oleh Al-I’tishom pada tahun
2003 beralamat Jl. Pemuda III No. 10 Rawamangun, Jakarta Timur 13200 Indonesia.

8
<ABSH2103>

7.Intisari Riyadhu Shalihin


Buku ini merupakan terjemahan kepada kitab Mukhashar Riyadhu Shalihin hasil karya Imam
Nawawi. Buku ini telah diterjemah oleh Masyu` Al-Jalis Ash-Shalih dan diterbitkan
AQWAM beralamat Jl. Menco Raya 112 Gonilan, Kartasura, Solo 57162 Indonesia pada
tahun 2010 bersamaan Rabi`ul Awwal 1431H.

8.Shahih Fadhilah Amal


Buku ini merupakan sebuah buku terjemahan dari kitab Al-Khulasshah Fii Fadhaa`il Al-
A`mal. Buku ini telah disusun oleh Syaikh Ali bin Nayif Asy-Syuhud. Ia telah diterbitkan
oleh Masyu` Al-Jalis Ash-Shalih dan diterbitkan AQWAM beralamat Jl. Menco Raya 112
Gonilan, Kartasura, Solo 57162 Indonesia pada tahun 2009.

9
<ABSH2103>
Penerangan isi kandungan kitab

1. Kumpulan hadis yang disepakati 4 Imam


Kitab ini menerangkan tentang beberapa perkara yang penting dalam kehidupan manusia
sebagai seorang muslim. Ia diterangkan berdasarkan beberapa kaedah yang diteliti oleh 4
Imam tersebut. Antaranya ialah Takhrij hadis-hadis 4 Imam tersebut. Bentuknya adalah
kaedah seseorang mustakhrij meriwayatkan kembali hadis-hadisnya yang ada kesamaan
antara sanad yang ia dapati dari para gurunya dengan klasifikasi keunggulan sanadnya.
Contohnya seperti takhrij yang dilakukan oleh Abu Nua’im dan Al Ismaili terhadap kitab
Shahihain. Selain itu, ia menggabungkan antara beberapa hadis yang ada dalam kitab As-
Sittah. Ini merupakan pengabungan yang dilakukan oleh Al Humaidi terhadap kitab
Shahihain. Dalam kitab ini, menjelaskan syarah yang begitu jelas. Semua kitab hadis dari
kitab As-Sittah telah memberi perhatian yang tinggi kepada para para Ulama` kerana kitab-
kitab ini menjelaskan segala penjelasan (syarah) dengan begitu baik.pengarang kitab ini telah
meringkaskan segala keterangan supaya ia lebih mudah difahami dengan syarah yang padat.
Seperti yang dilakukan oleh penulis At-Tajrid terhadap sahih Al-Bukhori dan Al Mundziri
terhadap sahih Muslim dan Sunan Abu Daud. Kitab ini juga memberi perhatian yang lebih
terhadap Rijal al-Hadis yaitu dengan memuatkan seberapa banyak mungkin para tokoh yang
menjadi sanad hadis. Tidak dilupakan bahawa terdapat Athraf iaitu pangkal perawi hadis.
Karya yang dihasilkan oleh Syaikh Muhammad kamal ini dapat disimpulkan dengan 4
perkara. Yang pertama ialah meringkaskan isnad hadis yang ada dalam kitab induk. Yang
kedua ialah melengkapi perkara yang luput dari ringkasan isnad dengan menjelaskan darjat
hadis tersebut secara ringkas. Yang ketiga ialah mempertemukan pelbagai hadis dan riwayat
yang terdapat dalam 4 kitab hadis induk. Yang ke empat ialah memberi penjelasan (syarah)
terhadap hadis-hadis tersebut untuk menunjukkan beberapa pengertian yang berkenaan
dengan aspek fikh, ilmu dan pendidikan dengan pembahasan yang ringkas tanpa
menghilangkan maksud yang sebenar.

2. Ringkasan Shahih Al-Bukhari


Dalam buku ini, Imam Bukhari telah mengklafikasikan dan menyusun hadis-hadis yang
berhubung dengan setiap persoalan yang ada kaitannya dengan hadis-hadis tersebut. Ia
menjadi rujukan kedua dalam memperdalamkan lagi sunnah Rasulullah yang menjadi sumber
hukum Islam kedua selepas Al-quran. Dalam setiap bab, beliau telah memberikan sebuah
tajuk khusus untuk menjawab segala persoalan tertentu dan dibawah tajuk tersebut beliau

10
<ABSH2103>
meletakkan didalamnya hadis yang berkaitan dan relevan dengan tajuk tersebut. Kaedah ini
menjadikan hadis yang sama itu akan berada dibawah tajuk yang berlainan kerana sebuah
hadis itu biasanya berhubung dengan sebahagia besar dalam aspek hukum Islam. Imam
Bukhari menggunakan semua hadis-hadis tersebut untuk menjawab segala persoalan.

3.Himpunan Hadis Modal Insan


Buku ini memaparkan 25 hadis merangkumi 4 aspek kehidupan iaitu membentuk peribadi
dan sahsiah insan iaitu akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, benar, ikhlas,
marah serta malu. Dalam bidang pekerjan dan kerjaya pula, buku ini membahaskan tentang
ketekunan bekerja, menguruskan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik,
menjauhi sifat yang malas serta sikap menangguhkan kerja. Dalam perhubungan sesama
manusia pula, buku ini membicarakan tentang kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir
janji dan berdusta. Yang terakhir, buku ini membahaskan tentang bidang ekonomi dari sudut
pembangunan dan perbelanjaan. Semua aspek ini disyarahkan dengan jelas dan dikuatkan
lagi dengan pelbagai hadis. Setiap hadis dipilih dari segi pokok persoalan atau tajuk, matan
hadis, sanad, maksud hadis, riwayat hidup (manaqib) serta sejarah perawi/sahabat, pengajaran
hadis, sokongan dari ayat suci Al-Quran, sokongan hadis-hadis yang lain, mutiara kata yang
berkaitan serta suri teladan yang dapat diambil.

4.Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan


Terdapat dalam buku ini memaparkan 25 hadis merangkumi 4 aspek kehidupan iaitu
membentuk peribadi dan sahsiah insan, ibadah, perhubungan manusia serta bidang kerjaya
dan ekonomi yang mana setiap hadis berkaitan dipadankan dari segi pokok persoalan atau
tajuk, matan hadis, sanad, maksud hadis, riwayat hidup (manaqib) serta sejarah
perawi/sahabat, pengajaran hadis, sokongan dari ayat suci Al-Quran, sokongan hadis-hadis
yang lain, mutiara kata yang berkaitan serta suri teladan yang dapat diambil. Buku ini
merupakan satu kitab yang menfokuskan secara jelas dalam penghayatan sunnah Rasulullah
secara iltizam dan dapat disemat dalam hati manusia. Hadis yang dikemukakan ini adalah
untuk mencuba dalam memberi penjelasan yang sebenar erti hakikat hidup yang sudah pasti
memerlukan pengorbanan dalam hijrah minda, fikiran, amalan, akhlak dan juga hati ke arah
lebih unggul dalam menjiwai sesuai dengan semangat untuk menjiwai sunnah Rasulullah.
Selain itu, ia menerangkan bahawa Allah telah menjelaskan bahawa dalam mencapai
matlamat ini orang beriman telah menjual jiwa dan hartanya kepada Allah. Ini bermakna tiada
apa-apa lagi yang dikira sebagai haknya. Disini dapat dilihat bahawa seorang muslim

11
<ABSH2103>
menjadikan dunianya sebagai waqaf untuk dakwahnya semata-mata untuk memperoleh
ganjarang di akhirat kelak.

5.Terjemah Hadis mengenai Pribadi dan Budi Pekerti Rasulullah


Kitab ini mempersembahkan kepada para pembaca sebuah terjemahan kitab ‫الشاءل المحمدية‬
dari Imam At-Tarmizi. Beliau telah menggambarkan tentang perihal kehidupan seharian
baginda Nabi Muhammad s.a.w. termasuk ketekunan ibadah baginda, akhlak baginda,
perjuangan serta pergaulan baginda sepertimana yang digambarkan oleh Al-quran. Ini dapat
diumpamakan seperti berhadapan dengan baginda kerana susunan isi kandungan kitab
asalnya sangat terperinci, padat dan ringkas tanpa mengurang sedikitpun keperibadian
sebenar baginda sma seperti terjemahan ini tidak kurang sedikitpun isi kandungannya dari
kitab yang asal. Ia terdiri daripada 55 bab yang memuatkan 397 hadis-hadis tentang identiti
pribadi dan budi pekerti baginda. Setiap hadis yang dikemukakan itu bersanad dan semua
perawinya kukuh tanpa syak tetapi terdapat sedikit hadis yang tafarrud.

6.Al-Wafi
Buku ini menjelaskan bahawa pentingnya hadis kerana ia merupakan sumber hukum Islam
selepas Al-quran. Ia memfokuskan tentang masalah Usuluddin (aqidah dan masalah prinsip
dalam agama), dan ada yang berkaitan dengan furu’ (cabang). Oleh itu, hadis yang
dikemukakan ini sangat meluas dan mencukupi untuk bekalan sepanjang zaman. Hadis yang
terdapat dalam kitab ini adalah dari riwayat Al-Bukhari. Muslim, Abu Daud, At-tarmizi, Ibnu
Majjah, An-Nasa`i, Imam Ahmad dan Ad-Daruquthni. Dengan ini, boleh dikatakan setiap
hadis dalam kitab ini disebut sanadnya supaya pembaca tidak meragui kesasihan hadis yang
telah dikemukakan itu. Susunan buku ini adalah daripada sahabat baginda iaitu Ali bin Abi
Talib, Abdullah bin Mas`ud, Mu`adz bin Jabal, Abu Hurairah dan Abu Sa`id Al-Khudriy.

7.Intisari Riyadhu Shalihin


Buku ini merupakan sebuah buku yang menggunkan hadis-hadis yang muttafaqun `alaih yang
bersumberkan kitab sahih Bukhari dan kitab sahih Muslim. Walaupun mana-mana kitab yang
dikarang oleh pelbagai Ulama` yang mengikut mazhab lain selain mazhab Syafi`i, sudah
semestinya kitab itu akan menjadi lengkap sekiranya karangan itu dirujuk dengan kitab sahih
Bukhari dan kitab sahih Muslim. Kelebihan buku ini adalah terletak pada pemilihan hadis-
hadisnya yang mana ia dilakukan secaradetail, akurat dan hanya mencantumkan riwayat-
riwayat yang sahih dan hasan sahaja. Oleh itu, syarah kepada hadis-hadis tersebut sangat jelas

12
<ABSH2103>
terang mengikut tajuk dan bab yang telah dibahagikan. Walaupun begitu, terdapat hadis yang
berulang dinyatakan dalam buku ini namun itu hanyalah sebagai penguat kepada hadis lain
yang dinyatakan kerana kebanyakan hadis menjelaskan pelbagai maksud dan ia telah
dinyatakan dalam buku ini.

8.Shahih Fadhilah Amal


Oleh kerana buku ini hanya terjemahan sahaja maka tidak akan wujud kekurangan isi
daripada kitab yang asal. Berdasarkan kitab asal, penulisnya memilih tema keutamaan amalan
soleh yang mana ia merupakan perkara yang beredar dikalangan masyarakat dahulu sehingga
sekarang. Dengan ini, kitab asal telah menghurai perkara yang boleh menjauhkan masyarakat
daripada bid`ah kerana gejala penyebaran hadis yang dha`if telah berleluasa dan
menyebabkan masyarakat banyak melakukan perkara bid`ah. Oleh itu, penulis asal kitab ini
telah menyebut fadhilah daripada amalan itu berdasarkan huraian daripada hadis sohih
supaya semua pembaca dapat memahami selaga penerangan tersebut dan mempercayai
bahawa hadis yang dinyatakan itu sahih kerana setiap hadis yang dinyatakan itu telah diselit
dengan semua nama perawi dan sanadnya.

13
<ABSH2103>
Penutup

Oleh kerana hadis merupakan sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran, maka
mempelajari untuk memahaninya mudah kerana hadis ini merupakan penjelasan kepada al-
Quran. Namun, dalam praktikal, mempelajari hadis sangat sulit dan rumit kerana ia
mempunyai banyak cabang. Ini kerana terdapat beberapa faktor. Antaranya ialah hadis ini
disebarkan dengan pelbagai kaedah dan jalan sehinggakan untuk mendapatkan kepastiannya
sahih itu sangat sulit dan memerlukan pengkajian yang mendalam serta memakan masa yang
lama. Hal ini terjadi kerana wujud golongan yang telah menambah ini hadis itu sesuka hati
walaupun itu perkara yang baik tetapi ia tetap dikira salah. Selain itu terdapat juga golongan
yang cuba memalsukan hadis demi menjatuhkan umah Islam. Meskipun begitu, Ulama` dan
golongan cerdik dan pandai dahulu telah menetapkan pelbagai syarat dalam menetapkan taraf
hadis tersebut dengan teliti. Dengan ini, pembelajaran hadis menjadi begitu rumit demi
menjaga kesempurnaan sunnah Rasulullah yang menjadi sumber hukum kedua selepas al-
Quran.

14
<ABSH2103>
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. Dr. M. Tarsyi Hawi. (1998). Terjemah Hadis mengenai Pribadi dan Budi Pekerti

Rasulullah. Diponegoro Bandung, Indonesia. Ayu Bandung.

2. Dr. Musthafa Died Al-Bugha Muhyiddin Mistu. (2003). Al-Wafi. Jl. Pemuda III No.
10 Rawamangun, 13200 Jakarta Timur, Indonesia: Al-I’tishom.

3. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2007). Himpunan Hadis Modal Insan. (edisi

pertama). 7 Jalan BK 1/11, Bandar Kinrara 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan:

Telaga Biru.

4. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2008). Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan.

(edisi pertama). 28, Jalan Tembaga SD 5/2A, Sri Damansara Industri Park, 52200

Kuala Lumpur: Telaga Biru.

5. https://www.google.com.my/amp/s/hamdigengge.wordpress.com/2011/10/18/ilmu-

rijal-hadis-satu-pengenalan/amp/

6. Imam Az-Zabidi. (2004). RINGKASAN SHAHIH AL-BUKHARI. (edisi pertama). 19,


Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves Selangor, Malaysia:
CRESCENT NEWS.
7. Masyu` Al-Jalis Ash-Shalih. (2010). Intisari Riyadhu Shalihin. (edisi pertama). Jl.
Menco Raya 112 Gonilan, Kartasura, Solo 57162 Indonesia: AQWAM.
8. Muhammad Bin Kamal Khalid. (2006). Kumpulan Hadis Yang Disepakati 4 Imam.
(edisi terjemahan). Jakarta Indonesia: Pustaka Azam.
9. Rusyidi Ramli Al-Jauhari. (2012). Bibiografi Agung Rasulullah Sallallah Alayhi
Wasallam. (edisi pertama). Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melati, 53300 Kuala
Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.
10. Syaikh Ali bin Nayif Asy-Syuhud. (2009). Shahih Fadhilah Amal. (edisi pertama). Jl.
Menco Raya 112 Gonilan, Kartasura, Solo 57162 Indonesia: AQWAM.

15
<ABSH2103>

16

Anda mungkin juga menyukai