Anda di halaman 1dari 32

PUNCA-PUNCA

ROSAKNYA AQIDAH
DAN
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN AKIDAH
Agama Islam ialah agama fitrah
insaniah, maka tiap-tiap orang
Islam hendaklah bersyukur
kerana ianya bertuah menerima
taufik dari Allah s.w.t hingga
dengan itu ia menjadi seorang
yang beragama Islam.
Oleh yang demikian, hendaklah ia
meneguhkan pegangannya kepada
agama Islam dan memeliharanya dari
segala apa yang boleh merosakkannya,
kerana agama Islam sahajalah yang
diredhai Allah dan yang menentukan
nasibnya untuk mencapai kebahagian
yang sebenar-benarnya samada di
dunia, lebih-lebih lagi di akhirat
kelak.
 FirmanAllah:
Maksudnya:

" Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan


agama itu kepada anak-anaknya dan
(demikian juga). Nabi Ya'kub (berwasiat
kepada anak-anaknya), katanya:"Wahai
anak-anakku, sesungguhnya Allah telah
memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan
kamu, maka janganlah kamu mati
melainkan kamu dalam keadaan Islam".(S.
Al-Baqarah:132)
 Firman Allah:

 Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan Islam".
(S Al-Imran:102)
 Hadis Rasulullah s.a.w.

Dari Sufian b. Abdullah R.A, katanya: Aku


berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya
Rasulullah ! ajarkan daku mengenai Islam
satu ajaran yang tak payah aku bertanyakan
orang lain mengenainya. Rasulullah s.a.w.
bersabda:" Tegaskanlah dengan lidahmu
akan kepercayaan kepada "ULUHIYAH" dan
"RUBUBIYAH" Allah, kemudian terus
sempurnakan apa yang dikhendaki oleh
kepercayaanmu itu hingga ke akhir hayat".

Orang - orang yang meninggalkan


sembahyang fardhu, jika ia ingkarkan
wajibnya, jadilah ia kafir murtad,
keluar dari agama Islam kerana ia
mengingkari satu perkara yang
memang diketahui oleh orang ramai
bahawa perkara itu adalah suatu
perkara yang wajib di atas tiap-tiap
orang Islam, selama akalnya sihat.
 Kalau ditinggalkan dengan malas sahaja, padahal
'iktikadnya wajib, maka mengenai orang ini alim
ulamak berselisih kepada tiga pendapat:

Pertama:

Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik


yang wajib atas pihak yang berkuasa bertindak
menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan
sembahyang dan sekiranya ia tidak mahu bertuabat,
maka kenalah dilakukan keatasnya 'hukum hudud
iaitu dibunuh dengan pedang.
 Kedua:

Orang itu menjadi kafir juga, sama


keadaanya dengan orang yang
mengingkari wajibnya.
 Ketiga:

Orang itu menjadi kafir dan tidak pula


dibunuh tetapi 'ditakzir' dengan
dipenjarakan sehingga ia mengerjakan
sembahyang.

Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta


alasan-alasanya diterangkan oleh Imam
Annawawi dalam Syarah Muslim.
 Umat Islam yang mengucapkan
Dua kalimah Syahadah perlu
memelihara daripada
melakukan perkara-perkara
yang merosakkan aqidah pada
umumnya disebabkan oleh
iktikad, perkataan dan
perbuatan
 TIDAK BRSYUKUR DGN NIKMAT
YG DIBERI OLEH ALLAH.
 CTH:TAK MAHU MENGELUARKAN
ZAKAT, BOROS BERBELANJA.
 MENAFIKAN RUKUN IMAN DAN
MENOLAK SYARIAT YG
RASULULLAH BAWA.
 CTH:MENOLAK HUKUM AKHIRAT.
 CARA: DILAKUKAN SECARA IKTIKAD
IAITU BERNIAT UTK MENINGGALKAN
ISLAM.

 PERKATAAN IAITU MENGISYTIHARKAN


KELUAR DARIPADA ISLAM.

 PERBUATAN IAITU MENGANUT AGAMA


LAIN.
-TIDAK SUKA BERBAIK-BAIK.

-TIDAK BERCAKAP BENAR.

-TIDAK MENUNAIKAN AMANAH.

-MEMUNGKIRI JANJINYA.
Sebagai seorang muslim yang
mukmin, kita hendaklah sentiasa
menjaga percakapan dan
tingkahlaku kita untuk
mengelak daripada terjerumus
ke dalam kancah syirik, asi dan
murtad. Begitu juga hendaklah
berhati-hati dalam bertawasul…

Anda mungkin juga menyukai