Anda di halaman 1dari 5

JANGAN KITA MENGHINA AGAMA

Penghinaan yang digariskan oleh syariat Islam, tidak hanya semata-mata melihat
kepada penghinaan kepada agama, tetapi juga turut melihat kepada penghinaan yang
ada pada seseorang itu, seperti bentuk tubuh, sifat dan juga kelakuan. Hal ini secara
jelas difirmankan oleh Allah SWT:

‫ٍء‬ ‫ٍم‬
‫َيا َأُّيَه ا اَّلِذ يَن آَم ُنوا اَل َيْس َخ ْر َقْو ٌم ِّمن َقْو َعَس ٰى َأن َيُك وُنوا َخ ْيًر ا ِّمْنُه ْم َو اَل ِنَس اٌء ِّمن ِّنَس ا َعَس ٰى‬
‫َأن َيُك َّن َخ ْيًر ا ِّمْنُه َّن ۖ َو اَل َتْلِم ُز وا َأنُفَس ُك ْم َو اَل َتَن اَبُز وا ِباَأْلْلَق اِب ۖ ِبْئَس ااِل ْس ُم اْلُف ُس وُق َبْع َد‬
‫اِإْل يَم اِن ۚ َو َم ن َّلْم َيُتْب َفُأوَٰلِئَك ُه ُم الَّظاِلُم وَن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu
puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah
pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Surah al-Hujurat (11)

Imam al-Thabari menukilkan kata-kata Abu Jaafar ketika mentafsirkan yang


ini dengan menyatakan bahawa orang yang hatinya itu membenarkan segala ajaran
Allah dan rasul-Nya, sesekali tidak akan mengherdik orang mukmin yang
lain.Tambahan dari itu, sekiranya seseorang itu menghina orang lain, nescaya dia
telah menghina dirinya sendiri. Hal ini kerana orang yang beriman itu ibarat satu
kumpulan, yang mana saling memerlukan antara satu dengan yang lain, saling
melakukan kebaikkan serta memperbaiki sesama sendiri. 1 Hamka menjelaskan ayat
ini dengan mengatakan bahawa ini adalah peringatan yang halus dari Tuhan.
Mengejek dan menghina tidak sesekali dilakukan oleh orang yang beriman. Hal ini

1
Al-Thabari. Muhammad bin Jarir.2008. Tasfsir al-Thabari. Jil. 21. Hlmn. 366. Kaherah. Dar al-
Hijrah.
kerana orang beriman selalu menilik kekurangan yang ada pada dirinya. Hanya orang
yang tidak beriman sahajalah yang melihat kekurangan orang lain.2

Sesugguhnya telah jelas kepada kita, bahawa larangan untuk menghina


seseorang itu sahaja, merupakan satu kelakuan yang sangat hina dan ditegah dengan
sekeras-kerasnya oleh syariat Islam. Maka dapatlah kita fahami, bahawa
bagaimanakah kedudukan seseorang itu apabila dia menghina satu perkara yang lebih
mulia iaitu penghinaan kepada agama. Dalam perbahasan ini, kita melihat kepada dua
dimensi. Pertama umat Islam menghina agama lain. Kedua adalah apabila Islam
dihina oleh pengangutnya sendiri atau penganut agama lain. Sebagai orang Islam, kita
sama sekali tidak diajar untuk menghina kepercayaan agama lain, walaupun kita
meyakini bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah
SWT.3 Namun Allah SWT sendiri yang telah memberikan peringatan yang sangat
jelas mengenai perkara ini dalam al-Quran:

‫ٍة‬ ‫ِل‬ ‫َٰذ ِل‬ ‫ِع‬ ‫ِن ِه‬ ‫ِم‬ ‫ِذ‬


‫َو اَل َتُس ُّبوا اَّل يَن َيْد ُعوَن ن ُدو الَّل َفَيُس ُّبوا الَّلَه َعْد ًو ا ِبَغْيِر ْلٍم ۗ َك َك َز َّيَّنا ُك ِّل ُأَّم َعَم َلُه ْم‬
‫ُثَّم ِإَلٰى َر ِّبِه م َّمْر ِج ُعُه ْم َفُيَنِّبُئُه م ِبَم ا َك اُنوا َيْع َم ُلوَن‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain
dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan
tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah
lakukan.
Surah al-An’am (108)

Imam Qurtubi dalam kitab tafsirnya ada menukilkan kata ulama yang
menjelaskan ayat ini iaitu bahawa sesungguhnya larangan untuk umat Islam menghina
sembahan agama lain adalah berkekalan dalam semua keadaan. Ini kerana dikhuatiri
mereka akan menghina Islam, Nabi SAW atau menghina Allah SWT. Dan tidak juga
dihalalkan kepada umat Islam untuk menghina simbol agama, kepercayaan dan juga
2
Hamka. T.t. Tafsir al-Azhar. Jil. 9. Hlmn. 6827. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.
3
Hal ini dengan jelas disebutkan dalam al-Quran:
ۗ ‫ِإَّن الِّديَن ِع نَد الَّلِه اِإْل ْس اَل ُم‬
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Surah Ali-Imran (19)
rumah ibadat mereka.4 Hamka menjelaskan bahawa ayat ini memberitahu kita supaya
segala berhala yang disembah oleh orang jahiliyyah itu jangan sesekali dicaci-maki
oleh orang yang beriman. Adalah lebih baik tunjukkan alasan yang masuk akal
bagaimana keburukkan menyembah berhala. Sekiranya orang bukan Islam memaki
Allah kerana membalas makian orang Islam yang telah menghina berhala mereka,
nescaya orang Islam yang memaki itu tidak lepas dari dosa, kerana mereka yang
memulai makian itu.5

Tindakan umat Islam yang melakukan penghinaan kepada agama-agama lain


adalah perkara yang dilarang oleh syariat dan perlu dijauhi walaupun secara jelas
mereka telah mensyirikan Allah SWT. Namun Allah SWT telah memperingatkan dan
menunjukkan akibatnya apabila seseorang Muslim itu menghina sembahan orang
beragama lain, iaitu mereka akan menghina Allah SWT dan Nabi SAW. Dan
menghina Allah SWT merupakan satu dosa yang besar dan akan mendatangkan
kemurkaan. Bagaimanakah perasaan umat Islam, sekiranya agama mereka diremeh-
remehkan oleh agama lain, tidakkah umat Islam akan berasa marah, tersinggung dan
akan melahirkan sifat membenci serta dendam antara umat Islam dan umat yang
beragama lain. Sekiranya perkara ini berlaku, maka keharmonian dalam sesebuah
negara itu akan sentiasa terancam dan akan mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Pada dimensi yang kedua pula adalah keadaan di mana ajaran serta umat Islam
dalam keadaan dicerca dan dihina. Penghinaan agama khususnya terhadap agama
Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Unit
Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan
bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial
sehingga 30 Jun 2020.6 Laporan ini secara jelas telah menunjukkan bahawa sensitiviti
masyarakat kepada kepercayaan agama Islam telah berada pada kedudukan yang tidak
baik. pelbagai cara yang digunakan oleh mereka yang mempunyai sifat benci dan
dendam kepada Islam sama ada melalui lisan, tulisan, media elektronik dan
4
Al-Qurtubi. Muhammad bin Ahmad. 2006. Tafsir al-Qurtubi. Jil. 8. Hlmn. 491. Beirut. Muassasah al-
Risalah.
5
Hamka. T.t. Tafsir al-Azhar. Jil. 3. Hlmn. 2134. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.
6
Roslizawati Mohd Ramly & Eizan Azira Mat Sharif & Marina Munira Abd Mutalib & Mohd Rosmizi
Abd Rahman & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali. 2020. Tema Penghinaan Agama Islam Di
Media Sosial: Satu Tinjauan Awal. E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah,
Religions And Social Sciences (Sigma10). Hlmn. 242. Akidah and Religion Studies Programme Faculty
of Leadership and Management. Universiti Sains Islam Malaysia.
sebagainya. Sebagai umat Islam, kita sememangnya mempunyai sikap dan
tanggungjawab apabila berhadapan dengan perkara sebegini. Salah satunya adalah
sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran:

‫ِت ِه‬ ‫ِم‬ ‫ِف ِك‬


‫َو َق ْد َنَّزَل َعَلْيُك ْم ي اْل َت اِب َأْن ِإَذا َس ْعُتْم آَي ا الَّل ُيْك َف ُر ِبَه ا َو ُيْس َتْه َز ُأ ِبَه ا َفاَل َتْق ُع ُد وا َم َعُه ْم‬
‫ِف ِف‬ ‫ِفِق‬ ‫ِإ َّل ِم‬ ‫ِه ِإ ِإ‬ ‫ِف ِد ٍث‬
‫َح َّتٰى َيُخ وُض وا ي َح ي َغْي ِر ۚ َّنُك ْم ًذا ِّمْثُلُه ْم ۗ َّن ال َه َج ا ُع اْلُم َن ا يَن َو اْلَك ا ِر يَن ي َج َه َّنَم‬
‫َج ِم يًعا‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu
(perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat
keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka
janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada
memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang
demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan
menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
Surah al-Nisa’ (140)

Syed Qutub mengatakan sesiapa yang mendengar ejekan dan hinaan kepada
agamanya dalam satu majlis, maka tindakan yang perlu untuk dia lakukan adalah
memberikan penjelasan untuk membela agamanya atau meninggalkan majlis itu. 7
Hamka mengatakan salah satu perkara yang membawa seseorang Islam itu menjadi
munafik adalah dia berada dalam satu majlis bersama-sama dengan orang yang tidak
percaya kepada agama Islam, lalu orang bukan Islam itu mencaci-maki syariat Islam.
Dan sekiranya kamu berasa senang ketika berada dalam majlisnya itu, nescaya kamu
telah diibaratkan seumpama dengan orang bukan Islam, kerana tidak berani untuk
menjelaskan ucapan mereka yang mencaci-maki agama Islam. Derajat orang munafik
yang disetarakan dengan orang kafir adalah kerana, lemahnya iman mereka itu,
kerana tidak berani untuk menegur kelakuan mereka itu bahkan merasa senang ketika
dalam majlis mereka.8

7
Syed Qutub. 2003. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Jil. 2. Hlmn. 168. Beirut. Dar al-Syuruq
8
Hamka. T.t. Tafsir al-Azhar. Jil. 2. Hlmn. 1476. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.
Berdasarkan kepada keterangan yang berikut, sememangnya Allah SWT telah
memberi peringatan yang sangat tegas serta jelas, bahawa umat Islam sesekali tidak
boleh bertolak ansur apabila melibatkan penghinaan kepada syariat Islam. Namun
persoalan yang timbul, adalah bagaimanakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk
menangani masalah sebegini? Umat Islam perlu bijak dalam menanggapi
permasalahan ini dengan menjadikan hal sebegini sebagai peluang untuk
menyampaikan ajaran Islam yang benar dan berdakwah kepada mereka itu. Marilah
kita sama-sama mengambil iktibar dan tindakan sebagaimana yang Allah SWT
anjurkan kepada kita ini. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 125
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Anda mungkin juga menyukai