Anda di halaman 1dari 13

TAJUK: ISU PENGHINAAN ALLAH SWT

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. AHMAD ZAIM ZAKWAN BIN AHMAD RASHDI (D21314294)
2. MUHAMMAD DANISH BIN MOHD AZHARY (D21314240)
3. MUHAMMAD AKMAL BIN ISHAK (D19311803)
4. MUHAMMAD AMALUDDIN BIN ROSLI (D21314284)
5. AZRY ZAMEEL BIN NORAZLIAN ( D21314377 )

NAMA & KOD SUBJEK: AL-AKHLAK AL-ISLAMIYYAH (USL4013M)


NAMA PENSYARAH: NURUL NURAIDA BINTI ROSMAN

KRITERIA MARKAH JUMLAH


Pengenalan 2
Isi dan Huraian 8

Kesimpulan 2
Rujukan 4

Etika dan Profesional 4


JUMLAH KESELURUHAN 20

Sesi Pengajian: Semester I- 2022/2023


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN DAN DEFINISI PENGHINAAN..…………………………………… 1

2.0 CONTOH PENGHINAAN ALLAH SWT………………………………………………..


2.1 FOKTOR BERLAKUNYA ISU PENGHINAAN ALLAH SWT……………….
2.2 KESAN TERHADP PENGHINAAN ALLAH SWT……………………………

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH…………………………………………..

3.1 INDIVIDU DAN KELUARGA………………………………………………….

3.2 MASYARAKAT DAN KERAJAAN……………………………………………

4.0 KESIMPULAN……………………………………………………………………………

5.0 RUJUKAN………………………………………………………………………………..
1.0 PENDAHULUAN DAN DEFINISI PENGHINAAN

Penghinaan secara harafiahnya adalah tindakan untuk menjadikan seseorang


itu rendah diri, atau menjatuhkan taraf seseorang itu dalam masyarakat. Bagaimanapun,
istilah ini mempunyai banyak persamaan dengan emosi atau perasaan malu. Penghinaan
secara kebiasaannya bukanlah merupakan pengalaman yang elok, kerana ia mengurangkan
ego. Seterusnya, penghinaan orang lain sering digunakan sebagai satu cara seseorang
untuk menunjukkan kuasanya kepada orang lain, dan merupakan bentuk biasa penderaan
atau penekanan. Kebanyakan hukuman secara sengaja direka untuk menghina, contoh
tarring and feathering, pillory, mark of infamy (stigma). Dalam perbualan penghinaan ini kami
akan lebih fokus terhadap penghinaan yang dilarang dalam islam. Dalam islam, islam
sangat melarang seseorang itu mencela agama lain. Hal ini kerana ia akan menimbulkan
kemarahan penganutnya dan akan menyebabkan mereka bertindak balas dan mencela
Islam kembali. Firman Allah SWT:

‫ون هَّللا ِ َف َي ُسبُّوا هَّللا َ َع ْد ًوا ِب َغي ِْر عِ ْل ٍم‬ َ ‫َواَل َت ُسبُّوا الَّذ‬
َ ‫ِين َي ْدع‬
ِ ‫ُون مِنْ ُد‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka
sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah
melampau-lampau pula tanpa ilmu.”

(Surah al-An‘am: 108)

Al-Sabuni ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan maknanya adalah janganlah


kamu memaki atau mencela sembahan-sembahan orang Musyrikin dan berhala-berhala
mereka kerana mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam
keadaan jahil dan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah
SWT. Ibn Abbas R.Anhuma menyebutkan bahawa orang-orang Musyrikin berkata:
“Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan
kamu.” Maka Allah SWT melarang orang-orang beriman daripada mencela atau memaki
berhala-berhala mereka. (Lihat Safwah al-Tafasir, hlm. 380).

Begitu juga Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebutkan, Allah SWT melarang Rasul-Nya dan
orang beriman daripada mencela sembahan-sembahan orang Musyrikin sekalipun dalam
hal itu adanya maslahah. Akan tetapi mafsadah daripada perbuatan tersebut adalah lebih
besar daripada maslahahnya iaitu orang-orang Musyrikin akan membalas kembali dengan

1
mencela Tuhan orang-orang beriman yakni Allah, tiada tuhan yang sebenar-benarnya
berhak disembah melainkan Dia.

Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma bahawa
janganlah kamu wahai kaum Muslimin mencela tuhan-tuhan (yakni sembahan) orang
Musyrikin yang disembah selain Allah kerana boleh jadi akibat daripada perbuatan tersebut
mereka mencela dan mencerca Allah ‘Azza wa Jalla secara zalim dan melampaui batas bagi
menimbulkan kemarahan orang-orang beriman, dalam keadaan mereka jahil dengan takdir
Allah dan kebesaran-Nya. Oleh itu, perkara ini menunjukkan bahawa suatu ketaatan atau
maslahah, jika ia membawa kepada maksiat atau mafsadah, maka ia ditinggalkan.

Selain itu, para ulama berpendapat bahawa hukum ayat ini — yakni larangan mencerca
atau menghina sembahan agama lain — adalah kekal bagi umat ini dalam setiap keadaan.
Justeru, selagi mana orang kafir enggan atau tidak mahu tunduk kepada pemerintahan
Islam dan kaum Muslimin, serta dibimbangi mereka akan mencela agama Islam atau Nabi
SAW atau Allah ‘Azza wa Jalla, maka orang Islam tidak boleh untuk mencela atau menghina
salib mereka, agama mereka atau gereja (tempat ibadat) mereka, dan tidak terdedah untuk
melakukan apa-apa perbuatan yang membawa kepada perkara itu kerana ia seolah-olah
menggalakkan maksiat — iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasul-Nya.(Lihat al-Tafsir al-
Munir, 7/325-328)

Selain daripada itu, Ibn Kathir dalam tafsirnya turut menyebutkan, Allah SWT melarang
Rasul-Nya, Muhammad SAW dan orang-orang yang beriman daripada mencaci sembahan-
sembahan kaum musyrikin, walaupun pada cacian tersebut terdapat kemaslahatan
(kebaikan). Hal ini kerana perbuatan mencaci sembahan kaum musyrikin tersebut memiliki
mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar daripada kemaslahatan yang terdapat
padanya. Iaitu di mana orang-orang musyrikin itu nanti akan membalas balik setiap cacian
tersebut dengan cacian yang lain terhadap sembahan orang beriman — yakni Allah SWT —
sedangkan Allah SWT ialah Rabb, yang tidak ada yang berhak disembah selain Dia. (Lihat
Tafsir Ibn Kathir, 3/314)

Dalam Tafsir al-Qurtubi pula, disebutkan bahawa Ibn Abbas R.Anhuma berkata:

ٍ ِ‫ْش َأِل ِبي َطال‬


‫ب ِإمَّا َأنْ َت ْن َهى م َُح َّم ًدا َوَأصْ َحا َب ُه َعنْ َسبِّ آلِ َه ِت َنا َو ْال َغضِّ منها وإما أن‬ ٍ ‫ت ُك َّفا ُر قُ َري‬ ْ َ‫َقال‬
‫ت اآْل َي ُة‬
ِ َ‫ َف َن َزل‬،ُ‫ِإلَ َه ُه َو َن ْهج َُوه‬

Maksudnya: “Orang-orang kafir pernah berkata kepada Abu Talib (bapa saudara
Rasulullah SAW): ‘Laranglah Muhammad dan para sahabatnya daripada memaki dan
menghina sembahan-sembahan kami, atau kami akan membalas balik dengan cara
mencaci dan menghina Tuhannya.’ Maka turunlah ayat ini.” (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 7/61).

2
Keadaan ini menunjukkan bahawa meninggalkan suatu bentuk kemaslahatan demi
menghindari kerosakan yang lebih besar adalah suatu yang didahulukan. Ini antaranya
berdasarkan hadith riwayat Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW
bersabda:

َ ‫ َو َكي‬،ِ ‫ َيا َرسُو َل هَّللا‬:‫ قِي َل‬،ِ‫اِئر َأنْ َي ْل َع َن الرَّ ُج ُل َوالِ َد ْيه‬
:‫ْف َي ْل َعنُ الرَّ ُج ُل َوالِدَ ْيهِ؟ َقا َل‬ ‫َأ‬
ِ ‫ِإنَّ مِنْ ْك َب ِر ال َك َب‬
‫ َف َيسُبُّ ُأ َّم ُه‬،ُ‫ َو َيسُبُّ ُأ َّمه‬،ُ‫ َف َيسُبُّ َأ َباه‬،‫»« َيسُبُّ الرَّ ُج ُل َأ َبا الرَّ ج ُِل‬.

Maksudnya: “Sesungguhnya termasuk sebesar-besar dosa-dosa besar adalah


seseorang melaknat kedua orang tuanya. Ditanyakan: ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah
seseorang melaknat kedua orang tuanya?’ Baginda bersabda: ‘Seorang lelaki mencaci bapa
orang lain, lalu orang itu mencaci pula bapanya, dan dia mencaci ibunya, lalu orang itu
mencaci pula ibunya.’”

Riwayat al-Bukhari (5973); Muslim (90) dan Ahmad (6840)

Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan dalam syarahnya, hadith ini dapat difahami bahawa
sesiapa yang meramal perbuatannya akan membawa perkara yang diharamkan maka
perbuatan itu haram juga ke atasnya, sekalipun dia tidak bermaksud untuk melakukan
perkara yang haram. Beliau menukilkan kata Ibn Battal, katanya: “Hadith ini ialah asal bagi
kaedah sadd al-Zarai‘ (menutup jalan-jalan kerosakan).”(Lihat Fath al-Bari, 10/404).

Berdasarkan ayat al-Quran ini, jelas bahawa Allah SWT melarang orang Islam untuk
mencela atau menghina agama lain kerana ia menyebabkan mereka membalas balik
dengan mencela Allah dan juga agama Islam. Apatah lagi jika ia melibatkan celaan dan
penghinaan secara terus kepada agama Islam, sudah pasti larangan dan pengharaman
melakukan perbuatan itu lebih jelas lagi.

3
2.0 CONTOH PENGHINAAN ALLAH SWT

Apabila seseorang melakukan penghinaan kepada Allah, iainya tidak bererti


perbuatannya akan merendahkan keagungan Allah atau mencelakakan Allah SWT.
Sepertimana yang kita ketahui bahawa gangguan itu terdapat dua jenis iaitu samada ianya
mencelakakan atau tidak mencelakakan. Akan tetapi tiada sebarang bentuk gangguan yang
dapat mencelakakan Allah SWT, sepertimana yang telah disebutkan dalam hadith qudsi
yang bermaksud “ Hai hamba-hamba-Ku, kamu sekailian tidak akan dapat menimpakan
mara bahaya sedikitpun kepada-Ku, tetapi kamu merasa dalam melakukannya “ ( H.R.
Muslim ).

Perbuatan menghina Allah bererti golongan itu menunjukkan bahawa ketiadaan


iman pada diri mereka secara zahir dan batin. Selain itu, mereka menafikan bahawa mereka
menyakini adanya Allah dan menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya yang layak
disembah. Sifat ini juga menunjukkan bahawa hilang sifat cinta kepada Allah SWT. Kita
mengambil contoh tentang mencintai kedua ibu bapa. Seseorang yang mencela atau
menghina kedua ibu bapa mereka dianggap bahawa mereka tidak mencintai ibu bapanya.
Maka, mereka telah berbohong terhadap pengakuan cintanya.

Menurut laporan Sinar Harian yang bertarikh 18 JULAI 2022 melaporkan bahawa
seorang lelaki yang berstatus duda direman selama 4 hari disebabkan percakapannya yang
menghina Islam, mencela Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah rakaman video
yang tular di media sosial. Rakaman video tersebut memaparkan bahawa lelaki tersebut
telah menghina Allah dan Nabi Muhammad dengan gelaran binatang yang dipanggil “BABI”.
Selain itu, seorang influencer yang dikenali ramai dianggap sebagai tuhan baginya dan
menyatakan bahawa dirinya lebih saying kepada influencer tersebut berbanding saying
terhadap Allah SWT.

4
Apabila perbuatan menghina Allah ini tular di media sosial, masyarakat terutama
yang bergolongan muslim agak terkesan dan sedih diatas perbuatan mereka yang tidak
bermoral ini. Hal ini kerana mereka sedikit sebanyak telah mencalarkan dan merendahkan
martabat agama Islam.

Oleh yang demikian, para ulama bersepakat bahawa orang yang menghina Allah
SWT dihukum mati oleh kerana kekufuran mereka. Jenazah mereka tidak dianggap sebagai
jenazah muslim dengan tidak disolatkan, tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak
dikuburkan di tanah perkuburan Islam sebagaimana syariat Islam. Selain itu, mereka tidak
selayaknya ditalqinkan dan seharusnya untuk kita tidak mendoakan jenazah tersebut kerana
jenazah tersebut bukan dari golongan muslim.

Akan tetapi ulama’ berbeza pendapat tentang apakah taubat mereka ketika hidup
diterima atau tidak. Dalam hal ini, terdapat dua pendapat dari kalangan ulama’. Yang
pertama iaitu taubatnya tidak diterima bahkan wajib dihukum mati. Taubatnya kepada Allah
hanya di akhirat kelak. Pendapat ini terkenal di kalangan mazhad Hambali dan beberapa
ahli feqah yang lain.

Pendapat kedua ialah taubatnya diterima sekiranya dilakukan dalam keadaan ikhlas
dan berjanji bahawa dirinya tidak akan mengulangi perkara tersebut. Pendapat ini
merupakan pendapat majoriti ulama’ kerana mereka menganggap bahawa menghina Allah
ini merupakan perbuatan yang kufur dan taubatnya orang kafir itu diterima. Sebagaimana
orang-orang musyrik dan para penyembah berhala yang masuk Islam.

Walaubagaimanpun, kita seharusnya mengagungkan Allah dengan cara


mengagungkan segala sifat-sifat-Nya. Kita juga mengagungkan segala perkara yang
diperintahkan oleh Allah SWT dan segala perkara yang ditegah oleh-Nya. Mengagungkan
disini bermaksud melaksanakan perintah-Nya dan megamalkannya dengan benar. Allah
SWT berfirman : “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang
semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit
digulung dengan tangan kanan-Nya.[6] Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa
yang mereka persekutukan.” ( Surat Az-Zumar: 67) Ketahuilah bahawa Allah SWT satu-
satunya penolong dan petunjuk ke jalan yang benar dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

5
2.1 FAKTOR BERLAKUNYA ISU ALLAH SWT

Pada zaman yang serba moden ini, terlalu banyak faktor yang menyebabkan isu
penghinaan terhadap agama islam terjadi. Antara faktornya ialah, kerajaan tidak
memperketatkan undang-undang. Hal ini boleh dibuktikan dengan laporan media pada bulan
April, Jun dan Julai 2021 mengenai iklan judi menghina islam (Astro AWANI, 2021)
perbuatan membakar al-Quran (Harian Metro, 28 Jun 2021) dan memijak al-Quran (BH
Online: 27 Jun 2021). Manakala, sehingga ke hari ini daripada 34 kes penghinaan agama
yang dilaporkan hanya tiga kes sahaja yang telah disabitkan kesalahan dan hukuman
(Roslizawati Mohd Ramly et., 2020)
Selain itu, faktor yang kedua ialah kurangnya didikan terhadap agama islam. Hal ini
disebablan didikan agama adalah penting kerana agama dari segi istilah bahasa arab ialah
Ad-Din yang bererti cara hidup, cara berfikir, berideologi dan bertindak. Sebagai manusia
yang bersifat lumrah yaitu lemah dan sering melakukan kesilapan. Kita sewajarnya
memerlukan bimbingan dan panduan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah
di muka bumi ini. Misalnya, apabila seseorang itu tidak mempunyai sebarang penduan
dalam hidup ini, dia akan melakukan perkara-perkara tidak memberi manfaat kepadanya
seperti aktiviti mencuri, merompak, buli, mencaci, mengumpat dan sebagainya.
Seterusnya, faktor lain ialah persekitaran dalam didikan keluarga. Ibu bapa
sewajarnya memainkan peranan supaya anak-anak mereka tidak mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya dan juga media sosial hari ini yang penuh dengan perkara yang tidak
berfaedah. Seperti, berita palsu dan khabar angin yang tidak benar mengenai sesuatu
perkara. Manakala, dalam agama islam kita diharuskan untuk bersifat terpuji iaitu
mahmudah dan menjauhi sifat terkeji iaitu mazmumah. Perkara ini dapat menjadikan diri kita
sebagai seorang hamba Allah yang baik. Ibarat peribahasa, buang yang keruh ambil yang
jernih. Tuntasnya, ibu bapa haruslah menjalankan tanggungjawab dalam memberi didikan
agama yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka dapat mengelak daripada
melakukan perkara yang sia-sia yang memberi kesan yang buruk kepada mereka dalam
hidup yang singkat ini.
Akhir sekali, salah faham terhadap Islam juga menjadi faktor penghinaan terhadap
Islam. Pada era yang penuh dengan teknologi ini, ramai orang luar mahupun mayarakat
salah faham dengan Islam. Sehingga ada yang menyatakan bahawa islam ini agama yang
kejam, agama yang penuh dengan sekatan, agama yang menyusahkan dan banyak lagi di
dalam media social dan media massa. Seandainya perkara ini berterusan, agama Islam
yang ertinya sejahtera, aman dan harmoni akan berada dalam keadaan yang
membimbangkan. Justeru itu, pihak yang berwajib perlulah mengambil tindakan sekeras-
kerasnya terhadap individu yang menyebarkan atau memuat naik perkara yang boleh
menjejaskan nilai dalam

Contoh kesan salah faham terhadap islam


BH, 15 Januari 2014

6
2.2 KESAN TERHADAP PENGHINAAN ALLAH

Dasawarsa ini, kita sering terdengar dengar khabar yang ramai orang sering
menghina agama islam. Antara Kesan Penghinaan terhadap agama islam ialah imej islam
tercalar. Bagi masyarakat dunia yang tidak tahu tentang islam menjadi imej islam tercalar
amat terkesan kepada imej islam. Contohnya, ada beberapa orang yang memijak Al,Quran
dan menghina nabi

Kesan Kedua ialah ada Orang islam sendiri yang juga memburuk dan menghina
agamanya sendiri ini akan menyebabkan hilang akidahnya sebagai umat Islam itu sendiri
dan juga mengsyirikan Allah. Sebagai contoh mereka mengatakan Islam itu tidak syumul,
penggunaan hukuman hudud, kisas dan takzir tidak boleh di pakai dalam negara serta ada
juga yang menghina Allah.

Kesan yang ketiga ialah orang-orang bukan islam takut atau phobia dengan islam.
Dengan tersebarnya berita-berita yang mengaitkan islamphobia juga menyebabkan imej
islam tercala. masyarakat yang bukan islam takut kepada orang islam dikeranakan ada yang
mempromosikan tentang keganasan dan agresifnya orang islam. Media barat juga
memainkan peranan yang buruk dengan memberitakan isu-isu berkaitan gerakan islam
terroris, ISIS, dan anti-kristian.

Kesan yang keempat ialah akan membangkitkan kemarahan ummat islam


diseluruh dunia kerana ada orang yang menghina nabi muhammad SAW. Ummat islam
sering diajarkan supaya mencintai nabi muhammad melebihi dirinya dan ahli keluarganya.
Ini juga membangkitkan permusuhan dan tindak balas di luar jangkaan di samping
sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini bagi menjayakan
agenda jahat mereka terhadap Islam dan umat Islam.

Kesan yang kelima ialah dengan menyaksikan sejarah Islam yang dimana akibat
daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan
terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah
mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa
Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan
supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa
Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah
bangkit semula hingga ke hari ini.

7
3.0 Cadangan Penyelesaian Masalah

3.1 Individu dan keluarga

Dalam menghadapi isu penghinaan Allah terdapat beberapa cadangan untuk


menyelesaikan masalah penghinaan Allah.Cadangan daripapa sudut individu ialah
seseorang perlu memperbanyakkan mendekatkan diri dengan allah.Sebagai contoh,sering
menghadiri majlis-masjlis ilmu agama sama ada dilakukan di masjid mahupun disurau.Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan cara ini dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih
mendalam agar diri sendiri tidak mudah terpesong atau tersasar dari jalan yang benar.

Selain itu,individu juga berperanan untuk menulis pelbagai artikel atau membuat poster
tentang info-info yang berkaitan untuk mengelakkan penghinaan agama dan menyebarkan
kepada seluruh masyarakat.Seterusnya individu juga boleh mengedarkan risalah-risalah
kepada tempat-tempat umum yang bersesuaian.Setiap individu boleh juga menulis blog -
blog di laman sesawan dan media platform yang juga menjadi wadah baru dalam
menyampaikan maklumat untuk tatapan umum

Keluarga perlu memainkan peranan yang penting bertujuan untuk mendidik dan
memantau kehidupan seharian anak-anak.Antara contoh yang dapat ibubapa lakukan ialah
memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak agak mereka dapat
membezakan antara perkara yang dilarang dalam islam.Ibubapa boleh menghantar anak ke
sekolah agama (KAFA) pada sebelah petang agar mereka tiada ruang untuk bermain gadjet
atau membuat perkara yang tidak berfaedah.Hal ini secara tidak lansung dapat
meningkatkan ilmu agama islam kepada anak-anak.

Selain itu,ibubapa perlu mendekatkan diri dengan anak-anak supaya mereka berasa
selesa untuk bersembang dan berkongsi masalah yang mereka hadapi.Ibubapa perlu
mengambil berat dan memahami jiwa remaja mereka,mental dan perkembangan fizikal
anak-anak.Ibubapa mesti mengetahui cara didikan masa kini supaya mereka cepat berubah.

Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 78 iaitu: Maksudnya: “Dan
Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan
Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu
bersyukur”

Pepatah melayu telah mengatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”
yang bermaksud mendidik mereka biarlah dari mereka kecil supaya apa yang dipelajari akan
diterapkan dalam kehidupan anak-anak sejak dari kecil

8
3.2 Masyarakat dan kerajaan

Ahli-ahli dalam masyarakat seperti pengerusi dan ahli jawatan kuasa perlu
memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mengatasi masalah ini.Disarankan mereka
untuk bersatu padu dalam menjaga keamanan dan kemakmuran masyarakat
setempat.Maka,mereka juga perlu turut prihatin dengan masalah akidah yang melanda
dalam masyarakat setempat.Masjid atau surau adalah sebagai tempat yang paling sesuai
untuk membincangkan segala permasalahan yang sedang berlaku seperti masalah
penghinaan Allah ini.

Selain itu,antara strategi yang berkesan untuk masyarakat melaksanakan adalah


dengan cara mengadakan ceramah,forum perdana,dan kuliah berkenaan ilmu agama .Hal
ini dapat menarik minat kelompok masyarakat supaya membiasakan diri menghadiri ke
masjid ataupun surau.Seterusnya ,masyarakat juga boleh menaikkan kain rentang ,poster
atau bunting dan mengedarkan stiker – stiker yang boleh ditampalkan di kereta bagi
menandakan menentang penghinaan Allah

Kelompok masyarakat boleh berbincang dan bercadang untuk Mengadakan


konvensyen, wacana ilmu, seminar serta bengkel berkenaan isu murtad ini secara kolektif
dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya berkesan untuk menarik golongan elit dan
kelas pertengahan turut serta membincangkan permasalahan.

Sesungguhnya pihak perbadanan kerjaan yang berkaitan seperti Jabatan Agama Islam
dan Kementerian Pendidkan Malaysia perlu mengambil berat dan memberi sokangan serta
cadangan dalam menangani masalah penghinaan Allah.Antara cadangan yang dapat
diketengahkan ialah mewajibkan seluruh pelajar islam yang masih bersekolah atau masih
belajar di institusi pengajian tinggi untuk mengambil subjek agama islam agar penghayatan
dalam agama islam dapat dijadikan sebagai pengangan dan panduan hidup.

Selain itu,kerajaan boleh juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan tele info bagi
memudahkan orang ramai membuat aduan. Di sini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) boleh berperanan dalam hal ini. Secara tidak langsung, saluran penyampaian
maklumat dan rekod data dapat dilakukan secara bersistem dan berkesan.

Memandangkan kebanyakkan golongan yang menghina Allah merupakan dalam


kalangan orang baru yang memeluk islam dan orang muda ,maka kerajaan juga boleh
memperuntukan dana yang ada untuk menyediakan program yang memantau golongan
ini.Jika peruntukan yang besar boleh disediakan oleh Rancangan Malaysia keduabelas

9
(RMK-12) untuk pembangunan insfrastruktur negara,pastinya tidak sukar bagi kerajaan
untuk menyediakan peruntukan untuk pembangunan dan pembaikpulih taraf sosial
masyarakat.

4.0 Kesimpulan

Penghinaan terhadap Allah SWT telah berlaku secara berleluasa dalam masyarakat
dunia hari ini termasuk negara Malaysia mahupun negara luar.Hal ini telah dibuktikan
bahawa individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan agama dan Allah SWT
sebagai tema utama penghinaan terhadap Allah SWT di media sosial . Walaupun mereka
yang terlibat dengan isu penghinaan agama Allah SWT ini adalah segelintir sahaja, tetapi
apa yang lebih membimbangkan ialah isu ini jika dibiarkan akan menggugat kestabilan
dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia. Tambahan pula perundangan
sedia ada masih tidak berupaya untuk mengatasi isu penghinaan Allah SWT dengan lebih
efisien di negara ini. Justeru, satu pelan tindakan yang lebih efektif perlu difikirkan dan
dibina sebagai upaya untuk membantu pihak berwajib membanteras penghinaan agama
Islam di media sosial.

Seterusnya, tndakan mendakwa dan menghukum mereka yang melakukannya


hendaklah dilakukan dengan tegas, akan tetapi penguatkuasaan undang-undang semata-
mata tidak memadai kerana masyarakat hendaklah dididik supaya menghargai kewujudan
berbagai tradisi keagamaan di negara ini sebagai sesuatu yang istimewa dan patut
dibanggakan.

10
5.0 RUJUKAN

ARTIKEL :

https://core.ac.uk/download/pdf/11783805.pdf

https://zulkiflialbakri.com/8-penghinaan-terhadap-agama-islam/

https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/16110/1/MEMAHAMI%20ASPEK
%20PENGHINAAN%20TERHADAP%20AGAMA%20ISLAM%20DI%20MALAYSIA.pdf
https://www.ipendidikan.my/didikan-agama-membendung-gejala-sosial.html
https://binbaz.or.id/menghina-allah-adalah-sebuah-kekufuran/

AKHBAR:

https://www.malaysiakini.com/news/629153

https://www.kosmo.com.my/2022/07/22/perlu-undang-undang-lebih-tegas-bendung-
penghinaan-agama/

https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/29/perancis-hina-rasulullah-punca-kesan-dan-
tindak-balas/

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ancaman-islamofobia-di-barat-202582?amp=1

KAMUS ONLINE :

https://kamusbm.com/hina/

11

Anda mungkin juga menyukai