Anda di halaman 1dari 21

Sombong

Dinukil oleh ibnu atan wa


kasimah
Title Lorem Ipsum
Dolor Sit Amet
Consectetuer Elit
Nunc Viverra
Pellentesque Habitant
Lorem Ipsum
 Maksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan
engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-
ganang.
 Sabda Nabi Muhammad SAW:

 ‫ان فِي قَ ْلبِ ِه ِم ْثقَا ُل َذ َّر ٍة ِم ْن ِك ْب ٍر‬


َ ‫اَل يَ ْد ُخ ُل ْال َجنَّةَ َم ْن َك‬
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang
dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.
 Hanya Allah SWT yang berhak untuk bersifat dengan sifat al-mutakabbir. Firman Allah SWT:

‫ك ْالقُ ُّدوسُ ال َّساَل ُم ْال ُمْؤ ِم ُن ْال ُمهَ ْي ِم ُن ْال َع ِزي ُز‬ ُ ِ‫هُ َو اللَّـهُ الَّ ِذي اَل ِإلَ ٰـهَ ِإاَّل هُ َو ْال َمل‬ 

ۚ ‫ْال َجبَّا ُر ْال ُمتَ َكبِّ ُر‬


 Maksudnya: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian
alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang
Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa;
Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
 Surah al-Hasyr (23)
25 Tanda orang Sombong
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan
pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni
dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5.  Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih
daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti.
Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia
suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap
pengikutnya & orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf
12. Dia suka dihormati
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang
itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah,
serta membenci orang.
16 Kurang menghormati pemberian orang
17 Suka mencerita kelebihan diri.
18 Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain
19 Kurang menikmati nikmat ALLAH SWT Kalau ada, dibazirkan.
20 Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-
nepuk meja
21 Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan
sebaliknya.
22 Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23 Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24 Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan
diri sendiri didiamkan.
25 Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain
Jenis-Jenis Sombong
 1. Sombong terhadap ALLAH SWT; iaitu enggan mematuhi semua
yang diperintah oleh ALLAH seperti Firaun, Namrud & semua manusia
yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
 2. Sombong terhadap Rasul; tidak mengikut ajaran yang dibawa
mereka dan tidak beriman kepada mereka.
 3. Sombong terhadap makhluk; iaitu seperti membangga diri adalah
terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari
yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
 Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di
dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari Syurga, sebagaimana
dalam sebuah hadis Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: ”Tak akan masuk
Syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat
kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.”
 (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Sombong terhadap orang yang sombong
 Terdapat satu kata-kata yang disandarkan kepada Nabi SAW yang berbunyi:

 ٌ‫ص َدقَة‬
َ ‫التَّ َكبُّ ُر علَى ال ُمتَ َكبِّ ِر‬
 Maksudnya: Bersikap sombong terhadap orang yang sombong merupakan satu sedeqah.
 Kata-kata ini tersebar dan masyhur dalam kalangan kita, namun ia bukanlah hadith.
 Syeikh Mulla Ali al-Qari telah memasukkan riwayat ini dalam kategori hadith palsu, namun
mengakui bahawa perkataan tersebut pernah diucapkan oleh para ulama dengan maksud
yang sama.
 (Rujuk Al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hlm, 163)
Terdapat juga riwayat lain yang berbunyi:

‫ِإذا َرَأ ْيتُ ْم المتواضعين من أمتِي فتواضعوا لَهُم َوِإذا َرَأ ْيتُ ْم المتكبرين‬
‫فتكبروا َعلَ ْي ِهم‬
 Maksudnya: Apabila kami dapati kalangan yang tawadhu dalam
kalangan umatku, maka berlakulah tawadhu terhadap mereka; dan
apabila kamu dapati golongan yang sombong, berlakulah sombong
terhadap
Riwayat mereka.oleh Imam al-Ghazali dalam Ihyaa’ Ulum al-Din, namun
ini disebut
Imam Tajuddin al-Subki menyatakan bahawa beliau tidak menjumpai sanad
bagi riwayat ini.
(Rujuk Tobaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra 6/354)
Abu Sa’id al-Khadimi sewaktu mengulas riwayat ini menyatakan bahawa
secara asalnya, sikap sombong adalah diharamkan. Namun kita dibenarkan
bersikap sombong terhadap orang yang sombong, dan ia sebenarnya adalah
sedekah dan perbuatan baik, kerana jika kita bersikap tawadhu di hadapan
orang sombong, maka itu akan menyebabkan dirinya terus-menerus berada
dalam kesesatan. Namun, jika kita bersikap sombong, dia akan tersedar
daripada sikapnya itu.
Ini sesuai dengan nasihat Imam Syafi’e, dimana terdapat
riwayat bahawa beliau pernah berkata: “bersikaplah sombong
kepada orang sombong”.
Imam Yahya bin Mu’adz pula mengatakan, “Bersikap sombong
kepada orang yang bersikap sombong kepadamu dengan
hartanya, merupakan satu bentuk kerendahan diri.”

Kerana itulah dikatakan juga bahawa menzahirkan sikap sombong


untuk menyedarkan orang yang sombong (bukan dengan niat
berbangga diri) merupakan satu sikap terpuji, contohnya sikap
sombong dihadapan orang jahil dan orang kaya yang sombong
dengan hartanya.
(Rujuk Bariqah Mahmudiyyah fi Syarh Tariqah Muhammadiyah, 2/186)
Selain itu, Imam al-Munawi memasukkan sikap sombong
terhadap orang yang sombong ini sebagai salah satu amalan-
amalan yang baik.
(Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 3/386)
Kesimpulan
Tuntasnya, riwayat yang menyebut sikap takabbur terhadap orang
yang sombong bukanlah hadith, namun ia sekadar kalam dan
pandangan para ulama sebagaimana yang telah dibahaskan.
Seseorang itu diharuskan untuk menzahirkan sikap meninggi diri
terhadap orang yang sombong, dengan niat untuk menasihati,
menegur dan memberi pengajaran terhadap orang yang sombong
tersebut. Namun sikap sombong mestilah pada sudut zahir sahaja,
dan tidak mempunyai rasa sombong yang sebenar di dalam hati.
Namun, kami berpandangan adalah lebih utama untuk menggunakan kaedah dakwah seperti yang digariskan
oleh al-Qur’an al-Karim. Firman Allah SWT:

َ َ‫َواَل تَ ْستَ ِوي ْال َح َسنَةُ َواَل ال َّسيَِّئةُ ۚ ا ْدفَ ْع بِالَّتِي ِه َي َأ ْح َس ُن فَِإ َذا الَّ ِذي بَ ْين‬
ُ‫ك َوبَ ْينَه‬
‫اوةٌ َكَأنَّهُ َولِ ٌّي َح ِمي ٌم‬
َ ‫َع َد‬
Maksudnya: Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya)
perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah
(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih
baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh
rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi
seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah al-Fusilat ayat 34)
Begitu juga dengan firman Allah SWT:

َ ‫صلَ َح فََأ ْج ُرهُ َعلَى اللَّـ ِه ۚ ِإنَّهُ اَل ي ُِحبُّ الظَّالِ ِم‬
‫ين‬ ْ ‫َو َج َزا ُء َسيَِّئ ٍة َسيَِّئةٌ ِّم ْثلُهَا ۖ فَ َم ْن َعفَا َوَأ‬
Maksudnya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan
ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang
memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap
dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
Surah al-Syura (40
Akhirnya, ia terletak kepada kebijaksanaan seseorang apabila
melihat kepada kesesuaian keadaan. Jika orang yang sombong
tersebut diyakini akan berubah jika menggunakan kaedah
teguran secara lembut, maka cara itu lebih utama. Adapun jika
diyakini membalas dengan sikap sombong akan
menyedarkannya dan memberikan pengajaran, maka
diharuskan untuk menggunakan kaedah ini.

Anda mungkin juga menyukai