Anda di halaman 1dari 4

Syarahan Tingkatan 5

Akhlak Al-Quran Dihayati Umat Terpuji


‫السالم عليكم‬
‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫ْش‬ ‫َأ‬ ‫ُك‬ ‫ْش‬ ‫ِّل‬ ‫ْظ‬
‫الَح ْمُد ِهلل اَّلِذْي ْر َس َل َر ُسْو َلُه ِبالُهَد ى َو ِدْي ِن الَح ِّق ِلُي ِه َر ُه َع َلى الِّدْي ِن ِه َو َلْو َك ِر َه الُم ِر ْو َن َه ُد ْن الِإلَه ِإال ُهللا َو َه ُد َّن‬
‫ْش‬ ‫ُك‬ ‫َأ‬
‫َس ِّيَد َن ا ُم َح َّم ًد ا َع ْبُد ُه َو َر ُسْو ُلُه الّلُهَّم َص ِّل َو َس ِّلْم َو َب اِر ْك َع لَى َسِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َو َم ْن َت ِبَع ُهْم ِبِإْح َس اٍن ِإَلى َي ْو ِم الِّدْي ِن‬
‫َفَي ا ِع َب اَد ِهللا ! اَّت ُقْو ا َهللا َح َّق ُت َقاِتِه َو التَم ُْو ُتَّن ِإال َو َأْنُت ْم ُمْس ِلُمْو َن‬..… ‫…َأَّما َب ْع ُد‬

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian


Firman Allah dalam ayat 68-69 surah An-Nahlu :

‫﴾ ُث َّم ُك ِلي ِمن ُك ِّل الَّث َمَر اِت َفاْس ُلِكي ُسُبَل َر ِّبِك‬٦٨﴿ ‫َو َأْو َح ٰى َر ُّبَك ِإَلى الَّن ْح ِل َأِن اَّت ِخِذي ِمَن اْلِجَب اِل ُبُيوًت ا َو ِمَن الَّش َج ِر َو ِمَّما َي ْع ِر ُشوَن‬
٦٩﴿ ‫﴾ُذ ُلاًل َۚي ْخ ُرُج ِمن ُب ُط وِنَه ا َش َر اٌب ُّم ْخ َت ِلٌف َأْلَو اُنُه ِفيِه ِش َفاٌء ِّللَّن اِس ۗ ِإَّن ِفي َٰذ ِلَك آَل َي ًة ِّلَقْو ٍم َي َتَفَّك ُروَن‬

Maksudnya : Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang
didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan
Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Al-Quran banyak memuatkan ayat-ayat berkaitan alam ciptaan Allah supaya kita berfikir
tentang kehebatan dan kekuasaan Allah dalam mencipta dan mengatur perjalanan alam.
Kejayaan manusia bergantung kepada sejauh mana dia mengenal Allah melalui pemerhatian
tentang alam kejadian samada berbentuk bulan, matahari, gunung-ganang, lautan, binatang,
tumbuhan dan sebagainya. Ramai di kalangan manusia yang hanya mampu mengkaji seterusnya
mengkagumi alam ciptaan Allah namun malangnya dia gagal mengenal apatah lagi beriman
kepada Allah yang menciptakan alam yang dia kaji dan kagumi selama ini. Oleh itu kita sebagai
umat yang beriman kepada Allah wajib mengambil pengajaran dan iktibar daripada alam ciptaan
Allah untuk lahir sebagai seorang hamba yang lebih mengenali seterusnya bersyukur atas segala
nikmat kurniaan Allah. Kita yakin bahawa setiap kejadian ini tidak diciptakan oleh Allah dengan
sia-sia bahkan banyak untuk kegunaan manusia.
Kita mengambil contoh dengan penciptaan lebah yang begitu unik. Sarangnya dibuat
berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar tidak terjadi pembaziran ruang dan madu
tidak tumpah keluar. Lebah menghisap madu daripada bunga pilihan, lebah mengolah
makanannya dan hasil olahannya itulah menjadi lilin dan madu yang sangat bermanfaat bagi
manusia untuk dijadikan sebagai ubat. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja
dan segala yang tidak berguna disingkirkan daripada sarangnya. Ia tidak mengganggu yang
lainnya kecuali musuh yang mengganggunya. Oleh kerana itu wajarlah sekiranya Nabi s.a.w
mengibaratkan orang mukmin yang baik seperti lebah sebagaimana dalam sabdanya:

‫ َو اَّلِذي َن ْف ُس ُم َح َّمٍد ِبَيِدِه ِإَّن َم َث َل اْلُمْؤ ِم ِن َلَك َم َث ِل الَّن ْح َلِة َأَكَلْت َط ِّيًبا َو َو َضَع ْت َط ِّيًبا َو َو َقَع ْت‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫َفَلْم َت ْك ِس ر ولم ُتْف ِس د – رواه أحمد‬

Maksudnya : Demi diri nabi Muhammad dibawah kekuasaanNya , Perumpaan seorang mukmin
adalah seperti lebah. Ia tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang baik,
dan bila berada pada suatu tempat maka ia tidak merosak kelopak bunga yang dihinggapinya
Dalam kehidupan kita di dunia ini, seringkali diibaratkan dengan berbagai jenis binatang.
Bahkan kalau manusia tidak mengetahui posisinya sebagai makhluk yang sepatutnya mengikut
petunjuk agama maka mereka boleh jatuh pada kedudukan yang lebih rendah dari binatang
bahkan lebih sesat dari binatang.

Sidang hadirin yang diberkati Allah


Sebagai umat yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka kita wajib menjadikan diri kita
sebagai manusia yang menggunakan semaksima mungkin nikmat umur dan rezeki lain yang
dianugerahkan oleh Allah untuk melebarkan manfaatnya kepada manusia yang lain

‫ واه الطبراني‬-.…… ‫ َأَح ُّب الَّن اِس إلى ِهللا َأْن َفُعُهْم ِللَّن اس‬: ‫قال رسول هللا‬
Maksudnya : Manusia yang paling dikasihi oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang
lain

Antara cara terbaik untuk kita memastikan diri ini menjadi anggota masyarakat yang berguna
ialah :
[1] Ilmu di mana ilmu yang dianugerahkan Allah kepada kita disebarkan kepada orang lain. Kita
mengajar, melatih orang lain. Ilmu ini tidak terbatas pada ilmu agama semata-mata tetapi juga
ilmu dunia baik berupa pengetahuan, keterampilan hidup dan profesional.
[2] Harta terutama dengan zakat ketika harta itu telah mencapai nisab dan haulnya. Setelah zakat
ada infaq dan sedekah yang memiliki ruang lebih luas dan tak terbatas. Kita juga mesti peka
kepada nasib yang sedang menimpa saudara seagama di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar dan lain
lagi yang sedang menghadapi musibah peperangan. Jangan biarkan mereka meraung kesakitan
ketika kita bersorak kegirangan. Jangan biarkan mereka tidur kelaparan ketika kita tidur
kekenyangan

، ‫ َفَت ْح ِم ُلُه َع َلْي َه ا‬، ‫ َو ُتِعيُن الَّر ُج َل ِفي َد اَّبِتِه‬، ‫ َت ْع ِدُل َب ْي َن اْث َن ْي ِن َص َد َقٌة‬: ‫ُك ُّل ُس اَل َم ى ِمَن الَّن اِس َع َلْيِه َص َد َقٌة ُك َّل َي ْو ٍم َت ْط ُلُع ِفيِه الَّش ْم ُس‬
‫َأْل‬
‫ َو ُتِميُط ا َذ ى َع ِن الَّط ِر يِق‬، ‫ َو ِبُك ِّل ُخ ْط َو ٍة َت ْم ِش يَه ا ِإَلى الَّص اَل ِة َص َد َقٌة‬، ‫ َو اْلَك ِلَم ُة الَّط ِّي َب ُة َص َد َقٌة‬، ‫َأْو َت ْر َفُع َلُه َع َلْي َه ا َم َت اَع ُه َص َد َقٌة‬
‫َص َد َقٌة – َر َو اُه اْلُب َخ اِر ُّي َو ُمْس ِلٌم‬
Maksudnya : Setiap persendian manusia ada sedekahnya setiap hari di mana matahari terbit di
dalamnya, kamu mendamaikan di antara dua orang adalah sedekah,kamu membantu seseorang
untuk menaikkannya di atas kenderaannya atau mengangkatkan barangnya di atasnya adalah
sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuh menuju
solat adalah sedekah, dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah.”

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Asr :
‫﴾ ِإاَّل اَّلِذيَن آَم ُن وا َو َعِم ُلوا الَّصاِلَح اِت َو َت َو اَص ْو ا ِباْلَح ِّق َو َت َو اَص ْو ا ِبالَّصْب ِر‬٢﴿ ‫﴾ ِإَّن اِإْلنَس اَن َلِفي ُخ ْس ٍر‬١﴿ ‫﴾َو اْلَع ْص ِر‬
٣﴿
Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – . Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.

Kita juga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan cara ke-[3] Waktu dan tenaga iaitu
ketika kita mendengar keluhan orang lain, membantu mereka melakukan sesuatu, membantu
menyelesaikan urusan mereka dan sebagainya. Kita perlu mengambil berat masalah remaja hari
ini yang banyak menghabiskan masa dengan perkara yang boleh membahayakan nyawa sendiri.
Sifat dan tindak tanduk remaja melakukan perlakuan luar kawal dan berfikir kemudian sukar
diterima masyarakat masa kini. Remaja seperti ini biasanya mengalami konflik dalaman. Selain
itu, remaja ini yang tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa akhirnya
mengubah tingkah laku luar kawal untuk mencari perhatian ibu bapa dan pihak masyarakat.
Faktor yang lain berkaitan keinginan membuat suatu perilaku luar kawalan untuk cari populariti
menerusi laman sosial. Kebiasaannya selepas melakukan aksi terlarang mahupun menulis
perkataan, pernyataan disusuli dengan gambar aksi merbahaya, mengaibkan atau penuh keji dan
seterusnya memuat naik dalam Youtube, Twitter atau Facebook untuk melihat reaksi masyarakat
awam

Bila menyebut tentang pembaziran waktu juga maka tidak terlepas dengan masalah penggunaan
gajet di kalangan anak-anak bila ia digunakan tanpa panduan dan kawalan, ia terbukti memberi
kesan negatif kepada anak-anak kita. Menurut hasil kajian yang dikeluarkan oleh Akademi
Pediatrik Amerika, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak wajar didedahkan dengan teknologi
ini, mereka yang berusia 3 hingga 5 tahun dibenarkan hanya sejam dan yang berusia 6 hingga 17
tahun dihadkan hanya 2 jam sehari. Penggunaan gajet melebihi kadar masa yang disarankan dan
tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai keburukan yang serius malah boleh mengancam
nyawa. Di antara kesan buruk tersebut ialah :
[1] Menjejaskan Kesihatan Dan Tumbesaran Jasmani.
[2] Membantutkan Perkembangan Mental dan Kemahiran Fizikal.
[3] Memberi Kesan Negatif Kepada Emosi dan Jiwa. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak
stabil lalu akan mudah mengamuk dan memberontak jika kemahuan mereka dihalang. Selain itu,
ia juga membentuk sikap tidak peduli dengan persekitaran sehingga ramai dari kalangan mereka
tidak mahu ambil bahagian dalam aktiviti keluarga mahupun rakan sebaya

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Firman Allah dalam ayat 263 surah al-Baqarah :
٢٦٣﴿ ‫﴾َقْو ٌل َّم ْعُروٌف َو َم ْغ ِفَر ٌة َخْيٌر ِّم ن َص َد َقٍة َيْتَبُع َها َأًذ ى ۗ َو الَّلـُه َغ ِنٌّي َح ِليٌم‬
Maksudnya : (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan
(kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha
Penyabar.

Antara amalan baik untuk manfaat orang lain ialah dengan cara ke-[4] dengan tutur kata iaitu
perkataan kita yang baik, yang memberi perangsang kepada perkara bermanfaat, yang
menenangkan dan mengajak manusia kepada kebaikan.
[5] Sikap atau akhlak kita termasuk keramahan kita sesama kita, senyum kita di hadapan orang
lain. Kita dapat melihat bagaimana keindahan Islam lebih mudah terzahir dengan akhlak yang
baik daripada orang Islam. Akibat kegagalan umat Islam sendiri dalam mencontohi akhlak yang
ditunjuk ajar melalui al-Quran dan sunnah nabi s.a.w menyebabkan orang bukan Islam
memandang serong dan negatif terhadap Islam. Oleh bersungguhlah kita dalam meneladani
akhlak nabi s.a.w dalam kehidupan agar keindahan Islam mampu disebarkan kepada semua
dengan lebih mudah dan berkesan.

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :


‫َلَقْد َك اَن َلُك ْم ِفي َر ُسوِل ِهللا ُأْس َو ٌة َح َس َن ٌة ِّلَم ن َك اَن َي ْر ُجو َهللا َو اْلَي ْو َم اآلِخَر َو َذ َك َر َهللا َك ِثيًر ا‬
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah
s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada
hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Dengan ini saya akhiri dengan ucapan terima kasih


Wasaalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai