Anda di halaman 1dari 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

MENJAUHI PERKARA-PERKARA
YANG MEMBATALKAN ISLAM

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 26 JANUARI 2024/

14 REJAB 1445)

1
MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

ُ‫للُ َحَن َمدهُُ َونَ حستَعهحي نهُُ َونَ حستَ حُغ هفرهُ َونَعوذُُبهاللُ هم حُنُشروهُرُأَنحف هسنَاُ َوهم حُن‬ ُ‫اَ حْلَ حمدُُ ه‬
ُ،‫يُلَه‬ َُ ‫لَُ َه هاد‬ ُ َ‫ضلهحلهُُف‬ ‫ضلُُلَهُُ َوَم حُنُي ح‬ ‫لَُم ه‬ ُ َ‫ُ َم حُنُيَ حه هدهُهُاللُُف‬،‫اتُأ حَع َمالهنَا‬ُ‫َسيِّئَ ه‬
ُُ‫ ُ َوأَ حش َهدُ ُأَنُ ُُمَم ًدا ُ َعحُبده‬،‫ك ُلَه‬ َُ ‫أَ حش َهدُ ُأَن ُلُ ُإهلهُهَ ُإهلُ ُاللُ ُ َو حح َدهُ ُ ُلَ ُ َش هريح‬
ُ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم‬ ‫هه‬
‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ حُم ُ َعلَى ُُمَمدُ ُ َو َعلَى ُآل ُه ُ َوأ ح‬
َ ُ ُ‫ُاللهم‬.ُ‫َوَرس حوله‬
َُ ‫ يَأَيّ َها ُالّ هذ‬.‫ل ُيَ حوهُم ُالدِّيحن‬
َُ‫ين ُ َآمنوُاح ُاتّقوُاح ُاللُّهَ ُ َح ُّق ُت َقاتههُه ُ َو ُل‬ َُ ‫بهها حح َسانُ ُاه‬
ُ،‫ث ُ هكتَابُ ُالل‬ ُ‫ق ُاْلَ هديح ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬
‫ ُفَانُ ُأ ح‬،‫أَما ُبَُ حعد‬.‫ََتوت ُّن ُإه ُلّ ُ َوأَنحت حُم ُ ّم حسلمو َُن‬
َُ ‫َص َد‬
ُ،‫ُ َو َشرُُاألم حوهُرُ حُم َدثَات َها‬،‫صلىُاللُُ َعلَحي هُهُ َو َسل َم‬ َ ُُ‫يُ َه حديُُُمَمد‬ ُ‫َو َخحي َُرُا حْلَحد ه‬
ُ ‫ض َللَةُُ ه‬
.‫فُالنا هُر‬ َ ُُ‫ُ َوكلُُبه حد َعة‬،ٌ‫َوكلُُ حُم َدثَةُُبه حد َعة‬
َ ُُ‫ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan di dalam masjid yang suci ini, marilah kita
bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan-Nya,
sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling
bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah:“MENJAUHI PERKARA-
PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Islam adalah agama yang menyeru manusia supaya mengesakan Allah SWT dan
jangan menyekutukanNya dengan segala sesuatu, serta membawa kebaikan untuk
kehidupan manusia di dunia dan di hari akhirat kelak. Tidak ada agama yang paling
sempurna selain Islam, tidak ada ajaran dan pegangan yang paling baik dan indah

2
selain yang ada di dalam Islam, Islam sahajalah agama yang diperakui dan diredhai
oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 19:

      

Maksudnya:“Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah


Islam”.

Oleh itu, kita sepatutnya merasa mulia serta bersyukur kepada Allah SWT kerana kita
telah terpilih menjadi umat Islam, hendaklah kita jaga dan pelihara keislaman kita
dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas kita untuk menjaga
dan memelihara keislaman kita daripada sebarang perkara yang boleh menjadikannya
rosak dan terbatal.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Ramai di kalangan kita yang mempelajari tentang perkara-perkara yang membatalkan


wuduk, solat, puasa, haji dan lain-lain lagi, tetapi mereka terlupa untuk mempelajari
perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah atau membatalkan Islam. Oleh
itu, kita hendaklah mempelajari dan mengetahui bahawa terdapat beberapa perkara
yang boleh membatalkan keislaman kita.

Jika kita telah mengetahuinya maka hendaklah kita menjauhinya. Antara beberapa
perkara yang boleh membatalkan Islam yang paling banyak terjadi di kalangan umat
Islam ialah sepuluh perkara;

Yang Pertama: Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadah. Allah SWT
berfirman:

               

 

3
Maksudnya:“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah,
mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan
tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Maa-idah, Ayat 72)

Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan dari orang-
orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban untuk mereka.

Yang Kedua: Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah,
meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang
yang melakukan perkara tersebut menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah terbatal
Islamnya.

Yang Ketiga: Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran
mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian maka
terbatal syahadahnya atau terbatal Islamnya.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Yang Keempat: Barangsiapa berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada


petunjuk Nabi SAW adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukum yang
lain daripada hukum Nabi SAW lebih baik, seperti mereka yang mengutamakan
peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari
hukum Allah), dan mengenepikan hukum Rasulullah SAW maka orang yang
berkeyakinan seperti itu terbatal Islamnya.

Yang Kelima: Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW
sebagai syariat walaupun dia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian maka
dia telah kufur atau terbatal Islamnya, kerana Allah SWT berfirman:

        

Maksudnya:“Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak


menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-
hukum syarak yang diterangkan di dalam al-Quran), lalu Allah menggugurkan
amal-amal mereka”. (Surah Muhammad, Ayat 9)

4
Yang Keenam: Barangsiapa mempersendakan sesuatu dari agama Rasulullah SAW
atau sesuatu yang berkaitan dengan pahala atau pembalasannya maka dia telah
membatalkan Islamnya, kerana Allah SWT berfirman:

            

  

Maksudnya:“Katakanlah (wahai Muhammad):"Patutkah nama Allah dan ayat-


ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah
kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana Sesungguhnya kamu
telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika kami maafkan sepuak dari
kamu (kerana mereka bertaubat), maka kami akan menyeksa puak yang lain,
kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.”. (Surah At-Taubah, Ayat
65-66)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yang Ketujuh: Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (‫)الصرف‬, dan ilmu pengasih
)‫(ال َعطف‬. Barangsiapa yang mengamalkan ilmu sihir atau redha dengannya maka
terbatal Islamnya, kerana Allah SWT berfirman:

             

Maksudnya:“Sedangkan kedua-dua malaikat (Harut dan Marut) itu tidak


mengajarkan (sesuatu ilmu sihir) kepada seseorang (pun) sehingga ia berdua
berkata: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu
menjadi kafir”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 102)

Yang Kelapan: Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum
muslimin, dan dalilnya Allah SWT berfirman:

             

5
Maksudnya:“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi
dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
(Surah Al-Maaidah, Ayat 51)

Yang Kesembilan: Barangsiapa berkeyakinan bahawa sesetengah individu


diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad SAW maka orang yang
berkeyakinan sedemikian terbatal Islamnya. Allah SWT berfirman:

             

Masudnya:“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka


tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan
orang-orang yang rugi”. (Surah Ali Imran, Ayat 85).

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Yang Kesepuluh: Berpaling daripada agama Allah dan membenci ajaran Islam.
Allah SWT berfirman:

             



Maksudnya:“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat


peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya.
Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang
berdosa”. (Surah As-Sajadah, Ayat 22)

Inilah beberapa perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang. Semoga Allah
SWT melindungi kita semua daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membatalkan Islam. Mereka yang melakukan perkara-perkara tersebut akan mendapat

6
kemurkaan daripada Allah SWT serta azab seksaanNya yang amat pedih di dunia dan
di hari akhirat kelak.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Untuk mengakhiri khutbah yang pertama di hari Jumaat yang mulia ini, khatib ingin
membuat kesimpulan dari apa yang telah disampaikan sebentar tadi. Jika terbatal
keislaman seseorang itu maka dia telah menjadi murtad.

Jika seseorang itu telah menjadi murtad, lalu dia mati dalam keadaan kafir maka
terhapuslah segala amal ibadat yang telah dilakukannya. Allah SWT berfirman dalam
Surah Al-Baqarah Ayat 217:

             

         

Maksudnya: “Dan sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya (Islam),
lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir maka sia-sialah amalan mereka yang
baik-baik di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya”.

Akidah Islam adalah perkara yang amat penting dan sensitif dalam agama Islam. Ia
tidak boleh dipersendakan atau dipermain-mainkan sama ada dengan jantung hati,
perkataan mahupun perbuatan.

Tidak diragukan lagi bahawa mempersenda atau mempermain-mainkan perkara


agama adalah satu dosa yang amat besar dan boleh membawa seseorang itu terkeluar
daripada agama Islam atau murtad jika dia tidak bertaubat.

‫آن ُالحع هظي هم ُونَ َفع هِن ُوإهياكم هُِبَا ُفهي هه هُمن ُاآلي ه‬
‫ه‬
ُ‫ات‬َ َ ‫ح‬ ‫ُِف ُالحقحر َ ح َ َ ح َ ح‬ ‫ُِل َُولَك حم ه ح‬
‫بَ َارَك ُالل ه ح‬
.‫ُاْلَ هكحي هُم‬ ِّ ‫و‬
‫الذ حك هر ح‬ َ
7
KHUTBAH KEDUA

‫َُيعل ُلَه ه‬
َُ‫ُ َوأَ حش َهد ُأَ حن ُل‬.‫ُع َو ًجا‬ ‫َل‬
‫ُو‬ ‫اب‬ ‫ت‬ ‫اْلمد ُلهل هه ُال هذيُأَنحزَل ُعلَىُعب هد هه ُالح ه‬
‫ك‬
‫ح‬ َ َ
‫َ َح َح‬ َ ‫َ َ َح‬ ‫حَ ح‬
ُ‫ُص ِّل‬ َ ‫يك ُلَه َُوأَ حش َهد ُأَن ُُمَم ًد‬
َ ‫ُاَللهم‬.ُ‫اُعحبده َُوَرسوله‬ َ َ‫إهلَهَ ُإهل ُالله َُو حح َده ُل‬
َ ‫ُش هر‬

ُ‫ ُفَيَا ُأَيُّ َها‬،‫ ُأَما ُبَ حعد‬،‫ْي‬ ‫وسلِّم ُوبا هرحك ُعلَى ُُممد ُوعلَى ُآلههه ُوصحبه هه ُأ ح ه‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫ََح‬ َ َ َ َ ََ ‫َ َ ح‬
.‫ُحقُت َقاتههه َُوَل ََُت حوتنُإهل َُوأَنحت حمُم حسلهم حو َُن‬ ُ
‫اُالل‬
‫و‬ ‫ق‬ ‫ت‬‫ُاه‬،‫الحمسلهمو َن‬
َ َ ‫ح‬ ‫ح ح‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Ada di kalangan mereka yang mentauhidkan Allah melakukan dosa-dosa besar selain
syirik. Barangsiapa mentauhidkan Allah SWT dan tidak mensyirikkan Allah dengan
sesuatu maka akan diampunkan dosa-dosanya, walaupun dosa-dosanya sepenuh bumi.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:

‫ه‬ ‫ك ُلَو ُأَتَ حيتَهِن ُبهقر ه‬ ‫ياُابحن َ ه‬


َ ‫ُخطَايَاُُث ُلَقيتَهِن َُل ُت حش هرك هُِب‬
ُ‫ُشحيئًا‬ َ ‫ض‬‫ُاأل حَر ه‬
‫اب ح‬ َ ‫ُآد َم ُإن َ ح‬ َ َ
‫َألَتَيتُكُبهقر هاِباُم ح ه‬
.‫غفرًُة‬
َ َ ََ َ ‫ح‬
Ertinya:“Wahai anak cucu Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan
dosa sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku (ketika mati, dalam
keadaan) tidak menyekutukan aku dengan sesuatu, maka sesungguhnya aku pasti
akan memberikan kepadamu keampunan sepenuh bumi”. (Hadis Qudsi, Sahih,
Riwayat Al-Tirmizi)

Pada tahun ini kita memiliki peluang untuk mempelajari serta mendalami ilmu yang
berkaitan dengan tauhid di Program Perlis International Sunnah Convention Di
Dewan 2020 Kangar Perlis selama dua hari.

Majlis ilmu ini akan bermula pada hari Sabtu 27 Januari hingga hari Ahad 28
Januari 2024 yang membawa tema yang bertajuk “Light Of Tawheed” yang ada
kaitan dengan tauhid kita sebagai umat Islam.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menghadiri majlis ilmu ini mudah-mudahan rakyat
dan negeri ini dilimpahi rahmat, keampunan serta keberkatan dari sisi Allah SWT.

8
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab Ayat 56:

           ، 

 

Maksudnya:“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi,


maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke
atas Nabi”.

‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬


ُ‫ىُآل‬ ‫ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫اُصلحي‬َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآل ُُمَمد ُ َك َم‬ َ ‫ُص ِّل‬ َ ‫اَللّهم‬
‫ُعلَىُإهب ر هاهيمُو َعلَ ه‬
ُ‫ىُآل‬ َ ‫ت‬ ‫ك‬
‫ار‬
‫ح‬ ‫اُب‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ُ ‫د‬ ‫م‬َ‫ُُم‬ ‫ُعلَىُُمَمدُو َعلَ ه‬
‫ىُآل‬ َ ‫ك‬ ‫ح‬ ‫ه‬
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫إهب ر ه‬
‫اه‬
ََ َ ‫ح‬ َ ََ َ َ َ َ َ َ‫ح‬‫ح‬
‫ أَللّهم ُا حغ هفر ُلهحلمسله همْي ُوالحمسلهم ه‬.‫َُمي ٌُد‬‫ك َهُ ه‬ ‫إهب ر هاهيم ه ُ ه‬
ُ‫ات‬ َ ‫ح حَ َ ح‬ ‫ح‬ ‫ُححي ٌد َ ح‬ َ ‫ْي ُإهن‬
َ ‫ُف الح َعالَم ح‬ َ ‫حَ ح‬
‫َُسيع ُقَ هريب ه‬
ُ‫َُمحيب‬ ‫ك َه‬ ‫ن‬‫ه‬‫إ‬ ُ . ُ‫ ُاألَحي هاء هُمحن هم ُواألَمو ه‬،‫ات‬
‫ات‬ ‫والحم حؤهمنهْي ُوالحم حؤهمنَ ه‬
ٌ ‫حٌ ح‬ َ َ‫ح َ ح‬ َ‫ح‬ َ َ‫ح‬ َ
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬
َ َ‫ُاْل‬
‫اض َى ح‬ ‫اتُوقَ ه‬ ‫ه‬
َ ‫الد حع َو‬
Ya Allah!, Ya Ghaffar! Engkau ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada
yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Engkau berikan petunjuk hidayah
serta rahmat-Mu kepada kami sekalian hamba-hamba-Mu dan kepada pemimpin kami
terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra
Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa
beramal dengan kitab-Mu dan sunnah nabi-Mu Muhammad SAW dan Engkau
lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan dengan
kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua maka
tertegaklah pemerintahan yang adil lagi diredhai oleh-Mu.

Ya Allah!, Ya Rahman! Kami memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan


diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

9
Ya Allah!, Ya Raafi’! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang
berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami
untuk menghindari amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat.

Ya Allah!, Ya Rahim! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan


keberkatan. Engkau bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau
redha. Penuhi jiwa kami dengan mencintai agama-Mu.

Ya Allah!, Ya Raqib! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau
tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

Ya Hayyu!, Ya Qayyum! Engkau selamatkanlah umat Islam yang dizalimi,


ditindas, dijajah dan diperangi di di Palestin.

Ya Allah!, Ya Nasiir! Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada


para pejuang yang berjihad untuk membela agamaMu dan memerangi musuh-musuh-
Mu di Palestin.

Ya Allah!, Ya Qahhar! Engkau kenakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh


saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu
pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah! Engkau cerai-beraikanlah kumpulan
mereka, Ya Allah! Engkau pisahkanlah kesatuan mereka, Ya Allah! Engkau
kurangkanlah jumlah mereka.

‫ه‬ ‫ُاآلخرهة ُحسنةً ُوقه‬


‫ه‬ ‫رب نَاُآتهنَ ه‬
ُ‫صلىُالله‬‫و‬
ََ ُ. ُ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ُالن‬ َ َ َ َ َ َ َ ‫اُح َسنَةً َُوهِف‬
‫اب‬ ‫ذ‬
َ ‫اُع‬َ‫ن‬ َ َ‫اُِف ُالدُّنحي‬ َ
‫ُإهن ُالل ُيأحمر ُبهالحع حد هل ُوا هإلحس ه‬.‫ْي‬ ‫ب ُالحعالَ ه‬ ‫اْلمد ُلهل ه‬
ُ‫ان‬ َ ‫ح‬ َ َ َ َ ُ
َ ‫م‬ َ ِّ ‫ُر‬
َ ‫ه‬ ‫َعلَىُنَبهيِّ نَا ُمَمد َُو حَ ح‬
ُ‫ يَعهظك حم ُلَ َعلك حم‬،‫ُع هن ُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬ ‫ه ه‬
َ ‫َوإهيحُتَاء ُذي ُالحقحرََب َُويَحن َهى‬
.‫تَ َذكرحو َُن‬

10

Anda mungkin juga menyukai