Anda di halaman 1dari 5

Wahai orang-orang yang beriman!

Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. surah almaidah ayat 90 : () Maksudnya: Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah akan menghilangkannya dengan tawakkal. Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap).(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi : : () Maksudnya: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.(Riwayat AlTabrani : : () Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakannya itu tertolak. ( Riwayat Ahmad dan Muslim Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131) Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan. Daripada Abdullah ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748) Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (AtTaubah 9: 51) Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697) Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718) Rasulullah SAW bersabda; Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tiga kali). Lalu beliau bersabda, Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal. (HR. Abu Dawud) Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakiNya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa 4: 116). Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yunus :107) Menurut Kamus Idris al-Marbawi (hal. 169) khurafat ialah: cerita karut (karut marut

http://mufti.perlis.gov.my/informasi/koleksikhutbah/147-syirik-dan-khurafatmemusnahkan-umat Syirik Dan Khurafat ; Memusnahkan Umat


(8 Julai 2011/ 6 Syaaban 1432H) , . ! .

Muslimin Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa. Mimbar hari ini akan membicarakan tajuk Syirik dan Khurafat Memusnahkan Umat. Sidang Jumaat Sekalian, Sesungguhnya manusia dicipta untuk menyembah Allah SWT sematamata. Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain yang menghidupkan, mematikan, menyembuhkan, memberikan rezeki, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberikan bantuan dan sebagainya selain Allah adalah syirik. Begitu juga memberikan nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya juga adalah syirik. Selain itu, doa atau apa jua bentuk sembahan sama ada menyembelih, bernazar, takut, berharap, cinta dan sebagainya yang dilakukan untuk selain Allah adalah syirik. Sesungguhnya syirik adalah sebesar-besar dosa. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik. Hal ini kerana : 1. 1.Syirik menjurus kepada menyamakan Allah dengan makhluk-Nya dalam urusan ketuhanan. Sebab itulah syirik tergolong dalam dosadosa yang besar. Firman Allah dalam surah Lokman, ayat 13 :

Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yakni dosa yang besar".
I.

2.Orang yang melakukan syirik tidak akan diampunkan dosanya

selama mana dia tidak bertaubat. Firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 48 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu pun), dan Dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.
I.

3.Allah mengharamkan syurga bagi mereka yang

menyekutukanNya. Mereka akan terus kekal di dalam neraka Jahannam. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 72 : Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
I.

4.Syirik akan memusnahkan segala amalan ibadah yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anam, ayat 88: Maksudnya : Dan kalau mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, nescaya gugurlah daripada mereka, apa yang mereka telah lakukan (daripada amalan yang baik). Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Islam ialah agama tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keesaan Allah Yang Maha Kuasa. Maka ukuran sempurna atau tidak Islam seseorang adalah bergantung pada kesempurnaan tauhidnya. Dakwah tauhid merupakan dakwah utama para rasul yang diutuskan oleh Allah. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahli, ayat 36:

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul dengan menyeru mereka : Hendaklah kamu menyembah Allah serta menjauhi taghut. Sidang Jumaat sekalian, Antara amalan syirik dan khurafat yang masih berleluasa dalam masyarakat Islam pada hari ini adalah seperti berikut :

Pertama: Mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat. Sesetengah masyarakat kita ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut seperti ingin mendapatkan kedudukan, kesenangan, jodoh, menghilangkan penyakit dan sebagainya. Nabi SAW memberi amaran kepada golongan ini dengan sabdanya dalam hadis riwayat AshabusSunan :

Maksudnya: Barang siapa yang menemui tukang tilik atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka, lalu dia mempercayai apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW. Kedua: Pemakaian benda tertentu untuk mendapatkan tuah atau menjauhkan sial seperti tangkal, gambar atau sesuatu alatan untuk menjadi kebal, pelaris perniagaan, penghalang daripada bahaya dan sebagainya juga adalah syirik. Antara syirik dan khurafat yang masyhur dan masih berlaku dalam masyarakat kita, antaranya seperti benang hitam yang dipakai untuk bayi yang baru lahir untuk tujuan tertentu dan pemujaan gambar tokoh tertentu di kedai-kedai makan. Kesemua kepercayaan dan keyakinan tersebut boleh membawa syirik yang boleh menggugat keIslaman seseorang. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu Daud : Mafhumnya: Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik. Ketiga: Mempercayai hari-hari atau bulan tertentu boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga kepercayaan kepada bintang dan angka-angka tertentu boleh membawa tuah dan keberkatan. Kesemua kepercayaan khurafat ini boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT, yang merupakan dosa besar. Sebenarnya, ketetapan baik dan buruk kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk. Sidang Jumaat Sekalian, Kesimpulan khutbah kita pada hari ini ialah: Pertama : Syirik adalah sarang khurafat dan kebatilan. Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan kepercayaan kepada dukun, bomoh, ahli sihir dan sebagainya, menyebabkan mereka tidak lagi mengendahkan ikhtiar, dan usaha. Mereka juga tidak akan mencari sebab musabab sesuatu yang terjadi, serta meremehkan sunnah kauniyah yakni hukum alam.

" "

" "

Kedua : Syirik merupakan punca segala ketakutan dan kebimbangan. Orang yang akalnya menerima pelbagai kepercayaan khurafat akan sentiasa dihantui perasaan takut dan bimbang. Ketiga : Syirik menyebabkan seseorang malas melakukan pekerjaan yang bermanfaat. Hal ini kerana syirik mengajar para pengikutnya untuk menggantung harap kepada pengantara atau orang tengah, sehingga mereka meninggalkan amalan yang soleh.

Keempat : Syirik dan khurafat juga boleh memecah belahkan akidah dan kesatuan umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai