Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI KHURAFAT Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab :kharafa-yakhrifu- kharfan- khurafatan.

Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition". Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu banyak bidaah dan khurafat. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu. Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat padanya. Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri. Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat. Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk menyempitkannya. AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT. Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada AlQuran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah : Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakal. ( Surah Al-Zumar : Ayat 38 ) Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi : Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala) ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot.

Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48: Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa yang besar. semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita & menjauhi kita dari segala yang menyesatkan.

PENGERTIAN KHURAFAT http://1khalifah.wordpress.com/2012/10/08/amalan-khurafat-dikalanganjemaah-haji/

Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata: Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut. Di dalam al-Munjid disebut: Al-khurafat juga disebut sebagai percakapan yang tidak betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan. Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut: Yang bermaksud: Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid. KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat mereka, mereka mempercayai kepada arah burung yang berterbangan memberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burung yang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang melintasi mereka. Yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As Sawaeh Yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al Bawareh Yang datang kepada mereka dari arah hadapan dinamakan : An Nateh Yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al Qaid Dari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran-tafsiran yang khusus, ada bala bencana akan menimpa, ada tuah, ada keberuntungan yang akan berlaku dan sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut. Masyarakat jahiliah juga percaya jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang akan menimpa.

Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka. PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT Di dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan dengan Alllah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang bermaksud: Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segalagalanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang bertawakal. Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan khurafat. Yang bermaksud: Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). Yang bermaksud: Dari Ibnu Masud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Buruk sangka (dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah. Yang bermaksud: Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: Jangan ada buruk sangka (kerana khurafat) dan alfalu adalah jauh lebih baik. Ditanya Rasulullah, apakah dia alfalu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang boleh didengari oleh seseorang. Yang bermaksud: Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau. Dari semua urutan ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang tersebut, jelas memperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia. Khurafat adalah karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja. Apabila kamu cekal bercita-cita, maka teruskan dan bertawakkal kepada Allah.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalanamalan bidah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka. Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal

kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur. PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut: Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkaraperkara yang dianggap menarik baginya. Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab. Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul. Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah. BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia. Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji. Rasulullah SAW pernah bersabda: Yang bermaksud: Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla. Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.

PENUTUP Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya. Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat umum. Perlu diajar dengan cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang pergi menunai haji benar-benar mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan. Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat Islam di zamannya. Dengannya mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang terpuji akan lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud dan tujuannya. Dari akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah. Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

KHUTBAH

2 SAUDARA JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH! Sesungguhnya, tanggapan buruk seperti itu berlaku sejak dahulu lagi dan ternyata masyarakat kita menerima dan mempercayainya tanpa usul periksa. Padahal, mengaitkan sesuatu musibah dengan peristiwa, hari atau bulan tertentu adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:3 Maksudnya: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (S. Al-Araaf: 131) Firman Allah lagi:Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): tiada akan menimpa kami sesuatu selain daripada apa yang sudah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung yang menhyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (S. At-Taubah: 51). Sehubungan dengan pengertian firman Allah tersebut, dapat disimpulkan bahawa Allah mentakdir dan menetapkan sesuatu itu pada azali, tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan takdir dan ilmu-Nya. Dalam erti kata yang lain, apa jua malang atau nahas yang menimpa manusia adalah ketentuan Allah SWT, dan bukannya disebabkan oleh hari, bulan, peristiwa, objek atau tempattempat tertentu. Mengaitkan atau menyandarkan kepada bulan Safar mahupun kepada peristiwa, objek atau tempat-tempat tertentu sebagai punca musibah atau bencana mahupun keuntungan atau rezeki adalah tahyul dan khurafat semata-mata. Setiap amalan ataupun kepercayaan yang berbau khurafat dan tahyul mesti dibanteras sehingga ke akar umbi kerana Rasulullah melarang keras umatnya bersangka buruk terhadap sesuatu dan menganggap kepercayaan sedemikian sebahagian daripada syirik seperti dinyatakan dalam hadis baginda, maksudnya: Daripada Abdullah ibnu Umar RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (HR Imam Ahmad). Tambahan pula, syirik adalah satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah SWT. Hal ini diperingatkan dan ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (S. An-Nisaa': 116) SAUDARA JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH! Syirik, khurafat dan tahyul yang masih berlaku dalam masyarakat kita hari ini membuktikan bahawa amalan jahiliah ini masih diwarisi oleh segelintir umat Islam zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Kenyataan ini adalah isyarat jelas bahawa kita sebagai Muslim wajib mendalami ilmu akidah Islam untuk memelihara kesucian akidah, kepercayaan, perkataan dan perbuatan daripada segala bentuk tindak-tanduk yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam sajalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan memimpinnya ke arah keredaan llahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Tegasnya, benteng pertahanan aqidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya dengan godaan nafsu dan syaitan, selain menerapkan konsep amar makruf nahi munkar serta saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran. Semoga kita teguh dalam keimanan lurus sampai kelak ajal tiba selaras dengan tuntutan Allah SWT:Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (S. Ali-Imraan: 102). 'Khurafat' yang masih membelenggu kita adalah kerana akidah yang tidak mantap dan kefahaman tentang hukum-hakam Islam yang tipis. Sebagai seorang Islam, kita sewajarnya meminta sesuatu kepada Allah sebagai tempat pergantungan kita. Perkara-perkara ini hanya boleh di banteras jika kita berpegang teguh kepada ajaran Islam. Kita kembali menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan dalam segala tindakan. Sekiranya sesuatu amalan itu tidak bertentangan dengan syariat, maka haruslah di lakukan. Mengamalkan amalan khurafat memang tiada memberi manfaat, malah lebih menjuruskan kepada perkara negatif. Agenda memantapkan akidah merupakan..... utama agar kita tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dengan menjadikan amalan khurafat sebagai pakaian harian. Apabila akidah sudah

mantap, maka minda kita tidak mudah terpengaruh dengan unsur khurafat, minda masyarakat akan lebih terbuka. Berani merujuk kembali kepada sumber yang asal, mengolah dan menafsirnya semula. Ini merupakan jalan-jalan untuk mencerdaskan kembali minda umat Islam dan membebaskan diri dari segala belenggu fikrah yang lesu dan mati. (Al-A'raaf: 33) Bermaksud: " Katakanlah: Yang di haramkan Tuhanku, hanyalah segala yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran dan kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tiada di beri keterangan kepadanya, dan kamu katakan kepada Allah sesuatu yang tiada kamu ketahui." Disediakan oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa, melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala larangan-Nya. Antara ciri orang bertaqwa ialah mengimani rukun Iman yang enam dan hanya kepada kepada Allah tempat bergantung dan meminta pertolongan untuk keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Umat Islam di Malaysia tidak dapat lari dari istilah khurafaat dan tahyul. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana khurafat itu sendiri berakar umbi sejak zaman jahiliah lagi. Pada zaman jahiliah, mereka yang ingin bermusafir akan melepaskan seekor burung. Jika burung itu terbang ke kanan, maka ia akan meneruskan musafir kerana ia membawa alamat baik. Tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, mereka akan menangguhkan pemergian kerana ditakuti akan ditimpa bala malapetaka. Tahyul pula mempunyai hubungkait dan makna yang sama yang meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta. Untuk kita mengenali adakah ianya khurafat atau tidak adalah berdasarkan ciri-ciri berikut; Pertama Kedua : : Amalan yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi saw. Mengandungi cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. Khurafat bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan

Ketiga : ajaran Islam. Keempat : sebagainya. Kelima :

Khurafat menggunakan objek-objek tertentu seperti keris, batu cincin, kayu koka dan

Khurafat mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.

Keenam : Khurafat berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus melalui kubur, patung, pokok dan sebagainya. Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, Persoalannya kini, kenapakah perkara khurafat ini masih berlaku dalam masyarakat. Kenapa masih ada umat Islam percaya kepada bomoh yang mengamalkan ilmu menurun walaupun Islam telah berkurun lamanya bertapak di nusantara ini?. Kenapa masih ada yang percaya kepada kubur keramat, bunyi burung hantu sebagai petanda adanya kematian. Memulakan kerja atau pindah rumah pada hari-hari tertentu. Kenapa masih ada yang percaya kepada musibah hari dan waktu. Ini berhubung kait dengan kelemahan akidah dan kerapuhan iman di kalangan kita. Kita lebih berminat mendalami ilmu syariah seperti munakahat, jenayat dan muamalat tetapi kita lesu apabila bab akidah dibentang atau dibicarakan oleh tuan guru.

Sedangkan kita tahu, akidah merupakan paksi kepada kehidupan kita dan apa jua perkataan atau tindakan yang bertentangan dengan akidah akan menjerumuskan kita ke lembah syirik dan kufur. Siaran-siaran televisyen pula kita sering dihidangkan dengan cerita hantu dan tahyul. Kita didedahkan bagaimana masyarakat melayu menyampaikan hajat di kubur keramat, menemui bomoh bagi menaikkan seri wajah atau peluang kedudukan dan pangkat, kejahatan rasukan dan ada juga digambarkan bahawa nombor-nombor tertentu adalah tuah dan untung baik. Kita melihat ada di kalangan umat Islam menjadikan cerita-cerita tahyul yang dipaparkan di televisyen, majalah dan komik di pasaran sebagai sumber rujukan. Bahan-bahan tersebut sebenarnya amat bahaya ditonton dan dibaca kerana memberi kesan kepada pemikiran terutama anak-anak yang masih kecil. Sedangkan dalam masa yang sama banyak bahan-bahan ilmiah yang berupa rancangan bimbingan agama di televisyen dan majalah-majalah Islam di pasaran. Khurafat adalah satu bentuk penyelewengan akidah. Ia menyalahi pergantungan manusia kepada penciptaNya iaitu Allah sebaliknya berpaling kepada makhluk yang dicipta Allah. Malah Al-Quran telah mengarahkan agar manusia bergantung kepada Allah dan menolak kepercayaan selainnya agar kita memperoleh kebaikan dan menolak keburukan. Allah SWT menegaskannya dalam surah Az Zumar ayat 38; "Sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang syirik) itu, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana pendapat kamu tentang apa yang kamu sembah selain daripada Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka menghilangkan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah hendaknya bertawakkal orang yang mahu bertawakkal". Apabila sesuatu perbuatan,ungkapan atau fahaman yang dipercayai dan diiktikad dengan yakin sebagai boleh mendatangkan manafaat atau mudarat sedangkan ia tidak bersumberkan syariat Islam, malah bertentangan dengan logic akal yang waras, maka ia boleh menjerumuskan kita ke lembah syirik. Malah kita menjadi tidak berdaya maju, kegiatan ekonomi terbantut, Minda menjadi jumud dan tidak berkembang kerana mempercayai fahaman karut marut tersebut. Dalam konteks hubungan kita dengan Allah Taala, kita telah melakukan satu dosa besar tanpa disedari iaitu syirik. Dosa syirik itu sendiri tidak diampunkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah AnNisa ayat 48: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampuni dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar". Sesungguhnya mempercayai perkara khurafat dan tahyul akan menjadikan umat Islam semakin mundur, malas berusaha dan hanya berserah kepada takdir. Ini bertentangan dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya berlumba-lumba mencari kebaikan dan kejayaan. Kita akan menjadi umat yang ketinggalan dan hanya melihat kejayaan yang dicipta umat lain. Setiap bala bencana, musibah, terkurang dan terlebih rezeki adalah ketentuan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW; "Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau daripada orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari daripada singa". (Riwayat Bukhari)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, Sesungguhnya khurafat akan membawa kesan buruk kepada umat Islam iaitu; Pertama Kedua qadar. Ketiga : : Merosakkan akidah(syirik). Hilang kepercayaan kepadarukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan

Lenyap sikap berusaha dan mudah berputus asa.

Rasulullah SAW memberi peringatan keras tentang tujuh perkara yang membinasakan, ia perlu dijauhi di mana syirik merupakan perkara yang utama. Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Jauhilah kamu tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya apakah perkara-perkara itu ya Rasulullah?Baginda menjawab: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan membuat tuduhan jahat ke atas perempuan mulia lagi beriman". (Riwayat Muslim) Oleh itu, marilah kita membersihkan diri daripada khurafat dan tahyul yang berupa pemikiran dan fahaman jahiliyyah yang kesannya boleh memesongkan pegangan akidah kita. Marilah kita terus meningkatkan kefahaman Islam dengan memperkukuhkan akidah. Hadirkan diri ke majlis ilmu yang diadakan di masjid dan surau. Hindarkan diri kita daripada fahaman yang menyesatkan dan mengelirukan. Kembalilah kepada pegangan akidah yang sebenar supaya kehidupan kita di redhai oleh Allah di dunia dan di akhirat. "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa (menyembah atau memuja) kepada selain Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan sedemikian, maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang yang zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)". Tiada Kesialan Pada Bulan Safar Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat. Sebagai contoh sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat gerakan-gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut. Perkara sebegini disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara. Sebagai contohnya Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi s.a.w. diutuskan, baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. Riwayat Abu Nuaim alAsfahani di dalam Hilyah al-Auliya Islam menyelar budaya tathayyur ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yang mencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah

S.W.T. dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudharat atau manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T sematamata. Firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". al-Taubah (9) : 51 Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap kerana sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah S.W.T. tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya. Firman Allah S.W.T.: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. al-Araaf (7) : 131 Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan. Daripada Abdullah ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748 Daripada Abdullah Ibnu Masud bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411. Melalui hadis di atas kita dapati sedikit sebanyak setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur ini akan tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah akan menghilangkan perasaan tersebut dari jiwa kita. Sekiranya kita telah terjebak dalam perlakuan tathayyur ini, untuk menebusnya Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita untuk mengucapkan:

.
Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748. Namun apa yang menyedihkan setiap kali ketibaan bulan Safar, budaya jahiliyah yang diperangi oleh Islam ini seakan-akan muncul semula. Safar adalah bulan kedua dalam kalendar hijrah dan Safar bermaksud kosong atau meninggalkan sesuatu tempat. Penamaan bulan yang kedua ini sebagai Safar adalah kerana kebiasaan orang Arab meninggalkan rumah mereka pada bulan ini bertujuan memerangi musuh-musuh dan mereka juga suka mengembara pada bulan ini. Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada bulan Safar ini. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi pada bulan Safar khususnya pada

hari Rabu minggu terakhir. Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang mendesak. Sebagai contohnya dalam kitab al-Futuhat alHaqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu. Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut Abdullah Faiz Daghestani berkata: Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penedritaan (bala) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang mengekalkan adab ini yang disebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa. Bagi orang Melayu pula mereka menghindari dari melakukan majlis perkahwinan pada bulan Safar kerana dipercayai jodoh pasangan pengantin tersebut akan tidak berkekalan dan kelak akan susah untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut. Kesemua ini merupakan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke akar umbi. Firman-Nya: Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. alTaghaabun (64) : 11 Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempanan bulan Safar ini untuk menghindari sebarang bentuk malapetaka yang berkaitan dengan kedatangan bulan tersebut. HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti alQur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad) Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini terkandung dalam firman Nya surah Yunus: 106 Tafsirnya: Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu) Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

10

Maksudnya: Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan. (Riwayat Ahmad) KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM 1. Merosakan akidah 2. Menambahkan amalan bid'ah 3. Hilang kepercayaan kepada qada dan qadar 4. Hilang sikap berusaha 5. Mudah berputus asa 6. Tidak bertawakkal kepada allah Subhanahu wa Taala 7. Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

KHURAFAT Maksud khurafat: Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam KHURAFAT ADALAH BIDAH AKIDAH Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. CIRI-CIRI KHURAFAT. 1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam. 2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. 3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam. 4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya. 5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah. 6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus

11

Anda mungkin juga menyukai