Anda di halaman 1dari 9

CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA

CTU 101
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

KERTAS KERJA :
KHURAFAT

Pensyarah : Nurul Shahira Binti Radzuan


NO. NAMA KELAS NOMBOR ID

1 NUR ARISSA SYAMINA BINTI SAHRIM AS1201N 2020894932

2 NURUL ALYA BINTI MOKHIDIN AS1201N 2020611192

3 ZULAIKHA BATRISYIA BINTI ZULKIFFLY AS1201N 2020824246


PENDAHULUAN

Bismillahirahmanirrahim, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, kami


sekumpulan dapat menyelesaikan tugasan kertas kerja dengan jayanya. Kami bertiga dari
kumpulan 7 telah berkerjasama dalam mengkaji sebuah tajuk yang telah ditugaskan iaitu
khurafat.

Seperti yang kita tau amalan ini adalah salah satu daripada wabak penyakit akidah ummah yang
cukup kritikal pada ketika ini. Elemen khurafat biasanya merebak secara senyap-senyap ke
dalam pemikiran umat Islam tidak kira masa dan tempat. Bahkan, di zaman Rasulullah s.a.w
sendiri, telah lama wujud kepercayaan khurafat perosak pemikiran, akhlak dan akidah ummah
Islam ini.Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, '' Tidak ada jangkitan
(yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada
bulan Safar (seperti yang dipercayai). "

Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan,
perlakuan diikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara
yang dituntut dalam Islam. Namun demikian, amalan khurafat ini bertentangan kerana ia bukan
sahaja pergantungan manusia kepada Allah s.a.w malah ia juga pergantungan manusia kepada
makhluk seperti meminta tolong kepada makhluk ghaib untu keselamatan diri atau
mempercayai perkara perkara yang karut marut. Hal in akan membawa kepada salah satu
bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.

Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng
berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat
yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah
dan membuat ancak.
DEFINISI KHURAFAT

Khurafat berasal daripada perkataan Arab kharafa-yakhrifu-kharfan-wa khurafatan dan dalam


bahasa Inggerisnya, superstition yang bermaksud cerita bohong, dongeng, tahyul dan tidak
munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ia mempunyai beberapa makna iaitu, kepercayaan karut, cerita
dongeng. Menurut kitab al-Mu’jam al-Wasit, khurafat ialah cerita-cerita yang mempesonakan
yang dicampur adukkan dengan perkara dusta. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai segala
yang karut marut dan tidak masuk akal samada dari segi amalan dan kepercayaan.

Khurafat menurut Islam pula ialah semua cerita rekaan atau khayalan (dongeng), ajaran-ajaran,
pantang larang dan adat istiadat serta ramalan-ramalan, pemujaan dan kepercayaan yang
menyimpang daripada ajaran Islam. Berdasarkan takrif tersebut, pengertian khurafat adalah
sangat luas. Ia mencakupi segala bentuk perbuatan dan kepercayaan yang bersifat dusta,
rekaan, dongeng, karut marut, tahyul serta menyalahi ajaran Rasullullah s.a.w.

Istilah khurafat telah lama wujud yakni sebelum Rasulullah SAW hidup sehinggalah hari ini.
Ianya tidak pernah padam kerana syaitan telah berjanji kepada Allah s.w.t untuk terus
menyesatkan manusia sehinggalah ke akhir zaman. Benda-benda khurafat dan tahyul seperti
yang kita telah sedia maklum, telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi, dan ia tetap
berterusan sehinggalah selepas kedatangan Islam.
HADIS RASULULLAH TENTANG KHURAFAT

Dari Sayyidatina Aisyah r.a, beliau berkata: “Pada suatu malam Rasulullah s.a.w
bersembang-sembang dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang dari
kalangan mereka berkata: Perkara ini seperti cerita khurafat. Baginda bersabda: Adakah
kalian tahu apa itu khurafat? Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari Bani Uzrah
(kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal
bersama golongan jin beberapa ketika, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang
kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah
dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka oleh sebab itulah
manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat”.

Daripada hadis Nabi SAW, dapat dijelaskan di sini bahawa penggunaan kata “khurafat” oleh
Rasullullah s.a.w merujuk kepada perkara dan peristiwa pelik atau dongeng yang menyalahi
adat dan syariat Islam, tidak masuk akal, bercampur aduk dengan dusta serta tiada asal usul
dalam ajaran Islam.
BENTUK – BENTUK KHURAFAT

Antara perkara yang mendorong kepada perbuatan khurafat ialah, temasya mandi Safar. Ia
merupakan satu amalan orang melayu khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman
dahulu. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua dalam
kalendar Islam. Ia disambut pada hari rabu pada minggu terakhir bulan tersebut. Menurut
anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai tanda kesyukuran ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah sembuh daripada sakit yang teruk.

Selain itu, semua benda yang dipercayai boleh melindungi diri daripada segala ancaman bahaya
atau mencegah diri daripada ditimpa musibah. Lazimnya, benda-benda seperti tangkal didapati
daripada pengamal ilmu hitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kuasa ghaib. Wafak pula
ialah azimat dalam bentuk tulisan berupa nombor, rajah atau gambar yang dilukis atas kertas
atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak boleh difahami dan kadangkala
bercampur dengan ayat-ayat suci Al-quran. Ini merupakan suatu perkara yang menghina Al-
quran kerana menganggap remeh tentang ayat suci Al-quran. Wafak ini adalah bertentangan
dengan ajaran Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Pada masa kini, tidak asing lagi apabila kita mendapat SMS berantai yang dimulakan dengan
cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang kepada tuntutan Islam
namun diakhir SMS atau helaian disertakan ayat seperti ini: "Barang siapa yang tidak
menyebarkan SMS ini kepada sepuluh orang lain, maka dia akan ditimpa musibah selama 3
hari". Mempercayai perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang kerana telah
meletakkan kekuasaan untuk menentukan takdir hidup pada ayat tersebut dan mengabaikan
kekuasaan Allah SWT.

Seterusnya, kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya seperti


tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh
keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.

Akhir sekali, kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod
matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan
dalam kalendar, bertenung nasib dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan
mengatur kehidupan serta menentukan masa depan.
AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN
KHURAFAT
Gejala khurafat boleh menyelewengan akidah seorang individu muslim dengan mengalihkan
pergantungan manusia dari Allah SWT kepada makhluk yang dicipta. Hal ini boleh
menjatuhkan seseorang kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-quran, terdapat
beberapa ayat yang merujuk kepada pergantungan manusia hanyalah kepada Al-Khaliq iaitu
Allah dan menolak sebarang kepercayaan terhadap sesuatu benda atau makhluk selain Allah.

Berdasarkan firman Allah: “Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu
pohon kepadanya selain Allah, bahawa jika kamu sekiranya Allah mengkehendaki ke atas
kamu sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu, atau
jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu diturunkan kepada ku, adakah mereka itu boleh
menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya.
Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal. Khurafat boleh membatalkan iman
seseorang, dan menjatuhkan syahadah yang telah diucapkan.

Di samping itu, ia turut menyumbang ke arah pembaziran harta, masa dan tenaga ke arah
perkara yang sia-sia oleh kerana membayar pengeras yang mengarut kepada bomoh dan
menunggu hari yang baik dan bertuah seperti mana yang diberitakan oleh bomoh serta tanpa
disedari ianya juga menyekat kewarasan akal untuk berfikir.Berdasarkan hadis Nabi
Muhammad: “Sesiapa yang mengada -adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak
termasuk dalam ajaran islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak ( tidak diterima
amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)."

Seterusnya, kepercayaan khurafat juga akan menimbulkan sifat-sifat negatif pada seseorang
individu seperti mudah berputus asa dan malas untuk berusaha. Ia juga menjatuhkan kemuliaan
martabat manusia sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran dan khalifah di bumi Allah
kerana perlu meminta tolong dan petunjuk dari jin dan burung dahulu sebelum membuat
keputusan dan menunaikan hajat.

Selain itu, kepercayaan khurafat ini juga akan menambahkan amalan bid’ah dan karut dalam
masyarakat dan melahirkan masyarakat yang tidak berdaya saing serta tidak mampu
menyumbang kepada kemajuan negara. Akhirnya, ia akan mendatangkan perasaan tidak puas
hati dan menimbulkan permusuhan dan perbalahan dalam kalangan ahli masyarakat yang
terlalu mempercayai ramalan dusta.
CARA-CARA MENGATASI AMALAN KHURAFAT

Antara perkara yang boleh dilakukan, pihak masjid perlulah mengadakan majlis ilmu yang
berkaitan dengan amalan-amalan yang boleh membatalkan iman iaitu khurafat. Para ilmuan
seperti ustaz ataupun pendakwah juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan
khurafat ini dari berleluasa dengan memberikan penerangan yang jelas tentang akibat-akibat
mengamalkan amalan khurafat. Guru-guru di sekolah juga mestilah memberikan mendedahan
tentang amalan khurafat ini kepada anak murid supaya mereka tidak mudah terpengaruh
dengan orang yang melakukan perkara khurafat.

Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap
keramat. Hal ini kerana mereka yang percayakan amalan khurafat ini akan memuja atau
menyeru meminta pertolongan dari makhluk halus di tempat-tempat yang dianggap keras
kerana mereka mempercayai bahawa makhluk halus tersebut berada disitu. Pihak kerajaan juga
perlulah memperbanyakkan lagi buku-buku agama mengenai amalan syirik dan khurafat yang
dapat memberi kesan buruk pada mereka yang melakukannya.

Masyarakat juga perlulah memainkan peranan agar amalan syirik dan khurafat ini dapat
dibendung dari berleluasa. Antaranya, ialah masyarakat Melayu memang terkenal dengan
adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Sehingga kini,
sesetengah masyarakat di Malaysia masih mengamalkan dan mempercayainya. Namun,
masyarakat perlulah tahu bahawa ada di antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah
perbuatan khurafat dan syirik. Masyarakat perlulah menjauhi dan sekaligus menghapuskan
adat-adat yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik.

Akhir sekali, diri sendiri juga perlulah sedar bahawa amalan syirik dan khurafat ini perlulah
dijauhi. Memandangkan zaman kini semakin moden, alatan elektronik seperti telefon pintar,
komputer riba dan lain-lain memberikan pengaruh yang amat besar kepada semua golongan
manusia. Oleh yang demikian, seseorang muslim perlulah pandai mengawalnya malahan
bukannya teknologi yang mengawal diri sendiri. Kita perlulah pandai menggunakan teknologi
dengan betul dan tidak menggunakannya untuk perkara yang boleh ke arah menyekutukan
Allah SWT.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam yang beriman perlulah sentiasa mentaati semua
perintah Allah SWT supaya terhindar dari melakukan perkara yang boleh membatalkan iman
iaitu khurafat contohnya mempercayai azimat atau tangkal yang boleh memberi kesan kepada
pemakainya. Hal ini boleh membatalkan iman dan tidak disukai oleh masyarakat mahupun
rakan. Kita mestilah sentiasa percaya bahawa meminta pertolongan daripada makhluk lain
selain Allah SWT iaitu jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan
bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Kita juga perlulah berpegang teguh
dengan ajaran Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah
bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khususnya
masyarakat Islam kita sendiri. Sebangai khalifah di muka bumi ini, kita juga dituntut untuk
sentiasa mentaati segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya, apatah lagi
jka perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.
RUJUKAN

1. http://cubaspm.blogspot.com/2013/05/khurafat.html

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Khurafat

3. http://unsurkhurafatdalamfilem.blogspot.com/2015/12/definisi-khurafat.html

4. http://harun-ismail.blogspot.com/p/106-khurafat.html

5. http://kpisesidis2017.blogspot.com/2018/03/cara-mengatasi-amalan-syirik-dan.html

Anda mungkin juga menyukai