Anda di halaman 1dari 11

PERKARA MUKA SURAT

Pengertian Khurafat 2

Definisi Khurafat 2

Ciri-ciri Khurafat 3

Bentuk-bentuk Khurafat 4

Faktor yang Mendorong Berlakunya 5


Khurafat

Hukum Beramal dengan Khurafat 6

Contoh Amalan Khurafat 7-9

Kesan Khurafat Terhadap Umat Islam 10

Cara Mengatasi Kepercayaan Khurafat 10

Kesimpulan 11

1
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau

khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau


kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Kamus Bahasa Arab:

(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan


perkara dusta

(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan


kejadian-kejadian alam yang berlaku.

KHURAFAT
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan
perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang
karut marut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan,
pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam.

2
1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis
Nabi sallallahu alaihi wasallam.

2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.

3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan


bercanggah dengan Islam.

4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan


sebagainya.

5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.

6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk


halus

7. Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi


akidah dan syariat Islam.

3
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit,
tongkat dan sebagainya.

KERAMAT

1. Perkara yang luar biasa.


2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
3. Terjadi daripada orang salih.
4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
5. Bukan dari orang fasik.
6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi
membuang sial dan sebagainya.
7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya
seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai
dan sebagainya

4
1. Mudah mempercayai benda-benda tahyul

2. Kecetekan ilmu agama. Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam


pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang
dianggap menarik baginya.

3. Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

4. Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak


bertanggungjawab.

5. Terikut-ikut dengan amalan yang sedia ada kerana menyangka amalan


itu adalah amalan yang betul.

Jalan penyelesaiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu


agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang
bermaksud :

" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang
teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan
sunnahku"

5
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-
sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak
oleh Islam. Sabda Rasulullah

‫من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد‬

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu


yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur,


telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan
melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya
mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah
membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

6
Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat


dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi
bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.

Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama
sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari
sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya
bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau
memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar
niat tertentu.

Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia
agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang
tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana
segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan
jurus kebatinan.

Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat
menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya
dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami
maksudnya.

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan
bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka
tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an
mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami
maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi
tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran
Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau
kayu dan sebagainya.

7
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang
telah lalu atau di masa akan datang.

Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam
ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam
Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta
simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang
tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.

Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu


kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya.
Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari
gangguan makhluk halus.

9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan
tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.

10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam
badan (menurun).

Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi
berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat
berbeza sama sekali dengan manusia.

11. Mengamalkan ilmu pengasih

Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan
tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin
memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu
sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan
kalimah-kalimah tertentu.

12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah
dan menjemput malaikat datang ke rumah.

Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada
malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun
untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh
keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-

8
amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu
dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan
kepada pelakunya.

13. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.

Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan
dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak
milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat
layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.

14. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.

Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram.
Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya


(dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”

15. Menggunakan objek untuk menakuti jin.

Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda
tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah,
menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah,
meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.

16. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.

Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud,
kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.

9
1. Merosakan akidah
2. Menambahkan amalan bidaah
3. Hilang kepercayaan kepada qada’ dan qadar
4. Hilang sikap berusaha
5. Mudah berputus asa tidak bertawakkal kepada Allah
6. Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat
dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.
7. Tersasar dari ajaran Islam yang sebenar
8. Taksub kepada amalan yang bukan dari ajaran nabi SAW
9. Memberi imej buruk kepada agama Islam dengan menyamakan amalan khurafat
seperti yang dilakukan dalam agama syiah dan brelwi dan lain-lain

Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang


manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt
kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu
memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong
kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang
mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.

Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka
dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan
perpecahan dalam masyarakat kita.

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan


masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat
Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara
khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-
tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang
dianggap keramat.
10
• Umat Islam diminta bertawakal hanya kepada Allah selepas
berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang dihajati.

• Kepercayaan bahawa ada makhluk lain yang boleh memberi manfaat


dan mudarat, mengakibatkan pemikiran umat Islam terbelenggu
dalam akidah sesat.

• Khurafat dan tahyul bukan daripada ajaran agama. Ia adalah perkara


yang tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal waras.

• Amalan khurafat hanya boleh dielak jika kita berpegang teguh dengan
ajaran Islam dan kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

11

Anda mungkin juga menyukai