Anda di halaman 1dari 39

PIM 3112

Pengajian Akidah

TAJUK 9

1.1

Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah : Definisi akidah,


khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi

Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi


Selamat datang

dan berinteraksi dengan

tajuk 9. Tajuk-tajuk dalam unit ini

akan membincangkan maksud dan konsep akidah, kepentingan menjaga akidah


terhadap kehidupan individu muslim, konsep khurafat, ajaran sesat dan
penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi.

1.2

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:


i.

Mendefinisikan maksud dan konsep akidah.

ii.

Menyatakan kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu


muslim.

iii.

Mendefinisi dan menjelaskan konsep khurafat, ajaran sesat dan


penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi

1.3

Kerangka Tajuk
Definisi Maksud Dan
Konsep Akidah.

Kepentingan Menjaga
Akidah

ISU-ISU
PENYELEWENGAN
DALAM AKIDAH

Definisi Konsep
Khurafat, Ajaran Sesat
Dan Penyelewengan
Ideologi Secara
Etimologi Dan
Epistimologi

PIM 3112
Pengajian Akidah

1.4

Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah


Akhir-akhir ini umat Islam seluruh dunia berhadapan dengna pelbagai

ujian keimanan, kepercayaan dan pegangan Islam mereka. Isu yang melanda
mereka itu tertumpu kepada kelemahan umat Islam itu sendiri. Kelemahan itu
meliputi kemunduran dalam pelbagai bidang seperti kemiskinan, perpecahan dan
pelbagai krisis. Isu itu tidak menggambarkan kekuatan dan kelebihan umat Islam
seperti yang dijamin oleh Allah dalam al Quran melalui surah ali Imran:


Maksudnya:
Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan
sebenar-benarnya
Masalah ini harus dicari punca dan jalan penyelesaiannya agar umat
Islam tidak terus ditindas lalu hilang dalam arus globalisasi ini. Adalah wajar agar
umat Islam kembali bermuhasabah diri untuk menilai semula pegangan dan
penghayatan mereka terhadap kehidupan beragama itu.
Yusuf al Qaradawi (1985) dalam Engku Zaki (1997) mengulas bahawa
kelemahan umat Islam adalah disebabkan oleh sikap mereka sendiri iaitu lupa
agama, tenggelam dengan kehendak dunia, pemikiran yang jumud, kelemahan
ekonomi, kuantiti tidak menepati kualiti, jiwa yang tidak kuat kerana
mengutamakan jasmani berbanding rohani serta pengaruh media massa yang
meruntuhkan pembinaan sahsiah muslim.
Perbincangan dalam bahagian ini akan menjurus kepada cabaran yang
datang dari umat Islam itu sendiri iaitu kejahilan dan kurang penghayatan
terhadap agama terutamanya berkaitan akidah. Pelbagai bentuk krisis akidah
yang berlaku dalam masyarakat yang menjadi kayu ukur kelemahan umat Islam.

PIM 3112
Pengajian Akidah

Kejahilan ini merupakan faktor kepada berlakunya krisis akidah yang


mewujudkan kemunculan ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Sebagai
contohnya, umat Islam terbabit dengan ajaran sesat yang sememangnya
bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

1.4.1 Definisi maksud dan konsep akidah.

Di dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas


sesuatu amalan diterima oleh Allah. Ini bermaksud sebanyak manapun amalan
seseorang itu namun ia hanya diterima oleh Allah andai ia berasaskan kepada
akidah yang tepat dan diakui Allah.
Perkataan

akidah

berasal

daripada

perkataan

bahasa

Arab

bermaksud simpulan ikatan tali. Manakala, ilmu akidah ialah ilmu yang
mempelajari dan menyelidiki perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan
perkara samiyyat atau perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lainlain.
Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh
Ibnu Taimiyah ialah:
a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang
tersimpul / perjanjian.
b) Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan
yang sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah
menjadikan hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan
Allahlah Pentadbir alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang
memang tersedia ini di ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya
ialah akidah keimanan kepada ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya /

PIM 3112
Pengajian Akidah

tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan yang sama sekali tidak mudah


terputus.
c) Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada
simpulan (simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau
dirombak dengan begitu mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia
tidak boleh diurai lagi kecuali dengan memotongnya dengan pisau, maka
terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah digunakan lagi. Begitulah kalau
diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini dengan keputusan yang
muktamad.
d) Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada
perjanjian yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku
bahawa Allahlah Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya,
mentadbir alam serwajagat ini.
Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas,
iaitu berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat
erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada
Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin akan terputus.

1.4.2 Kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim.

Iman adalah hakikat dan tidak terpisah dengan kehidupan manusia. Iman
harus dijelmakan melalui semua bidang dan lapangan kehidupan. Melalui definisi
yang telah diketahui sebelum ini, iman berkait rapat dengan akidah atau
pegangan seseorang muslim. Iman menuntut seseorang itu agar meyakini
bahawa semua perkara yang ditetapkan oleh Allah mesti dipatuhi dan
menafikannya adalah juga penafian terhadap kuasa Allah.

PIM 3112
Pengajian Akidah

1.4.3 Definisi Konsep Khurafat, Ajaran Sesat Dan Penyelewengan Ideologi


Secara Etimologi Dan Epistimologi
1.4.3.1

Konsep Khurafat Secara Etimologi Dan Epistimologi

Khurafat bermaksud semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,


ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga ditakrifkan
sebagai cerita mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkataan dusta.
Syeikh Idris al Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula menyimpulkan khurafat, semua
cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Berdasarkan takrif yang disebutkan, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan
yang direka dan bersifat karut dan dusta. Antara faktor yang mendorong
berlakunya khurafat ialah:
1) Mudah mempercayai benda-benda tahyul
2) Kecetekan ilmu agama
3) Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah tidak bersumberkan


nas syarak sama ada daripada al Quran mahupun hadis, cerita rekaan, dongeng,
khayalan atau kepercayaan karus, didasarkan kepada kepercayaan lama dan
adat yang bercanggah dengan Islam, berbentuk pemujaan dan permohonan
kepada makhluk halus bertujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada
akidah Islam, menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada pada akidah dan syariat Islam.

PIM 3112
Pengajian Akidah

Dalam hal ini, Islam sebagai agama menitikberatkan aspek akidah dan
syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat kepercayaan, perkataan dan
perbuatan tidak berdasarkan al Quran, hadis, ijma ulama dan Qias dilarang
sama sekali.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang

mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk


dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak
diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala.
Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui
perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan
konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang
sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan
dosa yang tidak terampun di sisi Allah.
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk
memelihara kesucian akidah, kepercayaan, perkataan dan perbuatan daripada
amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama
yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan
seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia
akhirat. Jalan penyelesaian mengatasi kemelut khurafat ini aialah dengan
mendalami agama sebagaimana saranan hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara selama mana kamu berpegang
teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan
sunnahku.
Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam
kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada
Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.
Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat
Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi
turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat

PIM 3112
Pengajian Akidah

adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman


seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang
tidak diampuni Allah. Firman Allah SWT melalui surah an Nisa ayat 48


Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar
Oleh itu, setiap muslim wajib berhati-hati dalam kehidupan agar tidak
mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di
samping mengenalpasti ciri amalan khurafat. Ilmu akidah adalah perisai utama
yang boleh menyelamatkan seseorang muslim dari kesesatan dan seterusnya
memimpin ke arah keredhaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106:


Maksudnya: Dan janganlah engkau menyembah atau memuja
yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat
keadamu dan juga mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya
engkau melakukan yan demikian, maka jadilah engkau orang yang
berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)
1.4.3.2

Konsep Ajaran Sesat Secara Etimologi Dan Epistimologi

Ajaran sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah
bermula sejak beberapa lama dahulu. Negara kita Malaysia, tidak terlepas
daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan
boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat

PIM 3112
Pengajian Akidah

ini

jelas

menampakkan

fahaman-fahaman

atau

amalan-amalan

yang

bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar.


Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam
masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan
yang cetek ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan profesional termasuk
mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh
memesongkan aqidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang
sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam, di samping memenuhi
kepentingan tertentu. Gerakan ini ada yang dijalankan secara terang-terangan
dan ada juga yang bergerak secara halus dan tersembunyi tanpa disedari.
Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai sebarang ajaran atau
amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran
atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada
ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan
ajaran salah atau sesat sebagai semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati
bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana
sumber hukum Islam (al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias) sedangkan ajaran dan
amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta
diajarkan kepada masyarakat sama ada dengan secara sulit atau rahsia atau
untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai,
seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau
kumpulan yang berkenaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 36:

PIM 3112
Pengajian Akidah

Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas.
Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan
agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama)
maka (yang diada-adakan) itu tertolak. (riwayat Bukhari dan
Muslim).
Justeru itu, ajaran salah atau sesat merupakan rekaan-rekaan yang wujud
dalam persoalan prinsip agama yang tiada sandarannya dalam al-Quran, hadis,
ijma atau qias sebagaimana Islam itu sendiri terbahagi kepada aqidah, syariat
dan akhlak, maka kesesatan juga boleh berlaku dalam tiga aspek tersebut sama
ada secara berasingan atau merangkumi keseluruhannya.
Istilah-istilah seperti fanatik agama, pelampau agama dan ekstrimis
agama atau ortodok tidak boleh digunakan kerana istilah tersebut boleh
membawa makna yang berlainan dan tidak dapat memberi satu pengertian
ajaran sesat yang sebenar, di samping ianya akan memberi kesan yang tidak
baik kepada imej umat Islam dan perkembangan Islam itu sendiri.
Dari segi sejarah, Islam merupakan satu agama yang suci dan bersih
daripada unsur-unsur kesesatan dan penyelewengan. Walaubagaimanapun,
ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W. dengan
kemunculam Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi.
Semenjak zaman Rasulullah S.A.W. lagi seterusnya zaman para Sahabat r.a.
sehinggalah kini, musuh-musuh Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama, sentiasa bergerak bagi merosak dan menghancurkan agama Islam dan
umat Islam. Mereka telah mendapat kejayaan pada zaman Bani Umayyah dan
selepasnya. Pada peringkat awalnya mereka hanya berjaya menyogokkan hadishadis palsu di kalangan umat Islam.

PIM 3112
Pengajian Akidah

Kemudian terdapat golongan yang mencampur-adukkan aqidah dan


syariat dengan pelbagai cara, antaranya mencampur-adukkan aqidah Islam
dengan aqidah Majusi, Nasrani dan seterusnya lahirlah ajaran berbentuk
batiniah. Ajaran ini mencampur-adukkan pelbagai kepercayaan tradisional
sesuatu bangsa dan mempelbagaikan penyelewengan aqidah dengan ajaran
Islam.
Meneroka kepada fenomena ajaran sesat di negara kita, hakikat yang
perlu kita akui, terdapat banyak ajaran sesat yang muncul di tengah-tengah
kelompok masyarakat dari masa ke semasa ketika ini. Kemunculan kebanyakan
ajaran sesat ini dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat,
mencari kemasyhuran, kekayaan, bermotifkan seks serta kepercayaan lama
yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk
dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, NeoPlatonisme dan lain-lain lagi yang meresap dalam ajaran Islam.
Di Malaysia, sebilangan masyarakat kita menerima pengaruh yang kuat
daripada tradisi world view masyarakat negara tetangga iaitu Indonesia. Aliranaliran kepercayaan yang berpengaruh daripada negara jiran tersebut seperti
aliran-aliran kebatinan telah mencampur-adukkan antara tradisi kepercayaan
lama dengan tradisi Hindu-Buddha yang kemudiannya diselitkan dengan unsurunsur Islam. Adalah dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal
abad ke 19 di Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali
sebagai Ajaran Taslim yang diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih
dikenali sebagai Hj. Ahmad Matahari. Di Selangor, ajaran sesat yang mula
bertapak adalah Ajaran Ahmadiah/Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor
pada tahun 1930-an. Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama seluruh dunia
sebagai terkeluar daripada ajaran Islam.
Manakala di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali
sebagai Ayah Pin yang membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman
beliau menarik perhatian awam. Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan

10

PIM 3112
Pengajian Akidah

binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan tidak mendapat kelulusan pihak
berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali sebagai Kumpulan
Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan Hukum
Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi.
Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa Ayah Pin ke muka pengadilan
seringkali menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak
berkuasa beberapa tahun lepas. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap
pengikutnya, adalah didakwa dan disabitkan di bawah seksyen 10 iaitu berkaitan
kesalahan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dan seksyen 14
iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak.
Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun
didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu
Kelantan atas kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan
dengan hukum syarak atau fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Jenis-jenis ajaran sesat.
1.

Melalui pengajaran.

Penyusupan ajaran salah / sesat melalui kelas-kelas pengajian agama yang


kebiasannya bermula dengan pengajian asas sama ada berkaitan aqidah
(seperti cara untuk mengenal Tuhan), syariat (bab fiqh atau ibadah khusus
seperti sembahyang, puasa dan zakat) atau pun akhlak (seperti adab dalam
majlis ilmu, adab kepada guru dan sebagainya). Pengikut dijanjikan pelbagai
kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat seperti dijamin masuk
syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya melalui bayaran tertentu,
terselamat dari soalan dalam kubur dan sebagainya.
Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada
sesebuah kitab atau buku karangan ulama muktabar sebagai rujukan. Tetapi
11

PIM 3112
Pengajian Akidah

hanya diberikan nota atau dengan mencatit dan menyalin semula buku yang
dikarang oleh guru kumpulan tersebut. Melalui nota atau catitan tersebut, guru
kumpulan ajaran sesat ini akan memainkan peranan memesongkan pemikiran
pengikutnya melalui pengajaran yang disampaikan.
2.

Melalui kumpulan tarikat.

Bagi memerangkap masyarakat Islam yang lemah pegangan dan cetek


pengetahuan mengenai ajaran Islam, kebiasaannya

guru ajaran sesat

menggunakan nama-nama tarikat yang mahsyur seperti Naqsyabandiah,


Mufarridiyah dan lain-lain. Tetapi dalam amalan dan pelaksanaannya, guru
tarikat tersebut menokok tambah seperti mengadakan sistem berwirid dan
bersuluk di dalam gua atau bilik-bilik khas dalam keadaan bercampur antara
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Salasilah guru tarikat juga meragukan
dan terputus dari salasilah yang asal dan diyakini. Sesetengah guru tarikat juga
mendakwa amalan tarikat itu diambil terus dari Rasulullah SAW.

3.

Melalui kepercayaan, amalan tradisi dan pemujaan (mistik dan kultus).


Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi

merupakan jalan atau cara yang paling mudah bagi masyarakat Melayu/Islam
menerima dan kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Antara
contohnya adalah melalui amalan perdukunan atau perbomohan dan rawatan
tradisional seperti kaedah rawatan yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke
dalam tubuh perawat bagi membantu merawat pesakit atau menyelesaikan
masalah mereka.
Begitu juga dengan amalan pemujaan ke tempat-tempat tertentu yang dianggap
sebagai keramat atau wali yang mempunyai kelebihan. Contohnya amalan
memuja kubur, busut, bukit atau lain-lain yang seumpamanya. Kepercayaan

12

PIM 3112
Pengajian Akidah

kepada kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun,


perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat
dan syeikh tertentu melalui isyarat, amalan menurun dan sebagainya.

1.4.3.3

Konsep Penyelewengan Ideologi Secara Etimologi Dan


Epistimologi

Sejarah kewujudan penyelewengan ideologi bermula dengan kekalahan


tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib
ke-8 pada tahun 1291M (690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah
yang menyatakan bahawa tiada lagi jalan untuk menewaskan umat Islam
melainkan melalui serangan pemikiran.
Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan
antara Islam dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat
menggerakkan seribu satu senjata dan wasilah dalam usaha mereka
menyelewengkan umat Islam daripada landasan kebenaran. Benarlah firman
Allah SWT dalam Al-Quran:

Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang
kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (al Baqarah:
120)

Maksudnya :Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sehingga
mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada
kekafiran)(al Baqarah: 217)
Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu menjalankan tugas-tugas mereka.
Serangan pemikiran dilancarkan ke atas umat Islam meliputi hampir keseluruhan
bidang kehidupan manusia. Atas dasar inilah munculnya ideologi-ideologi ciptaan
yang merupakan racun berbisa kepada pemikiran umat Islam.
13

PIM 3112
Pengajian Akidah

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang


sukar

untuk

ditakrifkan.

Para

pengkaji

bertentangan

pendapat

dalam

mentafsirkan istilah moden ini. Ada pendapat yang menyempitkan skopnya


dengan menghadkan ideologi kepada fahaman-fahaman dan aliran-aliran
pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan negara sahaja.
Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat.
Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran
dan thaqafah masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi,
thaqafah dan sebagainya.
Oleh itu, ideologi ditakrifkan Fahaman dan pegangan yang dihasilkan
melalui pemikiran dan thaqafah masyarakat. Ada juga yang mentakrifkan ideologi
sebagai Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan pendirian
seseorang terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang dihadapi
oleh masyarakat. Berdasarkan kepada takrif ini, perbezaan ketara antara
keduanya adalah ideologi bersumberkan akal manusia, manakala agama,
sumbernya wahyu Ilahi.
Oleh kerana ideologi manusia terlalu banyak, di mana bermulanya
ideologi pada ketika umat manusia mula melanggar hukum-hakam Allah SWT
dan menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai tuhan mereka.

i.

Aliran Rasionalisme:
Rasionalisme atau aqlaniah adalah aliran yang menjadikan akal manusia

sebagai asas dan tunggak yang menentukan kebenaran atau kebatilan dengan
mengenepikan agama sebagai sumber utama dalam menentukan hukum.
Daripada aliran ini munculnya pelbagai mazhab dan teori dalam pelbagai ilmu
pemikiran dan kehidupan. Pendokong-pendokong fahaman ini menggunakan

14

PIM 3112
Pengajian Akidah

akal semata-mata hingga berkaitan perkara ghaib yang sememangnya diketahui


terbatas untuk pemikiran manusia. Justeru itu, lahirlah pandangan-pandangan
berkaitan hakikat manusia, kejadian alam yang didasarkan kepada akal sematamata, bertentangan dengan hakikat yang sebenar.
Fahaman ini lahir lebih awal sedikit daripada sekularisme iaitu selelpas
pemberontakan rakyat terhadap penyelewengan gereja. Rasionalisme menolak
ketuhanan sebagai sumber, sekaligus bermakna pemberontakan terhadap
agama Kristian di Eropah ketika itu. Walaubagaimanapun, fahaman ini
tenggelamselepas kemunculan sekularisme pada zaman kebangkitan Eropah
(Renaissance di kurun ke 16) yang menggabungkan antara akal dan fakta-gakta
ilmu yang dihasilkan melalui kajian dan percubaan.
ii.

Sekularisme
Sekularisme berasal daripada perkataan Inggeris (secularism) yang

bererti fahaman tidak beragama. Secular ditakrifkan oleh Kamus Oxford


sebagai wordly or material, not religious or spritual yang bermaksud: keduniaan
atau kebendaan, tidak beragama atau tiada roh.

Dalam Bahasa Arab, pada

ulama berbeza pendapat dalam mencari istilah terbaik untuk perkataan


secularisme
Pendapat pertama menyatakan istilah sebetulnya adalah ( )yang
dinisbahkan kepada ( )yang bermaksud ( )alam atau dunia; iaitu fahaman
keduniaan dan kebendaan, material, bertentangan dengan roh, alam ghaib dan
ketuhanan. Bukannya ( )dinisbahkan kepada (). Mereka yang
berpendapat sedemikian ialah dr Abdul Halim Mahmud, Dr. Mohd al Bahiy dan
Sheikh Jadal Haq Ali Jadal Haq. Mujam Arabi Asasi juga sealiran dengan
pendapat ini.

15

PIM 3112
Pengajian Akidah

Pendapat kedua menyatakan terjemahan yang betul adalah ()


dinisbahkan kepada ( )ilmu kerana asal sekularisme adalah daripada
perkataan Latin (Secularius) yang bermaksud : Orang yang berilmu tinggi.
Pendapat ini dikemukakan oleh Dr Ali Juraishah.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

menyatakan, diterjemahkan (Secularism) kepada ( )dinisbahkan kepada (


)ilmu kerana yang dikehendaki di situ adalah ilmu yang dihasilkan melalui
kajian-kajian, percubaan material dan pemikiran manusia yang tiada kaitan
dengan agama, wahyu dan ketuhanan.
Perlu difahami bahawa sekularisme tidak mengingkari kewujudan tuhan &
alam ghaib. Sekularisme hanya mengenepikan agama daripada urusan
kenegaraan, kemasyarakatan & ekonomi. Sekularisme berlainan daripada
fahaman Atheis yang mengingkari kewujudan tuhan. Sekularisme meletakkan
agama dalam ruang lingkup yang sempit dan membenarkan setiap individu
menganut agama yang disukainya.
Sekularisme lahir di tengah-tengah masyarakat Eropah yang dikuasai
gereja. Pada zaman kegelapan ( ) (sehingga kurun ke 17, gereja
berkuasa penuh dalam pemerintahan negara. Penyelewengan agama Allah SWT
yang diturunkan kepada Nabi Isa AS dilakukan sesuka hati gereja berdasarkan
maslahat & kepentingan duniawi semata. Pada tahun 1215M, perhimpunan
Rome memberikan Pope hak pengampunan dosa & kesalahan. Pada 1869M
pula, perhimpunan yang sama memberikan Pope keistimewaan terpelihara
daripada dosa ( )dan kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan mutlak
kepada Pope daripada para penganut Kristian. Inilah gambaran penyelewengan
Gereja yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka.
Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1478M, ditubuhkan di Sepanyol (ada
yang menyatakan di Perancis) mahkamah yang dinamakan ( ) yang
menggambarkan sifat gereja dan kemenangan mereka yang tidak terhingga.
Mahkamah ini bertugas menghukum sesiapa sahaja yang menentang atau

16

PIM 3112
Pengajian Akidah

mempertikaikan gereja & kebenaran ajaran pegangannya. Dianggarkan mangsa


mahkamah ini menjangkau angka 300 ribu. Sebanyak 32 ribu dibakar hiduphidup. Antaranya ialah ahli geografi terkenal, Bruno yang mengeluarkan teori
pusingan bumi.
Dari segi politik & ekonomi, sistem feudal berleluasa. Politik & ekonomi
dilindungi

golongan feudal yang

memperhambakan rakyat.

Pemerintah-

pemerintah negara mengamalkan sistem diktator yang menghalang kesedaran


rakyat untuk bersuara dan menikmati hak-hak mereka. Tekanan-tekanan yang
melingkungi dunia barat inilah yang meledakkan kebangkitan rakyat bagi
mengubah keadaan. Lalu muncullah seruan agar dipisahkan agama daripada
urusan negara dengan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Lahirlah
para pemikir, ahli falsafah, tokoh reformasi seumpama Martin Luther, Voltier,
Jean Jack Rosseau dan sebagainya yang menyeru ke arah pembaharuan,
antaranya pemisahan agama daripada urusan pemerintahan.
Kemunculan arus pembaharuan ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi
Perancis pada tahun 1789M yang mengangkat slogan Gantunglah Raja Yang
Terakhir dengan Tali Perut Paderi Yang Terakhir.

Revolusi Perancis telah

memberikan kesan beberapa perkara:


i)

Menyempitkan

bidang

agama

Kristian

dalam

bidang-bidang

keagamaan sahaja.
ii)

Menolak kristian sebagai sistem politik, ekonomi dan pelbagai


sistem kehidupan

iii)

Muncul aliran rasionalisme yang meletakkan akal sebagai asas

iv)

Muncul fahaman sekularisme dan individualisme yang memberikan


kebebasan penuh kepada manusia dalam menjalani kehidupannya.

Suasana baru yang melanda Eropah telah membawa mereka kepada


Zaman Pembaharuan & Pembangunan. Eropah berjaya mencetuskan Revolusi
Perindustrian yang memberikan saham utama kepada Eropah bagi membina

17

PIM 3112
Pengajian Akidah

kekuatan mereka. Kemudian berlaku perluasan kuasa di Eropah apabila mereka


menjajah

negara-negara

di

bawah

Khilafah

Uthmaniyah

dan

akhirnya

menghancurkan khilafah. Pada ketika itu bermulalah pertanrungan antara Islam


dan Sekularisme. Terdapat beberapa ciri fahaman sekularisme :
i)

Mengenepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh dan segala


pegangan yang berkaitan dengannya dalam seluruh kajian dan
teori.

ii)

Memusuhi agama , berusaha meletakkan agama dala lingkungan


yang sempit dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan
individu

iii)

Material (kebendaan) dan duniawai semata-mata.

Contoh sekularisme dalam beberapa bidang sosial:


i.

Pendidikan.
a) Menyekat pendidikan agama
b) Menggalakkan pendidikan bukan agama
c) Memandang rendah pendidikan agama dan menyifatkannya
sebagai kolot dan mundur.
d) Mengehadkan peluang pekerjaan bagi lulusan agama
e) Membangunkan dengan pesat pusat-pusat pengajian yang tiada
pengajian agama.
f) Memperbanyakkan penghantaran peajar-pelajar ke luar negara
dalam pelbagai bidang ilmu selain bidang agama.
g) Menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan di sekolah dan
pusat pengajian.
h) Tiada Penekanan akhlak dan norma-norma Islam seperti menutup
aurat, pakaian cara Islam dan sebagainya.

ii.

Media Massa.

18

PIM 3112
Pengajian Akidah

Seandainya pensekularan pendidikan bertujuan melahirkan generasi yang


memisahkan

agama

dan

kehidupan

pada

masa

akan

datang,

maka

pensekularan media massa bertujuan mendoktrinkan pemikiran generasi masa


kini. Bidang pendidikan hanya membabitkan golongan pelajar sahaja, tetapi
media massa mampu menusuk masuk ke kepala setiap anggota masyarakat.
Media massa dikotori dengan cara:
a) Menyiarkan gambar dan filem yang lucah
b) Menyiarkan filem-filem yang menghina dan memburukkan Islam
c) Mengagung-agungkan kehidupan dunia, alam maksiat dan fasiq.
d) Mengagungkan artis dan seniman
e) Menggalakkan unsur-unsur seks, ganas dan keruntuhan nilai dan
akhlak.
f) Mengagungkan

dunia

barat

sebagai

seimbol

kemajuan,

pembangunan dan kemajuan dunia.


g) Menyebarkan ideologi-ideologi manusia yang tidak bertepatan dan
bertentangan dengan agama.
iii.

Undang-undang
Pensekularan undang-undang di dunia Islam bermula di Turki pada tahun

1857 kemudian merebak ke Mesir pada 1875 di mana munculnya beberapa


undang-undang yang diambil bukan bersumberkan Syariah Islamiah. Turki,
misalnya apabila khilafah dihapuskan secara rasmi pada tahun 1924, undangundang Turki diubah:
a) Undang-undang Sivil diambil dari Switzerland
b) Undang-undang perniagaan diambil dari Jerman
c) Undang-undang Jenayah diambil dari Itali.

19

PIM 3112
Pengajian Akidah

Undang-undang Islam yang menjadi kanun di kebanyakan negara umat


Islam berjaya ditukar oleh Barat iaitu ketika penjajahan barat ke atas negaranegara umat Islam. Cara-cara penyebaran sekularisme:
1) Orientalis- gerakan yang diasaskan oleh Barat untuk mengkaji ilmu,
adab, bahasa, kebudayaan dan tamadun timur khasnya Islam
dengan tujuan menjahanamkannya.
2) Kristianisasi
3) Gerakan Pembaratan- seperti usaha Mustafa Kamal Attartuk
membaratkan Turki selepas keruntuhan khilafah Uthmaniah
4) Penjajahan negara umat Islam.
5) Gerakan Yahudi Sedunia (freemason)

iv.

Liberalisme.
Falsafah ini muncul di Eropah pada permulaan kurun ke 19. Tiada satu

definisi yang disepakati terhadap istilah ini. Kefahamannya berlainan antara


seorang ahli falsafah dengan yang lain. Fahaman ini mula muncul di England ,
bermaksud menyeru kepada kebebasan individu dalam menjalani hak-hak
mereka tanpa ada campurtangan negara. Fahaman ini menekankan aspek
persamaan taraf dan kebebasan. Ia memusuhi agama yang dianggap menyekat
kebebasan

manusia.

Liberalisme

biasanya

dikaitkan

dengan

slogan

Pembangunan dan Kemajuan. Berakar umbikan fahaman ini muncullah


kapitalime yang terpengaruh dengan pendapat Adam Smith yang memberikan
kebebasan berniaga dan berlumba dalam pasaran. Liberalisme muncul kesan
daripada kekejaman gereja dan kediktatoran pemerintah pada waktu itu yang
membawa kepada pemberontakan rakyat menuntut hak-hak mereka.
v.

Kapitalisme.

20

PIM 3112
Pengajian Akidah

Sistem

ekonomi

lahir

ekoran

daripada

fahaman

sekularisme,

individualisme dan liberalisme. Pengasasnya Adam Smitg (1723-1790) yang


mengarang buku bertajuk an Inquiry into Nature and Causes of the wealth of
Nations. Buku beliau dikira pencetus kapitalisme sebagai sebuah sistem
ekonomi. Antara ciri-ciri kapitalisme ialah:
1.

Kebebasan ekonomi

2.

Kebebasan individu memiliki harta, dibahagikan kepada dua


peringkat: pemilikan mutlak tanpa sebarang had (peringkat
permulaan munculnya kapitalisme)

dan

pemilikan tidak mutlak

dihadkan sebaghagian milik sindividu sebagai kepentingan sosial


(peringkat yang berleluasa di negara-negara kapitalis ketika ini)
3.

Sistem faedah atau riba

Kegagalan sistem ini disebabkan oleh,


1)

Pengangguran

2)

Inflasi

3)

Ihtikar

4)

Sifat

individualisme

yang

menghancurkan

hubungan

dalam

masyarakat
5)

Kebebasan perniagaan yang tiada had meliputi anasir-anasir yang


memudaratkan seperti dadah dan arak.

vi.

Sosialisme dan komunisme


Sosialisme adalah sistem ekonomi yang dihasilkan oleh pemikiran

komunis. Karl Marx dianggap pengasas kepada sistem ini. Sosialisme adalah
marhalah pelaksanaan ekonomi yang akhirnya membawa kepada komunisme.
Perbezaan antara kedua-dua ideologi ini adalah dari segi slogannya. Sosialisme
mempunyai slogan Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya
(penentu kerja) dan bagi setiap individu mengikut kerja yang dilakukan (upah).

21

PIM 3112
Pengajian Akidah

Slogan komunisme pula

Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan

tenaganya dan bagi setiap individu mengikut keperluannya


Ciri-ciri utama sistem ini adalah menghapuskan hak milik harta individu.
Namun penghapusan ini tidaklah secara total seperti yang dilaungkan. Negara
memiliki komponen-komponen pengeluaran dan rakyat berhak memiliki barang
keperluan. Kegagalan sistem sosialis tidak dapat dinafikan lagi. Fenomena
ekonomi dan kemunduran yang wujud di negara-negara sosialis dan kejatuhan
Soviet Union menjadi sejelas-jelas bukti kegagalan sistem ini.
Dalam usaha Barat memastikan kejayaan mereka meracuni pemikiran
umat Islam, pelbagai slogan yang mengaburkan mata dilaungkan di samping
ideologi-ideologi perosak yang lain. Melalui penjajahan, zionis dan musuh-musuh
Islam yang lain, mereka berjaya mengubah corak pemikiran umat Islam. Antara
slogan yang dilaungkan ialah kebebasan, persamaan taraf dalam segalanya
sehingga wanita menuntut persamaan taraf dengan lelaki, kemajuan dan
kemunduran diukur berdasarkan material, semangat perkauman (nasionalisme)
dan kebebasan wanita yang menuntut hak-hak kebebasan tanpa had. Jalan
pintas untuk merosakkan sesebuah masyarakat adalah melalui cara merosakkan
terlebih dahulu kaum wanitanya. Ideologi yang merosakkan ini merebak ke
negara-negara umat Islam melalui bidang sosial, politik dan ekonomi.
Ideologi ini berkembang kerana kejahilan umat Islam sendiri kerana
mereka meninggalkan kesyumulan Islam. Usaha keras penyebaran ideologi di
samping kejahilan dan kealpaan umat Islam bahawa mereka sedang dikuasai
menyemarakkan lagi aktiviti penguasaan pemikiran oleh ideologi-ideologi
menyesatkan itu di samping rasa kagum terhadap kemajuan Barat. Senario ini
tidak pernah

berakhir berdasarkan iktibar perjuangan Rasulullah dalam

menyampaikan dakwah Baginda yang sentiasa menerima cabaran dan usaha


untuk merosakkan Islam. Umat Islam perlu bersedia menghadapi cabaran ini
sekiranya tidak mahu melihat Islam diliputi awan mendung.

22

PIM 3112
Pengajian Akidah

TAJUK 10

1.1

Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah : Khurafat, Ajaran


Sesat dan Ideologi

Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi


Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 10. Tajuk-tajuk dalam unit ini
membincangkan tentang penyelewengan akidah, implikasi penyelewengan
23

PIM 3112
Pengajian Akidah

terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara, usaha-usaha membanteras


amalan sesat dalam negara.
1.2

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:


i.

Membawa contoh penyelewengan akidah dalam kategori khurafat, ajaran


sesat dan ideologi

ii.

Menyatakan implikasi penyelewengan akidah terhadap individu, keluarga,


masyarakat dan negara

iii.

Menyenaraikan usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerajaan,


badan-badan Berkanun, NGO dan lain-lain dalam upaya membenteras
amalan sesat dalam negara.

1.3

Kerangka Tajuk

Contoh
Penyelewengan
Akidah

ISU-ISU
PENYELEWENGAN
DALAM AKIDAH

Implikasi
Penyelewangan
Akidah

1.4

Usaha Membenteras
Ajaran Sesat
Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah

Mutakhir ini umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai


cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap
Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini dalam kalangan umat
Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda
umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup,
kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesame sendiri dan berbagai
lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku
ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah Taala kepada umat Islam sebagai

24

PIM 3112
Pengajian Akidah

umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai
aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam
hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang
dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan.
Umat Islam juga sentiasa diancam oleh musuh-musuhnya yang
menunggu peluang menjatuhkannya. Kegiatan seperti ini telah bermula sejak
zaman Nabi lagi seperti kemunculan individu yang mengaku sebagai nabi,
golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan golongan murtad.
1.4.1 Contoh Penyelewengan Akidah Dalam Kategori Khurafat, Ajaran
Sesat Dan Ideologi

1.4.1.1

Penyelewengan Khurafat

Jika dihalusi secara mendalam, amalan khurafat memang banyak berlaku


dalam masyarakat Islam masa kini bahkan masih lagi menebal dalam tradisi dan
kepercayaan

umat

Islam

dalam

kehidupan

seharian.

Sebagai

contoh,

kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang
kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh
nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan
kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung
hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang
sebahagiannya jelas bertentangan dengan hukum syarak seperti anak gadis
dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh
keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut. Itulah antara
kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam
setiap sendi masyarakat Islam.

25

PIM 3112
Pengajian Akidah

1.4.1.2

Penyelewengan Ajaran Sesat

Sejarah dan contoh ajaran sesat telah diterangkan pada tajuk sebelum ini.
Namun, kupasan pada kali ini akan berkisar kepada medium ajaran sesat. Ajaran
sesat boleh dikenal pasti melalui pengajaran, kumpulan tarikat dan amalan
tradisi. Penyusupan ajaran sesat melalui kelas-kelas pengajian agama bermula
pengajian

asas sama ada bersangkutan akidah, syariat ataupun akhlak.

Pengikut dijanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat
seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya
melalui bayaran tertentu, terselamat dari soalan kubur dan sebagainya.
Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada
sesebuah kitab atau buku karangan ulama muktabar sebagai rujukan tetapi
melalui nota atau catatan yang disalin semula dari kitab karangan guru kumpulan
ini. Ini adalah cara mudah guru tersebut memesongkan pemikiran pengikutnya.
Melalui tarikat pula, sasaran kumpulan ajaran sesat ini adalah
memerangkap masyarakat yang lemah dan cetek pengetahuan mengenai ajaran
Islam. Kebiasaannya guru ajaran sesat menggunakan nama-nama tarikat yang
masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiah. Namun, dalam amalan dan
pelaksanaannya, guru tersebut menokok tambah seperti mebgadakan sistem
berwirid dan bersuluk di dalam gua atau bilik khas dalam keadaan berlakunya
percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Sesetengah guru tarikat
juga mendakwa amalan itu diambil daripada Rasulullah SAW.
Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi
merupakan cara paling mudah masyarakat Melayu Islam menerima dan
kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Contohnya amalan
perdukunan dan perbomohan dan rawatan tradisional seperti kaedah rawatan
yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi
membantu pesakit.

Begitu juga dengan amalan-amalan pemujaan tempat26

PIM 3112
Pengajian Akidah

tempat tertentu yang dianggap keramat atau wali yang mempunyai kelebihan.
Sebagai contoh amalan memuja kubur, busut dan bukit, kepercayaan kepada
kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun,
perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat,
sheikh tertentu melalui isyarat dan amalan menurun.
,
1.4.1.3

Penyelewengan Ideologi

Penyelewengan ideologi telah diberikan kupasan secara mendalam


dalamtajuk sebelum ini. Dalam kemajuan dan globalisasi, umat Islam terdedah
cabaran yang menguji kekuatan akidah. Pelbagai fahaman, ideologi moden
seperti kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi
umat Islam dengan mudah. Kita dikejutkan dengan fahaman liberalisme,
pluralisme dan komunisme yang diperkatakan semula hari ini. Kita juga
digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita
dihimpit budaya songsang black metal, punk, gejala gay, seks bebas, judi dan
LGBT.
Gejala ini disebabkan lemah keimanan berakar daripada kurang didikan
agama daripada keluarga terutama kedua ibu bapa, kelemahan akidah turut
mendedahkan mereka kepada amalan buruk yang meruntuhkan kemuliaan dan
darjat manusia.
Sebagai umat Islam, perlulah kita menjaga diri dan ahli keluarga daripada
terjerumus ke dalam azab neraka Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al
Tahrim ayat:6


27

PIM 3112
Pengajian Akidah

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Pelharalah diri kamu


dankeluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia
dan batu. Penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak
menderhakai Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada
mereka dan mereka pua tetap melakukan segala yang
diperintahkan

1.4.2 Implikasi Penyelewangan Akidah Terhadap Individu, Keluarga,


Masyarakat Dan Negara

1.4.2.1

Implikasi Terhadap Individu

Melihat kepada perkembangan ajaran sesat yang semakin banyak


bercambah bagaikan cendawan tumbuh, timbul satu persoalan setakat manakah
ajaran sesat boleh memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang
pengikut dan pengasas ajaran tersebut selain ia memberi ancaman yang cukup
besar kepada masyarakat dan negara yang tercinta dari aspek keharmonian
masyarakat dan keamanan negara. Perkara ini perlu diberikan perhatian yang
serius kerana ia melibatkan persoalan akidah. Ia adalah satu persoalan yang
menyentuh urat nadi kehidupan dan masa depan seseorang dan umat Islam
keseluruhannya di dalam kehidupan dunia ini. Ia tidak sahaja berhubung kait
dengan persoalan kehidupan di dunia, tetapi juga melewati alam akhirat.
Kemuncak dari itu, persoalan akidah juga boleh menentukan status sesebuah
negara sama ada ia merupakan sebuah negara Islam ataupun sebaliknya.
Berdasarkan kepada kupasan panjang lebar berkenaan kategori ajaran
sesat dan juga ciri-ciri utama ajaran sesat yang lalu, dapat disimpulkan bahawa
sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia
boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang
ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan
dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir dan dalam masa yang sama
menyebabkan amalan tidak diterima
28

PIM 3112
Pengajian Akidah

1.4.2.2

Implikasi Terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara

Penyelewengan akidah ini menyebabkan berlakunya perpecahan dan


permusuhan sesama umat Islam. Ini berlaku khususnya apabila sesebuah ajaran
berkenaan mendakwa orang yang selain dari kumpulannya adalah salah atau
kurang keislamannya. Jika dibandingkan dengan mereka. Terdapat juga
dakwaan yang mengatakan orang yang tidak mengikuti kumpulan mereka adalah
kafir.

Penyelewengan ini juga menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan

pemuasan nafsu sehingga melahirkan anak luar nikah dan amalan seks bebas
dalam masyarakat.
Penularan ajaran Islam yang diselewengkan ini menimbulkan ancaman
pada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat seperti yang berlaku
pada 2 Julai 2000 melibatkan kumpulan al Maunah dan beberapa contoh lain. Ia
juga menghalang kemajuan dan pembangunan masyarakat serta negara.
Banyak tenaga, masa dan peruntukan perlu dhabiskan untuk menangani gejala
ini. Kemajuan dakwah Islamiah juga tergugat kerana usaha menangani ajaran
sesat akan diberi keutamaan berbanding fokus usaha dakwah. Ia juga memberi
gambaran dan imej yang tidak baik kepada Islam dan umat Islam khasnya
terhadap saudara baru dan mereka yang masih belum beragama Islam.
1.4.3 Usaha Yang Dilakukan Oleh Pihak Jabatan Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun, NGO Dan Lain-Lain Dalam Upaya Membenteras Ajaran
Sesat Dalam Negara.
Dalam usaha menangani penyebaran dan pengamalan ajaran sesat di
negara ini, terdapat tiga aspek yang perlu diberi penekanan (Siti Zubaidah, 2010)
Pertama dari segi status ajaran itu sendiri sama ada yang difatwakan atau tidak;
kedua, membabitkan usaha pembanterasan iaitu pencegahan penyebaran dan
penguatkuasaan fatwa serta undang-undang. Yang ketiga berkaitan dengan
usaha pemulihan iaitu mengembalikan pengikut ajaran sesat ke pangkal jalan
menerusi pemulihan akidah dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini dibincangkan

29

PIM 3112
Pengajian Akidah

dengan lebih lanjut di bawah ini. Jika ditinjau fatwa yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa negeri, didapati bahawa banyak juga fatwa yang berkaitan dengan
pengharaman ajaran salah. Dalam satu kajian pada tahun 2000, Khadijah
Hambali dalam Siti Zubaidah Ismail (2010) menyimpulkan bahawa fatwa
berhubung pengharaman ajaran sesat merupakan kategori fatwa yang kerap
dikeluarkan dan diwartakan oleh hampir setiap Jabatan Mufti negeri. Apa yang
lebih ketara ialah, hampir 33% daripada kategori fatwa dalam bidang Usuluddin
menyentuh

tentang

ajaran

sesat.

Soalnya,

setelah

difatwakan

haram,

bagaimanakah pula dari segi penguatkuasaan fatwa berkenaan oleh pihak


berkuasa, sejauhmanakah ia mengikat umat Islam untuk mematuhinya dan
adakah masyarakat Islam menyedari kewujudan fatwa-fatwa berkaitan ajaran
salah itu.
Fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana jawatankuasa fatwa negeri atau
kebangsaan, masih belum mempunyai sebarang kesan baik dari segi
penguatkuasaan mahupun kuasa perundangan. Fatwa yang dikeluarkan
hanyalah menjelaskan kedudukan hukum sesuatu perkara dan ia tidak mengikat
untuk diikuti. Hanya setelah ia diwartakan barulah ia ada kuasa dari segi
perundangan. Maknanya, setiap umat Islam adalah terikat dan perlu mentaati
fatwa berkenaan. Seksyen 31(3) dan (4) Enakmen Perundangan Islam Selangor
1989 menjelaskan:
(3) Sebaik sahaja dijelaskan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah
mengikat orang Islam yang tinggal di negeri Selangor sebagai ajaran
agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang
dengan fatwa itu, kecuali ia dibenarkan oleh Hukum Syarak, menyimpang
dari fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.
(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf dalam semua Mahkamah dalam
negeri Selangor sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang
ditetapkan itu.
Pada realitinya pula, tidak semua fatwa ini diwartakan dan sesetengahnya
pula mengambil masa untuk diwartakan. Isu pewartaan fatwa berkait rapat
dengan keputusan pihak kerajaan sama ada hendak mewartakan sesuatu fatwa
30

PIM 3112
Pengajian Akidah

atau sebaliknya bergantung kepada faktor semasa dan kepentingan yang


dipertimbangkan. Sebagai contoh fatwa pengharaman Tarikat Naqsyabandiah
Kadirun Yahya dikeluarkan pada tahun 1985, tetapi hanya diwartakan pada
tahun 1995. Setelah fatwa diwartakan, implikasinya ialah sesiapa yang
melanggar fatwa berkenaan boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang
yang ada, antara lain, seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995
kerana tidak mematuhi fatwa. Sekadar memberi alasan tidak tahu wujudnya
fatwa berkenaan seperti dalam kes Pendakwa Syarie lwn Fahyu Hanim Ahmad,
Noni Mohammad dan Sharina Shaari, yang mendakwa tidak tahu wujud fatwa
haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik tidak
boleh diterima di sisi undang-undang.
Berkenaan dengan pengetahuan masyarakat tentang sesuatu fatwa,
sama ada yang diwartakan atau tidak, ia ada kaitan dengan sejauhmana usaha
dan inisiatif yang dijalankan oleh setiap pihak berkuasa negeri. Pada masa kini,
apa yang ketara ialah tidak semua negeri mengambil usaha untuk mencetak dan
menyebarkan koleksi fatwa yang ada untuk tatapan, bacaan dan pengetahuan
masyarakat umum secara percuma. Kalau ada dicetak sekalipun, ia tidak
disebarkan dengan meluas, seperti diletak di masjid-masjid negeri, disebarkan di
sekolah-sekolah, kolej, universiti atau agensi kerajaan dan swasta. Mungkin
koleksi fatwa ada diletakkan di dalam laman sesawang jabatan agama Islam
negeri dan juga laman web e-fatwa, tetapi sudah tentu khalayak yang berminat
mencari di situ adalah golongan tertentu sahaja. Dalam kes melibatkan Ayah Pin
contohnya, fatwa pengharamannya telah pun diputuskan dan boleh dikatakan
hampir semua negeri telah mewartakan pengharamannya. Akan tetapi, kenapa
pula sesetengah anggota masyarakat masih boleh diperdayakan oleh orang
sebegini. Adakah kerana mereka terlalu taasub dengan kuasa dan keistimewaan
yang ada padanya atau tidak tahu tentang pengharaman ajaran ini kerana
maklumat mengenainya tidak disebarkan secara meluas.

31

PIM 3112
Pengajian Akidah

Namun, masalah dengan ajaran sesat ini ialah terdapat juga ajaran yang
baru bertapak dan masih belum berjaya dihidu oleh pihak berkuasa. Justeru,
statusnya masih sama-samar terutama apabila ia mencampur adukkan antara
yang kebenaran dengan kebatilan. Dalam hal ini, masyarakat awam hendaklah
turun padang dan membantu pihak berkuasa dengan membuat aduan dan
bekerjasama mengemukakan maklumat apabila berkaitan.
Sebagaimana yang disebut di atas, membanteras ajaran sesat daripada
merebak dalam masyarakat memerlukan kerjasama anggota masyarakat sendiri
dalam merealisasikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar. Pendakwaan
ke atas sesuatu kes ajaran sesat bergantung kepada kekuatan bukti yang
dikumpul oleh unit siasatan Bahagian Penguatkuasaan di bawah jabatan agama
Islam negeri.
Apabila wujud sesuatu aduan berkaitan aktiviti berkaitan ajaran sesat,
pegawai penguatkuasa agama perlu menjalankan risikan terlebih dahulu bagi
mengenal pasti keadaan aktiviti yang dilaporkan. Dalam keadaan tertentu juga,
mereka perlu menentukan seksyen manakah yang relevan dengan aduan bagi
membolehkan siasatan dan risikan dijalankan. Ini penting kerana dalam
menjalankan siasatan, fokus pengumpulan maklumat dan bukti mestilah terarah
kepada memenuhi elemen-elemen kesalahan yang diadukan itu.
Cabaran utama dalam pengumpulan bukti ialah bagaimana mendapatkan
first-hand information. Boleh dikatakan bahawa hampir kesemua kumpulan
ajaran sesat ini secara amnya bergerak secara rahsia terutama menjalankan
kegiatannya di malam hari atau awal pagi dan di lokasi tertentu yang mana
aksesnya adalah terhad dan kurang disedari oleh masyarakat sekeliling. Ini
sedikit sebanyak menyukarkan pihak berkuasa agama untuk mengumpul
maklumat dan bukti. Dalam hal ini, pegawai penguatkuasa agama banyak
bergantung kepada maklumat orang awam, khususnya pengikut atau bekas
pengikut yang telah kembali ke pangkuan jalan yang secara sukarela menjadi

32

PIM 3112
Pengajian Akidah

pelapor atau pengadu. Maklumat daripada bekas pengikut amat membantu


dalam membuka jalan ke arah tindakan selanjutnya. Maklumat yang diperolehi
perlu dirakam dan bekas pengikut itu mesti menjadi saksi utama dalam
perbicaraan. Ini kerana maklumat yang dirakam semata-mata menjadi hearsay
evidence yang tidak dapat diterima oleh mahkamah (seksyen 60 Akta Prosedur
Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997).
Di samping itu, usaha pengumpulan bukti juga menuntut mereka
membuat penyamaran sebagai ahli kumpulan dalam usaha menyiasat kegiatan
itu. Amat jelas bahawa penyamaran merupakan satu-satunya jalan untuk
menembusi masuk aktiviti yang dilakukan. Setiap kes yang disiasat memerlukan
pelbagai bentuk bukti antaranya yang berbentuk hard evidence, di samping
keterangan saksi dan sebagainya. Untuk itu, serbuan ketika aktiviti sesat sedang
berlangsung amatlah penting dalam mendapatkan bukti yang diperlukan.
Pegawai terbabit mestilah dapat mengenal pasti tarikh, masa, perlakuan salah
atau aktiviti suspek dan tempat yang menjadi sasaran serbuan. Inilah cabaran
utama yang perlu dihadapi kerana kadang-kala tidak semua perkara berkenaan
dapat disempurnakan.
Dalam kes yang melibatkan Ayah Pin misalnya, walaupun lokasinya dapat
dikesan, namun bukti yang diperlukan ialah bukti fizikal dia sedang melakukan
sesuatu upacara, menyebut atau mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan
Syarak atau berkata sesuatu yang menepati maksud mana-mana kesalahan
gagal diperolehi sehingga kini. Terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan
olehnya yang disiarkan dalam akhbar dan laman sesawang. Antaranya beliau
mendakwa dirinya tuhan, mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan
boleh menganut mana-mana agama kerana tuhan adalah satu serta pelbagai
lagi dakwaan karut yang bertentangan dengan Islam. Dalam hal ini, pegawai
penyiasat di kalangan pegawai penguatkuasa agama mesti mengadakan
siasatan lanjut seperti mengkaji kesahihan dakwaan ini. Pemberita yang
menemuramah yang mendengar beliau berkata sedemikian boleh disoal-siasat

33

PIM 3112
Pengajian Akidah

demi mendapatkan keterangan mengenai dakwaan tersebut beserta dengan


maklumat tentang tarikh, masa dan tempat beliau menyatakan sedemikian. Jika
cukup bukti, ini barangkali memadai untuk mensabitkannya di bawah kesalahan
membuat dakwaan palsu seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001, seksyen 4
Enakmen yang sama bagi kesalahan mengajar doktrin palsu dan seksyen 5 bagi
kesalahan mengembangkan doktrin agama selain dari agama Islam di kalangan
orang yang beragama Islam. Bukan satu akhbar yang didapati menyiarkan
kenyataan sedemikian baru-baru ini baik media cetak mahupun menerusi laman
web (contoh http://www.malaysiakini.com) ataupun rakaman dalam bentuk vcd.
Sungguhpun pihak penguatkuasa agama mempunyai peraturan bahawa
mereka hanya boleh bertindak sekiranya ada aduan, barangkali mereka boleh
menggunakan kuasa budibicara agar di kalangan mereka sendiri yang menjadi
pengadu bagi maksud mengisi Borang 5 seperti yang dikehendaki oleh undangundang tatacara jenayah syariah. Oleh kerana kesalahan-kesalahan di bawah
seksyen 4,5 dan 6 seperti yang dijelaskan di atas merupakan kesalahan boleh
tangkap, maka pihak berkuasa agama tidak perlu mendapatkan waran
Pendakwa Syarie. Walaupun kertas siasatan terhadapnya telahpun dibuka di
Besut, Terengganu, namun jika dia disyaki melakukan kesalahan yang serupa di
negeri lain, maka dia juga boleh didakwa di negeri berkenaan seperti yang
berlaku kepada Mohamed bin Ya yang pernah didakwa di Ipoh, Kota Bharu dan
juga Besut. Sungguh pun begitu, terdapat pelbagai cabaran dari segi tatacara
pengendalian siasatan terhadap kes ajaran sesat ini. Seseorang suspek yang
ditahan untuk siasatan, hanya boleh ditahan selama tempoh 24 jam sahaja.
Memandangkan soal-siasat dan rakaman percakapan suspek tidak boleh
diambil secara mandatori, maka sekiranya suspek enggan bekerjasama
memberikan keterangan dalam tempoh berkenaan, maka tiada sebarang
tindakan dapat dikenakan. Selepas 24 jam, beliau hendaklah dihadapkan ke
mahkamah jika pertuduhan telah berjaya disediakan oleh pihak pendakwa. Jika

34

PIM 3112
Pengajian Akidah

tidak, maka dia mesti dibebaskan. Apabila dibebaskan, kadang-kala mereka ini
tidak dapat dikesan lagi kerana telah berpindah ke tempat lain. Ini menyebabkan
fail kes itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dari segi sumber tenaga kerja pula, didapati penguatkuasa agama,
seperti pegawai hal ehwal Islam di jabatan agama Islam yang lain juga, tertakluk
kepada pertukaran bahagian, kenaikan pangkat dan sebagainya. Terdapat
keadaan di mana pegawai yang mengendalikan penyiasatan sesuatu kes telah
pun berpindah ke bahagian lain. Ini menyebabkan fail kes yang belum
diselesaikan itu tergendala dan tidak dapat diteruskan kerana pegawai yang
menggantikannya masih belum ada atau belum serasi dengan tugas.
Apabila pendakwaan berjaya dilakukan di mahkamah, suspek ajaran
sesat akan diadili dan mahkamah akan menentukan status mereka sama ada
bersalah atau tidak. Sekiranya mereka didapati bersalah, maka hukuman yang
bakal dikenakan mestilah juga termasuk proses pemulihan akidah yang hanya
dapat dilaksanakan di pusat bimbingan Islam sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah seksyen akta/enakmen kesalahan jenayah syariah negeri. Hakim
mestilah mengenakan hukuman dihantar ke pusat bimbingan Islam sebagai satu
hukuman mandatori, tidak melebihi enam bulan sebagai ganti pemenjaraan
biasa. Soalnya sekarang, adakah pusat ini wujud di setiap negeri sebagaimana
yang semestinya.
Jika diperhatikan sejak peristiwa Nabi palsu di zaman selepas Nabi
Muhammad SAW, hanya satu sahaja hukuman yang dilaksanakan terhadap
mereka yang mendakwa dirinya nabi iaitu hukuman bunuh. Tidak lagi diminta
bertaubat atau dipulihkan akidah mereka. Ini mungkin bersesuaian dengan darar
yang berlaku, yakni bukan sahaja mengaku diri sebagai Nabi, malah memerangi
Islam secara terang-terangan sehingga memecah-belahkan umat dan pelbagai
lagi kemusnahan.

35

PIM 3112
Pengajian Akidah

Dalam kes Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad, pesalah
berusia 72 tahun yang didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran
salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam
kali sebatan dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di
Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor. Ini bermakna beliau
akan menjalani hukuman penjara biasa terlebih dahulu di bawah kendalian
Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh tahun baru
menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah
syariah. Timbul persoalan di sini iaitu, bilakah pula proses taubat perlu dilakukan
olehnya dengan pemantauan pihak berkuasa. Adakah memadai mendapatinya
bersalah, tanpa memastikan yang beliau benar-benar telah insaf dan bertaubat.
Jika begini keadaannya, timbul persoalan tentang keadaan beliau dalam penjara
serta jangka hayatnya. Berkemungkinan (hanya kemungkinan) penyebaran
ajaran boleh berlaku jika dia belum benar-benar insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.
Apakah

bentuk

pemulihan

yang

bakal

dilaluinya

dalam

tempoh

pemenjaraannya. Jika dia menjalani proses kaunseling biasa dan menjalani


kehidupan sebagaimana banduan lain, maka bagaimana kita dapat memastikan
akidahnya telah diperbetulkan. Adalah lebih baik jika proses pemulihan akidah
dijalankan terus di penjara dengan menugaskan pegawai agama sedia ada untuk
mengendalikan pesalah sebegini atau dia diasingkan terus dari banduan lain
dengan meletakkannya di blok khas untuk pesalah akidah. Di sinilah kerjasama
di antara pihak mahkamah syariah dan Jabatan Penjara Malaysia serta institusi
seperti jabatan agama Islam amatlah perlu bagi menyelaraskan perkara ini.
Berkenaan dengan pengikut ajaran salah pula, proses yang sama perlu
dikenakan terhadap mereka iaitu didakwa di mahkamah dan jika didapati
bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan diwajibkan menjalani proses pemulihan
akidah.

36

PIM 3112
Pengajian Akidah

Dalam kes Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie


Kelantan, lima orang tertuduh telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat
istiadat yang bertentangan dengan agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran
Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah kumpulan yang telah difatwakan haram
di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara, satu
tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman berkenaan kepada
berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh
berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri kepada
kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi,
disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan
garispanduan

taubat,

maka

taubat

tersebut

dikatakan

tidak

berjaya

direalisasikan.
Satu isu berbangkit di sini ialah tentang status pusat bimbingan Islam
(PBI) yang merupakan tempat khas yang diperuntukkan untuk memurnikan
akidah pesalah. PBI ini boleh disediakan berasaskan peruntukan undangundang, umpamanya seksyen 53 dan seksyen 54 (1); Enakmen Jenayah
Syariah Selangor No. 9, 1995. PBI merupakan sebuah pusat di bawah kendalian
Majlis Agama Islam negeri dan ia mempunyai objektif sebagai pusat bimbingan
dan kaunseling bagi mereka yang memerlukan pemulihan akidah. Setakat ini
hanya negeri Selangor sahaja yang mengadakan PBI ini dan menamakannya
Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Manakala negeri lain masih belum
menunjukkan sebarang usaha ke arah pembinaannya biarpun dari segi undangundang, ia dibolehkan. Pengurusan dan

pentadbiran pusat ini dibuat

berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman


2001. Ia menjadi pusat tahanan kepada pesalah yang diperintahkan oleh
Mahkamah Syariah bagi menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan yang
berhubungan dengan aqidah sama ada di Selangor atau negeri lain.
Walaubagaimanapun dalam masa yang sama ia turut menempatkan keskes sukarela, lazimnya berkaitan moral, setelah mendapat kebenaran Pengarah

37

PIM 3112
Pengajian Akidah

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berdasarkan kajian yang dijalankan


setakat 2008, penulis dapati bahawa pusat ini telah menerima seramai 15 orang
pesalah dari mahkamah, tetapi belum pernah menerima seorang pun pesalah
ajaran sesat. Dari segi modul pembelajaran agama yang disediakan, didapati
bahawa pengisiannya adalah satu sahaja dan terpakai kepada semua pelatih
yang dimasukkan ke situ. Sudah tiba masanya modul khas diwujudkan bagi
pesalah akidah. Satu lagi pusat pemulihan akidah ialah Pusat Pemantapan
Akidah JAKIM di Jelebu yang dibina di bawah kerajaan Pusat dan diletakkan di
bawah pengurusan bahagian Dakwah JAKIM.
Satu perkara yang perlu diterima hakikatnya ialah kedua-dua pusat ini
tidak diwartakan sebagai penjara dan tidak berada di bawah pengurusan
Jabatan Penjara Malaysia. Justeru, perintah mahkamah (supaya dihantar ke
pusat pemulihan akidah) itu adalah bersifat perintah (order) tambahan kepada
hukuman (punishment) yang perlu dilaksanakan terhadapnya.
Peranan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga tidak kurang
pentingnya. Sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal
pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini, JAKIM juga telah mengadakan
inisiatif yang memberangsangkan dalam menangani fenomena ajaran sesat.
Jabatan ini telah mewujudkan Rancangan Lima Tahun Membanteras Ajaran
Sesat. Yang pertama bermula dari tahun 1995 hingga 1999. Manakala
Rancangan Lima dibendung hingga ke akar umbi. Jawatankuasa Task Force ini
diurusetiakan oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Ia
berbentuk ad-hoc dan beroperasi berasaskan kes. Ia dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah JAKIM dengan keahlian jawatankuasa daripada semua agensi seperti
Kementerian Dalam Negeri, jabatan agama Islam negeri, Majlis Keselamatan
Negara, Polis DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan beberapa lagi.
Contoh kerjasama yang pernah dilaksanakan ialah apabila kerajaan menangani
isu Syarikat Rufaqa Corporation (SRC) dan juga isu Arifin Muhamad (Ayah Pin).

38

PIM 3112
Pengajian Akidah

Jawatankuasa yang bersifat tetap pula ialah Jawatankuasa Pemandu


Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa
Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS) dan Panel Kajian Akidah (PKA).
Namun sejauhmanakah keberkesanan usaha kerjasama di antara pihak
berkuasa negeri dan persekutuan ini tidak dapat dipastikan. Adalah diharapkan
dengan adanya keupayaan di pelbagai peringkat agensi kerajaan dan negeri,
usaha pembanterasan ajaran sesat dapat dipertingkatkan.
Cadangan langkah mengatasi itu juga telah mendapat sokongan
bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh kerajaanSelangor seperti yang
dinyatakan oleh Dato Setia Hj Mohd Tamyes b Abd Wahid Mufti Negeri Selangor
(ketika itu) dengan menyatakan tambahan cadangan iaitu memberi penerangan
terhadap kekeliruan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Di samping tu,
memperbanyakkan penerbitan bahan yang berkaitan ajaran sesat sebagai
panduan kepada umat Islam. Kerjasama semua pihak juga perlu dalam usaha
menyalurkan maklumat berkaitan ajaran sesat di sesebuah kawasan sebelum ia
berkembang dengan lebih luas lagi

Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan


anda untuk unit seterusnya

39

Anda mungkin juga menyukai