Anda di halaman 1dari 22

Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran.

, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. 2. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah : a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul b). Kecetekan ilmu agama c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda AKIDAH Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa, ayat 48) Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat. Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian. Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat. Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya. Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan). Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut. Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam. Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan alQuran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah. Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: "Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)

Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung. Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106) Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim) Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah. Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah bermaksud kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.

KHURAFAT MENURUT ISLAM: PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM PENDAHULUAN Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya . DINAMISME Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan, benda-benda dan kata-kata. Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll. ANAMISM Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia 1. Ruh atau anasir halus yang mempunyai kekuatan dan kehendak . 2. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara. 3. Ruh org mati,gunung,sungai,batu dll. HINDU Kepercayaan kepada dewa-dewa 1. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi & mulia. 2. Penyembahan dewa lebih umum 3. Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu DEFINISI KHURAFAT Kamus Bahasa Arab: (al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta (al-Marbawi) Cerita karut (karut marut) Kamus Dewan: KHURAFAT

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadiankejadian alam yang berlaku. Kesimpulannya KHURAFAT Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam Khurafat adalah bidah akidah Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. CIRI-CIRI KHURAFAT 1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam. 2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. 3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam. 4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya. 5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah. 6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

KERAMAT

1. Perkara yang luar biasa.

2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.

3. Terjadi daripada orang salih.

4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.

5. Bukan dari orang fasik.

6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.

7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya

TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.

Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)

JIN

1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.

2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.

3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.

4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (ya ng berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.

Firman Allah:


Maksudnya

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada

beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (AlJin 72: 6)

Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.

Rezeki Pemberian Allah

Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6)

Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah

Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.

Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.

Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.

Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

Sabda Rasulullah s.a.w

Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat.

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda -benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanah u wa Ta'ala.

Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)


Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.

Sabda Rasulullah

Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.


Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM 1. MEROSAKAN AKIDAH 2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH

3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR 4. HILANG SIKAP BERUSAHA 5. MUDAH BERPUTUS ASA TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan. contoh kurafat: 1. tangkal azimat (pakai lilit kat pinggang, ikat di pergelangan tangan, ikat di leher, gantung di depan pintu, alang rumah, ) selalu juga saya tengok bayi2 dipakaikan dgn benang hitam yang dijampi di pergelangan tangan atau leher (kononnye utk menghalau roh jahat) 2. gagak bertenggek di rumah, maknenye ada petande buruk. (mempercayai haiwan tertentu membawa sial) 3. membuang ancak rumah utk menghalau hantu 4. mengunjungi kubur yang dianggap keramat dll..

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai : 1. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalanramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. 2. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja. 3. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam. 4. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri. 5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Khurafat (Bahasa Arab: ) ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu: 1. Bertawasul kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh. 2. Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati

PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT Kejahilan

Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim. Kepentingan peribadi

Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar. Niat yang jahat

Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya. Pergaulan

Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal. Keadaan sekeliling

Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah. Adat kebiasaan

Factor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh. Kepercayaan Karut

Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut. Pengaruh politik

Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu) Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka mudah terpesong. 2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama. 3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk tujuan pemujaan. 4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus berlaku

Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131)

Arab jahiliah taksub khurafat


18Mac Patung Hubal yang diperbuat daripada batu akek merah dan berbentuk manusia tidak sahaja memulakan tradisi penyembahan berhala di kalangan masyarakat Arab di zaman pra-Islam malah patung itu turut berjaya merendahkan taraf pemikiran masyarakat itu. Tidak cukup mereka mengadu nasib dan hal kepada berhala, masyarakat Arab itu juga melakukan pelbagai cara untuk meramal nasib. Iaitu animisme atau khurafat yang begitu kuat berakar umbi dalam pemikiran dan kuat menjadi amalan. Antara yang popular, mereka meramal nasib dengan azlam, iaitu anak panah yang belum dipasangkan bulunya yang digunakan ketika mereka hendak bermusafir, berkahwin dan sebagainya berdasarkan. Jika anak panah yang dilepaskan mengenai perkataan ya atau tidak semua itu nanti akan mempengaruhi perbuatan mereka. Mereka juga percaya kepada kepakaran individu yang dikenali sebagai kahin, arraf dan munajjim, iaitu bagi menentukan perbuatan dan cara gaya hidup mereka tanpa sebarang keraguan untuk mereka mempercayainya. Ini apabila Kahin merupakan individu yang mempunyai kepakaran memberitahu mengenai berita-berita alam semesta yang akan berlaku pada masa akan datang. Kahin juga mendakwa mengetahui banyak perkara ghaib dan rahsia sebagaimana yang diberitahu oleh jin yang menjadi sahabat si Kahin itu. Arraf pula tidak ubahnya seperti pawang atau bomoh yang tempat mengadu kepada pelbagai masalah termasuk bantuan mencari barang yang hilang atau dicuri.

Munajjim pula yang meramalkan nasib seseorang itu menerusi ilmu-ilmu bintang. Namun yang lebih teruk lagi masyarakat Arab Jahiliah ini sangat mempercayai Al Yiyarah iaitu menganggap sial. Sehinggakan jika perjalanan mereka dipintas atau dihalang oleh binatang liar seperti ular dan sebagainya mereka menganggap ada kesialan dan menyebabkan mereka tidak meneruskan perjalanan. Segala kepercayaan karut dan amalan-amalan khurafat dan tahyul oleh masyarakat Arab ini menjadi penyakit yang sukar disembuhkan. Menyebabkan turunnya banyak ayat dari Allah agar ramalan atau merenung nasib diharamkan dan menjadi sebahagian ajaran penting Islam agar umat ini tidak mempercayai khurafat. Namun kehadiran agama lain terutamanya, Kristian (Nasrani atau Masihi), Yahudi, Majusi dan Sabiah memberikan lagi kepelbagaian rupa dan wajah masyarakat Arab. Kemasukan agama-agama itu dan menjadi anutan kepada sebahagian masyarakat Arab dengan sebahagian lagi mengekalkan amalan menyembah berhala di samping ada sebahagian lagi mempertahankan agama Ibrahim dan sebagainya menjadi naluri mempercayai tuhan ada dalam setiap sanubari masyarakat ini. Sesuatu yang agak positif walaupun sering terpesong. Mereka menyedari keterbatasan sebagai manusia yang memerlukan yang paling di atas untuk menyempurnakan kehidupan dan memberikan kepada mereka perlindungan. Agama Kristian berada di tanah Arab khususnya tertumpu di Wilayah Yaman akibat yang dijajah oleh Habsyah (kini Sudan) dengan bantuan tentera Rom pada tahun 340 (SM). Ini menyebabkan gerakan penyebaran Kristian turut meresapi wilayah itu terutama ke Najran. Dikatakan mereka tertarik memeluk agama Masihi atas faktor seorang lelaki Kristian yang bernama Pabimion yang dikatakan mempunyai pelbagai karamah menyebabkan ajakan beliau untuk memeluk Kristian dapat diterima oleh penduduk Najran. Apabila Yaman kemudiannya di bawah pemerintahan Yusuf Dhu Nuwas tragedi menimpa umat Kristian. Semasa pemerintahan Dhu Nuwas inilah sebagai seorang penganut Yahudi beliau telah bertindak ganas membunuh penganut-penganut Kristian Najran. Iaitu setelah seruan beliau supaya mereka memeluk agama Yahudi enggan diterima oleh penduduk Najran. Akibat enggan, beliau telah menggali beberapa batang parit yang besar yang dinyalakan api di dalamnya. Beliau kemudiannya menghumban penganut agama Nasrani itu ke dalam parit yang sedang menyala-nyala api. Lalu meratah sehingga hangus setiap mereka, tanpa mengira mangsa, termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua habis kesemuanya dibakar di dalam parit itu. Dalam peristiwa ini dikatakan seramai 20 hingga 30,000 penganut Kristian mati di tangan penguasa kejam yang beragama Yahudi ini. Peristiwa disebut dalam surah al Buruj ayat 14, melalui firman Allah yang bermaksud; Celakalah kaum yang menggali parit.

Akibatnya, saki baki pengikut Kristian yang ada mengadukan tragedi yang menimpa mereka itu kepada pemimpin-pemimpin atau Maharaja Rom supaya membalas perbuatan Yahudi itu. Sekali lagi bala tentera dari Habsyah yang terdiri daripada hampir 70,000 armada lautnya menyerang Yaman buat kali kedua. Akhirnya mereka menawan wilayah itu pada tahun 525 (SM). Raja Najashi (Habsyah) meletakkan Ariyat sebagai pemerintah Yaman sehinggalah beliau berjaya dibunuh oleh Abrahah, yang merupakan salah seorang dari panglima perangnya. Abrahah yang kemudiannya mendapat perkenan daripada Raja Najashi kemudiannya membina bangunan yang hampir serupa seperti Kaabah. Ia bagi mengalihkan tumpuan orang ramai ke Kaabah di Kota Mekah kepada binaannya itu. Namun usahanya gagal kerana penduduk Arab tetap tidak berganjak dari tumpuan yang mereka berikan kepada Kaabah. Ini menyebabkan Abrahah mengepalai bala tentera yang besar, iaitu terdiri dari tentera bergajah (Ashabul Fil Angkatan Bergajah) untuk menyerang Kota Mekah. Peristiwa ini seperti yang diketahui umum, Abrahah bukan sahaja gagal menawan malah kalah dengan teruk. Selain Hasbyah, pengaruh Kristian turut datangnya dari Mesir dan Syria (Syam) ke Tanah Arab. Namun seperti yang diceritakan kisah sepupu Siti Khadijah Khuwailid (isteri Rasulullah) iaitu Waraqah Bin Naufal. Dia memeluk Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Beliau yang mengesahkan mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagaimana beliau temui dalam Kitab Injil. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Nabi Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Nabi Muhammad dikatakan telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga. Dalam masa yang singkat, iaitu di zaman pra-Islam itu, tidak dinafikan Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah. Namun dikatakan ajarannya telah dipenuhi ajaran yang diperbaharui mengikut kepentingan pemimpin agama dan pengikutnya. Ini yang telah melahirkan kelompok-kelompok Kristian yang saling bertentangan antara satu sama lain, iaitu Katolik (Ortodoks), Anglican, Methodist dan Protestan. Ramai yang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Al-kitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan Ikuti bagaimana Yahudi melebarkan pengaruhnya sehingga terdapat banyak kabilah di Tanah Arab yang memeluk Yahudi. Adakah benar mereka Yahudi sedangkan agama itu merupakan agama bangsa (Bani Israel).
Pengenalan Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran

masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain. Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Amalan Bidaah Dan Khurafat Safar


Posted 26/12/2011 by Shafi-Q in ARTIKEL, Safar. Tagged: Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Safar, Khurafat Di Bulan Safar, Tiada Kesialan Pada Bulan Safar. 1 Comment

Dalam bulan ini masih terdapat di kalangan masyarakat yang melakukan perkara bidaah dan khurafat yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kepercayaan karut tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang Islam. . Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada bulan Safar. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi, khususnya pada hari Rabu terakhir bulan Safar. . Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya. . Firman Allah SWT:

Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131) Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan. .

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748) . Daripada Abdullah Ibnu Masud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
.

Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh alThiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411) . . .
KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA ARAB

Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang mendesak. Sebagai contoh dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu. Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut Abdullah Faiz Daghestani berkata: Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Sesiapa yang mengekalkan adab tersebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa. . Perkara yang disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara adalah sinonim dengan masyarakat jahiliyah. Contohnya; .

1. Sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat pergerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada

tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut. . 2. Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. Riwayat Abu Nuaim al-Asfahani di dalam Hilyah al-Auliya. . Islam menyelar budaya tathayyur ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yang mencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah SWT dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudharat atau manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan-Nya semata-mata. . Firman Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (At-Taubah 9: 51) . . .
KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA MELAYU

Masyarakat Melayu juga turut mempercayai bahawa bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka. Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempena bulan Safar bagi menghindari sebarang bentuk malapetaka yang berkaitan dengan kedatangan bulan tersebut. Setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai suatu cara untuk menolak bala. Antara amalan khurafat yang popular ialah; .

1. Pesta Mandi Safar Masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai atau pantai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria dengan kepercayaan perbuatan berkenaan kononnya boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Mereka berarak menuju ke destinasi terpilih diiringi dengan alunan muzik, nyanyian, jampi serapah dan alunan zikir tertentu. Setelah itu mereka mambaca jampi tertentu atau menulis ayatayat tertentu di atas kertas lalu memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mandi dengannya. Sebenarnya amalan mandi Safar ini diwarisi dari budaya Hindu. Sebaliknya pesta berkenaan menambah dosa kerana ada yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk di sisi syarak dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, malah mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri. . 2. Menulis Azimat

Berdasarkan kepercayaan karut itu ada yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan dalam tempayan, kolam, perigi atau sungai untuk diminum atau mandi dengan airnya konon untuk mendapat perlindungan daripada bala buruk pada hari berkenaan. . 3. Majlis Perkahwinan Kebanyakan masyarakat Islam terutama orang-orang tua tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dan keramaian dalam bulan Safar kerana mereka khuatir bahawa kedua-dua pengantin tidak bahagia dan akan susah atau tidak mendapat zuriat dan mempercayai jodoh pasangan pengantin tersebut tidak akan berkekalan. . 4. Nasib Malang Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut. Bagi masyarakat Bajau di Sabah pula, mereka mempercayai bayi yang lahir pada bulan Safar tidak bernasib baik. Lantaran itu, untuk mengelak sebarang kecelakaan ke atas bayi tersebut, pada masa menyambut Maulud Nabi, bayi itu akan dibawa ke masjid untuk ditimbang.

Simboliknya ialah untuk meminta pertimbangan daripada Allah agar tidak memburukkan nasib bayi tersebut. . 5. Korban Terdapat juga segelintir pihak yang beranggapan dianjurkan untuk mengerjakan ibadah korban pada tarikh 27 Safar. . Kesemua ini merupakan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke akar umbi. Lantaran itu hendaklah seluruh umat Islam menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bidaah tersebut. Allah SWT berfirman:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Surah Luqman 31: 13). . . .
TIDAK PERNAH DIAMALKAN

Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah oleh Rasulullah SAW serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yang mengamalkannya. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam alBukhari, no: 2697) Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718) . . .
TIADA KEMUDARATAN

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Baginda SAW sering berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan memberikan peringatan supaya jangan sekali-kali umat Islam beriktikad sial atau nahas Safar berupaya memudaratkan kehidupan manusia. . Rasulullah SAW bersabda; Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan

tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar. (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a.) . Rasulullah SAW bersabda; Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tiga kali). Lalu beliau bersabda, Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal. (HR. Abu Dawud) . Hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana ianya termasuk dalam kategori amalan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah SWT tidak akan mengampunkan golongan yang mengsyirikannya melainkan bagi mereka yang bertaubat. . Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa 4: 116). . Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah SWT kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah SWT. Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang baik dan penuh keberkatan. Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan-bulan lain. . Allah SWT berfirman:

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Taghaabun 64: 11) . Yakinlah bahawa Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT jadikan sebagai kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat. Menganggap Safar sebagai bulan pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik kerana tidak ada yang mampu memberikan manfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT; sebagaimana firmannya;

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yunus :107)

Anda mungkin juga menyukai