Anda di halaman 1dari 13

IIUM CRESENT

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA DIPLOMA IN LAW AND

ADMINISTRATION OF ISLAMIC JUDICIARY

KERJA KURSUS:

LAW 810

KAEDAH KAJIAN DAN MOOTING

TAJUK:

‫اليقين ال يزول بالشك‬

NAMA PELAJAR:

UMMU UMAIRAH BINTI MOHD WAJI

NAMA PENSYARAH :

EN. WAH MAHYUDDIN BIN WAN MUHAMMAD

‫اليقين ال يزول بالشك‬

1
( Sesatu yang meyakinkan tidak akan hilang hanya dengan keraguan )

PENGENALAN KAEDAH

Pengertian ‫ اليقين‬dari sudut Bahasa ialah sesuatu yang jauh dari keraguan.
Manakala pengertian ‫ الشك‬dari sudut Bahasa ialah sesuatu yang teragak-agak
diantara dua perkara atau keadaan yang saling bertentangan tanpa adanya
penerangan salah satu dari keduanya ketika berlakunya syak pada keduanya. Dari
sudut istilah pula, ‫ الشك‬bermaksud teragak-agak diantara dua keadaan sama ada
wujud atau tidak pada sesuatu pekara, sama ada kedua-duanya berada pada satu
tahap atau yang satu lebih.

Maksud umum perlaksanaan kaedah ‫ اليقين ال يزال بالشك‬ialah apabila sesuatu


perkara atau sesuatu keadaan telah diyakini ketetapannya atau telah diputuskan
hukumnya berdasarkan kepada dalil-dalil Kaedah ini secara umumnya
bermaksud sesuatu yang diyakini oleh seseorang tidak akan dibatalkan hanya
dengan sesuatu yang syak kecuali dihilangkan dengan keyakinan atau yang
seumpama dengannya.

Kaedah ini merupakan asas kepada hukum syarak. Kekuatan kaedah ini
kerana ianya disandarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan akal. Kaedah ini paling
banyak diaplikasikan dalam bab fiqh sebagaimana yang disebtkan oleh Imam Al-
Suyuti. Disamping lafaz yang disebutkan di atas kaedah ini datang dengan
beberapa bentuk lafaz yang lain tetapi membawa maksud yang sama.

Kita mengakui dengan keadaan zaman pasca kemodenan ini sudah banyak
berlaku perubahan dan membuka kepada beberapa permasalahan yang baru yang
belum dibincangkan di kalangan ulama’ yang terdahulu. Justeru perlu adanya
jawapan dalam permasalahan tersebut di dalam Islam. Adalah mustahil, untuk

2
mengeluarkan hukum atas nama hukum fiqh Islam jika sekiranya tidak
disandarkan kepada sumber pensyariatan di dalam Islam. Antara lain, dengan
penguasaan dan pemahaman kaedah fiqh ini, ianya mampu untuk dijadikan
sandaran dan disiplin dalam mengeluarkan sesuatu hukum selain berdasarkan
kepada ilmu usul fiqh, maqasid fiqh dan lain-lain.

PENGGUNAAN KAEDAH

Ibnu Abbas radhiyallahuanha menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ واليمين على من‬،‫لو يعطى الناس بدعواهم الدعى رجال أموال قوم ودماءهم ولكن البينة على المدعى‬
.‫أنكر‬

Hadis diatas bermaksud kalaulah diberikan kebebasan kepada mansia


untuk mendakwa miliknya harta orang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam
Islam), pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan
(apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka mengingkari
(bukti).

Hadis ini sahih menurut Imam an-Nawawi dan menjelaskan bahawa


seseorang individu hanya boleh didakwa dengan sesuatu tuduhan apabila terdapat
bukti yang menyokongnya. Jika kaedah ini tidak diamalkan maka sesiapa sahaja
yang mendakwa dikira benar, maka akan rosaklah sistem keadilan.

Sebagai contohnya, jika “si Fulan menuduh ataupun mendakwa seseorang


itu membunuh bapanya, maka pesalah itu akan terus dijatuhi hukuman qisas”,
ataupun akan ada seseorang yang mengatakan “si Fulanah telah meminjam
daripadaku RM 10,000 tetapi sengaja tidak mahu membayarnya..”, sedangkan
agama telah memberikan kaedah yang penting bagi menjaga hak setiap individu.

3
Hukum asal bagi sema individu ialah dirinya bebas daripada sebarang
pertuduhan atau pertanggunggjawaban, “‫ ”األصل براّءة الذمة‬dan juga sesuatu
keyakinan tidak dapat hilang dengan sebuah keraguan, “‫”اليقين ال يزول بالشك‬

Pembuktian yang disebutkan di dalam hadis di atas hendaklah diambil


perhatian kerana ia adalah medium utama yang diperlukan bagi memaksa sumpah
ingkar serta bantahan daripada orang yang tertuduh. Sekiranya ia tidak ada, maka
pihak tertuduh tidak perlu bersumpah dengan apa-apa sumpah. Melainkan
sekiranya isu berkenaan telah sampai kemuka pengadilan dan pihak hakim
memutuskan supaya tertuduh untuk bersumpah. Dalam hal ini, tertuduh wajib
bersumpah kerana ia adalah isu penghakiman.

Apabila sesuatu perkara atau sesuatu keadaan telah diyakini ketetapannya


atau telah diputuskan hukumnya berdasarkan kepada dali-dalil yang kuat atau
tanda-tanda yang dipercayai maka perkara tersebut atau keadaan tersebut tidak
akan hilang keyakinannya hanya dengan sebab sesuatu keraguan yang lemah atau
andaian yang tidak disandarkan kepada dalil yang kuat. Hukum tadi akan
berterusan sehingga datangnya dalil yang setara dengannya.

 Kaedah ‫ اليقين ال يزال بالشك‬merupakan kaedah fiqh dan dijadikan sebagai


hujah sokongan di dalam perbicaraan.

Misalnya kaedah ‫ األصل بقأ ما كان على ما كان‬yang bermaksud “asal kepada
sesuatu yang kekal itu mengikut apa yang ada pada sebelumnya”. Kaedah ini
adalah sebahagian daripada kaedah yang utama di mana sesuatu keyakinan itu
tidak boleh dihapuskan hanya dengan keraguan. Terdapat beberapa ayat al-Quran
dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya:

Surah Yunus ayat 36:

4
‫وما يتبع أكثرهم إال ظنا أن الظن ال يغني من الحق شيئا إن هللا عليم بما تفعلون‬

Maksudnya: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu


sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
untuk menentukan sesuatu kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan apa yang mereka lakukan.”

Di dalam penghakiman, hakim-hakim menggunakan kaedah ‫األصل بقأ ما كان‬


‫ على مل كان‬untuk menentukan status suatu perkara, sebagai contoh kes pertikaian
harta di mana hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menetukan adakah
harta itu jatuh di bawah wasiat ata pusaka. Di dalam kes ini hakim boleh
menggunakan kaedah ‫ األصل بقأ ما كان على مل كان‬kerana kaedah ini terdapat di dalam
pecahan kaedah ‫ اليقين ال يزال بالشك‬untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah
harta pusaka untuk pembahagaian menurut hukum faraid. Rujukan kes ini
berdasarkan kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar lawan Mohd Ali bin Mohd Sah.

 Aplikasi kaedah

Terdapat beberapa contoh yang lebih mudah di fahami dalam menggunakan


kaedah ini seperti yang kita boleh lihat di dalam beberapa bab fiqh sama ada
ibadat, mamalat, qadha, hukuman dan lain-lain.

1. Sesiapa yang berasa yakin bahawa dirinya berada di dalam keadaan suci
tetapi dia syak bahawa dia telah berhadas maka ia sebenarnya dalam
keadaan suci.

2. Seseorang yang sedang berpuasa telah makan di penghujung malam dan


dia syak adakah telah masuk waktu subuh, maka puasanya sah kerana
asalnya masih malam.

5
3. Seseorang yang berpuasa apabila beliau makan dipenghujung siang tanpa
berijtihad terlebih dahulu kemudian di datangi syak adakah maghrib telah
masuk ataupun belum, maka batal puasanya kerana asalnya masih siang.

FAKTA KES

Noraini binti Mokhtar

Lwn.

Abd. Halim bin Samat

Mahkamah Rayuan Syariah Di Kota Bharu, Kelantan (Dato’ Haji Dad bin
Muhammad, KHS, Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abd. Majid, HMRS, n.
Hj. Wan Hassan bin Wan Mohamed, HMRS) 31 Mei, 2004.

Kes Rayuan Mal No: 03000-017-004-2004

Perayu dalam kes ini mengemukakan rayuan tidak puas hati di atas keputusan
Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak tuntutannya pada 18 Disember 2003.
Perayu Puan Noraini binti Mokhtar berumur 44 tahun mengemukakan Tuntutan
Harta Sepencarian di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menuntut
sebanyak 2/3 harta-harta berikut:

1. Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak RM 150,000.00.


2. Tanah tapak rumah Lot No. 727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota
Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
3. Tanah Lot No.4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian yang
bernilai sebanyak RM20,000.00, semuanya berjumlah RM250,000.00

Tuntutan tersebut dikemukakan ke atas Abd. Halim Bin Samat berumur 45 tahun,
iaitu bekas suaminya yang telah berkahwin pada 23.2.1984. Perkahwinan yang

6
memakan masa selama 18 tahun 8 bulan yang dikurniakan enam orang anak dan
bercerai pada 6/10/2002 di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu.

Rumah banglo dua tingkat di atas tanah Lot 727 itu dibuat dari hasil wang
bersama, tanah tapak rumah sudah didaftar atas nama bersama, iaitu ½ bahagian
bagi perayu dan ½ bahagian kepada Responden. Manakala tanah Lot No. 4924
deblei semasa suami isteri, dan didaftar atas nama Responden. Perayu
mengemukakan tiga orang saksi bagi menyokong tuntutannya di mana salah
seorang daripadanya ialah bapanya yang menerangkan bahawa rumah tersebut
pada asalnya dibuat untuk dirinya (bapa) sendiri, tetapi selepas itu ditolak dengan
bayaran kepada anaknya Puan Noraini binti Mokhtar. Saksi kedua ialah
kontraktor dan tukang yang membuat rumah termasuk memasang mozek dan
bilik air. Dan saksi ini menerangkan bahawa Perayu yang menguruskan membuat
rumah dan kenyataan ini diakui oleh Responden.

Responden selaku Defenden semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi


Syariah, Kota Bharu pada 23 Oktober 2003, dalam jawapannya di atas tuntutan
Perayu menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu selaku
Plaintif dalam perbicaraan tersebut. Beliau mengaku berkahwin pada 23/2/1984
dan mendapat enam orang anak serta bercerai pada 6/10/2002. Sungguh pun
beliau tidak setuju dengan tuntutan Perayu, tetapi ketika menjawap soalan balas
Peguam Perayu, beliau mengaku harta-harta yang dituntut diperolehi semasa
mereka dalam perkahwinan dan mengaku bahawa Perayu membayar hutang
bapanya, dan mengaku juga bahawa Perayu selain dari kerja sebagai kerani di
pejabat Kerajaan, berniaga semua jenis pakaian, alat-alat dapur dan sebagainya.
Selain dari itu, Responden juga bersetuju di atas sumbangan Perayu dalam
memperolehi harta-harta dituntut dan mengaku semasa pinjaman perumahan
diluluskan, rumah tingkat bawah sudah siap dan yang menguruskan membuat
rumah adalah Perayu.

7
Diputuskan

Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa RAYUAN


DITERIMA dan hukuman Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang
dijatuhkan pada 18/12/2003 DIBATALKAN. Dan mahkamah ini membuat
keputusan dan menghukum harta-harta yang dituntut iaitu:

1. Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak RM140,000.00


2. Tanah tapak rumah Lot. No. 727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota
Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
3. Tanah Lot No, 4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian yang
bernilai sebanyak RM20,000.00 yang berjumlah semuanya sebanyak
RM240,000.00, adalah sabit sebagai harta sepencarian di antara Perayu dan
Responden, dan hendaklah di bahagi dua. Maing-masing mendapat ½
seorang dan hutang yang berpunca dari pembinaan rumah hendaklah
masing-masing membayarnya dengan tertanggung ke atas pihak yang
kekurangan hutangnya untuk membayar kepada pihak yang lebih banyak
hutangnya sebagaimana yang dijelaskan dalam alasan penghakiman ini.

Keterangan kaedah Fiqh di dalam kes

Penggunaan kaedah fiqh di dalam kes ini kembali kepada kaedah:

‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬

Yang bererti:

“Pada asalnya sesuatu itu berkekalan kedudukannya seperti di masa lalu”.

Bererti pada asalnya harta itu atas nama Perayu dan Responden dan tidak
ada apa-apa keterangan atau bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini
mendatangkan puashati kepada mahkamah bahawa harta sepencarian masing-
masing mendapat ½ daripadanya. Manakala rumah yang dituntut (sebuah rumah

8
banglo dua tingkat) yang berada dalam tanah tersebut tidak ada apa-apa
keterangan atau bukti yang menunjukkan bahawa rumah berkenaan dimiliki oleh
salah satu pihak, baik Perayu atau Responden. Dan dengan demikian ianya
dimiliki bersama oleh Plaintif dan Responden. Yang menjadi isu dalam pertikaian
rumah tersebut ialah siapakah di antara mereka berdua yang membayar lebih
banyak? Jika dilihat daripada pinjaman perumahan, perayu meminjam
RM10,000.00 dan Responden RM80,000.00, tetapi dari pengakuan kedua-dua
pihak bahawa wang pinjaman perumahan tersebut diperolehi setelah rumah
berkenaan siap dibina ½ daripadanya dan bukan semua jumlah RM80,000.00 itu
dibelanja untuk rumah berkenaan dan Perayu selain daripada meminjam
RM10,000.00 dengan Bahagian Perumahan telah meminjam daripada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH).
Mengenai persoalan ini kedua-dua pihak memperolehi wang dengan cara masing-
masing berhutang semasa mereka masih dalam perkahwinan berjumlah sebanyak
RM140,000.00 bagi menyiapkan sebuah rumah banglo dua tingkat di atas tanah
Lot 727, Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota Bharu itu, di mana masing-
masing berhak sebanyak RM70,000.00 atas harga rumah semasa siap dibina
sebagaimana diakui oleh Perayu. Manakala Responden dalam jawapannya
menyatakan nilai rumah itu ialah sebanyak RM120,000.00 dan mengikut nilai
semasa yang dibuat oleh penilai yang bertauliah, Allied Group Propery
Consltants ialah sebanyak RM150,000.00 dan mahkamah menerima nilai
RM140,000.00 itu berasaskan kepada masa rumah itu disiapkan tambahan pula
dengan Responden mengaku membayar untuk rumah sebanyak RM71,000.00
dari pinjamannya yang berjumlah RM80,000.00 itu kerana sebanyak
RM9,000.00 Responden mengaku telah mengambil untuk membayar hutang
kakaknya bernama Aminah sebanyak RM7,000.00 dan RM2,000.00 lagi untuk
bayar hutang ibunya dan selebihnya wang Plaintif berjumlah sebanyak
RM69,000.00 di mana dia membayar balik kepada bapanya sebanyak
RM35,000.00, RM10,000.00 daripada pinjaman perumahan, RM6,000.00 dari

9
Tabung Haji yang dikeluarkannya yang berjumlah semuanya RM69,000.00.
perbezaan hutang sebanyak RM1,000.00 itu hendaklah dibayar oleh Perayu
kepada Responden. Manakala hutang dengan kerajaan berhubung dengan rumah
tersebut tertanggung atas masing-masing mebayarnya mengikut kadar yang
ditetapkan ke atas Perayu dan Responden.

Kesimpulan

Penggunaan kaedah yang terdapat di dalam kaedah ‫ اليقين ال يزال بالشك‬iaitu


kaedah mengembalikan sesuatu pada keadaan asalnya ‫ األصل بقاء ما كان لى ما كان‬di
mana kita dapat perhatikan bahawa harta yang didapati berupa rumah banglo dan
tanah lot merupakan harta sepencarian bersama walaupun pada awalnya milik
bapanya tetapi dipindahkan segala tanggngjawab kepada anaknya dan menjadi
tanggungjawab mereka suami isteri dan proses siapnya rumah adalah hasil
bersama mereka suami isteri, maka diputuskan bahawa segala harta merupakan
harta sepencarian mereka bersama.

Fakta kes

Ibrahim bin Haji Abu Bakar

Lwn

Mohd Sah bin Mohd Ali

Keterangan Jurnal Hukum, jilid 14, bahagian II, 2001.

Dalam kes ini Plaintif, Ibrahim bin Haji Abu Bakar telah memfailkan
permohonan untuk mengesahkan wasiat dan hibah terhadap harta Azhari bin

10
Mohd Ali iaitu tanah HSD 389 PT 1885 seluas 9582 kaki persegi (tapak rumah)
Mukim Pekan, Jalan Rompin Lama, Pekan, Pahang.

Azhari meninggal dunia pada 27 April 1982 dengan meninggalkan seorang


isteri, Itam binti Yunus, juga meninggal dunia selepas suaminya meninggal.
Plaintif adalah cucu saudara kepada si mati. Perkahwinan Azhari dan Itam tidak
mendapat anak. Cuma si mati meninggalkan saudara-saudaranya sahaja. Plaintif
di dalam keterangannya menyatakan bahawa dia mempunyai hubungan baik
dengan arwah Azhari dan kadangkala tinggal bersama dengannya serta ada
belajar mengaji quran dan Fardhu Ain dengannya. Si mati meninggal dunia di
rmah Plaintif.

Plaintif menuntut tanah HSD 389 Lot 1885 Kampung Gelang dipindah
milik kepadanya dengan alasan si mati hendak memberi dan mewasiatkan tanah
tersebut kepadanya. Defendan-defendan yang merupakan waris si mati
membantah tuntutan tersebut dengan alasan bahawa Defendan-Defendan tidak
mengetahui langsung mengenai wasiat dan pemberian tersebut dan memohon
untuk difaraidkan sahaja harta si mati. Walau bagaimanapun, defendan tidak
menafikan hubungan baik Plaintif dengan si mati.

Namun begitu untutk menyokong keterangannya, Plaintif membawa satu


surat akaun berkanun yang bertandatangan seramai sebelas orang di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah No.A 203 pada 29 Disember 1989. Wasiat yang dinyatakan
dalam akuan berkanun itu ialah dengan kata-kata si mati. Plaintif telah membawa
saksinya seramai lima orang dan empat daripada mereka terdapat dalam akuan
berkanun untuk mengukuhkan lagi keterangan mengenai wasiat teapi tidak pula
menyatakan masa dan tarikh mereka dengar itu.

Namun, surat akuan berkanun itu dibuat oleh Plaintif dengan bersaksikan
oleh sebelas orang saksi tadi dan surat akuan tersebut telah diikrarkan pada tahun
1989 iaitu selepas 7 tahun kematian Azhari. Kesemua sebelas orang saksi tadi

11
tidak dipanggil ke Mahkamah untuk memberi keterangan. Tambahan pula, tiada
seorang waris pun mengetahui hal ehwal wasiat dan hibah itu.

Plaintif ada mendakwa arwah ada meminjam wang daripadanya sebanyak


RM4000.00. Penyelesaian secara sulh di antara kedua-dua pihak telah dibuat.
Walau bagaimanapun, perbincangan penyelesaian secara sulh ini telah gagal.
Maka perbicaraan diperlukan.

Diputuskan

Berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Plaintif,


Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa si mati
semasa hidupnya telah membuat wasiat untuk memberikan lot tanah kepada
Plaintif. Mahkamah juga mendapati walaupun Plaintif telah mengemukakan surat
akuan berkanun yang mengandungi kata-kata si mati, tetapi surat tersebt tidak
ditandatangani oleh si mati dan ini tidak dikira sebagai wasiat. Tambahan pula,
Plaintif telah lambat dalam proses penuntutan tanah tersebut, kerana Plaintif
mengambil tindakan setelah 7 tahun kematian si mati. Oleh yang demikian,
diputuskan bahawa Plaintif telah gagal dalam tuntutannya terhadap tanah milik si
mati dan tanah tersebut dibahagikan mengikut sistem Faraid.

Kesimpulan

Hukum syarak yang digunakan di dalam kes di atas adalah dengan menggunakan
kaedah yang terdapat dalam kaedah ‫ اليقين ال يزال بالشك‬iaitu ‫األصل بقاء ما كان على ما‬
‫ كان‬yang bermaksud sesuatu perkara itu kembali pada keadaan asalnya di mana
kita lihat asal pada harta yang ditinggalkan oleh arwah Azhari perlu difaraidkan
selepas didapati tiada bukti hitam putih mengenai apa-apa wasiat yang
ditinggalkan oleh si mati.

12
13

Anda mungkin juga menyukai