Anda di halaman 1dari 12

hudawahid

TAKRIF URUF
Bahasa : (‫ والمعروف ضد المنكر‬،‫)المعرفة‬

Ma'rifah (pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap
yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.
Istilah : (‫)وكل ما تعرفه الناس من خير‬
Mengikut Abu Sunnah, ‘urf adalah “setiap yang tetap dalam diri dari sudut pandangan akal
dan diterima oleh tabiat yang baik”.
Jurjani pula mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh
akal dan diterima oleh tabiat yang baik.”

Sayyid Salih Awad mentakrifkan ‘urf itu sebagai “setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok
oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak
ditolak oleh syarak”.
Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ ‘urf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu
kaum pada perkataan atau amalan.

Abdul Karim Zaidan mentakrifkan ‘urf sebagai “setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa
dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan.

Al-Nasafi : Urf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam diri manusia dari segi akal
fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Muhammad
Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)

BEZA URF DAN ADAT


Ulama Usuliyyin : (‫ والعادة بالفعل‬،‫)ومن العلماء االصوليين من خص العرف بالقول‬
Uruf tertumpu kepada perkataan.
Adat terumpu kepada perbuatan.
Ibn Hamm dan al-Bazdawi :
(‫ العرف عندهما أعممن العادة فالعرف يشمل القولي والعملي‬: Uruf lebih umum daripada adat - perkataan &
perbuatan.
(‫ )والعادة تقتصر على العرف العملي فقط‬: Adat khas perbuatan amali sahaja.
Sebahagian ulama lain :
Adat lebih umum secara mutlak daripada uruf, uruf khas. (‫)العادة أعم من العرف مطلقا‬
Setiap uruf adalah adat, setiap adat tidak semestinya uruf.
(‫ وليس كل عادة عرفا‬،‫)إذ كل عرف عادة‬
hudawahid

BEZA URF DAN AL-IJMA'

Uruf : Diterima kerana manusia bersepakat dalam perbuatan dan percakapan. (Adat
Masyarakat)
(‫)أن العرف يتكون من توافق الناس على قول أو فعل‬
Ijmak : Disepakati oleh ulama mujtahid
(‫)واالجاع ال يكون إل من المجتهدين‬
Uruf : bagi yang tiada warid dari nas
(‫)أن العرف يكون دائما في غير مورد النص‬
Ijmak : kadang2 ada yang warid dari nas sebab menafsirkan nas berbentuk zonni (nas yang
tidak jelas hukumnya) dari dalil alquran dan hadis.
(‫)أما االجاع قد يكون في بعض الحاالت على تفسير نص ظني في دللته‬
Urf biasanya (ghalib) tidak bertentangan dengan apa yang biasa orang fikir.

Ijmak tak semestinya ghalib pada akal dan mesti kena dari kesepakatan ijmak ulama bertaraf
mujtahid.
(‫ وأما االجاع ال يتحقق إال باتفاق المجتهدين‬،‫)العرف يتحقق بتوافق غالب الناس وال ينقضه مخالفة بعضهم‬
Ijmak tidak akan berubah melainkan dalam keadaan maslahah atau darurat.
Uruf akan berubah mengikut keadaan semasa. - (kalau uruf berubah, hukum berubah).
‫الحكم الذي يستند إلى االجاع كالحكم الذي يستند إلى النصوص ال مجال لتغييره إال إذا كان مستنده مصلحة‬
‫ أما المستند للعرف فيتغير بتغير العرف‬،‫رسلة ثم تغيرت تلك المصلحة‬
Ijmak lazim berlaku kepada perkara umum masyarakat secara mutlak.
Uruf tidak lazim pada perkara umum tp khusus bagi masyarakat.
‫ وأما العرف فال يكون ملزما إال إذا كان عاما أما إذا كان خاصا‬،‫أن االجاع حكمه اللزام للمجمعين وغيرهلم مطلقا‬
Ijmak - tidak berlaku fasid (rosak) kerana kesepakatan ulama'.
Uruf - berlaku fasid jika bertentangan dengan ijmak/nas.
(‫)أن العرف قد يكون فاسدا كما لو تعارف الناس على أمر محرم مصادم للنصوص بخلف االجاع‬
hudawahid

RUKUN URF
: ‫فركن العرف في رأي الفقهاء المسلمين هو‬

 ‫استعمال متكرر معقول‬


(Pengamalan diterima dengan akal.)
‫رضا وقبول أصحاب الطباع السليمة في المجتمع به‬
 ( Redha dan diterima masyarakat)
( Maksudnya yang orang2 berpendidikan dalam kalangan masyarakat terimala benda tu.
Kalau benda tu orang terima tapi doktor kata tak elok. Maka, itu dah tak terima sebagai
dalil adat dan urf)

KEHUJAHAN URUF

 : ‫( الفقهاء أخدوا بالعرف‬Para Fuqaha' menerima uruf)


Maksud menerima uruf sebagai sumber hukum ialah beramal dengannya.
‫ واعتمدوه مستندا في كثير من األحكام العملية وعندهم‬،‫توسع الحنفية والمالكية في العمل به أكثر من غيرهم‬
‫العرف أصل من األصول التي‬
‫يستند إليها في األحكام إذا لم يكن هناك نص‬
Malikiah dan Hanafiah meluaskan penggunaannya dalam banyak.
‫وقد أوضح الفقهاء مدى احتجاجهم بالعرف‬
‫ أن الثابت بالعرف ثابت بدليل‬: ‫يقول السرخسي‬
‫ شرعي ألن في النزاع عن العادة الظاهرة حرجا بينا‬.

 Telah berkata As-saraksi di dalam Al masbut (kitab), "Sesungguhnya apa yang thabit
pada 'urf itu, maka thabitlah ia pada dalil syarie, kerana pada memperdebatkan
sesuatu adat yg zahir itu merupakan kesalahan/keberatan yang amat jelas.
‫ من أفتى الناس بمجرد المنقول في الكتب على اختالف عرفهم وعوائدهم وأزمنتهم وأحوالهم وقرائن‬: ‫قال ابن القيم‬
‫ أحوالهم فقد ضل وأضل‬.

 Siapa yang menfatwakan kepada manusia dengan hanya petik dalil dari kitab
sedangkan bercanggah dengan uruf mereka, maka ianya sesat.
‫ واعتبره نوعا من المصلحة‬،‫واإلمام مالك بنى كثيرا من أحكامه على عرف أهل المدينة‬.
Terbina banyak hukum atas uruf ahli madinah.
‫ وكان لعاداتهم أثر واضح في ذلك‬،‫واإلمام الشافعي بنى كثيرا من أحكام مذهبه الجديد على عرف أهل مصر‬.
Banyak hukum baru atas uruf ahli mesir.
hudawahid

 Menerima : Jumhur ulama berpegang kepada urf sebagai hujah. Banyak hukum yang
dikeluarkan berdasarkan kepada urf. Golongan yang terkenal menggunakan ‘urf
adalah dari kalangan Mazhab Hanafi dan Maliki. Ulama Hanafi dan Maliki menerima
uruf sebagai hujah hukum.
 Menolak : Bagi ulama Syafie dan Hanbali pula, meraka tidak menjadikan uruf ini
sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Berhujah dengannya bererti
membelakangkan nas-nas syarak yang qat’iyy dan mengikut hawa nafsu serta
membatalkan syariat-syariat kerana syariat tidak datang untuk memperakui perkara-
perkara yang mudharat dan rosak.
‫والفقهاء في اعتبارهم للعرف استدلوا بأدلة كما يلي‬: (Bukti keharusan uruf)

 pengambilan uruf pada pandangan fuqaha:


1. Syarak mengambil kira adat. Ertinya syarak nengambil kira adat sebagai dalil.
2. Tidak membebankan melebihi kemampuan. Ertinya, sekiranya syarak tidak
memgambil kira adat, ia akan membebankan masyarakat kerana ianya sudah menjadi
maslahah atau kepentingan masyarakat itu.
3. Berdasarkan surah al- A’raf ayat 199:

ْ ‫ُخذ ْالعَ ْف َو َوأْ ُم ْر ب ْالعُ ْرف َوأَعْر‬


َ‫ض َعن ْال َجاهلين‬
Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W agar
menggunakan Uruf, iaitu apa yang menjadi kebiasaan dalam kalangan manusia dan
menjadi adat dalam sesuatu perkara mereka. Justeru itu, apa-apa yang diperintahkan
oleh Allah merupakan sesuatu yang diterima oleh Syarak. Ini kerana, Uruf itu
merupakan sesuatu perkara yang dterima oleh akal yang sejahtera.
4. Berdasarkan kepada hadis ini:
‫ما رآه المسلمون حسنا فهو عند هللا حسن وما رآه المسلمون قبيحا فهو عند هللا قبيح‬
Terjemahan: Apa yang dilihat baik oleh umat Islam adalah baik di sisi Allah dan apa
yang dilihat buruk oleh umat Islam adalah buruk di sisi Allah. Berdasarkan hadis
tersebut, sesuatu yang dijdiakan kebiasaan dalam kalangan umat Islam dan dilihat
sebagai sesuatu yang baik oleh akal serta diterima oleh jiwa merupakan perkara yang
baik. Justeru itu, ia juga baik di sisi Allah dan diterima di dalam Syariat Islam.
5. Para fuqaha berpendapat bahawa uruf merupakan salah satu sumber hukum dalam
menentukan hukum Syarak. Para fuqaha’ mengguna uruf dalam menetapkan hukum
yang tidak mempunya’ dalil hukum bagi sesuatu perkara dimana perkara itu
menganggu kemaslahatan manusia. Dalam pandangan fuqaha’ dalam
membincangakn mengenai uruf ini, uruf adalah asal bagi sesuatu tempat. Maka,
imam-imam dari mazhab masung-masing mletakkan satu hukum syarie itu
berdasarkan uruf tempat yang dia duduk. Jadi dengan sebab uruf ni diguna pakai
sebagai sumber tasyrik , fuqaha buat banyak kaedah fiqh berkaitan dengan uruf
seperti adat muhakkamah iaitu adat yang boleh dijadikan hukum.
hudawahid

PEMBAHAGIAN URUF
1.
‫ اللفظي‬/ ‫العرف القولي‬
.‫هو أن يتعارف قوم على إطالق لفظ على معنى غير المعنى الذي وضع له في أصل اللغة‬
Suatu perkataan yang telah difahami dengan makna berkenaan secara umum.

Cth : ‫ غير السمك‬- ‫الفظ اللحم‬

Maksudnya: Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya
daging yang lembut hidup-hidup. (an-Nahl 16:14)

Perkataan daging di dalam ayat ini merujuk kepada ikan kerana telah difahami maksudnya
seperti itu sekalipun pada asalnya orang tidak mengatakan daging ikan.
2.
‫العرف العملي‬
.‫ما تعارف عليه الناس في أفعالهم دون أقوالهم‬

‘urf yang berkaitan dengan perbuatan ataupun amalan yang telah menjadi kebiasaan
manusia dan orang ramai. Perbuatan atau amalan itu sememangnya sentiasa diamalkan.

Cth : ‫بيع التعاطي‬


Amalan jual beli dilakukan dengan keadaan hanya berunjuk tanpa sighah ijab dan qabul. Hal
ini menunjukkan bahawa perbuatan berunjuk-unjuk tanpa sighah ijab dan qabul adalah
dibenarkan oleh syarak memandangkan ia merupakan sesuatu perkara yang menjadi
kebiasaan dan ‘urf masyarakat setempat.
3.
‫العرف العام‬
‫العرف الذي يجري عليه الناس في جميع البالد في زمن من األزمان‬
Kebiasaan tertentu yang berlaku secara luas di seluruh masyarakat dan di seluruh daerah. Ia
merupakan perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk semua negara
Islam di dalam satu-satu masa.

Cth : ‫دخول الحمام من غير تقدير لزمان المكث والماء المستعمل‬


hudawahid

Tidak mengambil tempoh penggunaan bilik air. Di dalam situasi ini, semua orang akan
membayar dengan kadar dan harga yang sama serta tidak dikira sama ada lama atau
sekejapnya seseorang itu menggunakan bilik air. Hal ini telah menjadi suatu perkara biasa di
seluruh pelusuk dunia. Tidak ada satu pun negara di dunia akan menetapkan bahawa
seseorang itu perlu membayar berdasarkan tempoh penggunaan bilik air.

Selain itu, memasuki masjid tanpa menanggalkan kasut ataupun selipar dikira telah menghina
kemuliaan dan mencemari kesucian masjid. Situasi ini adalah menjadi perkara yang biasa yang
diamal oleh masyarakat di seluruh dunia.
4.
‫العرف الخاص‬
‫ما جرى عليه أهل إقليم أو بلد من البلدان أو أهل صناعة بحيث يكون عرفا محصورا بينهم‬
Sesuatu perkara yang telah menjadi kebiasaan atau dikenali hanya di kalangan penduduk dan
masyarakat di sesebuah negara atau negeri atau di kawasan serta kempulan-kumpulan
tertentu.

Cth : ‫اعتبار الدفاتر التي تقيد بها الديون حجة في‬


‫اثبات تلك الديون‬
Di sesebuah negara, mencatat hutang
5.
‫العرف الصحيح‬
‫ما يتعارف الناس وليست فيه مخالفة لنص شرعي وال تفويت لمصلحة جلب مفسدة‬
Segala adat yang berkaitan dengan perbuatan, perkataan, sama ada ia khas atau am itu tidak
bercanggah dengan nas syarak mahupun ijmak.

Cth : Perlunya sekufu di dalam perkahwinan, tiada syarat tersebut pada asalnya di dalam nas
namun syarat ‘urf itu diterima. Di dalam hal ini, tiada hukum pada asalnya, namun ‘urf ada
menetapkan dan ia tidak bercanggah dan boleh diterima.

6.
‫العرف الفاسد‬
‫ما يتعارف الناس مما يخالف الشرع أو بعض قواعده األساسية‬
Segala adat yang berlaku dalam masyarakat dan didapati bertentangan dengan syariat Islam.
hudawahid

Cth : ‫بعض العقود الربوية‬


Amalan memakan harta riba melalui bank ribawi.

‫اختالط النساء المتبرجات بالرجال عند عقد النكاح‬


Pergaulan bebas (spt joget) ketika berlaku majlis perkahwinan.
SYARAT URUF
1.
‫أن يكون العرف غالبا مطردا‬
Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan dapat digunapakai secara
umum, tersebar luas dan diketahui semua. Manakala “ghaliban” pula bermaksud majoriti
iaitu diamalkan oleh majoriti manusia.
2.
‫أن ال يخالف العرف دليال من أدلة الشرع أو قاعدة‬
‫من قواعده‬
‘Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak.

Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil syarak yang lain dan kaedah-kaedah
yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika ia bertentangan dengan perkara tersebut, maka sudah
tentu ‘Urf itu tertolak dan tidak digunapakai dalam syarak.
3.
‫ فال‬،‫ أما المتأخر‬،‫أن يكون العرف مقارنا أو سابقا‬
‫تحتمل عليه األلفاظ‬
Wujud Semasa Berlakunya Sesuatu Permasalahan "Urf yang diperlukan dirujuk dalam sesuatu
permasalahan diperlukan wujud kompilasi berlakunya permasalahan tersebut. Jika
kewujudan 'urf tersebut terkemudian dari berlakunya permasalahan tersebut, ia tidak
diperlukan sebagai rujukan dalam penetapan hukum bagi permasalahan tersebut.

4.
‫أال يعارض العرف تصريح بخالفه أو أن ال يكون هناك اتفاق على استبعاد العرف‬
Tidak ada sesuatu yang mengingkari ‘urf.
hudawahid

‘Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh kata-kata atau perbuatan.
Sebagai contoh, jika ‘Urf untuk bayaran di kedai tertentu adalah “taqsit” (ansuran) maka ia
akan terbatal sekiranya pihak pembeli menjelaskan untuk membayar tunai. Begitu juga jika
pada ‘urf, kos penghantaran barang adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika kedua-dua
belah pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada pembeli.
5.
‫أن يكون العرف عاما في جميع بالد اإلسالم‬
(‫)جمهور الحنفية‬
‫ األخذ بالعرف الخاص في موضعه‬: ‫وأما الشافعية‬.
Hanafiah : Uruf mestilah umum pada semua negara islam
Syafi'iyah : pengambilan uruf mengikut pada tajuk perbincangan

URUF WA AL-MASLAHAH (week4)

URF YANG BERCANGGAH DENGAN NAS

Walaupun syarat beramal dengan ‘urf itu mestilah ia tidak bercanggah atau berlawanan
dengan nas yang telah dibincangkan, namun perlu diperincikan lagi perbahasannya kerana
dalil-dalil syarak itu adakalanya khas dan adakalanya am. Apabila terdapat percanggahan ‘urf
dengan dalil-dalil syara’, maka ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

1. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang khas

- Ditegaskan oleh ulama bahawa :

‫كل ما ورد الشرع بخالفه فهو غير معتبر‬

Maksudnya :

“Setiap ‘urf yang ada dalil syara’ menyalahinya, maka ‘urf itu tidak diambilkira.”
hudawahid

Oleh itu ‘urf yang jelas bercanggah dengan nas tidak mempunyai nilai pandangan pada syarak,
bahkan wajib dihapus dan dibasmi. Ini tidak terkecuali sama ada ‘urf itu khas atau am, terjadi
setelah turunnya dalil atau sebelumnya. Justeru, mengguna pakai ‘urf yang bercanggah
dengan nas bererti menafikan peranan nas dalam pembinaan hukum. (Muhammad Saleh B.
Haji Ahmad 2005: 192)

Namun begitu, para fuqaha mengecualikan satu perkara iaitu apabila nas itu sendiri ketika
turunnya atau ketika datangnya bersandarkan kepada ‘uruf yang memang sudah sedia ada
dan di’illatkan kepadanya. Nas yang seperti ini memperhatikan ‘urf atau adat istiadat
masyarakat, oleh kerana itu hukumnya akan bergantung kepada ‘urf dan akan berubah
apabila ‘urf itu berubah. Sebahagian fuqaha mengecualikan keadaan darurat yang sangat
mendesak, sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama:

‫ليس للفقيه أن يفتي أو يقضي بما جرى به العرف المخالف ألصل من أصول الشريعة اال أن تدعو الى ما جرى به العرف‬
‫ ويدجل في قبيل الرخصة التي يقررها الفقية على جهة‬, ‫ فيكون الحكم مبنيا على مراعاة الضرورة‬, ‫المخالف ضرورة‬
‫الجتهاد‬.
Maksudnya:

“Tidak harus bagi seorang faqih memberi fatwa atau hukuman dengan sesuatu yang
dikehendaki oleh ‘uruf yang bercanggah dengan dasar-dasar syariat Islam kecuali apabila ada
sesuatu darurat yang memerlukan hokum itu dibina berdasarkan darurat tersebut dan ia
termasuk dalam konsep rukhsah yang diakui oleh faqih atas dasar ijtihad.” (Ibid; 192)

2. ‘Urf yang bercanggah dengan nas yang am

- ‘Urf yang bercanggah dengan nas syarak yang am terbahagi dua bahagian :

a) ‘Urf yang telah sedia ada sebelum datangnya nas dan ia pula terbahagi kepada dua jenis
iaitu lafzi dan amali.
hudawahid

i- ‘Urf lafzi : para fuqaha sepakat mengambilnya sebagai asas penentuan hukum dan diberikan
kedudukan sebagai nas syarak yang am di dalam batas maknanya yang ‘urfi, sebagaimana
kaedah mengatakan :

‫يحمل اللفظ على معناه الحقيقي ما لم تكون قرينة على ارادة المجاز‬
Maksudnya:

“Hendaklah diberikan lafaz itu maknanya yang hakiki, selama tidak ada qarinah atau petanda
yang menghendaki makna majazi.”

‘Urf lafzi itu akan menjadi maknanya yang hakiki menurut ‘urf(‫ )حقيقة عرفية‬, sedangkan makna
itu pula perlu didahulukan dari makna segi bahasa seperti salah, siyam dan haji. Maka lafaz-
lafaz ini adalah dimaksudkan dengan makna dari segi ‘urf syarak, walaupun ia bercanggah
dengan makna dari segi bahasa. (Ibid: 150)

ii- Sementara ‘urf amali : para fuqaha berbeza pandapat, apakah ia boleh mentakhsis nas yang
am atau tidak? Sebahagian fuqaha berpendapat ‘urf amali al-am boleh mentakhsiskan nas
yang am iaitu dengan melaksanakan ‘urf pada tempat dan melaksanakan nas pada amnya. Ini
bukan bererti menghapuskan peranan nas itu, tetapi melaksanakan ‘urf dan nas bersama,
sebagaimana kaedah yang menegaskan :

‫اعمال النصين معا أولى من اهمال أحدهما‬


Maksudnya :

“Melaksanakan kedua-dua nas bersama lebih baik daripada meninggalkan salah satu
daripadanya.”

Contohnya seperti hadis Rasulullah yang melarang seseorang untuk menjual sesuatu yang
tidak dimilikinya, maka nas ini adalah umum bagi semua jenis perniagaan. Namun begitu, ada
hadis Rasulullah juga membenarkan perniagaan al-salam iaitu menjual sesuatu yang tidak
dimiliki oleh penjual dengan cara membayar terlebih dahulu sebelumnya adanya sesuatu itu.
hudawahid

Amalan itu dibenarkan kerana adanya kemaslahatan dan masyarakat memerlukannya,


sedangkan perniagaan al-salam itu berdasarkan kepada adat kebiasaan yang berlaku di
Madinah.

Maka ‘urf di sini mentakhsiskan atau mengecualikan perniagaan al-salam daripada amnya
yang terdapat pada nas, bahkan dilaksanakan hukum nas yang am di samping hukum ‘urf yang
khas. Kepentingannya di sini bahawa ’urf juga termasuk dalam pemeliharaan masalih
mursalah. (KH. Masdar Helmy 1996: 152) Adapun ‘urf yang khas apabila bercanggah dengan
nas yang am, maka pendapat yang terkuat bahawa ‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan
nas yang am. Kata ulamak berkata :

‫ العرف العام أو مطلق‬, ‫هل يعتبر في بنأ األحكام‬


‫العرف ولو كان خاصا؟ المذهب األول‬

Maksudnya: “Dalam pembinaan


hukum apakah diambilkira ‘urf yang am, atau semata-mata ‘urf walaupun yang khas?
Menurut mazhab (pendapat yang rajah) ialah pendapat yang pertama.” Dan telah disebut
oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad pendapat Al-Imam al-Qarafi dalam kitabnya
bahawa ‘urf amali tidak boleh mentakhsiskan yang am.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad
2005: 194)
- Urf yang terjadi setelah datangnya nas, iaitu para fuqaha mujtahidin sependapat bahawa
‘urf tersebut tidak boleh mentakhsiskan nas yang am, walaupun ‘urf itu am kerana ;‘urf yang
terjadi setelah datangnya nas yang menjelaskan hukum syarak dan telah pun dilaksanakan
hukum tersebut. -Apabila datangnya ‘urf yang mentakhsiskan nas tersebut bererti
menasakhkan hukum nas itu sendiri, sedang ‘urf tidak boleh menasakhkan nas kerana di
antara syarat yang membolehkan ‘urf itu diamalkan ialah ‘urf itu wujud sebelum datangnya
nas kerana ‘urf lafzi yang sedia ada ketika datangnya nas sahaja boleh menafsir dan
menentukan kehendak syarak daripada nasnya. (Ibid: 151)

4. ‘Urf yang bercanggah dengan dalil-dalil ijtihad - Apabila ‘urf bercanggah dengan
qiyas,istihsan, masalih mursalah, istihab dan lain-lain dalil ijtihad, yang diambilkira ialah ‘urf.
Sementara qiyas dan seumpamanya, menurut jumhur fuqaha hendaklah ditinggalkan dan
tidak boleh dilaksanakan lagi. Dan ditegaskan oleh ulama:
‫ فهو أقوى من‬,‫ ألنه دليل الحاجة‬,‫ فتكاد تتفق كلمة الفقهأ على أن القياس يترك بالعرف‬, ‫فاذا تعارض العرف مع القياس‬
‫ فيترجح عليه عند التعارض‬, ‫القياس‬.
hudawahid

Maksudnya: “Maka apabila bercanggah ‘urf dengan qiyas , maka hampir sepakat pendapat
para fuqaha bahawa qiyas itu ditinggalkan dengan sebab adanya ‘urf, kerana ia adalah tanda
keperluan masyarakat, maka ia lebih kuat daripada qiyas dan diutamakan atasnya apabila ada
percanggahan.” Begitu juga ada setengah ulama berkata:
‫ وان كان قياس ال يصح ألنه عقد على معدوم‬, ‫ لجريان الغرف به‬, ‫وقد يترك القياس بالعرف ولهذا صح عقد االستصنع‬.
Maksudnya : “Dan kadang kala ditinggalkan qiyas dengan sebab adnya ‘urf dan oleh kerana
inilah sah akad isyisna’ (kontrak tempahan) kerana ‘urf telah mengamalkannya, walaupun
menurut hukum qiyas tidak sah, kerana ia merupakan akad ke atas sesuatu yang tidak
wujud.” .(Ibid: 197)

-Apabila ‘urf itu didahulukan daripada qiyas, sedangkan qiyas itu bergantung kepada nas
syarak, iaitu asal yang diqiyaskan ke atasnya, maka mendahulukan ‘urf atas istihsan dan
masalih mursalah yang tidak bergantung kepada nas lebih aula.

Anda mungkin juga menyukai