Anda di halaman 1dari 16

/ Al- Urf

AINNUR SHAHIRA BT ZAHIR SUPIAN (I14100204)


AMIRAH BT AHMAD TARMIZI (I14100024)
NURUL JANNATUL ATIQAH BT HISHAMUDDIN
(I14100020)
AINUL KHOBIRAH BT HAMDAN (I14100171)

PENGERTIAN URF
Dari segi bahasa al-urf bermaksud adat dan
perkara senang diterima.
Dari segi istilah Al-Urf juga adalah apa saja
yang diketahui oleh manusia dan mereka ,
mempraktikannya dalam kehidupan baik
berupa perbuatan , perkataan atau apa
yang tidak melakukannya
sesetengah ulama tidak membezakan
antara A-Urf dan adat. Sama ada dari segi
percakapan perbuatan atau warisan yang
telah ditinggalkan.

BAHAGIAN2 URF

Urf terbahagi kepada tiga


bahagian,iaitu:
i) Dari aspek kandungan
ii) Dari aspek ruang lingkup
iii) Dari aspek syarak

i. Dari aspek kandungan - pembahagian urf kepada


perkataan atau lafaz dan perbuatan atau amali.
(a) Urf perkataan atau lafaz
Urf ialah penggunaan sesuatu perkataan atau ayat di
kalangan sesetengah masyarakat yang berbeza dengan
makna asal. Ia dapat difahami secara spontan tanpa
memerlukan perantaraan, penunjuk (qarinah) atau
pengamatan. Jika sesuatu perkataan atau ayat difahami
dengan menggunakan penunjuk atau logik akal ia adalah
majaz bukannya urf.
Perkataan-perkataan yang menjadi kebiasaan untuk
maksud-maksud tertentu yang berbeza dengan maksud
asal perkataan-perkataan tersebut seperti perkataan
walad digunakan pada urf untuk kanak-kanak lelaki
sahaja sedangkan maksud asalnya merangkumi lelaki
dan perempuan.

(b) Urf perbuatan atau amali


Urf amali ialah perbuatan atau amalan yang sudah menjadi
kebiasaan manusia. Perbuatan atau amalan tersebut sama ada dari
segi kegiatan biasa atau kegiatan kemasyarakatan. Maksud kegiatan
biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa
tanpa melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan
sebagainya. Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan
yang bersangkutan dengan akad dan hak seperti nikah, jual beli,
rampasan, dan lain-lain.
Contoh urf amali ialah dari segi kegiatan biasa ialah kebiasaan
masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Contoh
bagi urf amali dari segi urusan kemasyarakatan ialah kebiasaan
penjual di sesetengah tempat menghantar barangan jualan yang
berat ke kediaman pembeli dan kebiasaan masyarakat berjual beli
tanpa lafaz ijab dan qabul.

ii. Dari aspek ruang lingkup -pembahagian uruf


kepada al-am (umum) dan al-khas (khusus).

a) Urf am

Perbuatan atau perkataan yang menjadi


kebiasaan bagi seluruh penduduk
semua
negara Islam sama ada ia baru atau lama, atau
dengan kata lain urf am
ialah sesuatu
perkara yang sentiasa diamalkan oleh seluruh
umat Islam.

Contoh urf am ialah akad tempahan (akad


al-istisna) iaitu jual beli melalui tempahan
dengan mendahulukan bayaran cengkeram.

Begitu juga dengan bayaran penggunaan


tandas awam tanpa mengira kadar air dan

b) Urf khas

Urf khas ialah perkara-perkara yang menjadi


kebiasaan sesebuah negara, masyarakat atau
kumpulan-kumpulan
tertentu.
Ia
berbeza
mengikut
keadaan
dan
situasi
yang
mempengaruhinya.
Contoh urf khas ialah kebiasaan masyarakat
Islam melayu tidak berkasut di dalam rumah dan
menganggap perbuatan memakai kasut di
dalam rumah sebagai tingkah laku yang kurang
sopan.

iii. Dari aspek syarak pembahagian urf kepada


sahih (betul) dan fasid (batal).
a) Uruf sahih
Uruf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia dan tidak
bertentangan dengan nas syarak, ijmak, maslahah, dan tidak membawa
kepada kemudaratan. Uruf sahih ini mungkin berdasarkan dalil syarak seperti
kewajipan suami memberi nafkah makanan dan pakaian kepada isteri
mengikut kemampuan. Perkara ini disebut oleh Allah dalam al-Quran:








Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu mengikut
cara yang sepatutnya.
( al-Quran, al-Baqarah: 233)

Contoh urf sahih ialah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul
adalah urf sahih kerana ia tidak bercanggah dengan
mana-mana nas al-Quran dan as-Sunnah. Urf sahih juga
merangkumi banyak perkara yang merupakan urf di
zaman Jahiliyyah dan selepas itu diakui oleh Islam seperti
al-Diyah dan al-Salam.
Kemungkinan juga urf sahih tidak berdasarkan kepada
dalil syarak tetapi ianya membawa kepada kebaikan dan
dapat menjauhi kemusnahan seperti urf dalam
pertunangan, iaitu pihak lelaki menghadiahkan cincin,
pakaian, dan sebagainya kepada pihak perempuan dan
ianya tidak dikira sebagai mahar ( mas kahwin).

(b) Uruf Fasid


Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi
manusia tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu
yang
menghalalkan
perkara
yang
haram
dan
mengharamkan perkara yang halal.
Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak dan
membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman yang
berbentuk riba sama ada daripada bank atau individu,
permainan
berbentuk
perjudian,
pelacuran,
dan
sebagainya. Walaupun kegiatan-kegiatan ini telah menjadi
lumrah di kalangan sesetengah masyarakat tetapi ia
adalah bercanggah dengan nas-nas al-Quran yang jelas.

SYARAT-SYARAT URF
a) Bersifat Muttarid atau Ghalib

Maksud muttarid di sini ialah urf hendaklah


menjadi amalan berterusan di kalangan
pengamalnya. Jika sesuatu perkara itu kurang
diamalkan oleh pengamalnya, ia tidak dikira
sebagai urf muttarid atau ghalib.
Umpamanya menyegerakan sebahagian mas
kahwin serta menangguhkan sebahagiannya
dikira sebagai urf muttarid jika ia adalah
amalan bagi setiap perkahwinan dalam sesuatu

b) Wujud Semasa Berlakunya Sesuatu Permasalahan


)Urf yang hendak dirujuk dalam sesuatu permasalahan
hendaklah wujud ketika berlakunya permasalahan tersebut.
Jika kewujudan urf tersebut terkemudian dari berlakunya
permasalahan tersebut, ia tidak diterima sebagai rujukan
dalam penetapan hukum bagi permasalahan tersebut.
c) Tidak Terdapat Persepakatan Ahli Akad Yang Bertentangan
Dengan Urf
)Kaedah ini diiktiraf selagi tidak terdapat persepakatan lain
yang bertentangan dengan urf. Contohnya kerosakan rumah
sewa yang pada asalnya ditanggung oleh tuan rumah sendiri
tetapi, mengikut urf, akadnya ialah segala kerosakan akan
ditanggung oleh penyewa dan bukan oleh tuan rumah.

d) Tidak Bertentangan Dengan Kehendak Nas


Ini merupakan syarat terpenting bagi penggunaan urf
kerana urf tidak mustahil tersalah berbanding dengan
nas. Begitu juga tindakan sebahagian cendiakawan
Islam moden yang mengharamkan poligami secara
total dengan alasan sukar berlaku adil disebabkan
keruntuhan akhlak manusia mutakhir ini, adalah salah
kerana bertentangan dengan kehendak nas. Jika
diamalkan urf yang bertentangan dengan kehendak
nas maka ia mengakibatkan banyak ayat al-Quran dan
hadith dicanggah dan dibatalkan kehendaknya.

KEHUJAHAN ULAMA MENGENAI URF


Ulama Hanafi dan Maliki menerima urf sebagai hujah
hukum. Urf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak
mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat
keputusan. Oleh itu, mujtahid dan kadi mestilah menilainya
dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, syarak mengambil
kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta
tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran
diyat terhadap aqilah iaitu keluarga pembunuh.
Ulama Syafii dan Hambali pula, meraka tidak menjadikan
urf ini sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain
itu, urf tidak dianggap sebagai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil
syarak dan hukumnya yang tetap dan tidak berubah dengan
sebab berlainan dan adat-adat, kerana berhujah dengannya
bererti membelakangkan nas-nas syarak yang qatiyy dan
mengikut hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat kerana
syariat tidak datang untuk memperakui perkara-perkara yang
mudharat dan rosak.

CONTOH-CONTOH PENGGUNAAN URF DALAM FURUK FIQH


Perselisihan fuqaha terhadap hal furuk ini berlaku kerana berlainan
pada masa dan keadaan suasana, bukan kerana berlainan hujah dan
dalil. Maka, jika seseorang mujtahid mengeluarkan suatu hukum
atau fatwa yang berasaskan kepada urf di negeri atau negara yang
berlainan, urfnya tidak mesti mengikutinya. Contohnya:
Abu Hanifah menafikan bahawa paksaan tidak diambil kira
melainkan paksaan daripada sultan, manakala Abu Yusuf dan
Muhamad tidak berpendapat sedemikian, bahkan paksaan boleh
terlaksana dan diambil kira sama ada datangnya daripada sultan
ataupun tidak.
Fuqaha Malikiyyah pula menetapkan bahawa lelaki yang keluar di
khalayak dalam keadaan kepalanya terbuka adalah mencacatkan
keadilannya bagi orang-orang Timur, sedangkan bagi orang-orang
Barat tidak sedemikian. Ini kerana dilihat kepada urf yang
berlainan. Urf sedemikian telah pun berubah dikebanyakan negara
di Timur dan oleh sebab itu hukum juga turut berubah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, 'urf merupakan sesuatu yang
diketahui manusia dan mereka mempraktikkan
dalam kehidupan baik berupa perbuatan ataupun
percakapan. 'Urf dikira sebagai salah satu sumber
hukum yang diterima di kalangan jumhur ulamak
meskipun berada di luar ruang lingkup nas.
Akhir sekali, meskipun 'urf berada di luar ruang
lingkup nas syarak, namun 'urf mempunyai
banyak peranan dalam penetapan hukum fiqh
antaranya sebagai penyokong terhadap dalil-dali
fiqh, penghurai kepada hukum-hukum fiqh,
mengkhususkan dalil-dalil nas yang bersifat
umum dan membantu pemerintah dalam
menetapkan sesuatu hukum.

Anda mungkin juga menyukai