Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Al-Salam dari sudut bahasa ( )ialah al-Salaf ( )yang bermaksud ( )iaitu pendahuluan
atau mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Bai alSalam didefinasikan sebagai : Menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam
tanggungan dengan lafaz al-Salam atau al-Salaf. Di dalam al-Fiqh ala Mazahib al-Arbaah
menyatakan al-Salam ialah bahasa penduduk Hijaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk
Iraq. Sayyid Saabiq di dalam bukunya Fiqh al-Sunnah menyebut al-Salam dinamakan juga
sebagai al-Salaf. Ianya penjualan sesuatu dengan dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan
dengan bayaran segera. Di bahagian nota kakinya disebut, (al-Salam yang dinamakan juga alSalaf) diambil dari perkataan al-Taslif ( )iaitu al-Taqdiim ( - Pendahuluan) kerana
harganya didahulukan kepada penjual. Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai alSalam didefinasikan sebagai menjual sesuatu yang bertangguh dengan yang segera, ataupun
menjual suatu yang disifatkan dalam tanggungan, iaitu dengan mendahulukan harga dan
menangguhkan barangan untuk ke suatu tempoh. Dengan perkataan lain, ia menyerahkan
tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu
tempoh.
Ulama mazhab Syafie dan Hanbali mendefinasikannya sebagai satu akad ke atas suatu
perkara yang disifatkan dalam tanggungan serta bertangguh dengan harganya diterima di
dalam majlis akad berkenaan. Ulama Maliki pula mendefinasikan sebagai jualan yang
didahulukan harga dan ditangguhkan barangan ke suatu tempoh. Para fuqaha ()
menamakan juga Bai al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij ( Barang-barang yang
diperlukan), kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada ( )di dalam majlis jual-beli,
dimana kedua-dua pihak yang melakukan jual beli memerlukan antara satu sama lain. Pemilik
wang ( ) memerlukan barang jualan, manakala pemilik barang ()
memerlukan wang. Maka ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai alMuslim ( )atau pemilik al-Salam ( ) iaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjual
disebut sebagai al-Muslam Alai () , dan barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam
fiih () , dan harganya disebut sebagai Rasu Maal al-Salam () . Maka Bai alSalam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli menempah barang dan
melunaskan harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan barangan yang ditempah
akan diserahkan kepada pembeli dalam suatu tempoh tertentu.

2.0 DALIL PENSYARIATAN


Asas pensyariatan aqad Bai al-Salam terdapat di dalam al-Quran, al-Sunnah dan Ijma
ulama.
2.1 AL-QURAN
Di dalam al-Quran terkandung ayat berhubung dengan penghutang, iaitulah di dalam
surah al-Baqarah ayat 282, Allah swt berfirman :
Maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang
tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu (alBaqarah : 282)
Al-Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim menyebut satu riwayat dari Ibn
Abbas r.anhuma, dimana ketika beliau menafsirkan ayat ini, Ibn Abbas berkata :
Aku bersaksi bahawa al-Salaf (Bai al-Salam) yang terjamin untuk suatu tempoh
yang tertentu telah dihalalkan oleh Allah dan telah diizinkan padanya, kemudian
beliau membaca (ayat di atas).
Ayat ini (al-Baqarah : 282) dijadikan dalil bolehnya jual beli salam menurut syara
kerana ia termasuk dari jenis hutang. Ayat tersebut menerima dan membenarkan
hutang, dengan itu jual beli salam juga dibenarkan (al-Fiqh al-Manhaji. ms. 46)

2.2 AL-SUNNAH

Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw setelah tiba di
Madinah, dalam keadaan penduduk Madinah mengamalkan tempahan terhadap
buah untuk tempoh setahun, dua tahun atau tiga tahun. Lalu Baginda saw bersabda:
( ) ,
Maksudnya : Sesiapa yang menjual beli sesuatu (secara) salaf (salam), hendaklah
dia lakukan jual beli salaf (salam) dengan sukatan yang termaklum dan timbangan
yang termaklum bagi tempoh yang juga termaklum. (Hadith riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Sayyid Saabiq di dalam Fiqh al-Sunnah menukilkan perkataan Ibn al-Munzir (
)yang berkata : Telah sepakat orang-orang yang kami ambil (ilmu) daripadanya
dari kalangan ahli ilmu (ulama), bahawa al-Salam adalah harus.
Selain dalil dari ayat al-Quran dan al-Hadith di atas, Bai al-Salam juga bertepatan
dengan

kaedah-kaedah

syara

dan

ia

tidak

bertentangan

dengan

qiyas.

Sebagaimana diharuskan menangguhkan bayaran dalam jual beli, maka demikian


juga menangguhkan barang dalam jual beli al-salam juga dibenarkan tanpa
dibezakan antara keduanya. Seperti hutang yang diharuskan. Selama sifat-sifat
barang diketahui dengan jelas dan berada dalam tanggungan dan pembeli
menyakini akan dipenuhi oleh penjual, maka ia termasuk keharusan di dalam ayat
282 dari surah al-Baqarah tersebut.

Bai al-Salam tidak termasuk larangan Nabi saw, tentang tidak bolehnya seseorang
menjual sesuatu yang tidak ada padanya. Ibn Abbas berkata :
Dan ia (Bai al-Salam) tidak termasuk dalam larangan Rasulullah saw, dari
seseorang menjual apa yang tidak ada di sisinya sepertimana sabda baginda saw :
( )

Maksudnya : Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak ada di sisi kamu. (Riwayat
Ahmad, dan Ashab al-Sunan, dan disahihkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Hibban)
Larangan yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah seseorang menjual barang
yang ia tidak dapat menyerahkannya dan bukan miliknya. Sehingga jual beli itu
menjadi gharar (penipuan). Adapun Bai al-Salam yang disifatkan (barangannya) dan
dijamin dalam tanggungan, disertai dengan sangkaan yang kuat ( ) ianya
dapat dipenuhi pada waktunya, maka ia tidak termasuk dalam larangan hadith di
atas. Disamping itu orang ramai memerlukan akad ini, kerana pemilik tanaman,
buah-buahan dan perniagaan sangat memerlukan kepada perbelanjaan untuk
mereka ataupun tanaman mereka dan sebagainya sementara menanti buahnya
masak. Maka Bai al-Salam diharuskan bagi memenuhi keperluan mereka, bagi
memberikan kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai.

3.0 RUKUN BAI AL-SALAM


Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan terdapat empat rukun Bai al-Salam.
al-Aaqidaan ( )iaitu pihak yang mengikat perjanjian, mereka terdiri dari
pembeli dan penjual. Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk
mendapatkan barang dagangan ( )yang dikehendakinya. Pembeli disebut
sebagai al-Muslim ( )atau pemilik al-Salam ( ) iaitu yang menyerahkan
atau mendahulukan bayaran. Manakala penjual ialah orang yang menerima wang
sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikannya. Ia namakan sebagai alMuslam Ilai () . Pembeli dan penjual ini disyaratkan sama seperti syarat

penjual dan pembeli dalam akad jual beli iaitulah berakal, baligh, sukarela dan
seumpamanya.
Al-Sighah ( )iaitu ijab ( : Penawaran) dan qabul ( : Persetujuan).
Sebagai contoh pemilik modal berkata : Saya dahulukan kepada kamu ( )RM
1,000.00 ini untuk mendapat 1000 helai baju dengan sifat-sifatnya seperti berikut.
Sementara penerima pula berkata : Saya terima pembayarannya (), atau Saya
terima pembayaran yang didahulukan ini (), atau seumpama dengannya. Satu
pendapat di dalam mazhab al-Syafie menyatakan sighah mesti menggunakan
perkataan salam atau salaf sahaja. Tidak sah jika menggunakan perkataan lain. Ini
kerana akad salam tidak sama dengan jual beli biasa. Namun satu pendapat yang
lain mengatakan jika menggunakan sighah jual dan beli juga sah kerana Bai alSalam juga adalah salah satu daripada bentuk jual beli yang memerlukan
penerimaan dalam majlis akad.
Ra-s al-Maal ( ) iaitu modal atau harga. Ia bayaran yang dibuat oleh pembeli
sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual.
4- Al-Muslam fih ( ) iaitu barang yang ditempah. Ianya barangan yang dijual
dalam perjanjian dan penjual berjanji untuk menyerahkannya kepada pembeli dari
bayaran harga yang didahulukan.

4.0 SYARAT-SYARAT BAI AL-SALAM


Dalam aqad al-Salam dikenakan beberapa syarat. Antaranya berkaitan dengan harga
tempahan atau bayaran () , yang lainnya berkaitan dengan barang yang dijual
dengan al-Salam () . Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bai al-Salam ini
sah dengan enam syarat, iaitu :
1. Hendaklah ia diketahui jenisnya.
2. Hendaklah diketahui sifatnya.
3. Hendaklah diketahui jumlahnya.
4. Tempoh penyerahan ditentukan.
5. Mengetahui kadar nilai harganya.
6. Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke
sana memerlukan perbelanjaan.

7. Akad hendaklah dengan perkataan Salam dan pembayaran hendaklah dibuat secara
tunai.
8. Juala Salam hendaklah diketahui dari segi bentuk, bilangan, timbangan, sukatan,
jenis, kualiti dan sifat-sifat yang lain yang menjadikan harganya berbeza-beza.
9. Barang yang diniagakan hendaklah bukan daripada bahan-bahan ribawi yang sama
asas seperti emas dan wang.
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut syarat-syarat Bai al-Salam seperti berikut :
1. Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.
2. Barang tersebut diketahui jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak. Bagi
jenis contohnya gandum atau bali. Kualiti seperti barangan tempatan atau import.
Jumlah seperti1,000 gantang jika mengikut sukatan, atau mengikut timbangan jika
boleh ditimbang, mengikut bilangan jika boleh dikira atau dengan ukuran jika boleh
diukur. Untuk sifat pula contohnya dinyatakan warna, ukiran atau acuan, tebal atau
nipis, atau sifat-sifat lain yang berbeza-beza mengikut kehendak pengguna.
3. Barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan barang lain yang berlainan jenis.
Dan kadar campuran tidak dapat diketahui dengan jelas. Jika kandungan campuran
dan kadar setiap campuran dapat diketahui, jual beli salam adalah sah.
4. Barangan tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barang yang disebut sifat-sifatnya
dalam tanggungan, tanpa merujuk kepada barangan tertentu.
5. Barang tersebut mampu diserahkan, berdasarkan tempoh dan jenis yang
ditetapkan. Dan menurut sangkaan berat, jenis yang ditetapkan itu akan wujud pada
masa yang ditetapkan. Jika jual beli salam tersebut membabitkan barangan yang
biasanya tidak wujud pada masa yang ditetapkan, contohnya buah anggur dalam
musim sejuk atau buah kurma atau sebagainya, maka jual beli salam itu tidak sah.
Jika barangan yang dijual secara jual beli salam mudah didapati, tetapi tidak berjaya
diperolehi pada masa yang ditetapkan, perjanjian (al-Salam) tersebut tidak terbatal.
Pembeli boleh membuat pilihan samaada menunggu sehingga barang yang
ditempah wujud atau membatalkan perjanjian tersebut dan mengambil semula
modal atau harga yang telah dibayar, tanpa kurang dan lebih.
6. Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempoh penyerahan perlu dihadkan dalam
tempoh tertentu yang dimaklumi bersama. Contohnya pembeli berkata : Saya
serahkan RM 1,000.00 untuk 10 helai baju yang mempunyai spesifikasi seperti
berikut dengan syarat anda serahkan barangan tersebut kepada saya selepas
sebulan dari tarikh kontrak ini atau pada awal bulan hadapan. Jika tiada sebarang
tempoh yang dinyatakan atau ada tempoh dinyatakan tetapi tidak dinyatakan

dengan tepat, contohnya pembeli berkata : Barangan tersebut hendaklah


diserahkan pada masa si fulan pulang dari musafirnya. Maka kontrak ini tidak sah
kerana tempoh di sini tidak dinyatakan dengan jelas. Ini kerana masa si fulan itu
kembali tidak diketahui dengan tepat. Akibatnya akan berlaku perselisihan dan
perbalahan tentang tempoh yang dimaksudkan oleh kedua-dua pihak. Dalil dalam
perkara ini ialah hadith Nabi saw yang bermaksud : Hingga ke tempoh yang
dimaklumi. Jika penjual membawa barang yang ditempah sebelum tempoh yang
ditetapkan, pembeli boleh mengambil barang tersebut dengan syarat tiada sebarang
perbelanjaan atau bebanan yang perlu ditangung dalam baki tempoh yang
dipersetujui. Pembeli juga tidak mempunyai alasan untuk tidak menerimanya.
Namun jika barangan tersebut mempunyai sebab yang dibenarkan syara untuk
pembeli tidak menerimanya awal dari waktu yang telah ditetapkan, seperti
memerlukan tempat penyimpanan dan pembeli ketiadaan tempat, atau barangan
tersebut adalah haiwan yang perlu diberikan makan, atau ketika itu berlaku banyak
kes rompakan dan pembeli bimbang keselamatan barangnya. Maka pembeli tidak
boleh dipaksa untuk menerima barang tersebut dan dia berhak menolaknya.

7. Tempat penyerahan perlu ditetapkan. Ianya bergantung kepada persetujuan


bersama diantara pembeli dan penjual.
8. Jumlah ( )dan bentuk ( )pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua
pihak. Sebagai contoh bayaran yang dibuat sebanyak RM1,000.00 atau RM
2,000.00. Demikian juga perlu menjelaskan sifat barang tersebut seperti kualiti.
9. Penyerahan harga dari pembeli di dalam majlis perjanjian dan penjual menerima (
) , sebelum mereka berpisah. Kerana penyerahan inilah makna asal Bai alSalam. Jika tidak ada penyerahan awal, maka jadilah jual beli ini menjual hutang
dengan hutang yang tidak dibenarkan.
5.0 KELEBIHAN SALAM
i.
Bayaran pendahuluan
Melalui bayaran pendahuluan yang dibuat, penjual dapat menampung keperluan
ii.

kewangannya seperti belanja diri, keluarga dan perniagaan.


Tidak melibatkan kos simpanan
Konsep kontrak ini menekankan bahawa penghantaran akan dibuat mengikut tarikh
yang ditetapkan. Maka, penghantaran hanya akan dilakukan apabila perlu dan ini secara

tidak langsung memberi kelebihan kepada pembeli kerana ianya menijmatkan kos
penyimpanan.

6.0 MODUS OPERANDI


PELANGGAN

BANK

1
3

2
4

5
6
PEDAGANG

1. Pelanggan(petani) memohon pembiayaan pertanian dan menyediakan butiran kepada


pihak bank bagi tujuan penapisan kredit.
2. Bnk akan menawarkan sejumlah harga beli kepada petani berdasarkan penilaian kredit,
kualiti hasil tani, tarikh penyerahan dan lain-lain
3. Petani menerima tawaran dan menandatangani kontrak Bai Salam.
4. Bank membayar sejumlah harga seperti yang dipersetujui dalam masa yang sama
(segera).
5. Petani menghantar hasil tani kepada bank pada tarikh dan tempat yang telah
dipersetujui.
6. Bank menjual hasil tani di pasaran pada harga jual.

7.0 KONTRAK JUAL BELI TEMPAHAN


Termasuk di dalam bab Bai al-Salam ialah jual beli tempahan. Iaitu seseorang meminta
seseorang yang mempunyai kemahiran membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu yang
berkaitan dengan kemahirannya. Dan bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat.
Kontrak ini diamalkan secara luas pada zaman ini. Sebagai contoh seseorang meminta dari
tukang kasut untuk membuatkan kasut untuknya, dan segala bahan yang diperlukan
disediakan oleh pembuat kasut tersebut dan bukan penempah. Demikian juga halnya bagi
orang yang menenpah peralatan kayu untuk dibuat perabut dan seumpamanya. Termasuk
juga di dalam kategori ini, jual beli rumah yang disediakan oleh pemaju.
Secara umumnya, jika kontrak ini memenuhi syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jual
beli Salam, seperti spesifikasi barangan dinyatakan dengan jelas, bahan yang digunakan
juga dinyatakan dengan jelas, tempoh penyerahan dinyatakan dengan jelas, bayaran
diserahkan ketika kontrak dimeterai di samping syarat-syarat lain. Maka jual beli ini dikira
sah sebagai sebahagian dari jual beli Salam. Kerana kontrak tersebut diambil kira dengan
niat bukan bergantung kepada lafaz. (al-Fiqh al-Manhaji)
Realiti yang berlaku hari ini, terutamanya dalam urusan jual beli rumah. Kebiasaannya
pembeli tidak membayar harga penuh rumah yang ditempah ketika kontrak dimeterai.
Sebaliknya pembeli hanya membayar sebahagian kecil sahaja, dan bakinya akan dibayar

secara ansuran bulanan. Jual beli sebegini berdasarkan mazhab al-Syafie adalah tidak
termasuk di dalam jual beli Salam dan ianya tidak sah. Namun para ulama mazhab Hanafi
membenarkan kontrak sebegini dan mereka berpendapat ianya sah. Ini kerana mengambil
kira keperluan orang ramai. Namun dengan syarat kontrak tersebut dinyatakan dengan jelas
segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang mana jika tidak dinyatakan dengan
jelas boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.

Para penulis kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut : Berdasarkan ini kami tidak melihat adanya
larangan untuk mengambil pandangan ulama mazhab Hanafi ini. Dan hukumnya sah untuk
urusan ini sebagai memberi kemudahan kepada orang ramai, tambahan pula orang ramai
mmerlukannya, sebagaimana kami nyatakan tadi orang ramai mengamalkan kontrak ini
dalam kebanyakan urusan mereka. Malah setiap para Imam dan fuqaha sentiasa berusaha
mencari kebenaran dan memberikan kemudahan kepada hamba-hamba Allah mengikut
cara yang diredhai oleh Allah dan bertepatan dengan sunnah Nabi saw.
Demikian juga jual beli rumah berdasarkan plan termasuk dalam kategori ini. Jika keduadua pihak mengetahui dengan jelas spesifikasi rumah dan bahan yang digunakan dan
sebagainya, dan bayaran diserahkan ketika memeterai kontrak, maka jual beli ini sah dan
termasuk dalam jual beli salam.

8.0 KESIMPULAN
Jual beli al-Salam atau Bai al-Salam adalah salah satu cara jual beli yang dibenarkan di
dalam Islam. Kebenaran ini dibina di atas dalil-dalil dari al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma dan
juga al-Qiyas. Bersesuaian dengan Islam sebagai sebuah agama yang bersifat memberikan
kemudahan kepada penganutnya, maka jual beli al-Salam dibenarkan kerana ia merupakan
perniagaan yang dihajati oleh menusia. Disamping membenarkan jual beli al-Salam, Islam
telah menetapkan beberapa peraturan-peraturan yang perlu dipenuhi agar jual beli salam ini
tidak mengandungi sebarang unsur penipuan dan sesuatu yang tidak jelas yang akhirnya
akan menimbulkan permusuhan dan perkelahian.
Ini bersesuai dengan lima tujuan ( )utama yang Islam datang untuk memeliharanya,
iaitulah memelihara agama )( , memelihara diri () , memelihara akal () ,
memelihara keturunan ( ) dan memelihara harta () .
Maka Islam sebagai agama yang datang dari Allah swt, sentiasa mengutamakan maslahah
penganutnya. Peraturan-peraturan Islam senantiasa memberi manfaat ( ) kepada
manusia dan menolak mudarat ( ) dari mereka. Apabila Islam melihat sesuatu itu
dihajati oleh manusia, maka Islam membenarkannya dengan ditetapkan beberapa
peraturan untuk menjamin kebaikan itu kembali kepada manusia. Demikianlah Islam telah
menghalalkan Bai al-Salam ini dan meletakkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
untuk menjamin kebaikan bersama.

9.0 PEMBIAYAAN INDUSTRI PERTANIAN BERDASARKAN KONSEP BAI AS-SALAM


Terdapat dua model pembiyaan salam, Urusan dengan salam yang jelas iaitu perjanjian
diantara petani dan bank. Sebagai contoh Ahmad mempunai 20 ekar tanah di Perlis. Ia sesuai
untuk tanaman manga. Harga pasaran semasa manga manis adalah RM6.00 sekilogram
dimana harga asal adalah RM3.00 sekilogram. Pokok manga ini memerlukan tiga tahun untuk
membesar dan matang. Dianggarkan ladang tersebut menghasilkan 100 000 kilogram manga.
Ahmad memerlukan modal untuk membersihkan tanah tersebut iaitu untuk tanaman pokok dan
memelihara tumbesaran pokok tersebut, dia memerlukan pekerja untuk melakukan kerja-kerja
tersebut. Ahmad menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 000 tunai yang diperlukan
olehnya untuk melakukan kerja tersebut. Bank Islam pada masa kini dapat memberikan batuan
skil salam.
Sebagai sebuah syarikat, Bank Islam berhasrat untuk membuat duit dalam skim salam. Menurut
kontrak

salam,

Ahmad

dibenarkan

untuk

menjual

manga-mangga

tersebut,

walaubagaimanapun ia tidak wujud pada masa sekarang. Selain itu juga, harga yang boleh
ditetapkan mestilah rendah daripada harga pasaran. Jika tidak pihak bank tidak mempunyai
galakan untuk membeli manga tersebut pada asas salam. Pihak bank dan Ahmad boleh
berbincang tentang harga yang sesuai untuk kedua-dua belah pihak. Pada Ahmad, harga salam
mestilah lebih rendah daripada harga pasaran tetapi tidak lebih daripada harga barang. Jika
tidak, bank tidak setuju dengan kontrak salam ini.
Mengandaikan kedua-dua pihak meletakkan harga salam pada RM2.50 sekilogram. Dalam cara
ini, pihak bank akan membayar kepada Ahmad RM250 000 dan sebagai penukaran untuk 100
000 kilogram manga yang akan diserahkan dalam tempoh tiga tahun nanti. Daripada harga
salam, ia mudal dilihat bagaimana setiap piihak akan mendapatkan keuntungan daripada
urusniaga salam. Tetapi jual salam juga bukan mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan
beberapa risiko. Selalunya dalam salam, kedua-dua pihak akan terdedah kepada risiko harga

barangan itu. Sebagai contoh, peladang mungkin akan mengalami kerugian jika harga pasaran
meningkat RM6.50 sekilogram. Oleh itu, harga salam sangat rendah dan ia juga menyebabkan
peningkatan harga atau inflasi. Ini memungkinkan Ahmad untuk membayar lebih pada belanja
yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan. Ia juga mungkin akan mengurangkan
keuntungan yang diperolehi olehnya. Tetapi apabila harga salam telah meningkat daripada apa
yang ditetapkan. Jika dilakukan juga ia akan membatalkan kontrak salam.

10.0

RUJUKAN
1
Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al- Bugha dan Ali al-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji
Ala Mazhab al-Imam al-Syafie () . Dar al-Qalam. Beserta
terjemahan Kitab Fikah Mazhab Syafie. Pustaka Salam Sdn Bhd.
2
Dr. Wahbah al-Zuhaili. Terjemahan ( Penj) Md. Akhir Haji Yaacob.
Fiqh Dan Perundangan Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1995.
3
Al-Syeikh Abd al-Rahman al-Juzairiy, al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah (
) . Al-Maktabah al-Asyriah, 2002. 4- Al-Sayyid Sabiq () . Fiqh alSunnah () . Al-Maktabah al-Asyriah, 2002.
4
http://bin-sahak.blogspot.com
5
Pn Salbiah Nur Binti Shahrul azmi , Prinsip & Amalan perbankan islam - 2013

Anda mungkin juga menyukai