Anda di halaman 1dari 35

Fakulti Undang-Undang

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

RANGKA KURSUS

KOD : UK 1023 /UUUP2123


KURSUS : UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN & PENTADBIRAN II

PENSYARAH : DR. NURHAFILAH MUSA (Penyelaras)


hafilah@ukm.edu.my

PROF. MADYA DR. RASYIKAH MD KHALID


rasyikah@ukm.edu.my

SEMESTER DAN SESI : SEMESTER 2 , SESI 2022/2023

AGIHAN TOPIK MENGIKUT MINGGU

MINGGU TOPIK HASIL PEMBELAJARAN BERDASARKAN TOPIK


1  Pengenalan kepada Kebebasan  Memahami konsep hak asasi manusia dan
27/3 Asasi dan falsafah menurut kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan
HM pelbagai fahaman Persekutuan
 Penguatkuasaan Hak Asasi  Memahami konsep kebebasan diri dan hak untuk
 Tafsiran Mahkamah ke atas hidup
Peruntukan Kebebasan Asasi  Memahami mekanisme penguatkuasaan hak asasi
 Memahami pendekatan mahkamah dalam
membuat pentafsiran untuk menguatkuasakan hak
asasi
2  Hak Terhadap Kebebasan  Memahami pendekatan mahkamah dalam
3/4 Hidup & Diri Per. 5(1) membuat pentafsiran mengenai Per 5.
RK  Hak Terhadap Harta (Per.13)  Mengaplikasi konsep kebebasan diri dan hak
untuk hidup dalam masalah sebenar.
 Memahami ruang lingkup pemilikan harta.

3  Per. 5(2)  Memahami pendekatan mahkamah dalam


10/4  Per. 5(3) membuat pentafsiran mengenai Per 5.
RK  Per. 5(4)  Mengaplikasi konsep kebebasan diri dan hak
untuk hidup dalam masalah sebenar.

4  Per. 6 – Larangan perhambaan  Memahami perlindungan yang terkandung dalam


17/4 & kerja paksa Per. 6, 7 dan 9 Perlembagaan Persekutuan
RK  Per. 7 - Hak Terhadap  Memahami isu-isu berkaitan larangan
Perlindungan di bawah Konsep perhambaan, kerja paksa, kebebasan bergerak
Autrefois Acquit & Autrefois
Convict
 Per. 9 – Kebebasan bergerak &
larangan buang negeri
5  Memahami konsep kesamarataan berdasarkan

1
8/5 Perlembagaan Persekutuan
HM  Memahami pengecualian kepada prinsip
kesamarataan yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan
Hak Terhadap Layanan Secara
6 Sama Rata di sisi Undang-Undang  Mengaplikasi konsep layanan sama rata dalam
22/5 (Per.8) masalah sebenar
HM  Menganalisis amalan konsep sama rata di
Malaysia berdasarkan kes-kes yang diputuskan di
Mahkamah

7 Hak Terhadap Kebebasan  Memahami ruang lingkup dan isu-isu berkaitan


26/5 (J) Bersuara, Berhimpun Dan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
HM Berpersatuan (Per.10)
Per.10 (1)(a)

8 Hak Terhadap Kebebasan  Mengaplikasi hak kebebasan bersuara, berhimpun


29/5 Bersuara, Berhimpun Dan dan berpersatuan dalam masalah sebenar.
HM Berpersatuan (Per.10)  Menganalisis amalan konsep kebebasan bersuara,
Per.10 (1)(b) & Per.10(1)(c) berhimpun dan berpersatuan di Malaysia
berdasarkan kes-kes yang diputuskan di
Mahkamah

9  Memahami ruang lingkup kebebasan beragama


2/6  Memahami isu-isu berkaitan kebebasan beragama
HM
Hak Terhadap Kebebasan
10 Beragama (Per.11 & 12) Mengaplikasi jaminan hak kebebasan beragama
9/6 (J) dalam masalah sebenar.
HM

11 Pengecualian kepada Kebebasan  Memahami pengecualian kepada kebebasan asasi


12/6 Asasi – Per 149, 150, 151 di Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam
HM Undang-undang yang Per. 149, 150 dan 151 Perlembagaan Persekutuan
dikuatkuasakan di bawah Per.149:
12 - Akta Kesalahan  Memahami ruang lingkup undang-undang
19/6 Keselamatan (Langkah-Langkah keselamatan dan anti terrorisme
HM Khas) 2012  Menerangkan skop undang-undang keselamatan
- Akta Pencegahan Jenayah dan anti-terrorisme di Malaysia
(Pindaan 2014)
- Akta Pencegahan
Keganasan 2015
- Akta Majlis Keselamatan
Negara 2015
13  Memahami skop kuasa penjawat awam.
26/6  Memahami perlindungan terhadap penjawat
HM awam.
Penjawat Awam - Per. 132, 135
14  Mengaplikasi skop kuasa penjawat awam dalam
3/7 masalah sebenar dan berdasarkan kes-kes yang
HM diputuskan di Mahkamah

2
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini akan melihat dan menilai beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang
hak-hak asasi manusia di Malaysia serta had-had yang dibenarkan oleh undang-undang,
khususnya yang berkaitan dengan kuasa-kuasa khas kerajaan menentang kegiatan subversif.
Pelajar juga akan dibawa meninjau beberapa konsep kebebasan asasi. Penilaian hak-hak
tersebut akan dibuat dengan membandingkan apa yang termaktub secara tersurat dalam
Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dipraktikkan. Beberapa prinsip asas Undang-undang
Pentadbiran juga akan dibincangkan bagi melengkapkan kursus ini.

OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus ini pelajar dijangkakan berupaya:


 Memahami kedudukan hak terhadap kebebasan asasi di Malaysia dan rasional di sebalik
apa yang tersurat mengenainya dalam Perlembagaan Persekutuan;
 Mengenal pasti dan menganalisa permasalahan yang menyelubungi hak-hak asasi
berkenaan dari sudut praktiknya;
 Memahami sesuatu perundangan berkaitan hak asasi dan menilai kerelevenan dan
kewajarannya dengan mengambil kira tentang peranan kerajaan yang bukan sahaja perlu
bersifat responsif (responsive government) terhadap kehendak rakyat tetapi juga
bertanggungjawab dalam memelihara kemaslahatan umum untuk jangka masa panjang.
 Mengkaji, menganalisa dan mengaplikasi undang-undang kes (case law) kepada situasi
sebenar;
 Memahami prinsip-prinsip asas undang-undang pentadbiran iaitu ‘rakan’ penting kepada
undang-undang perlembagaan.

PENGOPERASIAN KURSUS

a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

 Kuliah : Isnin 2 ptg – 4 ptg


 Tutorial : Selasa : 10-11, 11-12, 2-3, 3-4
Rabu : 10-11, 11-12, 12-1
Khamis: 2-3, 3-4

b. Penilaian kursus dan pengagihan markah

 Ujian pertengahan semester [Tarikh : Isnin 8 Mei 2023] 15%


 Pembentangan kes [Minggu 3-10] 15%
 Kerja kursus [Minggu 4-11] 20%
 Peperiksaan akhir 50%
JUMLAH 100%

3
JADUAL PEMBENTANGAN & KES

Minggu Tarikh Kuliah Topik Tutorial Bahan Perbincangan


1 27/3 Pengenalan
2 ¾ Perkara 5(1), 13 Mass Legal Article
3 10/4 Perkara 5(2), Mass Landmark Cases
(3), (4)
4 17/4 Perkara 6,7,9
5 8/5 Perkara 8 Pembentangan  Tan Tek Seng
 Utra Badi
 Sagong Tasi
6 22/5 Pembentangan  Ooi Ah Phua
 Pihak Berkuasa
Negeri Sabah v
Sugumar
Balakrishnan
 Kekatong Sdn Bhd v
Danaharta Urus
7 26/5 (ganti) Perkara 10
8 29/5 Pembentangan  Mohd Hilman
 Pung Chen Choong
 Maria Chin Abdullah
9 2/6 (ganti) Perkara 11.12
10 9/6 (ganti) Pembentangan  Dalip Kaur
 Majlis Agama Islam
Selangor v Dahlia
Dhaima bt Abdullah
and another appeal
 Jill Ireland v Menteri
bagi Kementerian
Dalan Negeri
11 12/6 Perkara 149, Pembentangan  Suresh Kumar a/l
150, 151 Velayuthan v Public
Prosecutor
 Datuk Seri
Salahuddin Ayub v
Perdana Menteri
 Pihak Berkuasa
Tatatertib Majlis
Perbandaran
Seberang Perai &
Anor v Muziadi bin
Mukhtar
12 19/6 Mass Past exam questions
13 26/6 Perkara 132, 135
14 3/7

4
RUJUKAN WAJIB

i. Perlembagaan Persekutuan
ii. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
iii. Akta Hasutan 1948
iv. Akta Fitnah 1957
v. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
vi. Akta Perhimpunan Aman 2012
vii. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
viii. Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014
ix. Akta Pencegahan Keganasan 2015
x. Akta Pertubuhan 1966
xi. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015
xii. Akta SUHAKAM 1999
xiii. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
xiv. Akta Rahsia Rasmi 1972
xv. Kanun Keseksaan
xvi. Ordinan Darurat 2021
xvii. Enakmen Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam kepada Orang Islam

RUJUKAN PRIMER

 Harding, Andrew, 2012. The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis,


Oxford, Hart Publishing.
 Abdul Aziz Bari. 2003. Malaysian Constitution – A Critical introduction. The Other
Press
 Mohd Salleh Abas. 2006. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Dewan
Bahasa & Pustaka
 Shad Saleem Faruqi. 2008. Document of Destiny. Star Publications (M) Berhad
 Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. An Introduction to the
Constitution of Malaysia, 3rd Ed., Pacifica Publications, Malaysia

RUJUKAN SEKUNDER

 Ashgar Ali, Muhammad Hassan, 2022. Constitutional Law in Malaysia, Lexisnexis


 Abdul Aziz Hussin. 1994. Undang-undang yang Mengenai Kelakuan dan Tatatertib
Penjawat Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka
 Khairil Azmin Mokhtar ed. 2013. Constitutional law and Human Rights in Malaysia – Topical
Issues and Perspectives. Sweet & Maxwell Asia
 Tan, Kevin Y.L, Teo, Li-ann. 2010. Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Singapore.
Lexis Nexis.
 Abdul Aziz Bari. 2005. Politik Perlembagaan – Suatu Perbincangan Tentang Isu-isu Semasa
dari Sudut Perlembagaan dan Undang-undang. Institut Kajian Dasar.
 Abdul Aziz Bari. 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Intel Multimedia Publication
 Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia – Teori & Praktis. Arah Publications.
 Abdul Aziz Bari. 2010. Perspektif Perlembagaan selepas Tsunami 2008. IDEAS

5
 Abdul Halim Ramli. 2015. Perlembagaan Malaysia – Isu dan Persoalan Perhubungan Kaum.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Ahmad Ibrahim et. Al. 1999. Perkembangan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
Dewan Bahasa dan Pustaka
 Harding, Andrew, HP Lee. 2007. Constitutional Landmarks in Malaysia – The First 50 Years
1957-2007. Lexis Nexis.
 Harding, Andrew, Chin, James. 2014. 50 Years of Malaysia Federalism Revisited. Marshall
Cavendish
 Mohd Azizuddin Mohd Sani. 2010. Freedom of Political Speech and Social responsibility in
Malaysia. Penerbit UKM.
 Salleh Buang ed. 2007. Perlembagaan dan Pentadbiran – Isu Kritikal. Dewan Bahasa dan
Pustaka
 Sheridan and Grove. 2004. The Constitution of Malaysia. 5th ed. Malayan Law Journal.
_______________________________________________________________

ISI KANDUNGAN KURSUS

MINGGU 1

Pengenalan kepada Kebebasan Asasi dan falsafah menurut pelbagai fahaman


i. Sejarah, perkembangan dan falsafah hak asasi manusia
ii. Hak Asasi Manusia dalam Undang-undang Antarabangsa
iii. Hak Asasi Manusia dalam Sistem Perundangan di Malaysia
iv. Hak Asasi Manusia dalam Islam

Artikel
 Joseph M. Fernando, Fundamental Liberties in the Malayan Constitutional and the
Search for a Balance 1956-1957, IJAPS, Vol. 13, No.1, 1-128, 2017
• Abdul Aziz Bari, Hak Asasi dalam Perlembagaan Malaysia : Ruang Lingkup dan
Masalah [2002] Jurnal Syariah 10:1 53-70

Tafsiran Mahkamah ke atas Peruntukan Kebebasan Asasi dan Penguatkuasaan Hak


Asasi

Kes
• Dato’ Menteri Othman Baginda & Anor v Dato’ Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus
[1981] 1 MLJ 29
• Kekatong Sdn Bhd v Danaharta Urus [2003] 3 MLJ 1
• Dr Mohd Nasir bin Hashim v Menteri Dalam Negeri Malaysia [2006] 6 MLJ 213;
[2007] 1 CLJ 19
 Tan Boon Wah v Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ketua Suruhanjaya, Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia & Ors [2010] 2 MLJ 411

Artikel
• Religion, Human Rights and Constitutional-Contract Politics in Malaysia, Intellectual
Discourse, 2008 Vol 16, NO 2, 155-186
 Incorporating Human Rights: Mitigated Dualism and Interpretation in Malaysian
Courts, 2012, 18 Asian Yearbook of International Law, 1-37.
 The Role of the Judiciary in the Protection of Fundamental Human Rights: the

6
Malaysian Experience [2017]1 LNS (A) lxxv
 The Legal Effect of International Human Rights Treaties anf Foreign Constitutions on
Islamic Religious Legislations in Malaysia [2007]4 Sh LR xxxi
___________________________________________________________________________

MINGGU 2

Hak Terhadap Kebebasan Hidup & Diri

Per. 5(1)
• Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64
• PP v Lau Kee Hoo [1983] 1 MLJ 157
• Che Ani bin Itam v PP [1984] 1 MLJ 113
• Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar v Kajing Tubek (1997) 3 MLJ 23 (CA)
• Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor [1996] 1 MLJ 261
 Hong Leong Equipment Sdn Bhd v Liew Fook Chuan [1996] 1 MLJ 481
 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Hospital Pulau Pinang v Utra Badi a/l
K Perumal [2000]3 MLJ 281
• Lee Kwan Woh v PP [2009]5 MLJ 301
• Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010]2 MLJ 333
 Suzana Md Aris v DSP Ishak Hussain [2011]1 CLJ 226
 Zulkiflee SM Anwar Ulhaque & Anor v. Arikhrishna Apparau & Ors. [2012]1 LNS
1344
 Michael Philip Spears v Ketua Pengarah Penjara Kajang & Anor and another appeal
[2017] 1 MLJ 472
 Alma Nudo Atenza v PP and another appeal [2019]4 MLJ 1
 Letitia Bosman v Public Prosecutor and other appeals (No 1) [2020] 5 MLJ 277

Artikel
 An Overview of the Right to Life under the Malaysian Federal Constitution [2008]6
MLJ xxxiv
 Constitutional Protection of the Right to Livelihood in Malaysia: Reality or Mere
Fallacy? (2003) 11 Asia Pacific Law Review 23
 The Need for a Dynamic Jurisprudence of Right to ‘Life’ Under Article 5(1) of the
Federal Constitution, Procedia – Social and Behavioral Sciences 101 (2013) 299-306
 The Constitutionality of Non-Mandatory Vaccinations in Malaysia [2021]4 MLJ
cxcviii

Hak Terhadap Harta (Per.13)


• Selangor Pilot Association v the Government of Malaysia [1975] 2 MLJ 66
• Arumugam Pillai v Govt of Malaysia [1975]2 MLJ 29
• Stations Hotel v Malayan Railway [1977] 1 MLJ 112
• Lai Tai v Collector of Land Revenue [1960] MLJ 82
• Majlis Perbandaran Pulau Pinang v Syed Ahmad a/l M.M Ghouse Mohamed [2007] 1
MLJ 42
• Adong Kuwau v Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418
• Kerajaan Negeri Johor & Anor v Adong Kuwau [1998] 2 MLJ 158
• S. Kulasingam v Commissioner of Land, Federal Territory [1982] 1 MLJ 20
• Government of Malaysia v Selangor Pilot Assocciation [1977] 1 MLJ 133

7
• Sagong bin Tasi & Ors v Kerajaan Negeri Selangor & Ors [2002] 2 MLJ 591; [2005]
6 MLJ 289
• Superintendent of Lands & Surveys, Bintulu v Nor Anak Nyawai & Ors [2006] 1
MLJ 256
 Mohamad Rambli bin Kawi v Superintendant of Lands Kuching & Anor [2010] 8
MLJ 441
• Bato Bagi & ors. V Kerajaan Negeri Sarawak and another appeal [2011] 6 MLJ 297
 Director of Forest, Sarawak & Anor v TR Sandah ak Tabau & Ors and other appeals
[2017] 2 MLJ 281
 TH Pelita Sadong Sdn Bhd & Anor v TR Nyutan ak Jami & Ors and other appeals
[2018] 1 MLJ 77

Artikel
 Seeking Redress in the Courts: Indigenous Land Rights and Judicial Decisions in
Malaysia, Modern Asian Studies 45, 4 (2011) pp. 825–875
 Judicial Recognition of the Orang Asli Land Rights in West Malaysia : Triumph and
Hope [2011] 7 CLJ (A) i
 The UNDRIP and the Malaysian Constitution : Is Special Recognition and Protection
of the Orang Asli Customary Land Permissible [2011]2 MLJ cxxvi

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR LEPAS


1. Awi berasal dari sebuah perkampungan orang asli di Lojing, Kelantan. Dia tidak
mempunyai pendidikan tinggi dan telah terjebak dalam sebuah kumpulan gangster di Ipoh
yang dikenali dengan nama Yakiza. Kumpulan Yakiza terlibat dalam pelbagai kegiatan
jenayah berat seperti penjualan senjata api, pengedaran dadah dan pemerdagangan orang.
Ramai kanak-kanak orang asli telah menjadi mangsa kumpulan ini. Polis telah mengadakan
serbuan di sebuah rumah pusat operasi Yakiza. Awi tidak berjaya menyelamatkan diri dan
telah ditangkap polis. Semasa ditangkap, pihak polis menjumpai beberapa senjata api
bersama Awi. Sewaktu dalam tahanan polis, Parlimen meluluskan satu pindaan rang undang-
undang Akta Senjata Api 2014 yang membawa hukuman gantung mandatori ke atas sesiapa
yang memiliki senjata api berat bagi tujuan kegiatan jenayah. Selain itu, satu lagi rang
undang-undang Pengambilalihan Tanah Orang Asli telah diluluskan. Kedua-dua rang
undang-undang diluluskan tiga hari selepas Awi ditahan oleh pihak polis. Awi telah
dibicarakan di bawah undang-undang pindaan Akta Senjata Api 2014 enam bulan selepas dia
ditahan. Dia telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi
Ipoh. Semasa menunggu hukuman, Awi telah mendapat berita yang tanah warisannya akan
diambil alih oleh kerajaan Perak berdasarkan Akta Pengambilalihan Tanah Orang Asli 2014.
Awi tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri Perak. Awi memohon daripada
pihak penjara untuk berjumpa dengan peguam daripada Biro Bantuan Guaman. Permintaan
Awi telah diluluskan oleh pihak penjara dan anda telah ditugaskan berjumpa dengan Awi.
Awi telah menceritakan masalah tanah orang asli yang diwarisinya dan juga berhasrat untuk
merayu hukuman gantung sampai mati yang telah diputuskan oleh mahkamah. Nasihatkan
Awi. (15 markah)
[Peperiksaan akhir sem II, sesi 2013/2014]

2. Penduduk Kampung Chubadak telah menetap di Kuala Lumpur lebih daripada 50 tahun.
Enam bulan lepas, mereka menerima notis supaya mengosongkan tanah mereka kerana satu
projek pembangunan akan dilakukan di atas tanah mereka. Notis tersebut telah menyatakan
jumlah pampasan yang akan mereka terima. Leman, salah seorang penduduk Kampung

8
Chubadak, tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang dinyatakan dalam notis tersebut
kerana, pada pandangannya, kadar pampasan tersebut adalah di bawah kadar pasaran semasa.
(a) Apakah yang Leman boleh lakukan untuk menuntut haknya selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan? (5 markah)
(b) Huraikan tafsiran ‘undang-undang’ yang dinyatakan dalam Per. 13 Perlembagaan
Persekutuan. (5 markah)
(c) Adakah mahkamah mempunyai pandangan yang berbeza jika situasi yang sama berlaku
ke atas sebuah perkampungan orang asli? Jelaskan. (5 markah)
[Peperiksaan akhir Sem II (ganti), Sesi 2013/2014]

3. “Compensation in Sagong bin Tasi v Selangor, a case that concerned ‘settled lands,’was
awarded in accordance with the LAA (Land Acquisition Act). The LAA, the national
legislation for land acquisition by the state, awards compensation at market value. In
doing so, the learned judge in Sagong Tasi v Selangor gave a broad construction to ‘land
occupied under customary title’ under s 2 of the Land Acquisition Act so as to bring
orang asli customary lands within its scope. On appeal, this approach was said to ‘give
full effect’ to art 8(5)(c) of the Malaysian Constitution. Additionally, the Court of Appeal
interpreted the word ‘may’ to mean ‘shall’ and introduced the word ‘adequate’ before
the word ‘compensation’ in s 12 of the Aboriginal Peoples Act 1954. The purposive
approach taken by the Court of Appeal in providing mandatory adequate compensation
for loss of lands under s 12 of the Aboriginal Peoples Act 1954 brings the provision in
line with art 13(1) of the Malaysian Constitution. Nonetheless, the stand taken in Sagong
Tasi v Selangor is a departure from the position taken in Adong bin Kuwau v Johor
because the court awarded compensation based on market value of theproperty as
opposed to deprivation of livelihood.
(The UNDRIP and the Malaysian Constitution:Is Special Recognition and Protection
of the Orang Asli Customary Land Permissible?, Yogeswaran Subramaniam [2011]2
MLJ cxxvi at cliii-cliv)

Dengan merujuk pada petikan di atas, bincangkan pendekatan yang digunakan oleh
mahkamah dalam menentukan hak mendapat pampasan bagi hartanah orang asli seperti
jaminan Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan. (15
markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2014/2015]
___________________________________________________________________________

MINGGU 3

Per. 5(2)
• Re Onkar Shrian [1970] 1 MLJ 28
• Yeap Hock Seng @ Ah Seng v Minister of Home Affairs [1975] 2 MLJ 279
• Noor Ashid bin Sakib v Ketua Polis Negara [2002] 5 MLJ 22
• Sukma Darmawan Sasmitat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Anor
[1999]1 MLJ 266
• Ketua Polis Negara v Abdul Ghani Haroon [2001] 4MLJ 11 (Federal Court)
• Sejahratul Dursina @ Chomel bte Abdullah v Kerajaan Malaysia & Ors [2006] 1 MLJ
405
• Uthayakumar a/l Ponnusamy v Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia &
Anor [2009] 1 MLJ 357

9
• Palautah a/l Sinnappayan & Anor v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors.
[2010] 3 MLJ 295
 Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020]1 MLJ 351

Per. 5(3)
• Shaaban & Others v Chong Fook Kam & Another [1969] 2 MLJ 219
• Ramli Salleh v Yahaya Hashim [1973]1 MLJ 54
• Hashim Saud v Yahaya Hashim [1977]2 MLJ 116
• Re P.E Leong v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri[1976]2 MLJ 133
• PP v Mah Chuen Lim [1975]1 MLJ 95
• PP v Saul Hamid [1987]2 MLJ 236
• Yit Hon Kit v Minister of Home Affairs Malaysia & Anor [1988] 2 MLJ 638
• Nik Adli bin Nik Abdul Aziz v KPN [2001] 4 MLJ 98
• Chong Kim Loy v Timbalan Menteri Dalam Negeri [1989] 3 MLJ 121
• Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [1969] 2 MLJ 129
• Aminah v Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa, Kelantan [1968] 1 MLJ 92
• PP v Mah Chuen Lim & Ors [1975] 1 MLJ 9
• Ooi Ah Phua v OCCI, Kedah /Perlis [1975] 2 MLJ 198
• Mohamad Ezam bin Mohd Noor v Ketua Polis Negara & other appeals [2002] 4 MLJ
449
• Kam Teck Soon v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors and other
appeals [2003]1 MLJ 321
• Public Prosecutor v Vengadasalam & Ors [1990] 1 MLJ 507
• Mohamed Bin Abdullah v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 201
• Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara & Another Application (No.3) [2001]2
CLJ 709
 Borhan Hj Daud v Abdul Malek Hussin [2010]8 CLJ 656
 Sashi Kumar Suppiah v Timb Menteri Dalam Negeri [2010]9 CLJ 349
 Syed Jalaluddin Syed Ahamad Malik v Foo Sun Enterprise & other appeals [2011]5
CLJ 580

Per. 5(4)
• Inspector General of Police v Lee Kim Hoon [1979] 2 MLJ 291
• Aminah v Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa, Kelantan [1968] 1 MLJ 92
• Re Tan Boon Liat [1976]2 MLJ 83
• Re PE Long v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [1976]2 MLJ 133
• Su Yu Min v Ketua Polis Sarawak [2005]6 MLJ 768

Artikel
• Right of Accused Person to Consult and to be Defended by a Legal Practitioner,
revisited [2006] 3 CLJ xlv
• Rights of an Arrested Person to Counsel : Is it not a Case of Too Little Too Late?
[2006]2 MLJ xciv

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Hak diwakili oleh peguam yang dipilih semasa perbicaraan adalah dijamin oleh
Perlembagaan. Bolehkah hak ini diketepikan? Apakah keadaan yang membenarkan hak ini
diketepikan? (5 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2016/2017]

10
2. Dalam perjalanan pulang daripada bertemu dengan peguam tentang urusan mendapatkan
pampasan, Encik Tan yang sedang menaiki motosikal, telah ditahan oleh pihak polis kerana
disyaki membawa motosikal curi. Apakah hak Encik Tan di sisi Perlembagaan Persekutuan,
sebagai orang yang ditahan oleh pihak polis? Jelaskan hak-hak tersebut dengan disokong kes-
kes yang telah diputuskan di mahkamah. (12 markah)
[Peperiksaan Ganti Semester II, 2016/2017]

3. Ganesan, seorang mahasiswa Pusat Asasi Universiti Perdana Jaya, merupakan aktivis
sosial yang terlibat dalam Persatuan Pencinta Haiwan. Setelah beberapa siri laporan tentang
kezaliman terhadap binatang yang disiarkan di media sosial dan media arus perdana,
Ganesan, selaku Pengarah Komunikasi Persatuan Pencinta Haiwan, telah mengadakan sidang
akhbar mengutuk kezaliman tersebut dan beliau mendakwa kerajaan gagal mengambil
tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Beberapa hari selepas
mengadakan sidang akhbar tersebut, Ganesan telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke
Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Ganesan telah ditahan bermula dari hari Ahad, pukul 10 pagi hingga hari Selasa, pukul 5
petang oleh pihak polis. Beliau tidak dilepaskan pada hari Isnin kerana hari Isnin adalah cuti
umum. Beliau tidak dimaklumkan sebab penahanannya dan dihalang daripada mendapatkan
khidmat guaman. Sebagai seorang aktivis hak asasi manusia, berikan pandangan anda
terhadap tindakan pihak polis tersebut. Adakah tindakan tersebut telah melanggar jaminan
Perlembagaan tentang kebebasan diri? Jawapan anda hendaklah mengandungi peruntukan
undang-undang dan kes-kes berkaitan. (10 markah)
[Ujian Akhir Semester 2 2019/2020]
___________________________________________________________________________

MINGGU 4

Per. 6 – Larangan perhambaan & kerja paksa


• Barat Estates Sdn Bhd & Anor v Parawakan a/l Subramaniam & Ors [2000]4 MLJ 107

Artikel
 Slavery: A Continuing Evil [1999] 4 MLJ cxli

Per. 7 - Hak Terhadap Perlindungan di bawah Konsep Autrefois Acquit & Autrefois
Convict

Per.7 (1)
• Govt of Msia v Loh Wai Kong [1979]2 MLJ 33
• Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 187
• Hua Tua Tau v PP [1980] 1 MLJ 2; [1981] 2 MLJ 49 (PC)
• Lim Sing Hiaw v PP [1965] 1 MLJ 85
• PP v Mohamad Ismail [1984] 2 MLJ 219
• Hung Peng Khai [1984] 2 MLJ 318
• Chua Han Mow v Superintendent of Pudu Prison [1979] 2 MLJ 70
 Multi Purpose Holdings Berhad v Ketua Pengarah Hasil Dalam negeri [2006]1 CLJ
1121
 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors v Berjaya Books Sdn Bhd & Ors
[2015]3 CLJ 461

Per.7(2)

11
• Mohammad Yusoff Samadi v Attorney General [1975] 1 MLJ 1
• PP v Teh Cheng Poh [1978] 1 MLJ 68
• Zakaria bin Abdul Rahman v KPN & Anor [2001] 3 MLJ 385
• Jamali bin Adnan v PP [1986] 1 MLJ 63
• Fan Yew Teng [1975] 2 MLJ 235
• Nordin Yusmadi v PP [1997]3 MLJ 754
• Palautah a/l Sinnappayan & Anor v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors.
[2010] 3 MLJ 295
• Dato’ Hj Kusaini Hasbullah (Chairman of Education Services Commission) v Ali bin
Suman [2012]10 MLJ 181
• Selvakumar a/l Subramaniam v Penguasa Pemulihan Akhlak Simpang Renggam
[2014]7 MLJ 244

Per. 9 – Kebebasan bergerak & larangan buang negeri


• Assa Singh v Menteri Besar Johor [1969]2 MLJ 30
• Datuk Syed Kechik v Govt of Malaysia [1979]2 MLJ 101
• Re Shirle Gordon v Minister of Home Affairs [1974]1 MLJ 220
• Govt of Malaysia v Loh Wai Kong [1979]2 MLJ 33
 Pihak Berkuasa Negeri Sabah v Sugumar Balakrishnan [2002]3 MLJ 72
 Ambiga a/p Sreenevasan v Director of Immigration, Sabah, Noor Alam Khan bin A
Wahid Khan & Ors [2018] 1 MLJ 633
 Pua Kiam Wee V. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia & Anor [2018] 4 CLJ 54
 Maria Chin Abdullah v Ketua Pengarah Imigresen & Anor [2021]1 MLJ 750

Artikel
 Constitutionality of Public Health Movement Restrictions in Light of Freedom of
Movement and its Limitations [2022]2 MLJ ccxcvii

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS

1. Ramu adalah seorang pendatang asing warganegara Bangladesh dan telah bekerja di sebuah
kilang membuat sarung tangan di Malaysia selama 2 tahun. Ramu telah menghadiri satu ceramah
kesedaran undang-undang yang dianjurkan oleh sebuah persatuan kesedaran hak asasi, SEDAR.
Penceramah telah menerangkan tentang hak asasi yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia termasuk hak-hak yang boleh dinikmati oleh pekerja asing. Perkara 6 Perlembagaan
Malaysian menyebut tentang larangan perhambaan termasuk perhambaan moden yang antaranya
meliputi keadaan di mana seorang pekerja dinafikan hak untuk bekerja secara bebas. Penceramah
menyatakan bahawa bekerja secara bebas bermaksud bebas berhenti kerja, bertukar majikan dan
tidak diikat dengan hutang kepada majikan.

Ramu membuat refleksi ke atas keadaan dirinya. Dia telah berhijrah ke Malaysia dengan
sejumlah bayaran kepada seorang agen bernama Lando dan sehingga sekarang Ramu masih
terikat dengan bayaran hutang kepada Lando. Tambahan pula, majikan Ramu menolak
sebahagian daripada gajinya untuk membayar levi yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia.
Paspot dan permit kerja Ramu dipegang oleh majikannya dan ini menyebabkan Ramu tidak boleh
berhenti kerja. Jika dia berhenti kerja, Ramu akan dihantar balik ke Bangladesh.

Selepas mengikuti ceramah tersebut, Ramu mendapat tahu yang adik perempuannya, Rana, telah
masuk ke Malaysia secara haram menggunakan agen yang sama iaitu Lando. Ramu tidak dapat
mengesan lokasi adiknya. Ramu mengesyaki Lando terlibat dengan kegiatan pemerdagangan dan
penyeludupan manusia dan menjadikan adiknya sebagai pelacur.

12
Ramu telah mengambil tindakan sendiri dengan mencari adiknya di kawasan Chow Kit. Ramu
berjaya mengesan lokasi adiknya di sebuah rumah tumpangan yang dikenali sebagai sarang
pelacuran. Dalam proses menyelamatkan adiknya, Ramu telah menikam salah seorang daripada
pengawal yang menjaga rumah tumpangan tersebut. Dalam masa yang sama, pihak polis dan
DBKL sedang membuat serbuan ke atas rumah tumpangan tersebut setelah mendapat maklumat
tentang kegiatan pelacuran di situ. Ramu dan Rana turut ditangkap dalam serbuan tersebut.
Seminggu selepas serbuah dibuat oleh pihak polis dan DBKL ke atas rumah tumpangan tersebut,
Parlimen telah meluluskan satu akta baharu diberi nama Akta Pencegahan Pelacuran 2019. Akta
tersebut menyatakan bahawa akta ini berkuatkuasa kebelakang bermula tahun 2007, iaitu tahun
yang sama Akta Anti-Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia dikuatkuasakan. Akta yang
baharu ini diluluskan bagi mengekang kegiatan pelacuran yang semakin berleluasa.

Dengan merujuk kepada situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Sebagai sukarelawan Yayasan Bantuan Guaman, anda telah ditugaskan untuk bertemu
dengan Rana. Rana menceritakan kepada anda yang dia telah ditahan oleh pihak polis selama
seminggu tanpa mengetahui apakah kesalahannya dan tidak diberi peluang untuk
menghubungi sesiapa. Apakah nasihat anda kepada Rana berkaitan hak-hak yang dijamin di
bawah Perlembagaan Malaysia? (4 markah)

(b) Adakah kebebasan Ramu sebagai seorang pekerja di sebuah kilang sarung tangan telah
dinafikan oleh majikannya? Jelaskan. (3 markah)

(c) landi telah didakwa di bawah Akta Pencegahan Pelacuran 2019. Semasa perbicaraan.
Peguambela Lando menghujahkan bahawa Akta Pencegahan Pelacuran 2019 tidak terpakai
ke atas anak guamnya. Sebagai hakim yang ditugaskan membuat keputusan bagi kes Lando,
bagaimanakah anda akan membuat keputusan? (4 markah)

(d) Selepas Ramu ditahan oleh pihak polis, Kanun Keseksaan telah dipinda dengan mengenakan
hukuman penjara selama 10 tahun bagi kesalahan menyebabkan kecederaan. Ramu telah
dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencederakan pengawal rumah tumpangan dan dia
dibicarakan menggunakan peruntukan Kanun Keseksaan yang baharu. Adakah perbicaraan yang
dijalankan menepati prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan? Huraikan
pandangan anda. (4 markah)
[Ujian Akhir Semester II 2020/2021]
___________________________________________________________________________

MINGGU 5

Hak Terhadap Layanan Secara Sama Rata di sisi Undang-Undang (Per.8)


• Mohamed Sidin v PP[1967]1 MLJ 106
 PP v Khong Teng Khen [1976]
• PP v Datuk Haji Harun Idris [1976] 2 MLJ 116
• PP v Su Liang Yu [1976] 2 MLJ 128
• PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977] 2 MLJ 123
• Datuk Haji Harun bin Idris v PP [1977] 2 MLJ 155
• Merdeka Universiti Bhd. V Government of Malaysia [1981] 2 MLJ 356
• Nadarajah v PP [2000] 4 MLJ 373
• Lau Kee Hoo v Public Prosecutor [1984] 1 MLJ 110
• Malaysian Bar & Anor v Government of Malaysia [1987] 2 MLJ 165

13
• Government of Malaysia v VR Menon [1990] 1 MLJ 277

Artikel
 Constitutional Discrimination under the Malaysian Constitution [1964] 6 Malaya L. Rev.
1
 Constitutional Bases for Affirmative Action – Comparing the Malaysian position with
that of India and the United States [2002] Lawasia J. 127
 The Role of Article 8 of the Federal Constitution in the Judicial Review of Public Law in
Malaysia [2002]3 CLJ civ

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1.Hashim Yeop Sani,
“the equality provision is in fact an attitude of mind rather than a precise rule of law.
It embodies the awareness of something that exists but which cannot be pinned down
To any precise analysis of fact save that in a given case it falls this side of the line or
The other. Because of this difficulty, decisions on the same point may vary as
Conditions or circumstances vary. Each case has to be decided on its own merits.
There is no mathematical formula which can fit all cases.
When a law is challenged as offending the guarantee of equality and equal protection
of the law, the first duty of the court which is really a rule of common sense is to
examine the purpose and policy of th statute and then to see whether a classification
has been made and which does not result in a real or actual discrimination. In its
approach to the problem the court ought prima facie, to lean in favour of
constitutionality and should support the legislation.”
(Public Prosecutor v Su Liang Yu [1976]2 MLJ 128)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan,


a) Maksud kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. (2 markah)
b) Cara mahkamah menentukan sama ada sesuatu tindakan atau undang-undang bersifat
diskriminasi. (8 markah)
c) Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbang jika layanan berbeza perlu dibuat?
(4 markah)
d) Adakah undang-undang yang membenarkan penamatan sesuatu kontrak pekerjaan
atas sebab perkahwinan dan hamil melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan?
(6 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2014/2015]

2. Hakim Md Raus Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, dalam membuat keputusan, telah
menyatakan dalam kes Majlis Agam Islam Wilayah Persekutuan v Victoria Jayaseele Martin
& Another Appeal [2016]4 CLJ 12, 40, di peringkat Mahkamah Persekutuan,

The law on art. 8 of the Federal Constitution is settled. A law that discriminates is
good law if it is based on reasonable or permissible classification. The governing
principles of law on art.8 of the Federal Constitution was succintly laid down in the
case of Datuk Hj Harun Hj Idris v Public Prosecutor [1976]1 LNS 19; [1977]2 MLJ
155 where His Lordship Suffian LP in referring to the Indian Supreme Court case of
Shri Ram Krishna Dalmia v Shri Justice SR Tendolkar & Ors [1958]AIR 538, held
that a law that discriminates is good law if it is based on reasonable or permissible
classification. Two conditions must be satisfied, that is:

14
i) The classification is founded on an intelligible differenia which distinguishes
persons that are grouped together from others left out of the group; and
ii) The differentia has a rational relation to the object sought to be achieved by
the law in question. The classification may be founded on different bases such
as geographical, or according to objects or occupations and the like. What is
necessary is that there must be a nexus between the basis of classification and
the object of the law in question.

Berdasarkan petikan di atas serta kes-kes yang berkaitan,


a) Apakah maksud kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
(2 markah)

b) Oleh sebab layanan berbeza tidak dapat dielakkan, perbezaan yang mendiskrimnasi
dibenarkan. Apakah prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh undang-undang tersebut
agar sesuatu perbezaan yang dibuat oleh undang-undang terjumlah kepada
diskriminasi yang dibenarkan? (12 markah)

c) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas?
Huraikan pandangan anda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan kes-kes yang
telah diputuskan oleh mahkamah. (6 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2016/2017]
___________________________________________________________________________

MINGGU 6

Hak Terhadap Layanan Sama rata di sisi Undang-Undang (Per.8)


• Ahmad Tajudin Hj Ishak v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang [1997] 1 MLJ 241
 Kekatong Sdn Bhd v Danaharta Urus Sdn Bhd [2003]3 CLJ 378
• Beatrice a/p AT Fernandez v Sistem Penerbangan Malaysia & Ors. [2005]3 MLJ 681
• Yazid Sufaat & Ors v Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia [2009] 6 MLJ 222
 Victoria Jayaseele Martin v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [2011]7 CLJ
233
 Metrobus Nationwide Sdn Bhd v Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
Semenanjung Malaysia & Anor [2012] 6 MLJ 18
• Norfadilla Ahmad Saikin v Chayed bin Basiron & Ors. [2012] 1 MLJ 832
• Karpal Singh a/l Ram Singh v PP [2012] 5 MLJ 293
 Rethi Development Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai [2013] 10 MLJ
916
 Airasia Berhad v Rafizah Shima Mohamad Aris [2015]2 CLJ 510
 PP v Gan Boon Aun [2015]9 CLJ 328
 Mega Sasa Sdn Bhd v Kinta Bakti Sdn Bhd & Ors [2020] 10 MLJ 409
 Suraini Kempe & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] 9 CLJ 979
 Mohd Alif Anas bin Md Noor (in his capacity as President, and on behalf of
Gabungan PelajarMelayu Semenanjung (GPMS)) & Ors v Menteri Pendidikan
Malaysia and another suit [2022] 12 MLJ 455

Artikel
 Gender Discrimination in Employment – How Far does Article 8 of the Federal
Constitution Guarantee Gender Equality? [2006]6 MLJ xliv

15
SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS
1. Pada pandangan anda, adakah semua orang di Malaysia menikmati hak kesamarataan?
Apakah pertimbangan-pertimbangan yang digunakan oleh mahkamah Malaysia dalam kes-
kes tuntutan hak sama rata? Huraikan pandangan anda berdasarkan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dan kes-kes yang diputuskan di mahkamah. (15 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2015/2016]

2. Ada yang berpandangan bahawa mustahil untuk mencapai kesamarataan di Malaysia. Adakah
anda bersetuju dengan pandangan tersebut? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi
menambahbaik pelaksanaan hak kesamarataan di Malaysia?
Sokong pandangan anda dengan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah diputuskan di
mahkamah. (15 markah)
[Ujian Akhir Semester II 2020/2021]
___________________________________________________________________________

MINGGU 7

Hak Terhadap Kebebasan Bersuara, Berhimpun Dan Berpersatuan (Per.10)

Per.10 (1)(a) – Kebebasan Bersuara


• Madhavan Nair v PP [1975] 2 MLJ 284
• PP v Ooi Kee Saik [1971] 2 MLJ 108
• Mark Koding v PP [1982] 2 MLJ 120
• Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs [1990] 1 MLJ 351
• Mark Koding v PP [1982] 2 MLJ 120
 Public Prosecutor v. Param Cumaraswamy [1986] CLJ (Rep) 606
• PP v Pung Chen Choon [1994] 1 MLJ 566
• Abd.Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66 (Federal Court)
• Zainur Zakaria v Public Prosecutor [2001]3 MLJ 604
• Sivarasa v Badan Peguam Malaysia [2010]2 MLJ 333
• Arumugam a/l Kalimuthu v Menteri Keselamatan Dalam Negeri & Ors [2010]3 MLJ
412
 Muhammad Hilman v Kerajaan Malaysia [2011]6 MLJ 507
 ZI Publications Sdn Bhd & Anor v Kerajaan Negeri Selangor; Kerajaan Malaysia &
[2015]8 CLJ 621
 Sepakat Efektif Sdn Bhd v Menteri Dalam Negeri & anor and Another Appeal
[2015]2 CLJ 328
 Utusan Melayu (Malaysia) Bhd v. Dato’ Sri Diraja Hj Adnan Hj Yaakob [2016] 5
CLJ 857

Artikel
 Kebebasan Berpolitik Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Aplikasinya
[2001]4 MLJ i
 Hak Asasi Manusia : Imbangan Antara Hak Ramai dengan Hak Individu dalam Konteks
Kebebasan Bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia [2012]1 LNS (A) lii
 Freedom of Speech and the Internet -- A Case Study of Malaysia [2009] 3 MLJ xxxiv
 Freedom Without Restraint And Responsibility: The Problem Of Hate Speech In
Malaysia [2015] 5 MLJ xliv

16
 The Universities and University Colleges Act in Malaysia: History, Contexts and
Development, Kajian Malaysia, Vol.37, No.2, 2019, 1-20
 Free Speech, Constitutional Interpretation and Sedition in Malaysia: Taking a Rights-
Expansive Approach [2020] 47(1) JMCL 1
 Stop the Hop [2022]2 MLJ cccxv

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Zsa zsa adalah merupakan pengerusi kepada Persatuan BEBAS, sebuah NGO berdaftar
yang memperjuangkan isu-isu berkaitan kebebasan asasi di negara Salangore. Adakalanya isu
yang diperjuangkan oleh BEBAS agak panas kerana membangkitkan isu-isu yang
menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang di kalangan orang awam. BEBAS telah
bergabung dengan 30 buah NGO, antaranya Suara Awam, PRIHATIN, SISW, PUTARAN
serta LOYAR untuk mengadakan perhimpunan menuntut supaya hak golongan minoriti
seperti orang asal, mak nyah, lesbian, gay, kebebasan agama serta kesaksamaan gender diberi
perhatian. Mereka telah mengedarkan risalah kepada orang awam memaklumkan bahawa
perhimpunan akan diadakan pada 31 Mei 2014 di Dataran Lumpur untuk menunjukkan
sokongan kepada kumpulan-kumpulan minoriti ini. Majlis Daerah Lumpur enggan
mengeluarkan permit. Dalam masa yang sama, Persatuan Muda Islam telah mengeluarkan
bantahan kerana, dalam risalah yang diedarkan itu, terdapat perkataan ‘Allah’ yang
digunakan oleh salah satu kumpulan yang terlibat, iaitu Persatuan gereja Moden. Risalah
tersebut juga menyatakan bahawa Per. 153 Perlembagaan Persekutuan perlu dimansuhkan
dan negara Salangore hendaklah menjadi sebuah republik. Persatuan MELAYU RAYA
membuta kenyataan bahawa, mereka juga, pada hari yang sama, akan mengadakan
perhimpunan membantah perhimpunan yang dianjurkan oleh BEBAS. Pertentangan antara
dua-dua kumpulan ini telah menimbulkan ketegangan di Daerah Lumpur. Akibat dari
ketegangan yang berlaku, Ketua Polis Salangore telah mengeluarkan kenyataan bahawa
perhimpunan yang dianjurkan oleh BEBAS, jika diteruskan, adalah perhimpunan haram.
Menteri Dalam Negeri Salangore menyatakan bahawa pendaftaran BEBAS boleh dibatalkan
seandainya berlaku kacau bilau pada hari perhimpunan tersebut. Nasihatkan pihak-pihak
dalam permasalahan ini berkenaan hak dan batasan tindakan yang ingin mereka laksanakan.
(20 markah)
[Peperiksaan Akhir Sem II, Sesi 2013/2014]

2. Pepper Pots telah membuat laporan dalam akhbar mengenai kilang Munchy Munchy yang
didakwa beliau sebagai mengeluarkan produk makanan tidak halal. Disebutkan juga senarai
bahan-bahan yang didakwa sebagai tidak halal. War Machine, seorang penganut agama
Islam, kemudiannya telah bertindak untuk mengadakan perhimpunan membantah kegiatan
pengeluaran makanan dari kilang Munchy Munchy. Perhimpunan tersebut bakal disertai oleh
pelbagai NGO Islam seperti Bulan, ISMI, Pemakan Islam dan Aulad Islami. Selain dari
menganjurkan perhimpunan, War machine juga mengeluarkan risalah yang kandungannya
menyebutkan: “Adalah menjadi tugas umat Islam untuk menghalang kegiatan pengilangan
ini. Jika perlu, kilang tersebut hendaklah diruntuhkan dan dibakar. Pekerja-pekerja kilang
tersebut juga adalah bersubahat dan jika mereka terdiri dari orang Islam, mereka adalah
murtad dan darah mereka halal ditumpahkan.”

Tuan punya kilang, Happy Hour, merasa amat runsing akan keselamatan kilang serta pekerja-
pekerjanya. Beliau membuat laporan polis. Dalam masa yang sama, sekumpulan NGO yang
terdiri daripada pengeluar makanan, merasa tidak puas hati kerana dakwaan Pepper Pots telah
menyebabkan hasil jualan mereka terganggu kerana bahan-bahan yang sama digunakan
dalam produk mereka juga. Kumpulan NGO pengeluar makanan ini juga ingin mengadakan

17
perhimpunan membantah laporan Pepper Pots. Pertentangan antara kedua-dua kumpulan ini
telah menimbulkan ketegangan di Daerah Melor. Terdapat kejadian daing khinzir diletakkan
di hadapan rumah orang Islam dan kepala lembu digantung di kuil serta gereja dirosakkan.
Akibat daripada ketegangan yang berlaku, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan
bahawa perhimpunan anjuran kedua-dua pihak tersebut jika diteruskan, adalah merupakan
perhimpunan haram. Menteri Kedamaian pula menyebut kumpulan-kumpulan ini jika telah
didaftar menurut Akta Persatuan boleh dibatalkan pendaftaran mereka. Penduduk-penduduk
Daerah Melor juga membantah perhimpunan tersebut dan meminta Majlis Daerah tidak
memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun.

Nasihatkan pihak-pihak dalam permasalahan ini berkenaan dengan hak dan batasan terhadap
perlakuan mereka. Jika mereka ingin mengadakan perhimpunan, apakah proses yang perlu
mereka lalui. (20 markah)
[Peperiksaan Akhir (ganti) Semester II 2014/2015]

3. Nomos, adalah merupakan seorang aktivis sosial. Beliau amat prihatin terhadap isu-isu
berkaitan dengan kemusnahan alam sekitar dan pencemaran. Beliau merancang
menganjurkan perhimpunan bertemakan “Hentikan kemusnahan alam dan sayangi alam.” Di
Taman Tasik Titiwangsa pada 13 Jun 2015 dan telah mengedarkan jemputan kepada orang
awam mengenai perhimpunan tersebut. Ketika perhimpunan tersebut, perarakan di sekeliling
Taman Tasik Titiwangsa akan diadakan. Makluman telah dibuat melalui lama sosial
facebook, blog, twitter dan risalah yang diedarkan di sekitar Lembah Kelang. Archie and
Same tidak bersetuju dengan cadangan Nomos tersebut. Ketiga-tiga mereka bertemu dengan
anda untuk mendapatkan pandangan mengenai hak untuk berhimpun seperti yang ditetapkan
oleh Perlembagaan dan apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh mereka. Jawapan anda
hendaklah merujuk kepada peruntukan undang-undang berkaitan dan kes yang telah
diputuskan oleh mahkamah.
(15 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2014/2015]

4. Dr. Bambang merupakan seorang warganegara Indonesia serta pelajar pasca siswazah di
Fakulti Undang-undang UKM. Selepas tamat pengajian Ijazah Kedoktoran, beliau telah
berkahwin dengan rakan sekuliahnya, Zuraini, seorang warganegara Malaysia yang berasal
dari Sabah. Mulai tahun 2012, Dr. Bambang bergiat aktif memperjuangkan nasib pelarian dan
pendatang asing tanpa izin di Malaysia. Selain berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej
swasta, Dr. Bambang adalah setiausaha Persatuan Kemanusiaan Serantau atau PESA. Dalam
sebuah forum terbuka, Dr. Bambang telah menyelar kerajaan Malaysia yang tidak prihatin
terhadap nasib pelarian yang datang mencari perlindungan di Malaysia. Beliau juga
berpendapat kerajaan Malaysia melayan pendatang asing tanpa izin secara tidak
berperikemanusiaan. Dr. Bambang menyeru warga Indonesia yang berada di Malaysia supaya
bangkit membela nasib rakan senegara mereka. Tidak lama selepas membuat kenyataan
tersebut, pihak polis telah menahan Dr. Bambang di rumahnya dan membawa beliau ke balai
polis untuk siasatan lanjut. Selepas tamat tempoh siasatan, Dr. Bambang telah dihantar
pulang ke Indonesia. Isteri Dr. Bambang, Puan Zuraini tidak berpuas hati dengan tindakan
kerajaan Malaysia dan bercadang untuk menyaman pihak Jabatan Imigresen.

i) Anda selaku Timbalan Pendakwaraya yang terlibat dalam kes ini, jika Dr.
Bambang masih berada di Malaysia selepas disoal siasat oleh pihak polis, adakah
tindakan Dr. Bambang bertentangan dengan kebebasan bersuara? Jika tindakan
Dr. Bambang bertentangan dengan kebebasan bersuara, undang-undang manakah

18
yang boleh digunakan untuk mendakwa Dr. Bambang? Sokong jawapan anda
berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan. (7
markah)

ii) Sekiranya anda dilantik sebagai peguam oleh Puan Zuraini untuk menyaman
kerajaan Malaysia kerana suaminya, Dr. Bambang telah dihantar pulang ke
Indonesia, apakah nasihat anda kepadanya? (5 markah)

iii) Semasa Dr. Bambang disoal siasat oleh pihak polis, beliau telah dikenakan
tahanan reman selama 21 hari. Dalam tempoh tersebut, beliau hanya dibenarkan
bertemu dengan peguam selepas 15 hari berada dalam tahanan reman. Dr.
Bambang juga dinafikan rawatan perubatan semasa dalam tahanan pihak polis
sehingga menjejaskan kesihatannya. Puan Zuraini tidak berpuas hati dengan
layanan yang diberikan oleh pihak polis kepada suaminya dan telah membawa kes
ini ke mahkamah. Selaku hakim yang mendengar kes ini, bagaimana anda akan
membuat keputusan? Nyatakan alasan-alasan bagi keputusan anda. (8 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2015/2016]

5. Ronaldo merupakan seorang aktivis sosial. Beliau amat prihatin terhadap isu-isu berkaitan
dengan kemusnahan alam sekitar dan pencemaran. Beliau merancang menganjurkan
perhimpunan bertemakan “hentikan kemusnahan alam dan sayangi alam” di taman Tasik
perdana pada 13 Jun 2015. Makluman mengenai perhimpunan tersebut telah dibuat melalui
lama sosial facebook, blog dan twitter. Antara maklumat yang terkandung dalam makluman
itu ialah satu perarakan akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Archie dan Same tidak
bersetuju dengan cadangan Ronaldo tersebut. Mereka bertiga bertemu dengan anda untuk
mendapatkan pandangan mengenai hak untuk berhimpun seperti yang ditetapkan oleh
perlembagaan dan apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh mereka. Jawapan anda
hendaklah merujuk kepada peruntukan undang-undang berkaitan dan kes yang telah
diputuskan oleh mahkamah. (15
markah)
[Peperiksaan Ganti Semester II, 2016/2017]
___________________________________________________________________________

MINGGU 8
Hak Terhadap Kebebasan Bersuara, Berhimpun Dan Berpersatuan (Per.10)

Per.10 (1)(b) – Kebebasan Berhimpun


• Datuk Yong Teck Lee v PP [1993] 1 MLJ 295
• Lau Dak Kee v PP [1976] 2 MLJ 229
 Chai Choon Hon v Ketua Polis Daerah Kampar & Govt of Malaysia [1986]2 MLJ 203
• P Patto v Chief Police Officer, Perak & Ors [1986] 2 MLJ 204
 Siva Segara v PP [1984]2 MLJ 212
• Pendakwaraya v Cheah Beng Poh [1984] 2 MLJ 225
 Nik Noorhafizi Nik Ibrahim v PP [2014]4 CLJ 944
 Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2013]3 MLJ 103
 Nik Nazmi Nik Ahmad v PP [2014]4 MLJ 157
 PP v Yuneswaran a/l Ramaraj [2015]6 MLJ 47
 Meor Safizal Meor Mohamed Amin & Yang Lain lwn. PP [2015] 4 CLJ 709
 Maria Chin Abdullah lwn Pendakwa Raya [2016]9 MLJ 601

19
 Kerajaan Malaysia v Ambiga Sreenevasan & Ors [2016]8 CLJ 330

Per.10(1)(c) – Kebebasan Berpersatuan


• Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh [1992] 2 CLJ 1125
• Tun Datu Haji Mustapha v Sabah Legislative Assembly [1993] 3 CLJ 546
 Dr Mohd Nasir Hashim v Menteri Dalam Negeri[2007]1 CLJ 19
• Datuk Justine Jinggut v Pendaftar Pertubuhan [2012]3 MLJ 212
 Dato’ Ambiga Sreenevasan v Menteri Dalam Negeri [2012]MLJU 710
 Abdul Hakim Othman & Ors V. Menteri Dalam Negeri, Malaysia [2018] 8 CLJ 343

Per. 10(2)
• PP v Karpal Singah a/l Ram Singh [2012]4 MLJ 443
• Mat Shuhaimi bin Shafiei v Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 145
 PP v Azmi Sharom [2015] 8 CLJ 921
 Hoslan bin Hussin v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [2012] 4 MLJ 137

Artikel
 Constitutional Protection Of Freedom Of Association For Trade Union Purposes
[2007] 1 MLJ i

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. X merupakan anggota organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak
golongan minoriti yang melibatkan wanita, kanak-kanak dan orang asal. Kerajaan Antah
Berantah bercadang untuk mengkaji semula undang-undang yang melibatkan ketiga-tiga
golongan tersebut. Ketua Pengarah Bahagian Kajian Semula Undang-undang telah
menghubungi X dan meminta beliau memberikan pandangan mengenai Per. 8 Perlembagaan
Persekutuan. Andaikan anda adalah X, anda dikehendaki memberi pandangan meliputi
perkara berkaitan,
i) pengertian hak kesamarataan menurut Per. 8 (10 markah)
ii) bentuk diskriminasi yang dibenarkan (4 markah)
iii) panduan yang diberikan oleh mahkamah (6 markah)
Pandangan anda hendaklah disokong dengan kes-kes dan undang-undang yang berkaitan.
[Peperiksaan akhir Sem II 2012/2013]

2. ‘The right to freedom of speech is simply the right which everyone has to say, write or
publish what he pleases as long as he does not commit breach of the law.’
Ooi Kee Saik v PP [1971]2 MLJ 108

Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah, bincangkan skop kebebasan
bersuara dan ujian-ujian yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan sama ada
sesuatu undang-undang atau tindakan terjumlah kepada pelanggaran kebebasan bersuara
seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. (20
markah)
[Peperiksaan akhir Sem II 2012/2013]

3. Berikan pandangan anda sama ada keadaan di bawah bercanggah dengan mana-mana
peruntukan Perlembagaan Persekutuan:
i) A adalah seorang pelajar universiti dan berhasrat untuk bergiat aktif sebagai aktivis politik.
Walau bagaimanapun, peraturan universiti menghalang A dari menjadi ahli aktif atas alasan

20
kepentingan moral dan kepentingan pengajian pelajar. A tidak bersetuju dengan peraturan
tersebut dan berhasrat untuk mencabar kesahan peraturan tersebut dari sudut perlembagaan.
(7.5 markah)
[Peperiksaan khas, Semester II 2014/2015]

4. Negara Pristana telah menghadapi pilihan raya umum pada tahun 2020 di mana Pakatan
Hope yang dianggotai oleh Parti Mimpi, Parti Angguk dan Parti DIG telah
memenanginya. Selepas setahun, pergolakan politik telah berlaku dalam Pakatan Hope
yang menyebabkan gabungan parti yang membentuk kerajaan berpecah. Berikutan
dengan perpecahan tersebut, Perdana Menteri Pakatan Hope telah meletakkan jawatan.
Keadaan ini telah menyebabkan gabungan parti baharu perlu dibentuk memandangkan
tiada parti yang mendapat majoriti besar kerusi Parlimen. Selain daripada Pakatan Hope,
parti lain yang ada ialah Parti UNGKA, Parti Belief, Parti SUDI, Parti AGRO dan Parti
DURI.

Pakatan INOVASI (PI) yang terdiri daripada Parti UNGKA, Parti Belief, Parti SUDI,
Parti AGRO dan Parti DURI telah membentuk gabungan parti baharu bagi membentuk
kerajaan baharu. Tindakan ini telah menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen dalam
parti gabungan Pakatan Hope telah keluar dari gabungan tersebut dan menyertai
gabungan Pakatan Inovasi. Tindakan ahli-ahli Parlimen daripada gabungan Pakatan Hope
itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli parti gabungan Pakatan Hope serta
penyokong-penyokong mereka. Ahli-ahli Parlimen itu digelar sebagai pengkhianat dan
tidak bermoral kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum adalah atas tiket
Pakatan Hope. Mereka juga dituntut supaya mengosongkan kerusi Parlimen masing-
masing.

Kejadian melompat parti ini didapati boleh menyebabkan ketidakstabilan kepada


kerajaan. Untuk memastikan kerajaan baharu tidak akan tumbang seperti kerajaan
sebelumnya, seorang ahli Parlimen daripada Parti DURI telah membuat saranan supaya
undang-undang antilompat parti diperkenalkan. Untuk tujuan tersebut, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menubuhkan satu
jawatankuasa untuk merangka Rang Undang-Undang Antilompat Parti bagi tujuan
menghalang amalan lompat parti daripada menjadi budaya dalam kalangan ahli politik.
Anda telah dilantik menganggotai Jawatankuasa berkenaan dan diminta untuk
memberikan pandangan tentang:
(i) Adakah Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan?
(2 markah)

(ii) Jika Parlimen mempunyai kuasa, apakah skop sekatan yang boleh dikenakan?
(2 markah)

(iii) Bincangkan sama ada sekatan tersebut melanggar hak asasi untuk
berpersatuan atau sebaliknya? Nyatakan alasan-alasan anda serta autoriti yang
menyokong hujah berkenaan.
(6 markah)
[Ujian Akhir Semester 2 2019/2020]
___________________________________________________________________________

MINGGU 9

21
Hak Kebebasan Beragama (Per.11)

Hak Menganut Agama


 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn Hun Mun Meng [1992]2 MLJ 676
• Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang [1996]MLJU 500
• Mohd Hakim Lee v Masjlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [1997] 4 CLJ Supp
419
• Soon Singh a/l Bikar Singh v Perkim Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489
• Daud bin Mamat & Ors v Majlis Agama Islam Kelantan [2001]2 MLJ 390
• Kamariah Ali lwn Kerajaan Kelantan [2002]3 MLJ 657
• Kamariah Ali dll lwn Kerajaan Negeri Kelantan dan satu lagi [2005]1 MLJ 197
 Priyathaseny & Ors v Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Perak & Ors [2003]2 MLJ 302
 Zubeydah bte Shaik Mohd lwn Kalaichelvan a/l Alagapan dll [2003]2 MLJ 471
 Tongiah Jumali & Anor v Kerajaan Negeri Johor & Ors [2004]5 MLJ 40
• Lina Joy v Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia [2007] 4 MLJ 585
• Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Siti Fatimah Tan Abdullah (Mahkamah
Rayuan Syariah Pulau Pinang) [2009] JH 27 Bhg II 185
 Azmi Mohamad Azam v. Director of Jabatan Agama Islam Sarawak & Ors [2016] 6
CLJ 562
 Syarifah Nooraffyzza bt Wan Hosen v Director of Jabatan Agama Islam Sarawak &
Ors [2018] 2 MLJ 354
 Majlis Agama Islam Selangor v Dahlia Dhaima bt Abdullah and another appeal
[2023] 2 MLJ 897

Penentuan Agama Si Mati


• Re Mohd Said Nabi [1965]MLJ 121
• Ng Wan Chan v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor [1991] 3 MLJ
174
 Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam [1992]1 MLJ 1
 Permohonan Perisytiharan Status Agama Simati Mohamad Abdullah @ Moorthy a/l
Maniam [2006]JH 21 Bhg II 210
• Kaliammal Sinnasamy lwn Pengarah Jabatan Agama Islam WP [2006]1 CLJ 753
• Permohonan Perisytiharan Status Agama Simati Nyonya binti Tahir [2006]JH 21 Bhg
II 221

Hak Mengamalkan Agama


• Halimatussaadiah v PSC, Malaysia [1994] 3 MLJ 61
 Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain v Fatimah Sihi & Lain-lain [2006]4 MLJ
605
 Zakaria Abdul Rahman v Ketua Polis Negara [2001]3 MLJ 385
• Muniandy a/l Subramaniam v Majlis Perbandaran Langkawi [2003]6 MLJ 177
 Pedik Busu & Yang Lain lwn Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang & Yang
Lain [2010]4 CLJ 868
 Marcel Jude v Sabah State Legislative Assembly [2013]10 CLJ 461

Hak Menyebarkan Agama


• Jamaludin Othman v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1989] 1 MLJ 368

22
• Abdul Rahman Haji Bahaudin v Ketua Kadi Kedah [1983]2 MLJ 370

Artikel
 Freedom of Religion under the Federal Constitution of Malaysia; A Reappraisal
[1994]2 CLJ lvii
 Murtad dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia (1999) 3 Malaysian Journal
Of Law and Society 54-70
 Kebebasan Beragama: Gambaran Malaysia [Disember 2014] KANUN 220
 Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif
Undang-Undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran (2013) 17 JUUM 13 -36
 Freedom of Religion and Registration of Religious Group (2004) INSAF XXXIII
No. 2 15
 Religious Freedom, The Malaysian Constitution and Islam: A Critical Analysis
Procedia - Social and Behavioral Sciences 217 (2016) 1216 – 1224

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Bincangkan limitasu kebebasan beragama berkaitan ketenteraman awam terutamanya
berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Semenanjung Malaysia.
(7.5 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2013/2014]

2. “....it is my judgement that the right of the State Legislature to enact laws, to ensure
the protection and sanctity of Islam, under art 11(4) is constitutional. I may add that
such constitutional right of the states, especially where there are Rulers who are
heads of the religion of Islam, fortified the position of Islam in the Federation that it
should be immuned to any threat or attempt to weaken Islam’s position as the religion
of the Federation. It is also my judgement that any act or attempt of propagation on
the Islamic population by other religion is an unlawful act.”
(Menteri Dalam Negeri & Ors v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala
Lumpur [2013]6 MLJ 468, 495)

Anda merupakan ahli Dewan Undangan Negeri yang berhasrat untuk mewujudkan undang-
undang di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Anda perlu menjelaskan
beberapa isu berkaitan Perkara 11(4) kepada ahli-ahli Dewan. Mereka memerlukan
penjelasan mengenai perkara berikut:

i) Apakah undang-undang yang boleh digubal di bawah Perkara 11(4) untuk


memelihara kemuliaan Islam dan berikan ulasan mengenai skop pemakaian
undang-undang tersebut. (5 markah)
ii) Jika penyebaran agama ingin dikawal, apakah sempadan/batasan kebebasan
menyebarkan agama yang dianjurkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
(10 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2014/2015]
3. Jawab (a) DAN (b).

(a) Jelaskan perbezaan pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh mahkamah


dalam mentafsir kebebasan beragama di Malaysia. (8 markah)

(b) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes
utama berkaitan dengan kebebasan beragama di Malaysia seperti kes Hjh

23
Halimatus Saadiah bte Hj Kamaruddin v. Public Services Commission & Anor
[1994] 3 MLJ 61 atau kes Meor Atiqurrahman Ishak & Ors v. Fatimah Sini &
Ors [2006] 4 CLJ 1 atau Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585 (FC) atau Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri & Ors (FC) [2014] 4 MLJ 765?
Huraikan pandangan anda secara kritis. (12 markah)
[Ujian Akhir Semester 2 2019/2020]

MINGGU 10

Limitasi Terhadap Hak Kebebasan Beragama (Per.11(4) & 11(5))


 Re application of Tan Boon Liat @ Allen; Tan Boon Liat v Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri & Ors [1976]2 MLJ 83
 Re P.E. Long [1976]2 MLJ 133
 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri & Ors
[2014]4 MLJ 765
 Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia &
Anor [2021]8 MLJ 890

Hak Pendidikan (Perkara 12(3))


 Dominic Lau Hoe Chai v Maszlee bin Malik & Ors [2020]8 MLJ 50

Hak Menentukan Agama Anak (Per. 12(4))


• Teo Eng Huat v Kadhi Besar Pasir Mas, Kelantan [1990] 2 MLJ 55
• Chang Ah Mee v Jabatan Hal Ehwal Agama Islam & Ors. [2003]1 CLJ 458
 Neduchelian V Uthiradam v Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors [2005]2 CLJ 306
• Subashini a/p Rajasingam v Saravanan a/l Thangathoray and other appeals [2008] 2
MLJ 147
• Shamala Sathiyaseelan v Dr. Jeyaganesh C. Mogarajah & Anor [2004]2 CLJ 416
 Siti Hasnah Vangarama Abdullah Lwn.Tun Dr Mahathir Mohamed (Sebagai Yang
DiPertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia – Perkim) & Yang Lain [2012]1 CLJ
786
• Indira Gandhi v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak [2013]5 MLJ 552
 Pathmanathan Krishnan v Indira Gandhi Mutho & 2 other appeals [2016]1 CLJ 911

Artikel
 Forum Competition in Conversion Cases: A Review of Pathmanathan v Indira Ghandi
(Court of Appeal Decision) [2016]1 LNS(A) xvii
 Undang-Undang Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada orang Islam
– Satu Penilaian Selepas 50 Tahun Perlembagaan Persekutuan
https://www.academia.edu/4463252/
undang_undang_kawalan_penyebaran_agama_bukan_islam_kepada_orang_Islam
 Propagation Of Religious Doctrines To Muslims: A Legal Perspective [2010] 2 MLJ
cx
 Legal Provisions And Restrictions On The Propagation Of Non-Islamic Religions
Among Muslims In Malaysia, Kajian Malaysia, Vol. 31, No.2, 2013, 1–18
 Prohibition For Non-Muslims To Use The Word 'Allah' In Malaysia: A Constitutional

24
Perspective [2015] 2 MLJ lxx

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. H, yang beragama Kristian dan W, beragama Buddha, telah berkahwin pada tahun 2000.
Pada tahun 2005, H telah memeluk agama Islam. Pasangan berkenaan mempunyai seorang
anak perempuan, D, yang berumur 17 tahun. H telah memaksa D supaya memeluk agama
Islam. D enggan berbuat demikian kerana berpendapat bahawa dia mempunyai hak untuk
memilih agama yang diyakininya dan berhasrat kekal sebagai seorang Kristian. W, walau
bagaimanapun mahukan D mengamalkan agama Buddha sepertinya.

i) Nasihatkan H dan W mengenai hak mereka menurut Perlembagaan Persekutuan.


(12 markah)
ii) Andainya H kekal sebagai seorang Kristian dan D ingin memeluk agama Islam, bolehkah
D berbuat demikian walaupun kedua-dua ibu bapanya menentang kehendaknya. Nasihatkan
D. (8 markah)
[Peperiksaan akhir Semester 2, 2012/2013]

2. Siva telah memeluk agama Islam ketika berusia 15 tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Apabila menyambut hari jadinya yang ke-19, Siva telah mengisytiharkan dirinya keluar
daripada agama Islam. Pada keesokan hari, dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya,
Siva telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah
dibawa ke hospital Kajang untuk dibedah siasat. Satu pertelingkahan berlaku antara keluarga
Siva dan Majlis Agama Islam Selangor tentang pengkebumian Siva. Keluarga Siva
mendakwa Siva tidak beragama Islam manakala Majlis Agama Islam Selangor mendakwa
Siva beragama Islam. Sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, anda dikehendaki
memberi pandangan kepada Sultan Selangor tentang kejadian yang berlaku.
(15 markah)
[Peperiksaan akhir Sem II, Sesi 2013/2014]

3. Rudi telah berkahwin dengan Rubi dalam upacara agama Kristian pada tahun 1995.
Mereka adalah berketurunan orang asli yang tinggal di Hulu Perak. Mereka telah dikurniakan
4 orang anak: sepasang kembar perempuan, Rubina dan Rudina, berumur 18 tahun dan
sepasang kembar lelaki, Ron dan Roz berumur 15 tahun. Rudi telah berjumpa dengan anda,
seorang mahasiswa UKM semasa Persatuan mahasiswa Fakulti Undang-undang mengadakan
program khidmat nasihat guaman percuma di Hulu Perak. Rudi mempunyai dua persoalan;
a) jika dia ingin memeluk Islam dan isterinya enggan, sebagai seorang bapa, adakah dia
mempunyai hak untuk menentukan agama anak-anaknya? (7 markah)

b) Jika beliau ingin membubarkan perkahwinan sivil yang dimasukinya dengan Rubi,
mahkamah manakah yang sesuai untuk beliau memfailkan permohonan perceraian?
Jawapan anda hendaklah disokong dengan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.
(8 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2016/2017]
___________________________________________________________________________

MINGGU 11
Pengecualian kepada Kebebasan Asasi – Per 149, 150, 151 Perlembagaan Persekutuan

Undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah Per.149:


- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (dimansuhkan)

25
- Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 2012
- Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan 2014)
- Akta Pencegahan Keganasan 2015
- Akta Majlis Keselamatan Negara 2015

Per. 149
 Zali bin Sharif v Timbalan Menteri Dalam Negeri [2004]1 MLJ 480
 Darma Suria bin Risman Saleh v Menteri Dalam Negeri & Ors [2010]3 MLJ 307
 Khaeryll Benjamin Ibrahim v Ketua Polis Negara & Ors [2010]6 CLJ 777
 Public Prosecutor v Yazid Sufaat [2015] 1 MLJ 571

SOSMA
 Public Prosecutor v Hassan Haji Ali Basri [2014]7 MLJ 153
 Ooi Chee Tiong v. PP [2016] 2 CLJ 678
 Khairudin bin Abu Hassan lwn Kerajaan Malaysia dan satu lagi [2017]7 MLJ 713
 PP v. Khairuddin Abu Hassan & Anor [2017] 4 CLJ 701
 Suresh Kumar a/l Velayuthan v Public Prosecutor [2020] 10 MLJ 549
 Saminathan a/l Ganesan v Public Prosecutor [2020] 7 MLJ 681
 Public Prosecutor v Entiran a/l Durasamy and other cases [2022] 8 MLJ 900

POCA
 Goh Leong Yong v ASP Khairul Fairoz bin Rodzuan & Ors [2021]5 MLJ 474
 Lei Meng v Inspektor Wayandiana bin Abdullah & Ors and other appeals [2022] 3 MLJ
203

MKN
 Dato Seri Anwar Ibrahim v Government of Malaysia & Anor [2020]4 MLJ 133
 Dato Seri Anwar Ibrahim v Kerajaan Malaysia [2021]6 MLJ 68

Per. 151
 Selva Vinayagam a/l Sures v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 1
MLJ 601
 Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz bin Rodzuan and another cases [2021]3 MLJ
759
 Rovin Joty a/l Kodeeswaran v. Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors. And othe rappeals
[2021]2 MLJ 822
 Dhinesh a/l Tanaphll v Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2022]3 MLJ 356

Artikel serta Bab dalam Buku


 Special Powers against Subversion and Emergency Power, in Constitution of Malaysia by
Harry Groves (1964) 219-226
 Preventive Detention under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measure) Act 1985:
Are the Safeguard Real or only a Smokescreen? [2003]1 MLJ xxxiii
 Preventive Detention : Judicial Interpretation And Legislative History [2004] 3 MLJ xlvii
 Rule Of Law: An Initial Analysis Of Security Offences (Special Measures) Act (SOSMA)
2012 (2015) 23 IIUMLJ 1
 The National Security Council Bill: A Colorable Exercise of Power [2016]2 MLJ cxix
 Ulasan Perundangan – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,
Jurnal Kanun, 2016, Jilid 28, Bil 2

26
http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/10-Ulasan-
Perundangan.pdf
 Ulasan Perundangan – Akta Pencegahan Keganasan 2015, Jurnal Kanun 2017, Jilid 30,
Bil 1 http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2017/02/Ulasan-
Perundangan.pdf
 Malaysia’s National Security Council Act 2016: A Critical Review in Reference to the
Federal Constitution and the Rule of Law Principles (2019) Pertanika Journal of Social
Sciences & Humanities 27(1):549-569

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Bandingkan hak orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-
langkah Khas) 2012 dengan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Adakah
hak yang diberikan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
mematuhi jaminan Perlembagaan Persekutuan seperti yang diberikan di bawah Perkara 5 dan
Perkara 149? Jelaskan. (8 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II 2015/2016]
2. Bincangkan bantahan-bantahan dari sudut undang-undang yang boleh dikemukakan di
mahkamah atau kritikan yang boleh dibuat oleh pakar perundangan tentang DUA (2) dari
undang-undang di bawah serta bagaimana bantahan tersebut boleh disanggah:

(a) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (10 markah)

(b) Akta Pencegahan Keganasan 2015 (10 markah)

(c) Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (10 markah)


[Ujian Akhir Semester 2 2019/2020]

3. Jawab kedua-dua soalan di bawah.


(a) Nyatakan perlindungan yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap mereka yang
ditahan dibawah undang-undang pencegahan. (5 markah)

(b) Pilih mana-mana satu Akta di bawah dan beri ulasan mengenai kepatuhan undang-undang
tersebut kepada perlindungan yang diberi di bawah Per 151.
i. Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Pemerluasan) 1959
ii. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
iii. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (10 Markah)
[Ujian Akhir Semester 2 2020/2021]
___________________________________________________________________________

MINGGU 12

Per.150 - Perisytiharan Darurat


 Stephen Kalong Ningkan V Government Of Malaysia [1968] 1 MLJ 119
 Teh Cheng Poh v PP [1979]1 MLJ 50
 Abdul Ghani bin Ali @ Ahmad & Ors v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ 561
 Dato Seri Anwar Ibrahim v Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Md Yasin [2021]12 MLJ
834

27
 Datuk Seri Salahuddin b. Ayub v. Perdana Menteri Tan Sri Dato Hj Mahiaddin b. Md
Yasin [2021]12 MLJ 1
 Hassan bin Abdul Karim v Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj Mahiaddin bin Md Yasin
& Anor [2021] 11 MLJ 1

Statut yang akan dirujuk


 Ordinan Darurat 2021

Rujukan Utama dan Sokongan


1. Abdul Aziz Bari. 2003. Malaysian Constitution – A Critical Introduction. The Other
Press. Chapter Fourteen.
2. Tan, Kevin Y.L, Yeo, T.M & Lee, K.S. 2010. Constitutional Law in Malaysia and
Singapore. Singapore. Butterworths Asia. Chapter 4.
3. Tun Mohd Salleh Abas. 2006. Cet. Ke-3. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab Sembilan.
4. Tun Mohamed Suffian, Lee HP, Trindade FA. 1979. The Constitution of Malaysia – Its
Development: 1957-1977. Oxford University Press. Chapter 14.
5. Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. An Introduction to the
Constitution of Malaysia, 3rd Edn., Pacifica Publications, Malaysia. Chapter 15.

Artikel
 S.Jayakumar, Emergency Powers in Malaysia: Can the Yang Di-Pertuan Agong Act in
His Personal Discretion and Capacity, (1976)18 Malaya Law Review 149
 S Jayakumar, Emergency Powers in Malaysia: Development of the Law: 1957-77 [1978]
1 MLJ lx
 HP Lee, Emergency Powers in Malaysia in The Constitution of Malaysia: Further
Perspectives and Developments: Essays in Honour of Tun Mohamed Suffian, FA
Trindade & HP Lee eds (1986) Singapore, OUP.
 Justice Dato' Hj Abdul Malik bin Hj Ishak Relationship Between The Federal And The
State Governments In Times Of Emergency And Other Related Matters Thereto - A
General Perspective. [2005] 2 MLJ lxxxii; [2005] 2 MLJA 82
 Das, CV, Emergency Powers and the Rule of Law [1984]1 CLJ 61

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Periksa secara kritis skop dan perkembangan undang-undang darurat terutamanya
berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat dan mengambil
tindakan yang perlu untuk menangani darurat. (15 markah)

2. “the word “emergency” as used in Article 150(1) cannot be confined to the unlawful
use or threat of force in any of its manifestations……Although an “emergency” to be
within that article must be not only grave but such as to threaten the security or
economic life of the Federation or any part of it, the natural meaning of the word
itself is capable of covering a very wide range of situations and occurrence, including
such diverse events as wars, famines, earthquakes, floods, epidemics and the collapse
of civil government.

Lord MacDermott in Stephen Kalong Ningkan v Government of Malaysia [1968] 2 MLJ


238; 242.

28
i) Berdasarkan petikan di atas dan dengan menggunakan kes-kes yang telah diputuskan atau
suasana semasa, bincangkan keadaan di mana darurat telah diisytiharkan di Malaysia.
(12 markah)

ii) Apakah batasan kepada undang-undang darurat? (3 markah)


[Soalan Peperiksaan Akhir, Semester 1 2014/2015]
3. Bincangkan perbezaan antara;
a) Kuasa YDPA untuk mengisytiharkan darurat menurut Perkara 149 dengan;
(7.5 markah)

b) Kuasa yang diberikan oleh Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 kepada eksekutif untuk
mengisytiharkan kawasan keselamatan. (7.5 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2016/2017]

4. Jawab (i) DAN (ii).

PEJABAT PERDANA MENTERI RIVENDELL 24 APRIL 2020


___________________________________________________________________________
Kepada:
Kementerian Kesihatan Rivendell
Dari: Pejabat Perdana Menteri
Memorandum

Perdana Menteri memerlukan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Rivendell (KKR)


tentang perkembangan kes COVID-19 di Rivendell dan dunia serta langkah-langkah untuk
menangani penularan wabak tersebut.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah yang dipertimbangkan sesuai untuk


menangani wabak berkenaan. Langkah tersebut adalah seperti yang disiarkan dalam laporan
akhbar KKR bertarikh 9 Mac 2020 dan 11 Mac 2020 disertakan di Lampiran A dan B.

Terdapat juga laporan tentang kesulitan yang dialami oleh orang ramai, antaranya ialah
mereka kehilangan punca pendapatan dan tidak bebas bergerak. Larangan untuk melawat
negara-negara yang disebutkan juga telah menyebabkan mereka terpaksa membatalkan
lawatan bersifat perniagaan mahupun sosial. Hal ini telah menjejaskan pendapatan syarikat
dan menyebabkan keuntungan syarikat merosot. Syarikat pelancongan yang menguruskan
perjalanan individu ke luar negara untuk lawatan sosial juga mengalami kerugian kewangan.
Terdapat khabar bahawa tuntutan akan dibuat terhadap kerajaan tentang larangan keluar
negara ini.

Timbul keadaan tidak senang dalam kalangan orang ramai terhadap pekerja warga asing yang
dikhuatiri telah terdedah kepada jangkitan. Pekerja warga asing terdedah kepada layanan
buruk dan ada yang digelar sebagai virus bergerak dan dianggap sebagai bahaya untuk
didekati. Hal ini berlaku walaupun mereka telah disahkan sebagai bebas daripada virus
berkenaan.

Yang paling membimbangkan ialah munculnya tanggapan bersifat perkauman dalam


kalangan rakyat. Terdapat kata-kata yang dikeluarkan kepada kaum Hobbit yang
menyalahkan mereka sebagai punca penyebaran wabak dan mereka sepatutnya dihantar

29
pulang ke Hobbit Land. Kenyataan-kenyataan tersebut dikeluarkan di laman sosial. Sebuah
restoran telah didapati meletakkan notis yang berikut di pintu masuk restorannya:

Starting from today, as a countermeasure for the coronavirus, my shop will begin a
‘Rivendell only’ policy. I am responsible for protecting my family, my employees, and
Rivendell customers. This isn’t discrimination, so please be understanding towards
this new policy.

Maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan bahawa


serangan virus COVID-19 telah mencapai tahap pandemik dan memerlukan perhatian segera
(urgent attention). Ini adalah seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh WHO di Lampiran C
dan D.

Perdana Menteri Rivendell memerlukan pandangan tentang keadaan semasa dan secara
khusus menjawab soalan-soalan yang berkaitan:
1. Adakah perintah “tinggal dalam rumah” dan “tidak meninggalkan kawasan”
merupakan pelanggaran kepada hak untuk hidup (right to life) dan kebebasan
bergerak?
2. Adakah “layanan tidak sama rata” telah berlaku apabila pesakit-pesakit diasingkan?
3. Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk menangani peningkatan harassment dan
kenyataan bersifat kebencian dan merendahkan sesuatu kumpulan?
4. Adakah darurat perlu diisytiharkan? Siapakah yang paling sesuai melakukan
perisytiharan tersebut? YdPA menurut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan atau
Perdana Menteri menurut nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara?
Dengan mengandaikan bahawa Perlembagaan Rivendell sama seperti Perlembagaan
Persekutuan, berikan pandangan anda tentang persoalan di atas berdasarkan peranan anda
sebagai:

i. Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara; (10 markah)

ii. Kementerian Kesihatan Malaysia; (10 markah)

Rujuk lampiran-lampiran yang disertakan untuk membantu anda dalam memberikan nasihat
tersebut. [Soalan Wajib Ujian Akhir Semester 2 2019/2020]

5. Gamma adalah merupakan sebuah negara yang terdiri dari gabungan 5 buah jajahan, iaitu
Alpha, Beta, Delta, Epsilon dan Zeta. Perlembagaan Gamma menyatakan bahawa negara
tersebut mengamalkan sistem Persekutuan dan Raja Berperlembagaan. Kandungan
Perlembagaan Gamma adalah pari materia dengan Perlembagaan Malaysia, kerana negara
tersebut mempunyai latar belakang sosial, sejarah dan politik yang agak sama, terutamanya
setiap jajahan mempunyai Raja tersendiri yang akan melantik Ketua Negara dikenali sebagai
Yang di-Pertuan Tinggu. Yang di-Pertuan Tinggi juga berfungsi atas nasihat dari Perdana
Menteri dan Kabinet.

Pada bulan Jun 2020, Gamma telah diancam oleh virus DIVOC 19 yang merupakan virus
sangat merbahaya dan telah diisytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai
pandemik kerana serangannya adalah ke seluruh dunia. Gamma juga tidak ketinggalan
daripada dijangkiti oleh penyakit tersebut. Langkah-langkah kawalan telah diambil menurut
Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (yang pari materia dengan undang-
undang yang sama di Malaysia)

30
Selain dari ancaman DIVOC19, Gamma juga sedang mengalami krisis politik yang
menyebabkan ketidakstabilan dalam negara. Parti utama yang menjadi kerajaan iaitu Parti
Ilusi telah berpecah. Perpecahan tersbeut menjejaskan kepercayaan kepada Perdana Menteri
dan beliau bertindak menasihatkan Yang di-Pertuan Tinggi untuk membubarkan Parlimen
pada Februari 2021 dan mengadakan pilihanraya.

Berdasarkan keputusan pilihanraya yang baru selesai pada April 2021, tidak ada sebuah parti
pun yang mendapat majoriti besar dan ini telah menyebabkan kerajaan tidak dapat dibentuk.
Perdana Menteri kelima, iaitu Perdana Menteri bagi penggal Parlimen yang lepas telah
dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. Pelantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Tinggi
setelah memanggil Mesyuarat Majlis Kerajaan untuk semua Raja-raja berbincang. Dalam
watikah pelantikan dinyatakan pelantikan adalah secara ‘interim’ sehingga Perdana Menteri
keenam dilantik. Pada bulan Jun 2021, Perdana Menteri keenam telah dilantik dan kerajaan
baru telah terbentuk setelah beberapa parti bergabung dan mendapat majoriti tipis. Namun
begitu, pandemik DIVOC19 telah menjadi semakin teruk di mana setiap hari, jumlah kes
adalah melebihi 5000 dan jumlah kematian pula melebihi 200 orang sehari.
Untuk mencari jalan penyelesaian, beberapa pihak telah mengemukakan pandangan untuk
membolehkan tindakan drastik diambil termasuklah;
i) Mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Gamma
ii) Mengisytiharkan kawasan keselamatan seperti dinyatakan dalam Akta Majlis
Keselamatan Negara 2021 (yang pari materia dengan undang-undang yang sama
di Malaysia)

Perdana Menteri keenam telah membentuk Jawatankuasa Bebeas Khas untuk menimbangkan
perkara tersebut. Sebagai salah seorang daripada ahli Jawatankuasa Bebas Khas, tuliskan
pendapat anda mengenai:

a. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi di bawah kedua-dua undang-undang


tersebut supaya perisytiharan dikira sebagai sah? (6 markah)

b. Siapakah pihak-pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan yang


dicadangkan ?
(3 markah)

c. Tindakan manakah yang paling sesuai? Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-
dua undang-undang tersebut jika ingin digunakan bagi menangani DIVOC19?
(6 markah)

d. Bolehkah perisytiharan yang dibuat di bawah kedua-dua undang-undang dicabar


di mahkamah? (5 markah)
Rujuk keputusan mahkamah yang berkenaan jika sesuai.
[Soalan Wajib Ujian Akhir Semester 2 2020/2021]
___________________________________________________________________________

MINGGU 13
Penjawat Awam (Per.132 &135)

Per. 132

31
• Abdul Salam v Majlis Angkatan Tentera & Anor [2000] 1 MLJ 147; [2009] 6 MLJ
170
• Ramalingam v Chong Kim Fong [1978] 1 MLJ 83
• Hj.Ariffin v Government of the State of Pahang [1969] 1 MLJ 6
• Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan v Loot Ting Yee [1982] 1 MLJ 68
• Rajion Haji Sulaiman v Government of Kelantan [1976] 1 MLJ 118
• Government of Malaysia v Mahan Singh [1975] 2 MLJ 155
• Mohd. Noor Abdullah v Noordin Hj. Zakaria [2001] 2 MLJ 257
• Ang Seng Wan v Suruhanjaya Polis DiRaja Malaysia & Anor [2002] 2 MLJ 131
• Dato’ Seri Samy Vellu v S. Nadarajah [2000] 4 MLJ 696
• Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v Liew Fook Chuan [1996] 1 MLJ 481
• Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor [1996] 1 MLJ 261
 Ooi Kean Thong & Anor. V Public Prosecutor [2006] 3 MLJ 389 FC
• Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru v Tan Beng Sooi [1997] 2
MLJ 118
• Majlis Perbandaran Seberang Perai v Tropiland Sdn. Bhd. [1996] 3 MLJ 94
• Fadzil Bin Mohamed Noor v Universiti Teknologi Malaysia [1981] 2 MLJ 196 FC
• Ong See Teong & Anor v Tenaga Nasional Bhd. [2008] 5 MLJ 717
 Pihak Berkuasa Tatatertib Majlis Perbandaran Seberang Perai & Anor v Muziadi bin
Mukhtar [2020] 1 MLJ 141

Artikel
 Natural Justice and the Constitution (1981) 23 Malaya Law Review 226
 Natural Justice – the Malaysian Experience [1993]3 MLJ i
 Armed Forces Personnel as Public Servants under the Federal Constitution: A
Review on the Decision in Abdul Salam bin Husin [2001]1 MLJ xxix

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. Laporan Suruhanjaya Reid mengenai Penjawat Awam menyatakan,
40. The first essential for ensuring an efficient administration is that the political
impartiality of the public service should be recognised and safeguarded.....best
secured by recignising the service as a corporate body owing its allegiance to the
Head of the State and so reatining its continuous existence irrespective of changes in
The political complexion of the government of the day. The public service is
necessarily and rightly subject to ministerial direction and control in the
determination and execution of government policy, but in order to do their job
effectively, public servants must feel free to tender advice to Ministers, without fear or
favour, according to their views of the merits of a case....”

Bincangkan mengenai kerangka perlindungan yang disediakan oleh Perlembagaan


Persekutuan untuk menjamin kebebasan penjawat awam. (15 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2014/2015]

2. Per. 135(2) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan bahawa,


Anggota perkhidmatan awam tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat
Tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

Apakah yang dimaksudkan dengan terma ‘peluang yang munasabah untuk didengar’.
Berikan ilustrasi tentang terma tersebut berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan.
(15 markah)

32
[Peperiksaan Khas, Semester II, 2014/2015]

3 .Pilih dan jawab TIGA konsep atau prinsip di bawah:


i) Keadilan Semulajadi (Natural Justice) (5 markah)
ii) Kuasa budi bicara (Discretionary power) (5 markah)
iii) Ujian berkadaran (Proportionality test) (5 markah)
iv) Tindakan/keputusan tidak munasabah (unreasonableness) (5 markah)
v) Keadilan Tatacara (Procedural fairness) (5 markah)
[Peperiksaan akhir Semester II, 2014/2015]
___________________________________________________________________________

MINGGU 14

Penjawat Awam (Per.132 &135)


Per. 135
• Government of Malaysia v Iznan Osman [1977] 2 MLJ 13
• Surinder Singh Kanda v Government of the Federation of Malaya [1962] MLJ 169
• Rohana bte Ariffin & Anor v Universiti Sains Malaysia [1989] 1 MLJ 487
• Shamsiah bte Ahmad Sham v Public Services Commission Malaysia [1990] 3 MLJ
364
• Ghazi bin Sawi v Mohd. Haniff bin Omar [1994] 2 MLJ 114
• Ang Seng Wan v Suruhanjaya Polis di Raja Malaysia [2002] 2 MLJ 131
• Raja Abdul Malik Muzaffar Shah v Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis [1995] 1
MLJ 308
• Dr.Chandra Muzaffar v Universiti Malaya [2002] 5 MLJ 369
 Public Services Commission Malaysia & Anor v Vickneswary RM Santhivelu
[2008]6 CLJ 573
 Yusof Sudin v Suruhanjaya Perkhidmatan Polis [2012]1 CLJ 448

Artikel
 The Right to Oral Hearing in Disciplinary Proceedings against Public Servants:
A Malaysian Persepctive UUMJLS 10(1) Jan 2019 (69-92)

Hubungkait Per 135 dan Per 5(1) & Per 8(1)


• Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan [1996] 1 MLJ 261
• Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam v Utra Badi a/l K.Perumal [2002] 3 MLJ
281

SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS


1. “If the right to be heard is to be real right, which is worth anything, it must carry
with it a right in the accused man to know the case which is made against him. He
must know what evidence has been given and what statements have been made
affecting him: and then he must be given a fair opportunity to correct or contradict
them.”
(HMR Gopal Sri Ram; Raja Abdul Malek Muzaffar Shah bin Raja Shahruzzaman v
Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors [1995]MLJ 308 at 317)

Berdasarkan kepada obiter di atas, bincangkan apakah prosedur yang perlu dipatuhi untuk
memastikan pihak berkuasa telah memberikan hak untuk didengar kepada tertuduh.
(15 markah)

33
[Peperiksaan Akhir Semester II (ganti), 20132014]

2. Raju, seorang pegawai polis, telah dituduh terlibat dalam kegiatan memperdagangkan
wanita
dan kanak-kanak. Dalam tempoh siasatan, Raju telah digantung daripada menjalankan
tugasnya. Selepas tamat siasatan, pihak Pendakwaraya mendapati keterangan tidak cukup
untuk membawa kes Raju ke mahkamah. Namun begitu, Raju telah dikenakan tindakan
disiplin dan beliau telah dipecat dalam tempoh 24 jam tanpa diberi peluang membela diri.
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, nasihatkan Raju. (7 markah)
[Peperiksaan akhir semester 2, 2015/2016]

3. “It was accepted that whilst the disciplinary authority was not bound to observe
strictly the procedure which applied to courts of law, nevertheless, this did not mean
that it had carte blanche to follow any procedure it chose. That this must be so is I
think dictated by the principle that the disciplinary authority had to act with
fairness.” (Rohana bte Ariffin v
USM [1989]1 MLJ 487)

Berdasarkan kepada obiter di atas, bincangkan apakah prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi
untuk memastikan pihak berkuasa telah bertindak dengan saksama. (15 markah)
[Peperiksaan akhir semester II, sesi 2013/2014]

4. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan terma penjawat awam ‘memegang jawatan selama
diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong’? (5 markah)

(ii) Perkara 135(2) mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat penjawat awam
memasukkan prinsip keadilan semula jadi sebagai perlindungan. Bincangkan bagaimana
prinsip ini beroperasi di bawah peruntukan tersebut dengan bantuan kes-kes yang telah
diputuskan oleh mahkamah. (15 markah)
[Peperiksaan akhir Sem II, Sesi 2012/2013]
5. Bincangkan keadaan di bawah menurut peruntukan perlembagaan dan/atau kes-kes yang
sesuai;
a) S telah ditawarkan sebagai Pegawai Pentadbir di Kementerian Pelancongan. Beliau
telah mendapat arahan pertukaran daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Walau
bagaimanapun beliau enggan berpindah. Adakah beliau boleh berbuat demikian?
(5 markah)

b) R merupakan seorang ketua jabatan yang sangat tegas. Beliau menerima maklumat
bahawa salah seorang daripada pegawainya telah terlibat dengan penyelewengan
kewangan. Beliau menubuhkan jawatankuasa siasatan dan tribunal untuk
membicarakan pegawai tersebut. Tiada pemakluman mengenai butiran salah laku
diberikan kepada pegawai yang disyaki sebelum perbicaraan,. Adakah tindakan R
tersebut betul? (5 markah)
[Peperiksaan Akhir Semester II, 2016/2017]

6. Penjawat awam adalah merupakan badan penting untuk memastikan pentadbiran negara
berjalan dengan lancar. Oleh itu, adalah mustahak untuk memastikan badan ini bebas dalam
menjalankan tugas mengurus negara. Bincangkan jaminan Perlembagaan untuk memastikan
kebebasan penjawat awam. Adakah penjawat awam Malaysia pada hari ini mempunyai
kebebasan dalam menjalankan tugas? (15 markah)

34
[Ujian Akhir Semester II, 2020/2021]

HAKCIPTA/COPYRIGHT
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

HAKCIPTA TERPELIHARA. TIADA BAHAGIAN DARIPADA TERBITAN INI BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DISIMPAN
UNTUK PENGELUARAN ATAU DITUKAR KE DALAM SEBARANG BENTUK ATAU DENGAN SEBARANG ALAT JUGA PUN,
SAMA ADA DENGAN CARA ELEKTRONIK, GAMBAR SERTA RAKAMAN DAN SEBAGAINYA TANPA KEBENARAN
BERTULIS DARIPADA PENULIS TERLEBIH DAHULU.

35

Anda mungkin juga menyukai