Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TUGASAN BERKUMPULAN

UQU10702: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK : MEMBANGUN KEPERCAYAAN DI DUNIA DIGITAL:


ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENGATASI BERITA
PALSU DAN SCAMMER

TEMA : MEDIA SOSIAL

KUMPULAN : 17

SEKSYEN : 21

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. KHAIRUNESA BINTI ISA

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. AZMAN BIN ABU YAZIZ


(CB220169)

: 2. JENEX ANORYXON BEXTO BIN JIMMY


(AP210352)

: 3. LOH JIA WEI


(AD220143)

: 4. MARCELLA BINTI MOSIDI


(CB220246)

: 5. MUHAMMAD HAZIM BIN MD ASERI


(CB220226)

: 6. MOHAMAD SYAZWI HAKIM BIN AZAHAR


(CB220198)

: 7. SYEDULLAH AL'ADI SALAHUDDIN BIN SAHRI


(CB220210)
Abstrak

Terdapat segelintir maklumat yang disalurkan ke media sosial pada hari ini dikatakan berunsur
penyelewengan fakta sebenar, dan terdapat juga mengandungi penipuan atas talian yang disampaikan
melaluinya. Berdasarkan latar belakang itu kajian ini dilakukan berdasarkan objektif menilai jumlah
berita palsu yang terdapat di media sosial dan mengesyorkan pengurangan fitnah di media sosial. Kajian
ini juga berkenaan scammer yang ditularkan di media sosial yang berlaku pada masa kini. Kaedah kajian
dengan menganalisa data yang diperolehi di laman web Sebenarnya.my pada awal kewujudannya hingga
tahun terakhir kajian. Kajian yang dilakukan mendapati terdapat 2056 data dari tahun 2001 hingga 2019
di laman sesawang Sebenarnya.my. Hasil dapatan kajian itu menjelaskan bahawa masih perlu dilakukan
kajian lanjutan atau berkaitan dengan dengannya. Kajian yang dilakukan ini adalah kajian awal yang tidak
merangkum pelbagai bidang yang menyokong kepadatan hasil kajian. Kajian yang lebih mendalam
seperti apakah bentuk berita palsu yang terdapat di media sosial, tahap kesedaran masyarakat terhadap
penularan scammer di media sosial, bagaimanakah bentuk model kawal selia diri dalam kalangan
masyarakat yang perlu diadoptasi bagi mengurangkan penularan penipuan di media sosial. Kajian
mendalami ilmu-ilmu berkaitan serta kajian juga harus dilakukan untuk mengurangkan penyebaran
maklumat yang berupaya mengugat kestabilan masyarakat.

Kata kunci: Laporan, berita palsu, scammer


1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Media sosial merupakan medium perhubungan dan penyebaran maklumat serta telah menjadi satu
trend dalam kehidupan masyarakat masa kini terutamanya golongan remaja. Hal ini dapat dibuktikan
melalui hasil kajian Laporan Digital 2023 yang dikeluarkan Meltwater dan We Are Social menjelaskan
5.16 billion iaitu 64.4 peratus daripada penduduk dunia kini menggunakan media sosial seharian.
Malaysia merupakan negara ke-2 di dunia yang paling aktif dalam media sosial. 

Dalam meniti arus kemodenan ini, teknologi maklumat dan komunikasi berkembang pesat seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Kewujudan internet dan media sosial memainkan peranan yang amat
signifikan sebagai suatu wahana yang menjalinkan semua warga di seantero dunia tanpa batas. Apakah itu
media sosial? Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, media bermaksud alat atau penghantaran
dalam komunikasi ataupun perhubungan seperti telefon pintar manakala sosial pula bermaksud segala hal
yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Eksplisit Nya, media sosial secara umumnya membawa erti
sebagai saluran sosial dalam berkomunikasi. Selain daripada itu, media sosial turut didefinisikan sebagai
sebuah aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan
yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran ‘user-generated content’ (Kaplan, A. & Haenlein,
M.2010). Antara contoh media sosial yang sering digunakan oleh masyarakat ialah WhatsApp, Tiktok,
Instagram, Twitter, Facebook dan YouTube.

Penyebaran berita palsu dan penipuan atas talian (scammer) ni dalam Bahasa mudah adalah
individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Penyebaran berita palsu
merupakan penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media sosial dalam talian.
Aktiviti penipuan ini adalah sangat tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia dan aktiviti ini sering
terjadi dan sering keluar dipelbagai media sosial. Kesedaran berkaitan dengan perkara ini perlulah
sentiasa dilakukan agar rakyat Malaysia berwaspada kerana modus operandi pihak tidak
bertanggungjawab tersebut teramat licik. Kesedaran ini amatlah penting untuk sentiasa diberikan kepada
masyarakat agar dapat terhindar daripada aktiviti ini. Kajian ini dibentangkan dan dijalankan bagi
memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia agar tidak tertipu atau diperdaya oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tersebut. Antara jenis penipuan yang sering terjadi adalah seperti Scam Duit Syiling
Lama, Macau Scam (guna psikologi menakutkan mangsa), Instagram dan Facebook (Scam Media Social),
Scam Love dan Scam hutang (paling bahaya). Sebab perkara ini dikaji kerana bagi membangunkan lagi
kesedaran tentang bahaya penipuan scammer yang semakin hari semakin berleluasa. Suruhanjaya
Perdagangan Persekutuan (FTC) menerima lebih daripada 18,000 aduan koronavirus antara Januari 2020
dan 15 April 2020 (Carrns, 2020), dan Google melaporkan jumlah e-mel penipuan yang belum pernah
berlaku sebelum ini. (Wood, Hengerer, & Hanoch, 2022).

Kemunculan media sosial yang berkembang pesat juga telah mengubah gaya hidup dan rutin
kehidupan masyarakat. Hal ini kerana kemudahan yang semakin canggih menyebabkan seseorang dapat
mengaksesnya bukan hanya menerusi penggunaan komputer mudah alih tetapi menerusi telefon pintar
yang turut dilengkapi kemudahan melayari internet. Oleh itu, pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) memainkan peranan yang penting dalam proses mengambil tindakan terhadap pengguna yang
telah menyalahgunakan kemudahan ini melalui kaedah terperinci dan akta-akta yang digubal supaya isu
penyebaran berita dan maklumat palsu serta scammer ini tidak akan terus mewarnai senario negara dari
masa ke semasa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melarang sebarang bentuk
perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Dengan hukuman yang dikena, setiap
individu akan mendapat pengajaran bahawa seseorang yang gemar menyalahgunakan media sosial harus
bertanggungjawab atas perbuatan sendiri.

Selain itu, media sosial dapat menyenangkan segala pengurusan dengan Berjaya menghubungkan
dan menggabungkan komuniti masyarakat dunia untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain.
Media sosial juga merupakan platform penyebaran maklumat dan berita terpantas. Pokok pangkalnya,
bukan sahaja kesan negatif dibawa oleh media sosial terdapat juga kebaikannya kepada masyarakat
dengan adanya pembentukan pengguna yang beretika.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kewujudan media sosial yang semakin berkembang maju dalam kalangan kanak-kanak, remaja
dan juga dewasa membawa pelbagai kebaikan dan keburukan kepada seseorang. Dalam kegunaan media
sosial ini terdapat perkara buruk yang akan berlaku antaranya penularan berita palsu dan juga scammer.
Penularan berita palsu ini terlalu banyak diterima oleh semua orang di kalangan masyarakat di Malaysia.
Justeru itu, penularan berita palsu ini memberikan kesan yang membimbangkan dalam kalangan
masyarakat dan menjejaskan kehidupan, privasi dan reputasi dalam negara. Penglibatan penularan berita
palsu ini boleh menjejaskan setiap negara. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
(MCPF), Tan Sri Lee Lam Thve (2020) berkata selain itu, Tindakan menyebarkan berita palsu juga boleh
menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.
Perkara ini sangat membimbangkan masyarakat apabila menerima berita palsu yang tidak diketahui asal
usulnya itu. Penerimaan berita palsu oleh masyarakat ini perlu disahkan dahulu sebelum menghantar
kepada orang lain. Hal ini kerana, penghantar yang telah menyebarkan berita itu akan dihukum jika berita
yang disebarkan itu palsu.

Selain itu, penyebaran dan penularan berita palsu ini dapat menyumbang kepada gejalah sosial
dan keruntuhan akhlak dan seterusnya mendorong kepada kegiatan jenayah. Mereka akan lebih
menggunakan internet ataupun media sosial untuk terus menyebarkan maklumat yang tidak betul. Hal ini,
internet yang dijadikan sebagai medium mencari ilmu telah disalahgunakan untuk dijadikan sebagai
medium penyebaran berita palsu. Menerusi Farris Shahiran Mohd Rizal (2019) berkata masyarakat hanya
berseronok berkongsi tanpa usul periksa dan ini dapat dilihat masyarakat kurang peka tentang bahaya
berita palsu dalam kehidupan seharian. Masalah ini dapat membuatkan mereka terus terlibat kepada
kegiatan jenayah. Menurut Dr. Duryana Mohamed (2018) penyebaran berita palsu dikategorikan sebagai
kes jenayah mengikut Akta Berita Palsu 2018, namun akta berkenaan sudah dimansuhkan kerana ia
dianggap menghalang kebebasan media dan kebebasan bersuara yang diiktiraf oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Seterusnya, kami dapati begitu banyak kes kerugian akibat kecuaian dalam pengurusan harta
sehingga begitu mudah terjebak dengan penipuan siber atau scammer di Malaysia. Kecuaian mendorong
mangsa tidak menyemak terlebih dahulu sesuatu maklumat walaupun ianya mudah dikesan sebagai tidak
munasabah menyebabkan ramai menjadi mangsa penipuan. (Rahmat Abu Nong, Google Meet, 7 Januari,
2022). Sepanjang Januari hingga 31 Oktober 2019 sebanyak 9,686 kes penipuan siber dan multimedia
direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan
nilai lebih RM400 juta (Shamsuddin, 2019). Bagi kes penipuan Love Scam sahaja peningkatan kerugian
yang mendadak kepada mangsa iaitu sebanyak RM40.9 juta (2012), RM80.3 juta (2013), RM 816 juta
(2014) dan RM1.09 billion (2015) (Alavi & Sooed, 2018). Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula
mendedahkan sejumlah 67,552 kes penipuan scam membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion
dilaporkan sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021. Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang
warganegara ditipu bagi setiap 30 minit (Bernama, 2021). Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah
antara agensi kerajaan yang kerap digunakan namanya oleh scammer. Akhbar Berita Harian melaporkan
seorang peniaga menjadi mangsa Macau Scam hingga kehilangan wang sebanyak RM80,000. Mangsa
diperangkap dan diugut hingga akhirnya memindahkan ke akaun yang diberikan (Zulkifli, 2021).

Menurut laporan The Straits Times Singapura pada 27 Mac 2016, dalam kalangan negara Asia,
Malaysia adalah negara paling teruk terjejas akibat penipuan internet diikuti Thailand dan Singapura.
Lebih menyedikan lagi apabila kajian menunjukkan kebanyakan mangsa penipuan siber dalam bentuk
Love Scam adalah berbangsa Melayu (Alavi & Sooed, 2018).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan berdasarkan (3) objektif. Antara ojektif tersebut ialah:

a. Mengenalpasti cabaran berita palsu dan scammer dalam masyarakat digital


b. Mengkaji penyelesaian menurut perspektif etika dan peradaban
c. Mengetahui metode dan strategi yang digunakan oleh pelaku. Menganalisis teknik
penyebaran berita palsu, serta memahami tektik yang digunakan oleh penipu.
1.4 SIGNIFIKASI KAJIAN

Kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya penipuan atas talian dan berita palsu yang
semakin berlualasa di Malaysia. Hal ini kerana terdapat banyak aduan yang dilaporkan pada setiap tahun.
Bagi tempoh antara tahun 2022 sehingga Januari 2023, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) telah menerima sejumlah 5,513 aduan berunsur penipuan. Sejumlah 1,826 laman
berbentuk “phishing” telah disekat di bawah AKM 1998 melalui laporan awam serta usahasama
pemantauan institusi-institusi perbankan yang terlibat dalam Internet Banking Task Force (IBTF) yang
diketuai oleh Bank Negara Malaysia daripada tahun 2020 hingga Mei 2022. (MKN 23 Mac 2023).
Banyak Langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan masyarakat di tipu oleh scammer.
Terdapat banyak agensi yang bertanggung jawab untuk menyekat berita palsu. Sehubungan itu,
masyarakat perlulah mengambil berat tentang isu berita palsu. Hal ini disebabkan banyak berita palsu
yang tersebar di media sosial yang menyebabkan fitnah berlaku. Penyebaran berita palsu adalah satu
kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (SKMM). Justeru ,
masyarakat perlu di ingatkan agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan
menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan
mengenai isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan

1.5 SOROTAN LITERATUR

Media sosial adalah aplikasi yang semakin berkembang pesat dalam fasa pemodenan digital
selaras dengan peredaran masa.seperti yang kita tahu negara kita juga tidak asing dengan perubahan
teknologi yang semakin maju pada masa ini hingga wujudnya masyarakat digital. Menurut Teo Nie Ching
dalam berita (astro awani) yang bertajuk “rakyat perlu lebih berhati-hati,elak jadi mangsa penipuan,berita
palsu.”rakyat perlu lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau berita yang diterima,agar
tidak menjadi mangsa kepada berita palsu serta jenayah penipuan,kata Timbalan Menteri Komunikasi dan
Digital Teo Nie Ching. Beliau juga berkata era pendigitalan kini membolehkan maklumat dimanipulasi
oleh pihak tertentu dengan tujuan jahat,terutamanya menerusi maklumat yang disebarkan di platform
media sosial. Selain itu, beliau juga berkata bahawa rakyat perlu lebih celik dalam menilai sesuatu
maklumat yang diterima sebelum bertindak ke atasnya atau berkongsi dengan orang lain.kerana ia
berpotensi menjadi suatu ancaman sekiranya ia berita palsu atau ada unsur penipuan. Oleh itu, jika ada
berita tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bantuan,bukalah laman web JKM dan tengok
jika memang mereka ada buka permohonan baharu untuk bantuan.Jika tidak ada juga,ia bermaksud itu
berkemungkinan besar adalah berita palsu (Teo Nie Ching,Berita Astro Awani (Januari 2,2023)).

Menurut Penulis Nuraini Anitasari berkata tentang kepentingan etika dalam menggunakan
media sosial dalam masyarakat. Yang pertama adalah etika dalam berkomunikasi. Pada saat melakukan
komunikasi dengan memanfaatkan media sosial, biasanya banyak yang cenderung melupakan etika
dalam komunikasi. Oleh itu, apabila melakukan komunikasi pada jaringan internet, kita mestilah
menggunakan bahasa yang sopan dan layak. Biasakanlah menggunakkan bahasa yang tepat saat
berinteraksi. Selain itu, Nuraini Anitasari juga berkongsi tentang bagaimana etika untuk menggunakan
media sosial dalam masyarakat iaitu menghargai hasil karya orang lain. Masyarkat yang menyebarkan
informasi baik melalui foto, tulisan atau video dalam media sosial. Pada masa yang sama, sebagai salah
satu bentuk penghargaan atau hasil karya seseorang tetapi jangan serta merta mencuri sumber
informasi orang lain. Ini adalah perlakuan yang tidak beretika. Jadi, media sosial dapat mendidik ke arah
beretika masyarakat di Malaysia.

2. TUJUAN KAJIAN

Terdapat beberapa tujuan dalam menjalankan kajian ini sebagai asas dan panduan dalam menulis
dan kajian ini.

Tujuan utama di dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan-kesan yang dibawa oleh
penyebaran berita palsu dan scammer kepada rakyat di Malaysia. Kesan negatif yang terhasil daripada
kegiatan ini mendatangkan kerisauan yang tinggi dikalangan masyarakat di Malaysia. Pelbagai kesan
buruk dapat ditakrifkan berkaitan dengan perkara ini. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat Malaysia agar tidak tertipu atau diperdaya oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tersebut. Antara jenis penipuan yang sering terjadi adalah seperti Scam Duit Syiling
Lama, Macau Scam, sosial media (berita palsu). Perkara ini dikaji bagi membangunkan lagi kesedaran
tentang bahaya penipuan scammer dan berita palsu.

Tujuan seterusnya adalah bagi memahami kepentingan untuk mengatasi masalah penyebaran
berita palsu dan scammer yang semakin berleluasa di Malaysia. Perkara ini perlu kerana bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang aktiviti jenayah penipuan atas talian. Dengan perkembangan
teknologi yang semakin pesat membolehkan semua perkara dapat diakses dengan mudah di internet
seperti media sosial. Risiko bagi penyebaran berita palsu dan kebocoran maklumat ini membolehkan
seseorang individu berada dalam keadaan bahaya dek kerana kebocoran maklumat yang berlaku. Berita
palsu dapat memberikan impak yang besar terhadap individu mahupun institusi dan mempengaruhi
pendapat umum dan mengancam kepercayaan terhadap media dan institusi penting.

Tujuan yang terakhir untuk diaplikasikan adalah kita perlu membentuk sikap peka dan sentiasa
menyemak kesahihan sesebuah perkara sebelum membuat sebarang tindakan. Kebanyakan kes penipuan
Internet bermula dengan iklan atau pautan yang tidak sahih. Mangsa -mangsa terpedaya dengan gambar,
nilai habuan atau video yang digunakan hanya untuk menipu mereka dengan helah secara maya. Kita
digalakkan untuk mengelak daripada membuka SMS atau mesej daripada mana-mana sosial media yang
diterima daripada bukan kenalan kita. Sekiranya pelaku menyamar sebagai ahli kerajaan atau mana-mana
agensi swasta, kita boleh minta kepada pelaku tersebut untuk membuktikan kesahihan diri mereka atau
semak dengan pihak berkuasa. Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyediakan
sebuah laman web untuk masyarakat Malaysia menyemak kesahihan nombor telefon atau nombor akaun
bank yang mempunyai rekod penipuan atau tidak. Inisiatif oleh PDRM ini wajar dipuji kerana dapat
membantu mengekalkan keselamatan rakyat Malaysia daripada dimanipulasi oleh pelaku yang bersikap
seperti ada udang di sebalik batu.
3. ISU DAN CABARAN

Jenayah penipuan atau scammer tidak akan habis malah pihak berkuasa dipercayai berdepan
dengan pelbagai cabaran seiring dengan perkembangan teknologi.Dewasa ini kita dapati begitu
banyak kes kerugian dan maklumat palsu akibat kecuaian sendiri sehingga begitu mudah terjebak
dalam penipuan siber dan pelaburan palsu di Malaysia. Kecuaian ini mendorong mangsa untuk tidak
menyemak terlebih dahulu sesuatu maklumat walaupun secara mudah dikesan sebagai tidak
munasabah menyebabkan ramai menjadi mangsa penipuan. Bukan sahaja dari golongan orang tua
malah sehingga ke anak muda dan generasi baharu.

Sumber memberitahu bahawa penipuan seperti Macau Scam, dalam talian, pelaburan tidak wujud
dan sebagainya bukan sahaja berlaku di Malaysia malah satu dunia turut mempunyai kekangan bagi
membanteras sindiket jenayah antarabangsa. Sumber juga mengatakan bahawa dalang sindiket
sanggup melakukan apa sahaja jika wujud peluang dan ruang untuk menipu bagi mendapatkan
keuntungan secara cepat serta mudah.

“Teknologi semakin maju dan berkembang jadi penjenayah perlu ‘kreatif’ untuk menipu menipu
wang mangsa” “Sindiket penipuan ini mempunyai banyak lapisan, selalunya tangkapan melibatkan
orang bawahan manakala dalang sukar dijejaki,” katanya semalam.

Dalam pada itu, menurut sumber, kebanyakan mangsa mendakwa mengetahui kewujudan
scammer namun cepat panik apabila mendapat panggilan kononnya daripada pihak berkuasa atau
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara. Selain itu, tangkapan melibatkan
Macau Scam kebanyakan nya terdiri daripada operator yang direkrut melalui aplikasi WhatsApp serta
media sosial dengan dijanjikan gaji antara RM3,000 hingga RM4,000.

Malah, ujarnya, kesemua urusan dengan runner hanya berhubung melalui aplikasi tersebut serta
tidak pernah berjumpa dengan dalang sebenar. “Sebarang pembayaran gaji atau mana-mana urusan
seperti tempat tinggal dan sebagainya antara penyelia dan operator dilakukan melalui telefon.
“Sindiket penipuan Macau Scam yang bergerak aktif di negara ini dipercayai berada di luar negara.
“Itu antara faktor mengapa suspek Macau Scam susah untuk didakwa kerana kesukaran mendapatkan
bukti atau mangsa di luar negara,” ujarnya.

Di samping itu, sumber berkata, risikan pihak berkuasa mendapati kebanyakan sindiket penipuan
yang memperdaya rakyat negara ini dipercayai bergiat aktif di Kemboja, Thailand dan China. Jelas
sumber, modus operandi itu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa negara berkaitan penipuan
dijalankan sindiket.

Pada Mac lalu, sebanyak 81,079 kes rakyat Malaysia terlibat dalam penipuan siber membabitkan
kerugian RM1.52 bilion dalam tempoh empat tahun sejak 2018. (Sumber dari Utusan 2022).
Di dalam arus pemodenan negara ini, pengunaan media sosial yang berleluasa telah disalahgunakan
oleh masyarakat yang tidak beretika. Mereka menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita
dan maklumat yang tidak sahih berkenaan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan yang
negatif kepada pelbagai pihak. Berita yang disebarkan itu mengandungi unsur penipuan, mengapi-
apikan sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah dan reputasi
sesebuah pihak. Sebagai contoh antara berita palsu yang disebarkan ialah menurut artikel Astro Awani
pada 4 Jun 2020 , berita palsu mengenai COVID-19semakin meningkat. Mantan Menteri
Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata sebanyak 266 kertas siasatan dibuka
oleh PDRM dan SKMM berkaitan dengan penyebaran berita palsu. Beliau menasihatkan orang ramai
agar menyemak kesahihan sesuatu berita tersebut di laman webwww.sebenarnya.my atau di talian 03-
89115103. Beliau juga berharap agar kesedaran rakyat Malaysia tentang berita palsu akan semakin
meningkat agar negara tidak lagi berdepan dengan isu penularan berita palsu yang tidak
mendatangkan manfaat kepada sesiapa.

2.1.1 Cabaran Mengatasi Penyebaran Berita Palsu


Dengan adanya kemudahan internet yang semakin canggih ia menyebabkan penyebaran berita
semakin pantas dan penyebaran berita palsu semakin berleluasa dan sukar untuk dibendung.
Hal ini kerana, setiap individu boleh mengakses berita tersebut menerusi telefon pintar mahupun
komputer riba masing-masing. Selain itu, ianya juga susah untuk dibendung kerana hanya pihak
berkuasa yang mempunyai kuasa untuk membanteras serta mengambil tindakan untuk menghentikan
penyebaran berita palsu. Pihak yang bertanggungjawab ialah seperti Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang
penting dalam proses mengambil tindakan terhadap pengguna yang telah menyalahgunakan
kemudahan ini melalui kaedah- kaedah terperinci yang telah ditetapkan dan akta-akta yang
digubal supaya isu penyebaran berita dan maklumat palsu ini tidak akan terus mewarnai senario
semasa negara. Menurut kajian kes Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)melarang sebarang bentuk perkongsian
kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Dengan hukuman yang
dikenakan, setiap individu akan mendapat pengajaran bahawa seseorang yang gemar
menyalahgunakan media sosial harus bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Namun
begitu, hal ini masih tidak dapat dibanteras kerana menurut artikel berita BERNAMA, pihak yang
sengaja menyebarkan maklumat palsu ingin menjadi ‘juara’ sebagai orang pertama mendapat dan
menyebarkan maklumat
4. KESIMPULAN
Sebagai penutup kajian, kewujudan masyarakat digital yang semakin hari semakin bertambah ini
memberikan pelbagai impak yang baik dan juga yang negatif. Ramai individu yang menggunakan internet
dan media sosial dalam kehidupan seharian mereka untuk mengetahui berita dan isu semasa, namum
begitu pengaruh penyebaran berita palsu melalui media sosial kian meningkat. Oleh hal yang demikan,
kita sebagai masyarakat yang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian perlulah
menggunakannya dengan berhemah supaya hal-hal seperti penyebaran berita palsu dapat diatasi.
4.1 RUMUSAN KONSEP DAN SIGNIFIKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia
agar tidak tertipu atau diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti scammer di dalam dunia
digital. Antara sebab perkara ini dikaji kerana bagi membangunkan kesedaran tentang bahaya penipuan
scammer dan berita palsu yang semakin hari semakin berleluasa di dalam Malaysia. Suruhanjaya
(Khadijah Alavi, Maizatul Haizan Mahbob & Mohammad Syahrul Azha Sooed، 2020‫؛‬Placeholder1;
Mohd Anuar Ramli, 2018) (Mohd Anuar Ramli, 2018)Perdagangan Persekutuan (FTC) menerima lebih
daripada 18,000 aduan coronavirus antara Januari 2020 dan 15 April 2020 (Carrns, 2020), dan Google
melaporkan jumlah e-mel penipuan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Penipuan dalam talian atau
scammer mencatatkan peningkatan di Selangor apabila sebanyak 1,050 kes direkodkan sepanjang tujuh
bulan pertama tahun ini menerusi aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP). (utusan malaysia 25 ogos 2022).

4.2 MENJAWAB TUJUAN

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab tujuan kajian. Keputusan kajian dapat
membantu masyarakat untuk meningkatkan lagi keselamatan dan kefahaman daripada menjadi mangsa
kepada penyebaran berita palsu dan scammer. Adalah diharapkan juga masyarakat dapat menitikberatkan
penghayatan etika dan peradaban dalam menggunakan media sosial. Seterusnya, peka dan sentiasa
menyimak kesahinan sesuatu berita atau pekara bagi mengelakkan daripada terjerat dalam perangkap
mereka. Akhir sekali, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang beretika. Ini
secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengatasi isu media sosial di Malaysia.

4.3 IMPLIKASI KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa implikasi yang dikaji dalam kalangan masyarakat untuk
membantu menjalankan kajian ini sekaligus mencari tahu kebenaran dan kesedaran masyarakat berkaitan
dengan pengalaman mereka menggunakan sosial media. Salah satu implikasinya adalah implikasi
ketagihan media sosial.

Rata-rata semua responden mempunyai ketagihan bermain sosial media bahkan ada yang sanggup
menghabiskan masa untuk bermain sosial media daripada menghabiskan masa mereka untuk melakukan
aktiviti yang sihat. Ketagihan yang mereka alami menyebabkan mereka menghabiskan 8 hingga 10 jam
untuk bermain media sosial. Antara sebabnya adalah untuk melayari facebook, instagram, whatsapp dan
sebagainya. Bagi golongan muda pula, mereka selalunya menggunakan media sosial untuk membuat
video dan memposting gambar untuk mencari perhatian daripada penonton. 

Selain dari itu, kelakuan mereka menghabiskan masa dalam bermain media sosial ini menyebabkan
sesetengah dari mereka kurang berkomunikasi dengan keluarga, rakan-rakan dan orang disekelilingnya
dan bahkan lebih percaya terhadap postingan dalam media sosial. Hal ini boleh menyebabkan terjebaknya
mereka oleh scammer di dalam dunia digital.

4.4 LIMITASI KAJIAN


Hasil daripada kajian ini, hanya beberapa responden sahaja yang telah memberi respon terhadap
kajian ini kerana kajian ini menanyakan hal yang sensitif kepada segelintir golongan yang telah ketagihan
media sosial namun berkat dari kegigihan semua ahli kumpulan untuk menjalankan kajian ini, kajian ini
dapat dijalankan dengan begitu baik.

4.5 KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian kedepannya, kajian ini akan lebih memberikan kesadaran kepada semua masyarakat
tidak kira dari golongan remaja mahupun golongan orang dewasa dengan beberapa tahap mengikut sesuai
dengan umur yang dikehendaki dalam golongan tersebut. Kajian ini diharapkan agar dapat membantu
meyakinkan masyarakat bahawa ketagihan didalam dunia digital seperti media sosial ini boleh
menyebabkan mereka mendapatkan kerugian besar jika terpedaya dengan kata-kata dan iklan yang
disebarkan oleh scammer.
RUJUKAN

LAMAN SESAWANG

Abangnara. (2018, Jun 12). Cara Elakkan Menjadi Mangsa ‘Scammer’. Retrieved from
https://beautifulnara.com/cara-elakkan-menjadi-mangsa-scammer/

Izz Laili H. (2022 , Jun 25). Penipuan dalam talian jadi jenayah komersil utama negara. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/969890/penipuan-dalam-talian-jadi-
jenayah-komersil-utama-negara

Dr. Nuurianti J. (2019, Jun 19). Berita Harian. Retrieved from www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/06/575761/memerangi-disinformasi-dan-berita-
palsu

Muhammad Aminnuraliff. (2023, Januari 28 ). Sebar berita palsu perangkap mangsa. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/242561/berita/nasional/sebar-berita-palsu-perangkap-
mangsa

Safina Ramli. (2023, Mei 1). Kes penipuan dalam talian terus meningkat. Retrieved from
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/kes-penipuan-dalam-talian-terus-meningkat/

ARTIKEL JURNAL

Khadijah Alavi, Maizatul Haizan Mahbob & Mohammad Syahrul Azha Sooed. (2020). Strategi Komunikasi
Penjenayah Cinta Siber Terhadap Wanita Profesional. Jurnal Komunikasi 36, no. 3 , 308.

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Muhammad Norazam Nordin, Khazri Osman, Abu Dardaa Mohamad &
Ahmad Irdha Mokhtar. (2020). Peranan Pendakwah Untuk Menangani Berita Palsu Dari
Perspektif Dakwah. Jurnal Maw’izah 3, no. 1, 46 - 53.

Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Mohammad Naqib Hamdan . (2018). Aplikasi al-
Tabayyun Dalam Menangani Penularan Maklumat Palsu Berkaitan Produk Halal. Jurnal al-
Basirah 8, no. 1 , 24.

Shahidah Hamzah, Fauziah Ani, Norizan Rameli, Noranifitri Md Nor, Harliana Halim, Riki Rahman, Adi
Syahid Mohd Ali, Nizam Attan & Khairol Anuar Kamri. (2020). Impak Penyebaran Berita Palsu
Melalui Media Sosial Terhadap Masyarakat. Advances in Humanities and Contemporary Studies 1
no. 1, 60 - 61.

Zulkufli Ismail & Azmi Aziz. (2019). Jenayah Cinta Siber di Malaysia: Suatu Penelitian Terhadap
Pengalaman Mangsa. Journal of Social Sciences and Humanities 16, no. 4 , 9.
BUKU

Eruwan Gerry. (2010). Awas! Trik Penipu di eBay. PTS Publishing House.

Khadijah Alavi, Maizatul Haizan Mahbob & Mohammad Syahrul Azha Sooed. (2020)man. (t.t). Ancaman
.Penipuan Siber. 2022: UKM Press

Sahizan Sagi. (2015). Awas! Jenayah Siber. DBP .

Anda mungkin juga menyukai