Anda di halaman 1dari 9

TEMA: JATI DIRI DALAM KALANGAN REMAJA

TOPIK: PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL


MPU3152/MPU3153: PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
NAMA PENSYARAH: DR ATIFAH BINTI AHMAD YUSOFF

AHLI KUMPULAN 25:

BIL NAMA ID PELAJAR KURSUS


.
1 AHMAD NAUFAN BIN AHMAD WAFA 21001083 PENGURUSAN
PERNIAGAAN
2 DAHLIA BINTI MOHD NAZARI 21001990 TEKNOLOGI
MAKLUMAT
3 NURIN ATHIRAH BINTI MOHD MAZLAN 21001438 KIMIA GUNAAN

4 NUR SABRINA BINTI ZAINAL ABIDIN 22006081 TEKNOLOGI


MAKLUMAT
5 NGE HUI ING 22002730 TEKNOLOGI
MAKLUMAT
PENDAHULUAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu penyalahgunaan media sosial. Media sosial
merupakan laman web dan alat internet yang membolehkan perkongsian kandungan,
gambar, video, pautan dan pendapat antara masyarakat. Pada mulanya, laman media
sosial dibuat untuk berhubung dengan kenalan namun semakin meningkat dari tahun
ke tahun media sosial mula berkembang dari pelbagai aspek. Contohnya, penjualan
barang secara maya kini dapat dilakukan melalui pelbagai aplikasi seperti Tiktok,
Instagram dan Facebook. Media sosial memberikan banyak kegunaan pada masa kini
bagi memudahkan pengguna – pengguna. Akan tetapi, penyalahgunaan media sosial
telah dilakukan oleh segelintir pengguna. Menurut kajian yang dilakukan, jumlah kes
yang dilaporkan semakin meningkat serta pelbagai jenis ancaman yang dilakukan
melalui media sosial. Antara ancaman yang dilakukan oleh sesetegah individu ialah
gangguan siber, penggodaman dan pornografi (Mohamad, S., (n.d.)). Penyalahgunaan
media sosial boleh didefinisikan sebagai satu tindakan dimana seseorang individu,
mahupun sekelompok manusia menggunakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan
negatif yang boleh membawa keburukan seperti fitnah, kemusnahan dan sebagainya
kepada diri sendiri, masyarakat mahupun maruah negara.

Sebelum wujudnya internet, pembentukan identiti remaja dan belia adalah


berdasarkan interaksi dengan dunia sebenar. Sebagai contoh, menerapkan nilai – nilai
murni kepada remaja dengan mengajar mereka adab dan budaya yang baik secara
bersemuka. Namun demikian, kewujudan internet dan media sosial menyebabkan
pembentukan jati diri golongan ini turut dipengaruhi oleh masyarakat luar yang
mempunyai latar belakang yang berbeza. Hal ini boleh dikaitkan dengan isu
penyalahgunaan media sosial, tingkah laku individu di media sosial lebih cenderung
untuk menjadi lebih ekstrem berbanding ketika di dunia realiti. Individu tersebut
bertindak secara impulsif tanpa memikirkan kesan dan akibatnya jika di dunia maya
menyebabkan memberi kesan kepada pembentukan identiti remaja. Hal ini dapat
dibuktikan apabila golongan remaja pada hari ini meluangkan lebih banyak masa
dengan aplikasi media sosial menyebabkan mereka meluahkan segala yang difikirkan
oleh mereka ke dalam media sosial seperti menghina dan memaki hamun kerajaan
serta membangkitkan kebencian kaum ataupun racist. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk menyiasat jati diri dalam kalangan remaja tentang isu penyalahgunaan media
sosial.
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar
untuk menafikan bahawa isu penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat
Malaysia akan memberi impak yang besar untuk jati diri generasi akan datang. Secara
analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak pengaruh luar yang dihadapi
oleh rakyat di negara ini menyebabkan media sosial digunakan dengan cara yang
salah. Masyarakat Malaysia hanya memandang enteng dalam hal ini, namun, jika
dibiarkan isu berlarutan, ianya akan memberi kesan kepada semua pihak tanpa
mengenal batasan usia dan warna kulit. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk mengatasi isu penyalahgunaan media sosial terus
meningkat. Mengikut responden kedua iaitu Encik Mas Faiz berpendapat bahawa
kerajaan perlu memainkan peranan bagi menangani isu ini. Sebagai contoh,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendenda sesiapa yang
menyebarkan berita palsu dengan dipenjara atau dikenakan bayaran dengan kadar
yang tinggi bagi mengelakkan perkara seperti itu terus berlaku. Tindakan
mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak
berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Selain itu, beliau juga memberi cadangan sebagai masyarakat Malaysia, setiap
individu seharusnya bijak menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan kepada
mereka pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan
kemudahan tersebut. Contohya, tidak memberikan komen – komen negatif dalam
media sosial dan menjaga isu – isu sensitif setiap kaum. Hal ini akan menimbulkan
rusuhan dalam kalangan rakyat dan menyebabkan perpaduan di negara Malaysia
semakin lusuh bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh jika
akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.” Hal ini
menyebabkan tiga lapisan perpaduan iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan
yang dipelajari dalam subjek ini tidak dapat dicapai.
Seterusnya, pemantauan dan kawalan daripada keluarga. Ibu bapa perlu
memberi bimbingan dan panduan yang bersesuaian kepada anak – anak supaya lebih
berdisplin dan berhati – hati ketika menggunakan aplikasi rangkaian sosial. Contohnya,
ibu bapa menetapkan masa seperti 2 jam untuk anak – anak melayari internet sejak
dari kecil kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu, ibu
bapa harus memainkan peranan mereka dalam membendung penyalahgunaan media
sosial yang kian mempengaruhi minda anak-anak mereka. Responden kedua memberi
cadangan bahawa ibu bapa sepatutnya membawa anak – anak melaungkan masa
bersama – sama selain memberi gadjet untuk memberhentikan rengekan anak – anak
mereka. Hal Ini menyebabkan minda anak – anak tidak akan tertumpu kepada gadjet
sahaja yang akan memberi kesan kepada kesihatan badan, mental dan sebagainya.

Hal ini dapat dirumuskan, isu penyalahgunaan media sosial dapat memberi
impak yang besar akan jati diri remaja generasi akan datang dari pelbagai sudut.
Harapan kajian ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran bahawa isu ini tidak
patut diambil remeh oleh semua pihak.
RUJUKAN APPENDIX

1. Gambar Temuramah

Figure 1 Sesi Temuramah bersama responden pertama; Encik Farhan Figure 2 Sesi Temuramah bersama responden kedua; Encik Mas Faiz

2. Rujukan

Mohamad, S. (n.d.). Cabaran penggunaan internet dan media sosial. Retrieved October

11, 2022, from https://www.slideshare.net/shaifful/cabaran-penggunaan-internet-

dan-media-sosial

Ambrose, A. M. (2022, February 16). Obses media sosial hingga rosakkan fizikal,

mental. Majoriti.com.my. Retrieved October 12, 2022, from

https://majoriti.com.my/berita/2022/02/16/obses-media-sosial-hingga-rosakkan-

fizikal-mental

Sualman, I. (2019, November 3). Ketagihan media sosial sudah serius. Sinar Harian.

Retrieved October 13, 2022, from

https://www.sinarharian.com.my/article/55317/ketagihan-media-sosial-sudah-

serius
Hamid, R. A. (2022, July 1). Gangguan Siber di Tempat Kerja, Emosi dan Konflik Kerja-

Keluarga: Kawalan Emosi sebagai Penyederhana | Abdul Hamid | Jurnal

Pengurusan (UKM Journal of Management). Retrieved October 13, 2022, from

https://ejournal.ukm.my/pengurusan/article/view/53758/13206

Ishak, M. (2020, November 11). 48 pendakwaan salah guna media sosial. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/752880/48-

pendakwaan-salah-guna-media-sosial
Fauzi, N. (2017). PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN:
SUATU KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN? NADIA FAUZI KETUA PENOLONG
PENGARAH PROGRAM LITIGASI ILKAP.
https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.
pdf
Amarudin, S. K. (2017, October 19). Hina sultan: Remaja didenda. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/339342/hina-sultan-
remaja-didenda


3. Soalan Penyelidikan

1. Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan pandangan anda tentang isu

penyalahgunaan media sosial (keburukan/kebaikan)

2. Adakah benar jika dikatakan bahawa segelintir rakyat Malaysia tidak menggunakan

media sosial dengan sebaiknya? Jika ya, apakah punca-punca yang menyumbang

kepada hal ini untuk berlaku?

3. Apakah kesan yang dihadapi oleh mangsa penyalahgunaan media sosial dan juga

anak muda yang semakin membesar pada hari ini?

4.Seperti kita lihat zaman sekarang ramai ibu bapa memberhentikan rengekan anak-

anak kecil mereka dengan memberikan gadget. Pada pendapat anda, adakah

perbuatan ini munasabah? Jika tidak, apakah tindakan lain yang boleh anda

cadangkan?

5. Mengikut kajian, salah satu kesan buruk tentang isu penyalahgunaan media sosial

ialah dari segi kesihatan mental. Pada pendapat Encik, bagaimanakah media sosial

dapat memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang?


6. Isu penyalahgunaan media sosial tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat. Pada

pendapat anda, apakah alternatif terbaik yang boleh diambil untuk menghentikan isu

penyalahgunaan media sosial daripada terus berleluasa.

Anda mungkin juga menyukai